You are on page 1of 4

SK SEGAMBUT MAKMUR Kod Sekolah: WBA0091

JALAN 2/60A TAMAN DESA SEGAMBUT Tel: 03-62572795


51200 KUALA LUMPUR Faks:
WP KUALA LUMPUR

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH


DI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT MAKMUR
PERKARA MAKLUMAT
BIL
1 Pendidikan Pencehahan Aktiviti ceramah Pendidikan Pencegahan Rasuah untuk
Rasuah memberi maklumat kepada murid-murid tentang rasuah.
2 Tarikh aktiviti 1 24 MEI 2022/ Selasa
3 Masa aktiviti 10.00 pagi
4 Tempat aktiviti Dewan Terbuka SK Segambut Makmur
5 Objektif Mengenal pasti latar belakang jenayah rasuah.
6 Maklumat Program / Aktiviti
i) Penceramah MUHAMMAD AJWAD ISKANDAR BIN KAMARUL ANUAR
6 Violet
ii) Sasaran Semua murid tahap 1 dan tahap 2 SK Segambut Makmur
iii) Bilangan Kehadiran L- 124 P - 112
iv) Ulasan & Pencapaian Murid mendapat maklumat tentang rasuah dengan
memberi respon ketika sesi ceramah dijalankan.
7 Penilaian Program
i) Kekuatan Murid yang menyampaikan ceramah berkeyakinan dan
mampu menyampaikan ceramah dengan nada dan
intonasi yang jelas.
ii) Kelemahan/Isu / Kekangan Masa aktiviti terhad dan murid tahap satu kurang faham
terhadap info yang diberikan ( bahasa / istilah yang tinggi
iii) Cadangan Penambahbaikan Mengadakan sesi lakonan untuk menunjukkan situasi
yang digambarkan.
Rumusan Program Pendidikan Rasuah dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid tentang bahaya rasuah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________
( MOHD RIZAL BIN ITHNAIN )
Penyelaras Program Pendidikan Rasuah
SK Segambut Makmur.
AKTIVITI 1
NAMA : MUHAMMAD AJWAD ISKANDAR BIN KAMARUL ANUAR
KELAS : 6 VIOLET
TARIKH : 24 MEI 2022
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA RASUAH
TAJUK : LATAR BELAKANG JENAYAH RASUAH
OBJEKTIF : Mengenal pasti latar belakang jenayah rasuah

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati guru –guru dan rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Sempena dengan Program Pendidikan Pencegahan Rasuah di sekolah, saya akan
menyampaikan maklumat tentang rasuah yang bertajuk “ Latar Belakang Jenayah Rasuah “

Jenayah rasuah merupakan ancaman utama kepada kita. Gejala rasuah


yang tidak dibendung akan membawa malapetaka kepada sesebuah
negara. Banyak contoh negara yang bergolak dan akhirnya musnah kerana
jenayah keji ini.

Empayar Rom, Empayar Uthmaniah dan Dinasti Ming yang tidak


terurus pentadbirannya menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya
terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya hancur. Demikian juga
dengan kisah kejatuhan Kerajaan Nasionalis Chiang Kai-Shek di
China, Richard Nixon di Amerika, Marcos di Filipina dan Presiden
Mobuto di Zaire yang tumbang kerana gejala yang sama.

Kegiatan rasuah di negara kita berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu


Melaka lagi. Sifat tamak, dendam, iri hati dan perebutan kuasa dalam
kalangan raja dan pembesar- pembesarnya, sehingga sanggup menjual
prinsip, maruah serta harga diri. Kerana rasuah, mereka sanggup
memberikan maklumat sulit kepada Portugis, menyebabkan kejatuhan
empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Agenda membanteras rasuah mesti dipikul oleh semua pihak. Rasuah


mesti dianggap musuh nombor satu negara. Jenayah keji ini wajib
diperangi habis-habisan.

Semoga maklumat ini dapat membuka minda kita untuk bersama-sama


membanteras jenayah ini.

TAHUKAH ANDA?
Setiap tahun, dianggarkan nilai
0 kerugian yang ditanggung akibat
1 rasuah adalah 5% daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar
(GDP) dunia. Jumlah ini bersamaan
USD2.6 trilion.

02 Setiap tahun, dianggarkan sejumlah


USD1 trilion rasuah dibayar untuk
pelbagai tujuan.

03 Di seluruh dunia, rasuah


menyebabkan penambahan 10%
kepada kos untuk menjalankan
perniagaan.

Sumber: International
Chamber of Commerce dan
Transparency International

LAPORAN BERGAMBAR :
AKTIVITI 1
NAMA : MUHAMMAD AJWAD ISKANDAR BIN KAMARUL ANUAR
KELAS : 6 VIOLET
TARIKH : 24 MEI 2022
MASA : 10.30 PAGI – 10.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKSM

You might also like