You are on page 1of 15

KERTAS TUGASAN INDIVIDU

TAJUK
MENANGANI KETIDAKCEKAPAN ANGGOTA BEKERJA

DISEDIAKAN OLEH

P/SJN 152892 MOHAMAD AKHBAR BIN


MOHAMAD RIDZUAN
KURSUS KOMUNIKASI (OPERASI) GRED KHAS
BIL. 69 SIRI 1/2021

TARIKH

10 OKT 2021 HINGGA 11 NOV 2021

MAKTAB TEKNIK POLIS DIRAJA MALAYSIA


BAKRI, MUAR
JOHOR.

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 BIODATA 3

2 PENDAHULUAN 6

3 LANGKAH MENANGANI KETIDAKCEKAPAN 7-12


ANGGOTA
i. Komunikasi Yang Berkesan
ii. Perhubungan Interpersonal
iii. Pemikiran Kritis/ Praktikal
iv. Kecergasan Mental & Fizikal
v. Menerapkan Sifat Amanah
vi. Mempertimgkatkan Budaya Intergriti
vii. Peningkatan Bakat
viii. Semangat Berpasukan

4 KESIMPULAN 13

5 PENUTUP 14

6 RUJUKAN 15

2
BIODATA

1.NAMA MOHAMAD AKHBAR BIN MOHAMAD


RIDZUAN
2.PANGKAT/NO PEMANGKU SARJAN 152892

3.TARIKH LAHIR 24 JANUARI 1985

4.KELULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

5.STATUS BERKAHWIN

6.TARIKH MULA BERKHIDMAT 1 APRIL 2004

7.ALAMAT BERTUGAS CAWANGAN KOMUNIKASI


TSM IPD LANGKAWI
IPD LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

8.JAWATAN SEKARANG KTSMD IPD LANGKAWI

3
PENGAKUAN

Saya akui penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri

Kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

punca dan sumbernya.

….……………………………………………………………………………….
MOHAMAD AKHBAR BIN MOHAMAD RIDZUAN

PEMANGKU SARJAN 152892

28 OKT 2021

4
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana

telah membuka minda, hati dan fikiran saya untuk menjayakan tugasan yang

diamanahkan kepada saya iaitu bertajuk menangani ketidakcekapan anggota bekerja.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada penyelaras serta

jurulatih yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam tugasan ini.

Saya berasa bangga dan berterima kasih kepada yang telah memberi kepercayaan

kepada saya dan telah mencalonkan saya bagi menghadiri Kursus Komunikasi

(Operasi) Gred Khas Bil. 69 Siri 1/2021 di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia,

Bakri Muar, Johor.

Saya berharap kursus dan tugasan yang diberikan ini dapat memberi manfaat

kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Akhir kata, sekali lagi saya

mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai panel, penilai

pensyarah, jurulatih dan rakan seperjuangan saya.

Sekian, terima kasih.

5
1.0 PENDAHALUAN

Sektor Awam negara hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran

monumental yang menuntut perubahan struktural dan peralihan paradigma bagi

memastikan kewujudannya terus relevan dan dihormati. Demi mencapai matlamat

tersebut, prestasi pekerja perkhidmatan awam haruslah berada pada suatu tahap

kecekapan dan prestasi kerja tertentu. Harapan masyarakat terhadap perkhidmatan

yang ditawarkan adalah tinggi dan kegagalan dalam mendapatkan perkhidmatan yang

cekap dan mesra akan memberikan imej positif terhadap prestasi organisasi awam.

Penyataan ini jelas menunjukkan prestasi kerja yang baik menjadi tonggak utama di

dalam organisasi tanpa mengira perkhidmatan awam mahupun sektor swasta di

Malaysia ataupun di dunia.

Prestasi kerja dalam sesuatu organisasi seringkali dikaitkan dengan aspek

pencapaian atau kejayaan mengikut tuntutan prestasi oleh majikan dan organisasi.

Pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi kerja para

pekerja sama ada di tahap rendah, sederhana atau tinggi. Prestasi kerja merangkumi

aspek kuantiti kerja yang dihasilkan dalam suatu waktu yang telah ditentukan, kualiti

kerja iaitu dicapai berdasarkan syarat-syarat kesesuaian dan ketentuannya,

pengetahuan terhadap tugas di mana luasnya pengetahuan mengenai pekerjaan dan

keterampilan, kreativiti melahirkan gagasan dan menyelesaikan persoalan-persoalan

yang timbul serta bekerjasama dengan orang lain. Ringkasnya, prestasi kerja individu

bukan sahaja diukur dari aspek kuantiti produk yang dihasilkan malah kualiti yang

dihasilkan dari segi kehadiran, penglibatan, kecekapan, kepimpinan dan

tanggungjawab. Oleh itu, penulisan ini akan menghuraikan langkah-langkah untuk

menangani masalah ketidakcekapan anggota yang berkerja.

6
2.0 LANGKAH MENANGANI KETIDAKCEKAPAN ANGGOTA

Masyarakat secara umumnya menaruh harapan yang tinggi terhadap Polis

Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja dari segi pertahanan negara malah anggotanya

juga dijadikan sebagai ‘role model’ kepada remaja yang kian membesar. Hal ini dapat

dilihat dari segi penampilan diri serta kekentalan mental dan fizikal. Selain itu juga,

PDRM sering dikaitkan dengan tahap disiplin yang tinggi sejurus melambangkan

keperibadian PDRM dan sering mendapat tempat di hati rakyat. Walaubagaimanapun,

tahap ketidakcekapan anggota polis menjadi topik bualan masyarakat pada masa kini

samada di media cetak mahupun media sosial. Organisasi PDRM kini sedang dilanda

masalah tingkah laku disiplin dan masalah ini perlu dibendung secara serius kerana

ianya berpontensi menjejaskan nama baik PDRM itu sendiri.

Dari sudut ini, kita akan dapat lihat dimana anggota yang membuat masalah

disiplin akan menyebabkan prestasi dan reputasi kerja semakin lama semakin merosot

seterusya membawa kepada permasalah yang lain, seterusnya masalah keluarga, dan

sebagainya berpunca dari diri seseorang anggota PDRM itu sendiri. Sehubungan

dengan itu, anggota akan diambil tindakan tatatertib oleh pihak atasan sehingga boleh

menimbulkan dan menambahkan tekanan perasaan yang amat buruk kepada anggota

tersebut.

7
2.1 KOMUNIKASI YANG BERKESAN

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian maklumat daripada satu pihak

kepada pihak yang lain. Proses komunikasi biasanya melibatkan individu dan

interaksi mereka dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising

(gangguan) dan maklum balas diguna pakai. Lazimnya, komunikasi dapat dilakukan

sama ada secara lisan atau verbal yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Akan tetapi, komunikasi juga boleh berlaku dengan menggunakan bahasa badan

seperti senyuman, menganggukkan kepala dan mengangkat bahu. Hasil komunikasi

yang baik akan mewujudkan perkongsian pemikiran dan berkemungkinan akan

mengubah sikap dan perangai pendengar. Sehubungan itu, komunikasi adalah penting

dalam kehidupan harian bagi perhubungan, penyampaian maklumat dan memperoleh

maklumat. Begitu juga di dalam organisasi, komunikasi yang berkesan adalah penting

bagi setiap interaksi sama ada dengan pegawai kanan mahupun dengan anggota dan

pegawai awam.

2.2 PERHUBUNGAN INTERPERSONAL

Perhubungan interpersonal ialah bagaimana seseorang berinteraksi dan

berkomunikasi dengan seorang yang lain. Ia memerlukan kemahiran bagi menjalinkan

perhubungan yang baik. Ini kerana setiap orang terdiri dari individu yang berbeza,

masing-masing unik, mempunyai ego dan harga diri. Tiada dua orang pun dalam

dunia ini yang serupa segala-galanya. Pada amnya, perhubungan interpersonal

menolong mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak mempercayai antara

satu sama lain. Perhubungan interpersonal amat penting dalam menentukan

keselesaan dan kebahagian hidup.

8
Kebanyakan masalah yang timbul adalah disebabkan oleh perselisihan faham,

pertengkaran, tidak sesuai dan berbagai lagi berpunca dari pertembungan sikap dan

kelakuan seseorang. Masing-masing tidak dapat bertolak ansur dengan sikap atau

kelakuan yang lain. Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi setiap individu untuk

mengetahui bagaimana mengadakan perhubungan yang baik dengan yang lain untuk

memudahkan proses kerja dan meningkatkan keharmonian di tempat tugas.

2.3 SETIAP ANGGOTA MEMPUNYAI PEMIKIRAN KRITIS/ PRAKTIKAL

Pemikiran merupakan media yang menyumbang kepada penyampaian sesuatu

maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Pemikiran merupakan

satusatunya perkara yang tidak dapat dikecualikan daripada umat manusia malah ia

juga menjadi identiti bagi perbezaan individu. Pemikiran penting dalam kehidupan

seharian kerana dengan menguasai kemahiran ini, kita boleh mengumpul banyak

maklumat dan menilai betul atau salah sesuatu idea itu serta dapat membuat tindakan

atau pemilihan yang lebih tepat.

Berfikir secara kritis merupakan tunjang kepada pemikiran terbuka, iaitu

kesanggupan menerima pandangan dan pendapat individu lain dan ianya memberi

keupayaan untuk mempertimbangkan semula sesuatu idea. Secara ringkasnya, kritis

membawa maksud kebolehan seseorang untuk membantu dan membaiki idea-idea

individu lain supaya ia boleh diterima atau ditolak. Pemikiran kritis dapat

meningkatkan taraf hidup dan membawa kemakmuran dalam kehidupan. Pemikiran

kritis membolehkan setiap individu untuk berfikir dan bertindak secara rasional dalam

apa jua keadaan. Pemikiran kritis menjadikan seseorang lebih rasional dan peka serta

9
cekap dalam mengkaji sesebuah hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara

pengucapan mahupun penulisan.

Di samping itu, pemikiran kritis juga mampu meluaskan atau membuka minda

seseorang agar lebih menerima berbanding terus menolaknya tanpa menganalisa baik-

buruknya cadangan tersebut. Oleh itu, pemikiran kritis adalah mustahak bagi Pegwai

Kanan dan Pegawai Pangkat Rendah Polis.

2. 4 ANGGOTA PERLU MEMPUNYAI KECERGASAN MENTAL &

FIZIKAL

Kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan

sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan.

Dalam aspek fizikal, komponen ini berkait dengan keadaan badan seseorang, bentuk

badan serta kebolehan individu melaksanakan tugasan tertentu. Justeru itu, kecergasan

fizikal merujuk kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan,

ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta ketidakselesaan

tubuh badan yang memerlukan perhatian daripada pakar perubatan. Kecergasan

mental adalah situasi dimana seseorang individu menyedari potensinya boleh berdaya

tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh

menyumbang kepada masyarakat.

Kecergasan mental juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan cara

kita bertindak. Tuntasnya, untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan, kesihatan

memainkan peranan yang sangat besar. Kecergasan fizikal dan mental perlu dititik

beratkan kerana ia saling berhubung kait antara satu sama lain. Kesihatan yang baik

mampu melahirkan seorang pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah polis yang

10
produktif dan berdaya saing yang sekaligus memberi impak positif kepada organisasi,

masyarakat serta negara.

2.5 MENERAPKAN SIFAT AMANAH

Pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah berkewajipan untuk memberi

sokongan dan kesetiaan secara profesional dan tidak berat sebelah kepada sesiapa.

Setiap warga PDRM adalah juga bertanggungjawab untuk menjalankan dengan setia,

setiap arahan yang diberikan. Dengan berbuat demikian, setiap seorang pegawai

kanan dan pegawai pangkat rendah sebenarnya berkhidmat kepada rakyat.

Pelaksanaan tanggungjawab secara profesional adalah antara faktor yang menentukan

mutu kerja yang tinggi dan meningkatkan kepercayaan masyarakat pada PDRM. Oleh

itu, amanah adalah salah satu kualiti yang sangat penting bagi seorang pegawai polis

yang berjaya.

2.6 MEMPERTINGKATKAN BUDAYA INTERGRITI

Integriti adalah satu sifat dimana seorang individu perlu mengikuti arahan dan

melaksanakan kerja-kerja yang berkualiti. Integriti adalah sifat asas yang diperlukan

untuk kerja-kerja polis dan mungkin yang paling penting. Ia adalah dipercayai sifat

integriti ini adalah apa yang membolehkan masyarakat untuk meletakkan kepercayaan

dan keyakinan mereka terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang

mereka. Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi pegawai kanan dan pegawai pangkat

rendah polis untuk mengamalkan sifat integriti.

11
2.7 PENINGKATAN BAKAT

Satu daripada faktor yang mendorong terhadap kecemerlangan perkhidmatan

dan organisasi adalah bakat yang dimiliki oleh pegawai dan anggota PDRM. Untuk

menghasilkan organisasi yang hebat, pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah

polis yang berkebolehan dan memiliki kopentensi yang hebat diperlukan. Daya

kreativiti dan inovasi yang tinggi diperlukan untuk memberi perkhidmatan yang

terbaik. Oleh itu, ia adalah sangat penting untuk sentiasa meningkatkan ilmu dan

kebolehan untuk menjalankan tugas sejajar dengan keperluan semasa.

2.8 SEMANGAT BERPASUKAN

Semangat Berpasukan Kerja berpasukan adalah salah satu daripada sifat-sifat

yang penting untuk kejayaan organisasi. Ia telah dilihat bahawa dalam ketiadaan kerja

berpasukan, pasukan gagal melakukan yang terbaik kebolehan mereka. Kerja

berpasukan dapat meningkatkan jumlah produktiviti. Kemahiran yang terbaik setiap

ahli kumpulan boleh digunakan secara maksimum, dan dengan itu tidak ada

kompromi kepada produktiviti apabila kerja berpasukan. Ahli pasukan juga dapat

belajar daripada satu sama lain untuk kebaikan diri. Ini adalah salah satu faktor

menujukkan yang semangat berpasukan adalah penting untuk menghasilkan pegawai

polis yang berkualiti.

12
3.0 KESIMPULAN

Etika dan integriti dalam perkhidmatan perlu diperlihatkan oleh penjawat

awam melalui perlaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas

mereka demi kepentingan umum. Sekiranya perbuatan tidak beretika dan tidak

berintegriti dibiarkan berterusan tanpa usaha menanganinya maka ia berupaya

menghilangkan kepercayaan masyarakat dan menjejaskan imej pekerja, negara serta

melumpuhkan entiti korporat yang kukuh. Maka dapat difahami bahawa etika dan

integriti dalam kalangan penjawat awam amat penting untuk dipupuk demi

melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dan maju.

Secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa etika itu wujud dari

dalam diri seseorang individu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri yang utuh.

Dalam aspek politik, nilai-nilai murni merupakan prasyarat kepada keutuhan jentera

pentadbiran sesebuah kerajaan, persepsi rakyat dalam aspek ketelusan dan mejadi

penanda aras kepada kepercayaan terhadap seseorang individu. Oleh demikian usaha

memperkukuhkan integriti dan tadbir urus yang terbaik memerlukan komitmen

daripada semua pihak dalam perkhidmatan awam iaitu pegawai, kakitangan dan

organisasi itu sendiri dengan mengikuti segala peraturan serta amalan-amalan terbaik.

13
4.0 PENUTUP

Di dalam buku ini atau kertas kerja saya yang bertajuk “MENANGANI

KETIDAKCEKAPAN ANGGOTA BEKERJA” terdapat perkara-perkara

berkenaan masalah disiplin yang berkaitan dengan anggota polis. Oleh itu, saya

menyenaraikan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah ini.

Saya berharap semoga buku ini bukan sahaja dapat dicetak untuk dijadikan

kertas kerja tugasan sahaja, tetapi juga akan dijadikan pedoman dan memberi

manfaat kepada diri saya dan para pembaca.

14
5.0 RUJUKAN

Aziz, S.A. (2015). MemahamiAmanahdigalasPenjawatAwam.

Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/69407

Bradford, A. KerjaBerpasukan (2012).

Diambildari https://www.slideshare.net/kaizen2012/kerja-berpasukan
Flavin, B. (2019). The No-Nonsense Guide to What Makes a Good Police
Officer.Diambildari
https://www.rasmussen.edu/degrees/justicestudies/blog/whatmakes-good-police-
officer/

15

You might also like