You are on page 1of 29

MASTER OF EDUCATION

______________________________________________________________________

HMEF 5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING
TASK I: READING SYNTHESIS

Read Topic 2 to Topic 9 in your module. Examine the four families of models, (information processing family of
models, personal family of models, social family of models and behavioural systems family of models). Based on
your readings, elaborate on the merits of each family of models in terms of generating meaningful and effective
learning in the classroom. Your discussion could include the following:-
a) key terms and concepts pertaining to models
b) role of the teacher and the learners
c) use of teaching resources

TASK II: APPLICATION

Read Topic 10 in your module. Based on your reading, select any ONE of the lesson plans as stipulated in Topic
10. Analyse the lesson plan and critically review the assessment of the learning outcomes. Design and elaborate
two assessment tasks for the lesson. Refrain from duplicating the assessment tasks found in Topic 10.
______________________________________________________________________

NAMA : DANGKARON @ NOUMMY BINTI EBIN

NO. MATRIK : CGS01108706

KAD PENGENALAN : 671123-12-5020

NO. TELEFON : 0138729645

E-MAIL : noummye@gmail.com

NAMA TUTOR : EN. MOHD.AZIZUAN BIN ABDULLAH

EMAIL TUTOR : azizuan@oum.edu.my

CAWANGAN : KOTA MARUDU LEARNING CENTRE

KEMASUKAN : JANUARI 2015


ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 Pengenalan … … … … … … … 2

2.0 DEFINISI DAN KONSEP TEORI-TEORI

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN … … 2–7

3.0 Peranan Guru … … … … … … … 7 - 10

4.0 Peranan Pelajar … … … … … … … 11 - 14

5.0 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar(BBM) … … … 14 - 18

6.0 Penutup … … … … … … … … 19

Bibliografi

TUGASAN B

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

2
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

1.0 PENGENALAN

Peranan guru sebagai seorang pendidik semakin mencabar di alaf ini seiring dengan
peningkatan kemajuan teknologi dan digital. Guru tidak lagi boleh menumpukan kepada satu
jenis cara pengajaran sahaja. Pada suatu ketika dahulu, proses pengajaran adalah prose sehala
yang mana guru mengajar dan murid meneriman. Namun, pelajar masa kini terdedah kepada
banyak pengaruh dan cara belajar yang membuatkan mereka akan mudah rasa bosan
sekiranya cara pengajaran guru mereka tidak sesuai seperti cara dahulu. Oleh kerana hal itu,
model dan strategi pengajaran yang telah dikaji sejak dahulu lagi perlu diambil kira sebagai
acuan atau rangka untuk menjadi panduan dalam menyediakan aktiviti yang sesuai di dalam
kelas.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP TEORI-TEORI MODEL PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah


mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model pengajaran yang boleh memberi
kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan.
Melalui cara pengajaran yang betul guru dapat menilai dan menganalisis kekuatan dan
kelemahan pelajar mereka lantas dapat membuat tindakan yang boleh membantu mereka. Di
sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan pembelajaran untuk pertimbangan guru.
Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu
guru-guru dalam proses pengajarannya.

MODEL PEMPROSESAN
MODEL SOSIAL
MAKLUMAT

MODEL
PENGAJARAN

MODEL BEHAVIOURAL MODEL PERSONAL

3
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Rajah 1 : Kategori model dan strategi pengajaran

Model pengajaran adalah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai
matlamat pengajaran. Ia merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan,
strategi serta iklim social bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang berkesan untuk murid.

2.1 Model Tingkahlaku (Behaviourist Models)

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike
dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah
laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam
makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan
‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau
tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa
tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Model Pembelajaran Tingkahlaku merupakan model yang memberikan fokus tentang peranan
utama guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini menganggap bahawa
pelajar adalah pasif dan tidak mempunyai pengetahuan. Teori Behaviorisme menumpukan
perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-
ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan
kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa
sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Belajar merupakan akibat adanya
interaksi antara stimulus dan respon (Slavin. 2000) Mereka berpendapat kecenderungan-
kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan,
aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Teori belajar behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan
Berliner tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, N.L &

4
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Berliner, D. 1979). Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur,
diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung
kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan
gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan
dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman
operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000). Antara
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Model Tingkahlaku ialah Pembelajaran
Masteri, Simulasi, Arahan Langsung, Pembelajaran Sosial dan Peneguhan.

2.2 Model Pembelajaran Peribadi (Personal Family Models)

Model peribadi menekankan pada perkembangan konsep diri setiap individu. Hal ini meliputi
perkembangan proses individu dalam membangun serta mengorganisasikan dirinya sendiri.
Model memfokuskan pada konsep diri yang kuat dan realistik untuk membantu membangun
hubungan yang produktif dengan orang lain dalam lingkungannya. Model ini berasal daripada
teori humanistik, iaitu berorientasi pada perkembangan individu. Dalam teori belajar
humanistik proses belajar harus berhulu dan bermuara pada manusia itu sendiri. Meskipun
teori ini sangat menekankan pentingya isi dari proses belajar, dalam kenyataan teori ini lebih
banyak berbicara tentang pendidikan dan proses belajar dalam bentuknya yang paling ideal.
Dengan kata lain, teori ini lebih tertarik pada ide belajar dalam bentuknya yang paling ideal
dari pada belajar seperti apa adanya, seperti apa yang bisa kita amati dalam dunia keseharian..
Teori apapun dapat dimanfaatkan asal tujuan untuk “memanusiakan manusia” (Moh. Nur
Wahid Zamroni Moh. Syamsul Huda. 2011).

2.3 Model Pembelajaran Sosial (Social Learning Models)

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab
behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan
Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses
pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan
pendekatan ‘permodelan’.

5
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan
atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan
kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar Albert Bandura memperkenalkan teori
pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977)
berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat
konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat bahawa;

i. Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian


seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik
seperti televisyen dan sebagainya.
ii. Peniruan selalunya diteguhkan.
iii. Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman
klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan
peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.

Model Pembelajaran Sosial sebenarnya berasal daripada Teori Pembelajaran Sosial. Proses
pembelajaran berlaku melalui kaedah pemerhatian dan peniruan. Selain itu, proses
pengukuhan akan berlaku melalui kaedah ganjaran dan dendaan. Menurut Modul
HMEF5123 Models and Strategies of Teaching, terdapat tiga jenis kaedah yang digunakan
dalam Model Pembelajaran Sosial iaitu Pembelajaran Kooperatif, Main Peranan dan
Penemuan Jurisprudential.

Perhatian utamanya pada emosional pelajar dalam mengembangkan hubungan yang produktif
dengan lingkungannya. Model ini menjadikan peribadi pelajar mampu membentuk hubungan
harmonis serta mampu memproses informasi secara efektif. Tokoh humanistik adalah
Abraham Maslow (1962), R. Rogers, C. Buhler dan Arthur Comb. Menurut teori ini, guru
harus berupaya menciptakan kondisi kelas yang kondusif, agar peserta didik merasa bebas
dalam belajar mengembangkan dirinya baik emosional maupun intelektual. Teori humanistik
timbul sebagai cara untuk memanusiakan manusia. Pada teori humanistik ini, pendidik

6
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

seharusnya berperan sebagai pendorong bukan menahan sensivitas peserta didik terhadap
perasaanya. Implikasi teori ini dalam pendidikan adalah sebagai berikut:-

i. Bertingkah laku dan belajar adalah hasil pengamatan.


ii. Tingkahlaku yang ada dapat dilaksanakan sekarang (learning to do).
iii. Semua individu memiliki dorongan dasar terhadap aktualisasi diri.
iv. Sebagian besar tingkahlaku individu adalah hasil dari konsepsinya sendiri.
v. Mengajar adalah bukan hal penting, tapi belajar bagi peserta didik adalah
sangat penting.
vi. Mengajar adalah membantu individu untuk mengembangkan suatu hubungan
yang produktif dengan lingkungannya dan memandang dirinya sebagai
peribadi yang cakap.

Tujuan model pembelajaran personal adalah untuk meningkatkan kesihatan mental dan
emosional anak-anak, dan keterlibatan anak-anak dalam menentukan apa yang ingin
dipelajari dan bagaimana mempelajarinya, sehingga ada kesesuaian yang tinggi antara bahan
belajar dengan keperluan anak, mengembangkan pemahaman diri (self-consept), kreativiti,
dan kemampuan anak dalam mengekspresikan diri dengan lebih baik.

2.4 Model Pemprosesan Maklumat (Information-processing Models)

Model Pemprosesan Maklumat adalah berasaskan kepada psikologi kognitif di mana otak
manusia dilihat sebagai pemproses maklumat seperti komputer. Dalam kata lain model ini
merujuk kepada cara manusia untuk mengatasi stimulus daripada persekitaran, pengumpulan
data, mengenalpasti masalah, generalisasi konsep dan penyelesaian masalah dengan
menggunakan simbol secara lisan atau bukan lisan.

Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu
untuk percambahan maklumat. Kategori model gaya pembelajaran ini menghuraikan proses
bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan.

i. Model Kolb “Learning Style Inventory”

7
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Model ini menekankan kepada bagaimana individu menanggap atau mengamati dalam proses
pembelajaran. Ia juga menekankan kepada bagaimana maklumat itu diproses. LSI terdiri
daripada tret kognitif, yang dikelaskan sebagai gaya pembelajaran kerana diterbitkan
daripada teori pembelajaran.

ii. Model Gaya Pembelajaran Felder

Model Index of Learning Style Questionnaire Felder dan Solomon (1970) mengenal pasti
empat dimensi gaya pembelajaran yang diterbitkan daripada Index of Learning Style
Questionnaire. Empat dimensi itu ialah input (visual atau verbal), pemprosesan (aktif atau
reflektif), pengamatan (kepekaan atau intuisi) dan kefahaman (sequential atau global).

Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan


pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat
melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Pusat kepada model
pembelajaran memproses maklumat ialah kepelbagaian bahagian sistem daya ingatan.
Bahagian ini mempunyai sistem penerimaan maklumat yang terbahagi kepada tiga jenis
ingatan iaitu:
i penerimaan daya deria-rangsangan
ii daya ingatan jangka pendek
iii daya ingatan jangka panjang

Terdapat 4 kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Model Pemprosesan


Maklumat iaitu Model Pencapaian Konsep, Model Induktif Perkataan Bergambar, Model
Hafalan dan teori Advance Organisers.

3.0 PERANAN GURU

Peranan utama yang sepatutunya dilaksanakan oleh seseorang guru ialah mengajar. Mengajar
bermaksud menyampaikan pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai yang dijangka akan
membawa perubahan dalam diri pelajar. Pengajaran boleh dilaksanakan dengan pelbagai

8
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

cara, iaitu dengan memberi penerangan, bercerita, menunjuk ajar, mengadakan perbincangan,
dan memberi bimbingan terhadap proses pembelajaran pelajar atau gabungan cara-cara di
atas. Justeru, Reigeluth dan Carr-Chellman (2009) menjelaskan bahawa pengajaran
merupakan proses bagi membantu pelajar membina pengetahuan dan juga apa sahaja aktiviti
yang bertujuan untuk menjana pembelajaran. Pengajaran juga melibatkan sumber daripada
guru atau pensyarah seperti pengetahuan, kemahiran, bahan-bahan yang tersedia secara
profesional seperti filem, perisian komputer, sumber manusia atau bakat, dan kemahiran dan
pengetahuan yang sedia wujud dalam diri pelajar.

Kesemua model pengajaran haruslah dapat dikuasai oleh setiap guru dalam
mengenalpasti kedudukan pelajar pada peringkat lambat, sederhana dan pantas. Model-
model pengajaran tersebut juga mampu menarik minat pelajar dalam konsep belajar dan
belajar. Guru harus berpandangan jelas dalam merancang aktiviti pembelajaran yang bukan
sahaja dilihat dari aspek perancangan, namun lebih menjurus pembelajaran yang diperolehi
oleh murid. Maka guru adalah tonggak utama ke arah kecemerlangan murid (Faridah Binti
Darus, Rohaida Mohd Saat & Abd. Razak Zakaria. 2013). Dalam melaksanakan teori-teori
PdP, guru haruslah memainkan peranan bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan
dalam pembelajaran.

Antara peranan utama guru yang dimaksudkan ialah:

3.1 Fasilitator

Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.


Menurut D Anggraeni (2011), kaedah pembelajaran kooperatif dan main peranan merupakan
kaedah pembelajaran berpusatkan murid dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau
moderator. Guru yang berperanan guru sebagai fasilitator, menurut Wina Senjaya (2008) itu
bermaksud guru harus berperanan memberikan pengajaran dan tunjuk ajar untuk
memudahkan pelajar mencapai hasil pembelajaran. Oleh yang demikian, guru perlu menjadi
fasilitator yang berkesan dalam bilik darjah agar proses pembelajaran akan berjalan lebih

9
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

lancar. Selain itu guru juga bertindak sebagai director, penasihat dan juga motivator kepada
pelajar.

3.2 Pelaksana Pengajaran dan Pembelajaran yang menarik dan kondusif.

Guru juga perlu kreatif dalam menyediakan aktiviti atau tempat yang kondusif dan sesuai
untuk pelaksanaan P & P dalam bilik darjah. Kaedah pembelajaran seperti kumpulan, main
peranan, simulasi, demonstrasi dan inkuiri memerlukan tempat dan kawasan yang selesa
untuk proses P & P. Sebarang aktiviti atau tenpat P & P bukan sekadar dilaksanakan di kelas
tetapi juga boleh dilaksanakan diluar kelas seperti di kawasan lapang, padang, perpustakaan,
bilik alat pandang dengar, makmal, bengkel dan di kawasan taman sekolah. Guru perlu
sentiasa berhubung dengan pentadbir bagi memastikan kawasan P & P kondusif untuk proses
pembelajaran pelajar. Menurut Ali Muktadi (2005), proses pembelajaran seharusnya mampu
mencipta suasana yang kondusif bagi mencapai kualiti proses pembelajaran yang baik.
Menurutnya lagi, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi mewujudkan suasana yang
kondusif dalam bilik darjah.

Guru juga berperanan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang lengkap, sesuai dan
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik minat pelajar di dalam bilik darjah.
Misalnya, tugas dan peranan guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri iaitu:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
pembelajaran masteri;
c. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
d. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar
melalui ujian diagnostik;
e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
f. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

3.3 Meningkatkan Profesionalisme

10
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Guru perlu meningkatkan kemahiran kendiri untuk memastikan proses penyampaian


maklumat kepada pelajar dilaksanakan dengan berkesan. Keempat-empat model PdP yang
telah dinyatakan memerlukan kemahiran atau skill yang tinggi untuk diaplikasikan dalam
bilik darjah. Justeru itu, sebagai penyampai maklumat kepada pelajar guru perlu berusaha
meningkatkan kemahiran kendiri dengan mengikuti kursus, membuat kajian tindakan, rajin
membaca atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Razali Bin
Hassan & Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohd. Mohsin (2011), kajian lepas menunjukkan
bahawa tahap kesediaan guru masih ditahap yang memuaskan, namun guru masih lagi gagal
dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan kemahiran dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-
21 sukar digarap dikalangan guru. Ini merupakan sebahagian daripada masalah penguasaan
kemahiran guru yang masih lagi ditahap yang kurang memuaskan. Justeru itu, bagi
melaksanakan dan mengaplikasikan teori-teori PdP ini, guru perlu berusaha untuk
meningkatkan profesionalisme kendiri dalam pelbagai bidang.

3.4 Role Model kepada pelajar

Role model merupakan individu yang mempunyai tingkahlaku yang baik dan individu yang
bejaya yang boleh dicontohi oleh orang lain khususnya di kalangan orang muda. Menurut
Kaufman & Michael T (2003), istilah role model diperkenalkan oleh Robert K. Merton
seorang ahli sosiologi yang terkenal dan istilah role mode ini wujud sepanjaang kariernya
sebagai ahli sosiologi. Menurut Merton, sesorang individu boleh membandingkan individu-
individu dalam kumpulan yang kecil dan individu tersebut akan memilih seseorang individu
yang boleh dijadikan sebagai inspirasinya.

Seseorang guru mestilah mampu menjadi role model kepada pelajar kerana guru
dianggap sebagai pemimpin yang boleh mempengaruhi pelajar. Menurut A. Bandura (1999),
istilah yang paling penting dalam teori pembelajaran sosial ialah peniruan. Ini menunjukkan
bahawa pelajar akan meniru atau mencontohi setiap tingkahlaku guru sama ada di dalam
kelas atau diluar kelas. Oleh yang demikian guru bertanggungjawab untuk menunjukkan
sikap dan tingkahlaku yang baik di hadapan pelajar. Menurut Jabatan Perdana Menteri
(2009) antara ciri-ciri role model yang baik ialah melakukan apa yang ia perkatakan, berjaya

11
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

menimbulkan keyakinan, menjadi rujukan, berani mengaku salah, boleh muhasabah diri dan
tidak emosional. Melalui tingkahlaku guru, boleh membentuk akhlak pelajar selain daripada
menghasilkan stimulus yang boleh direspon oleh pelajar.

Pendek kata, keupayaan guru dalam mengimbangi segala tugas yang dimandatkan dan
menguasai semua model pembelajaran, maka mudahlah bagi guru tersebut menangani segala
masalah yang dihadapi sama ada daripada proses pembelajaran atau daripada konteks
pengajaran.

4.0 PERANAN PELAJAR

Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk
belajar dan menguasai apa yang diajar. seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding
di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.

Peranan pelajar yang paling penting ialah:-

1. Tahu Hasil Pembelajaran Untuk Dikuasai

Pelajar bukan sekadar hadir ke sekolah, duduk di dalam kelas, berhadapan dengan rakan-
rakan dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Pelajar seharusnya mengetahui
objektif pembelajaran yang patut dikuasainya. Peranan pelajar dalam menguasai hasil
pembelajaran adalah lebih utama di samping belajar menulis, membaca, mengira. Draves &
Julie (2011) menyatakan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran
mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid.

2. Belajar dengan Tekun, Tabah dan Bermotivasi.

Pelajar dalam abad ke 21 sangat sensitif dengan pengaruh komunikasi dan multi media.
Tidak dinafikan ia lebih berpotensi untuk menghalang pelajar daripada belajar secara

12
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

berfokus terutama untuk mendapat markah tertinggi dalam setiap ujian. Peranan pelajar
harus ada kekuatan dan keyakinan tinggi untuk belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi.
Di dalam artikel bertajuk, ‘STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA’ oleh
Saedah Siraj dan Muhammed Sani Ibrahim menyatakan bahawa kemahiran motivasi dan
pengurusan bilik darjah, guru memahami motivasi dan tingkahlaku individu dan kumpulan
pelajar dan mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang menggalakkan interaksi sosial
yang positif, penglibatan aktif dalam pembelajaran dan motivasi kendiri.

3. Berdikari belajar kendiri.

Pelajar harus berperanan sebagai seorang yang berani dan berdikari tanpa mengharapkan
pengajaran guru semata-mata. Pelajar harus memberitahu guru sekiranya ada perkara yang
belum difahami atau dikuasai. Segala tugasan dan latihan yang diberikan terutama kerja
pemulihan atau kerja pengayaan haruslah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Latihan
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir yang diberikan oleh guru adalah langkah supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari. Laurillard (1991: 148) menyatakan bahawa sebarang
bahan pembelajaran kendiri berpusatkan komputer mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Ia ada informasi atau maklumat (baru)


2. Ia menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas
3. Ia ada integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran lepas
Maknanya, pelajar dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui latihan dalam talian.

4. Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan

Kaedah pembelajaran kooperatif merupakan kaedah dan strategi yang dirancang untuk
mendidik kerja sama kelompok dan interaksi antara pelajar (Jacobsen, David A.; Eggen,
Paul; Kauchak, Donald. 2009). Strategi ini berlandaskan pada teori belajar Vygotsky (1978,
1986) yang menekankan pada interaksi sosial sebagai sebuah mekanisme untuk mendukung
perkembangan kognitif (Eggen, Paul; Kauchak, Donald. 2010). Selain itu, metode ini juga
didukung oleh teori belajar information processing dan cognitive theory of learning (Gunter,
Mary A; Estes, Thomas H. Mintz, Susan L. 2007). Selain daripada itu kaedah-kaedah P & P

13
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

lain seperti simulasi, main peranan, tugasan kumpulan dan model inkuiri sangat memerlukan
kerjasama dengan rakan yang lain. Justeru itu, pelajar perlu mamainkan peranan dengan
memberikan kerjasama yang padu dengan rakan yang lain agar proses P & P berjalan dengan
lancar untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah dirancang.

4.2 Bekerjasama dengan guru

Selain daripada memberikan kerjasama kepada rakan, pelajar juga perlu memberikan
kerjasama yang padu kepada guru. Model Pembelajaran Peribadi merupakan kaedah
pembelajaran yang memerlukan perkembangan diri pelajar itu sendiri. Model ini merupakan
teori humanistik yang menekankan perkembangan kendiri pelajar itu sendiri. Justeru itu,
pelajar perlu berusaha sendiri untuk menjana pengetahuan dan peningkatan diri tanpa perlu
bergantung sepenuhnya kepada guru. Selain itu, model pengajaran dan pembelajaran yang
lain juga memerlukan kerjasama pelajar bagi mewujudkan pembelajaran dua halan antara
guru dan pelajar. Sekiranya hubungan dua hala ini wujud, ia akan memberikan impak yang
poitif terhadap diri pelajar itu sendiri kerana pelajar akan lebih berminat, meningkatkan
motivasi dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Menurut
aliran behavioristik kegiatan belajar terjadi kerana adanya stimulus dari lingkungan. Kegiatan
belajar merupakan respon/reaksi terhadap stimulus di kawasan lingkungan. Belajar tidaknya
seseorang tergantung kepada faktor kondisional dari lingkungan. Lingkungan di sini
bermaksud lingkungan keluarga, masyarakat maupun lingkungan sekolah. Lingkungan
sekolah terdiri dari guru, media pembelajaran, buku teks, kurikulum, teman sekelas, peraturan
sekolah, maupun sumber-sumber belajar lainnya (Dr. S. Eko Putro Widoyoko. 2009).
Justeru itu, pelajar perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan guru dan memberikan
kerjasama yang padu terhadap guru agar objektif pembelajaran dapat dicapai dan guru dapat
mengaplikasikan model-model pengajaran secara efektif.

5.0 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR(BBM).

Penggunaan Bahan Bantu mengajar dalam pengajaran abad ke 21 adalah lebih


berhalatuju kepada telekomunikasi dan multimedia. Menurut Tolhurst (1995) dalam Abdul
Aziz & Azida (2002), multimedia ialah suatu teknologi yang menggabungkan elemen-

14
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

elemen teks, video, grafik, animasi dan audio di dalam komputer di mana pengguna boleh
berinteraksi dengannya. Internet ( international networking ) , merupakan salah satu
rangkaian elektronik yang merangkumi beribu-ribu sistem komputer sama ada di rumah,
pejabat, organisasi atau institusi dengan menggunakan bahasa komputer. Penggunaan Internet
amat relevan dalam P&P elektronik memandang kemudahan yang boleh didapati dengan
penggunaan internet merangkumi mengakses maklumat, mel-elektronik (e-mel),
berkomunikasi melalui Internet Relay Chat (IRC) dan muat turun (down load) maklumat. (
Ranjit, Chua & Rema : 2001 ). Proses P&P menggunakan rangkaian elektronik ini dikenali
sebagai e-learning iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian
elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan (Jaya
Kumar : 2001) .

2.0 Kebaikan Penggunaan Komputer Sebagai Alat Pembantu P&P

Perbincangan ini selanjutnya akan cuba melihat tentang kebaikan pengunaan


komputer sebagai satu alat pembantu P&P di sekolah-sekolah. Kebaikan penggunaan
komputer sebagai alat pembantu P&P ini boleh dilihat dari beberapa aspek iaitu pelajar,
guru , bahan serta pedagogi.

3.1 Pelajar

Di antara kebaikan-kebaikan yang wujud akibat penggunaan komputer sebagai alat


pembantu P&P kepada pelajar ialah :

i. Menggalakkan pembelajaran kendiri

Melalui pembelajaran secara e-learning pelajar dapat melaksanakan pembelajaran


kendiri dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju

15
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali
sehingga pemahaman dapat dicapai. ( Jaya Kumar:2001 )

ii. Pelajar mengalami proses pembelajaran lebih aktif

Interaktif di dalam pembelajaran berbantukan komputer adalah dalam bentuk


maklumbalas, pengajaran bukan linear, adaptasi dan sebagainya . Figurasi cabang atau teknik
pencabangan yang terkawal dalam multimedia interaktif membolehkan pelajar menentu dan
memilih pergerakan sendiri mengikut keinginan dan keperluan sendiri. Perhubungan minda
dan fizikal ini menghasilkan satu tindakan yang mana menggambarkan bahawa pelajar
sedang melalui suatu proses pembelajaran yang aktif ( Abdul Aziz&Azida:2000).

iii. Kebolehukuran kebolehan pelajar.

Pelajar-pelajar dapat melihat dan mengukur kebolehan mereka kerana semua ujian-
ujian dan soalan-soalan dapat disimpan di dalam komputer dan boleh ditentuukur dalam
bentuk elektronik dan digunakan dalam bentuk analisis pengukuran kebolehan pelajar untuk
ujian-ujian akan datang. Kaedah ini memberi ukuran kebolehukuran kebolehan pelajar
merujuk kepada satu kayu ukur yang sama dan segala tumbesaran yang berlaku akan dapat
ditunjukkan ( Lee:1994 ).

3.2 Guru

Penggunaan komputer dalam P&P kepada pelajar sekolah bukan sahaja penting dalam
era globalisasi tetapi fungsi komputer telah membantu guru melaksana proses P&P yang
lebih berkesan. Menurut Kamaruddin (2000) beberapa fungsi komputer telah membantu
dalam pelaksanaan P&P khususnya guru bahasa iaitu fungsi komputer sebagai alat
rangsangan , gedung penyimpan dan sumber ilmu, dalam pengajaran individu, dalam
pengujian dan penilaian serta sebagai pembimbing ( tutor ) pelajar.

16
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

i. Fungsi komputer sebagai alat rangsangan.

Apabila hendak memulakan sesuatu topik baru, biasanya seseorang guru akan
memberikan rangsangan melalui penerangan atau simulasi agar murid dapat memulakan
sesuatu pengajaran dengan penuh minat. Dengan berbantukan komputer guru akan mudah
merangsang minat dan motivasi pelajar melalui grafik dan gambar-gambar yang bergerak dan
mempunyai suara serta warna-warna yang menarik.

ii. Fungsi Komputer sebagai gedung penyimpan dan sumber ilmu

Dengan kemampuan sebuah komputer yang dapat menyimpan maklumat yang


banyak, guru dapat menggunakan komputer sebagai penyimpan atau gedung sumber ilmu
yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Menurut Kamaruddin (2000)
Komputer mampu menyimpan maklumat yang banyak di dalam ingatannya dan
memungkinkan memasukkan sebanyak maklumat yang boleh mengenai bahasa untuk tujuan-
tujuan tertentu dan kemudian mengeluarkannya semula dengan menekan huruf-huruf tertentu
di papan kunci .

iii. Fungsi komputer dalam pengajaran individu

Suatu kelebihan penggunaan komputer dalam P&P sebagai pembantu guru ialah
fungsinya membolehkan proses P&P berlaku secara individu. Dalam pembelajaran secara
individu, pelajar boleh mengambil seberapa banyak masa untuk menelaah dan memahami
sesuatu pelajaran mengikut kemampuannya. Malah komputer juga dapat diprogramkan
dengan memasukkan ciri-ciri “kepintaran” di dalamnya. Ini menjadikan proses pembelajaran
individu lebih mencabar dan bermakna.

iv. Fungsi komputer dalam pelaksanaan ujian dan penilaian.

Apabila sesuatu topik telah selesai diajar kepada pelajar, guru biasanya akan
mengemukakan ujian ringkas bagi menentukan samada murid telah dapat memahami topik
berkenaan dengan baik. Bayangkan sekiranya dalam satu bulan seorang guru yang mengajar

17
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

empat kelas yang mempunyai empat puluh orang pelajar dalam satu kelas telah
menghabiskan empat topik dalam dua subjek yang diajarnya . Tentulah guru tersebut
terpaksa mengendalikan sekurang-kurangnya lapan ujian ringkas kepada 160 orang
pelajarnya. Dengan berbantukan komputer , guru akan dapat melaksanakan ujian tersebut dan
pelajar boleh mengikuti ujian ini samada di sekolah atau di rumah melalui laman WEB yang
dibina oleh guru. Dengan cara ini ia bukan sahaja mengurangkan beban tetapi juga
membolehkan guru meneruskan sesuatu topik lain tanpa memikirkan ujian dilakukan di
dalam kelas . Seorang guru bahasa lazimnya terpaksa meluangkan masa yang banyak dalam
peroses penyediaan dan penyemakan soalan ujian bahasa. Guru mungkin hilang daya
tumpuan dan menyebabkan mereka tidak dapat menyemak dengan teliti dari segi ejaan,
tatabahasa, tanda baca dan sebagainya. Peranan komputer dalam mengendalikan ujian
terbukti berjaya terutama bagi ujian yang berbentuk objektif. ( Kamaruddin:2000 )

iv. Komputer sebagai pembimbing (tutor)

Gambaran yang lazim di sekolah-sekolah harian biasa di Malaysia , guru terpaksa


berhadapan dengan bilangan murid yang ramai dalam sebuah kelas. Ini menyebabkan guru
sukar memberi perhatian kepada semua pelajar semasa proses P&P berjalan. Dengan
berbantukan komputer pelajar mempunyai perhubungan terus dengan komputer iaitu
komputer akan menjadi pembimbing dan pada masa yang sama merujuk kepada guru tentang
masalah yang dihadapi . Ini penting khasnya kepada pelajar yang malu bertanya kerana takut
ditertawakan oleh rakan-rakannya.( Kamaruddin : 2000 ).

3.0 Kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar

Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar meliputi bahan media, teknologi maklumat,
elektronik dan bukan elektronik serta bahan berbentuk pengalaman guru dan pelajar.
Pengajaran menjadi lebih baik dan menarik dengan persediaan awal dari segi perancangan
kaedah penyampaian pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
Cukup. Ini secara tidak langsung boleh membantu pemahaman pelajar. (Noor Azlan bin
Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud. 2010).

18
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

4.0 Bahan Bantu Mengajar mudah diurus, kekal, kos minima dan sesuai.

Bahan bantu mengajar ini juga mestilah sesuai dengan frasarana sekolah, kemampuan guru,
kemahiran guru dan kesesuaian bilik darjah. Bahan bantu mengajar juga mestilah bahan yang
tahan lama, mudah disimpan, tidak berbahaya dan fleksibel. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang baik dan sesuai mampu mewujudkan iklim pembelajaran yang menarik dan
boleh menjana idea guru dan pelajar. Menurut CA Ungang (2008) penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dapat memudahkan kaedah penyampaian guru dan memberikan kesan
yang baik terhadap iklim pembelajaran.

Bahan-bahan kitar semula seperti kertas, plastik, botol dan sebagainya boleh dijadikan bahan
bantu mengajar bergantung kepada kreativiti guru. Kebanyakan guru lebih suka
menyediakan bahan bercetak untuk digunakan dalam pengajarannya kerana ianya lebih
mudah dan ringkas untuk disediakan. Di samping itu kos untuk mencetak bahan-bahan yang
berkenaan juga adalah rendah dan kebiasaannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah.
(Fadzli bin Dahalan & Ranjit Singh A/L Malkiat Singh. 2010). Walaubagaimanapun guru
tidak semestinya terlalu bergantung kepada peruntukan sekolah untuk mencipta inovasi
dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Model-model pembelajaran sangat memerlukan
bahan bantu mengajar untuk mengaplikasinya, justeru itu kebijaksanaan dan kreativiti guru
perlu ada bagi mencipta bahan bantu mengajar dengan kos yang minima agar tidak
membebankan guru dan pelajar.

6.0 PENUTUP

Di dalam zaman globalisasi sekarang ini, kita tidak lagi harus berpeluk tubuh dalam usaha
merealisasikan impian negara dalam membangunkan pendidikan ke arah yang lebih maju dan
mantap ke dalam diri setiap individu masyarakat. Pembelajaran abad ke 21 lebih banyak
cabaran perlu digalas untuk menarik minat pelajar. Setiap komponen dalam barisan
pendidikan perlulah memainkan peranan masing-masing dengan lebih bertanggungjawab
supaya segala usaha mencapai kejayaan. Para penyelidik juga mendapati masih ada segelintir
guru luar bandar yang tidak berminat langsung untuk menggunakan teknologi yang canggih

19
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

seperti komputer dan peralatan ICT. Diharap semua para guru tidak kira sama ada yang
berkhidmat di kawasan bandar atau luar bandar dapat mengubah persepsi mereka terhadap
penggunaan komputer dan ICT boleh memudahkan lagi proses P&P. Pada masa kini,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri telah melaksanakan model-model
pembelajaran ini dengan melakukan inovasi seperti i think, Pembelajara n Abad ke-21,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pentaksiran Beasaskan Sekolah (PBS).

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ahmad Rashidi Osman (1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru


Sekolah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.

20
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Akker, J.V.D., Paul, K. dan Tjeerd, P. (1992). The integration of Computer Use In Education.
International Journal of Education Research, vol. 17, ms. 65.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data).
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Baker J.C. (1982). Microcomputer In The Classroom. Phi Delta: Kappan Educational
Foundation.

Bakhtiar Mansor (1995). Membina „Empowerment“ Pengupayaan Dalam Pengurusan


Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Becker, H.J. (1991). How Computer Are Used In Uinited States Schools: Data from the 1989
Computer In Education Survey Journal of Educational Computing Research, vol. 7 (4),
ms.385.

Bramble J. (1985). Computer In School. New York: McGraw Hill.


Coffin, Gregory C. (1995). Minimum Computer Knowledge for Elementary Principal.

Dorsett, R (1990). Dalam: Chin Sak Fatt (1993). Tinjauan Penggunaan Komputer Dalam
Pengurusan Dan Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM.
Ely, D.P. (1993). Computer In Schools and Universities In the United States of America.
Educational Technology, vol.33 (9), ms. 53.

Fullan et. al. (1988), Strategies for Implementing Microcomputer in Schools: The Ontario
Case Ontario: Ministry of Education, Queen’s Printer.

Gilroy, D dan Desai H.B. (1986). Computer Anxiety : Sex, Race and Age. International
Journal Of Man-Machine Studies, vol. 25, ms. 711-719.

21
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Hamzah Hussain (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu Kajian Mengenai Persepsi,
Keberkesanan dan Keperluan Guru di Negeri Pahang. Tesis Sarjana UUM.

Harrison, A.W., Kelly, R. Dan Rainer Jr. (1992). The Influence of Individual Differences on
Skill in End-User Computing.

Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education Through Technology: Barriers and


Recommendation. Preventing School Failure, vol. 35 (3), ms. 33.

Holdaway, K. Sounders, M. (1996). Thw In-House Training As Consultant (2nd Edition).


London.

Howard, GDS. Dan Smith, R. (1989). Computer Anxiety In Management: Myth of Reality?
Vol. 29 (7)July.

Jaya Kumar C Koran. APLIKASI E-LEARNING DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini.

Journal of Management Information Systems, vol. 9 (1), ms. 33.

Kamus Dewan: Edisi Ketiga (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

22
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

TUGASAN B

Pelajaran : Matematik
Tahun : Tahun 2
Bilangan Murid :24 orang
Tarikh : 27 Mac 2016
Bidang Pembelajaran : Ruang Dan Bentuk
Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi ( 3D )
Objektif Pembelajaran : Mengenal pasti bentuk tiga dimensi
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
i. Menamakan bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan
kon dengan betul dan tepat.
ii. Membezakan bentuk tiga dimensi (3D) yang ada permukaan
rata dan permukaan melengkung dengan betul.
Pendekatan P & P : Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri

Kaedah / Teknik : Perbincangan


KBKK : Mengelaskan, Menjana idea, Berkomunikasi, Membanding dan
membezakan.
Nilai Murni : Bekerjasama
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1) ping pong – 5 biji
2) kotak tisu – 4 kotak
3) set bongkah 3D – 2 set
4) lembaran kerja
5) slaid powerpoint
Langkah berjaga-jaga : - tiada –
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid telah mempelajari nama bentuk tiga dimensi semasa
belajar Matematik Tahun 1 dan mereka juga mengetahui bentuk-
bentuk bagi sesuatu objek dalam kehidupan harian mereka.

23
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran


Fasa Isi Kandungan Nota / Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan / Membezakan 1. Guru meminta murid 1. Murid melihat apa BBM :
Mencungkil permukaan rata memerhati apa yang yang dilakukan Ping pong
Idea dan permukaan dilakukan olehnya. oleh guru. Kotak tisu
( 5 minit ) melengkung 2. Guru menjatuhkan ping 2. Murid menjawab
pong dan kotak tisu ke soalan-soalan Strategi /
atas meja. guru. Teknik :
3. Guru menanya murid : (contoh jawapan) Penyoalan
a) Apa yang kamu dapat a) Ping pong seluruh kelas
lihat semasa ping pong / berguling dengan
kotak tisu itu terjatuh ke cepat ke hadapan. KBKK :
atas meja ? Kotak tisu tidak Membanding
b) Mengapakah ping pong berguling. dan
boleh berguling ke b) Ping pong boleh membezakan
depan, kotak tisu tidak berguling dengan Berkomunikasi
dapat? cepat kerana ia
c) Apa bentuk bagi ping berbentuk bulat.
pong / kotak tisu ini? Kotak tisu
d) Cuba kamu merasa dan berbentuk
membuat pemerhatian segiempat.
pada permukaan ping c) Ping pong
pong dengan tapak berbentuk sfera.
Mengenali sisi tangan. Apa yang kamu Kotak tisu
dan bucu
rasa? Adakah berbentuk kubus.
permukaannya rata atau d) Permukaann pada
melengkung? ping pong licin
( diikuti dengan merasa dan melengkung.
kotak tisu ) Permukaan kotak
e) Sekarang, cuba kamu tisu licin dan rata.

24
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

rasa bahagian yang di e) Tajam.


hujung kubus. Apa yang f) Lurus
kamu rasa?
f) pegang bahagian tepi
kotak tisu. Cuba kamu
rasa, adakah ia lurus atau
bengkok?
Menstruktur/ Menamakan 1. Guru menunjukkan 1. Murid menyatakan Strategi /
Menstruktur bentuk bongkah bongkah 3D dan minta nama bentuk Teknik :
Semula 3D murid menyatakan bongkah 3D yang Penyoalan
( 15 minit ) bentuk bongkah tersebut. ditunjukkan oleh seluruh kelas
2. Guru mengagihkan guru. Perbincangan
murid kepada 2 2. Murid membilang
kumpulan secara bilangan BBM :
berpasangan. permukaan rata, Set bongkah
3. Guru memberi satu set permukaan 3D
bongkah tiga dimensi dan melengkung, sisi
satu jadual kepada setiap dan bucu bagi Nilai Murni :
kumpulan. setiap bongkah. Bekerjasama
4. Guru meminta murid 3. Murid
membilang permukaan merekodkan hasil KBKK :
Memperihalkan rata, permukaan dapatan mereka di Mengelaskan
permukaan rata, melengkung, sisi dan dalam jadual.
permukaan bucu bagi setiap bongkah4. Murid melihat
melengkung, sis yang dibekalkan. nota di slaid
dan bucu 5. Guru meminta murid powerpoint yang
bentuk 3D merekodkan hasil ditunjukkan dan
perbincangan mereka di mendengar
dalam jadual yang penerangan guru.
diberikan. 5. Murid menyemak
6. Guru menggunakan slaid hasil perbincangan
powerpoint untuk mereka tadi.
menerangkan bilangan

25
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

permukaan rata dan


melengkung, sisi dan
bucu bagi setiap bentuk
tiga dimensi.
7. Guru meminta murid
menyemak jawapan
mereka.
Aplikasi Idea Memperihalkan 1. Guru mengedarkan 1. Murid BBM:
( 5 minit ) permukaan rata, latihan penilaian menyiapkan Lembaran
permukaan mengikut aras murid. latihan penilaian. kerja
melengkung, 2. Guru berbincang ( pembelajaran
sisi dan bucu jawapan bersama dengan masteri )
bentuk 3D murid.

Refleksi / Teka- teki 1. Guru menaksir 1. Murid mendengar Strategi /


penerangan guru
Penutup - Menamakan kefahaman murid dengan Teknik
dengan teliti dan
bentuk 3D
( 5 minit ) memberi teka-teki. menjawab soalan Teka -teki
teka-teki tersebut.
2. Guru menyatakan
penerangan dan minta
murid cuba meneka apa
bentuk itu.

Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang agak
memuaskan terhadap soalan yang saya kemukakan pada permulaan pengajaran iaitu set
induksi. Ini telah menunjukkan saya telah meransangkan minat murid dengan
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam keadaan
bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam
menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat bekerjasama dalam
perbincangan menyiapkan aktiviti yang disuruh dengan baik. Aktiviti yang saya rancang telah
menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.

26
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Dengan mengimbas kembali, objektif pengajaran yang telah ditetapkan sebelum ini
turut tercapai dengan 97% kerana terdapat seorang murid membuat sedikit kesilapan
memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi bentuk tiga
dimensi (3D). Murid-murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul setelah
disemak.

Kekuatan dan kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan dalam semua
fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana aktiviti yang telah dirancang. Selain
itu saya kurang memberi galakkan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul semasa
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang dapat memupuk nilai kerjasama antara
murid-murid serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang
disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian
murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran pada hari itu.

Walaupun suara saya yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid saya faham
akan soalan saya dan seterusnya melibatkan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan.
Murid-murid juga memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran yang
dilaksanakan. Namun begitu, saya gagal memanggil seorang demi seorang untuk mencuba
menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Soalan-soalan yang diajukan adalah secara
keseluruhan kelas dan tidak dapat mengesan kefahaman murid terutamanya bagi murid
LINUS. Sebagai seorang guru yang efektif, saya seharusnya memanggil nama murid untuk
menjawab setelah mengajukan soalan kepada murid dan lebih bertanyakan soalan yang
berkaitan dengan topik untuk menguji kefahaman murid LINUS. Sekiranya murid LINUS
yang dipanggil masih tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, saya perlulah
menunjukkan kesabaran dan memberi galakkan kepada murid tersebut sehingga dapat
menjawab soalan yang dikemukan selain daripada menaksir kefahaman murid terhadap isi
pengajaran hari itu. Lama-kelamaan keyakinan pada diri murid tersebut dapat dipupukkan
sedikit demi sedikit begitu juga dengan merasai penghargaan daripada saya dalam menjawab
soalan. Oleh itu, murid tersebut akan meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.

27
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

Selain itu, kelemahan-kelemahan lain yang dapat dikenalpasti dalam proses


pengajaran dan pembelajaran ialah saya telah lupa menyediakan salah satu bentuk bongkah
3D iaitu berbentuk sfera. Saya berasa cemas apabila mendapati bogkah 3D berbentuk sfera
tidak ada. Jadi saya terpaksa mengubah strategi rancangan pengajaran saya dengan
menggunakan ping pong menggantikan sfera. Saya juga mendapati interaksi antara murid dan
guru adalah kurang memuaskan. Murid hanya menjawab soalan saya setelah diajukan kepada
mereka sahaja.

Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan teknologi maklumat seperti
powerpiont dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang canggih ini telah menarik minat murid kerana seiring dengan perkembangan dunia
sekarang yang mana kapur dan papan hitam dilihat sudah ketinggalan zaman. Power Point
yang ditunjukkan menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada hari ini serta juga
dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan memberikan tumpuan terhadap isi
pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan kepada murid juga bersesuaian dan mengikut
tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS dan murid PERDANA.

Melalui apa yang telah diperkatakan, jika saya diberi peluang untuk mengajar tajuk
ini sekali bagi kumpulan murid yang sama, saya akan lebih bersedia dengan menyediakan
Power Point yang lebih menarik lagi berbanding dengan slaid powerpoint yang digunakan
sekarang. Selain itu, saya akan memeriksa semua bahan bantu mengajar saya dengan terapi
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajara. Saya juga akan membuat
pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,
terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik
mengajar bagi menarik penglibatan murid secara aktif. Suasana pembelajaran juga akan saya
wujudkan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas
seperti memberi senyuman atau respons yang positif kepada murid yang sudi menjawab
soalan saya. Melalui cara ini barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai
objektif pembelajaran secara produktif dan berkesan.

28
ASSIGNMENT – HMEF5123
MODELS AND STRATEGIES OF TEACHING

NAMA: ................................................. TAHUN 2 SINAR

LEMBARAN KERJA
Berikan bilangan setiap bahagian dalam jenis-jenis poligon di
bawah ini.

1.

Segitiga mempunyai……………permukaan rata,


Segitiga mempunyai …………….sisi lurus
Segitiga mempunyai ……………bucu dan……………sudut.

2.

Segi empat mempunyai……………….


Segiempat mempunyai…………………. permukaan rata
Segiempat mempunyai..…………..sisi lurus,
Segiempat mempunyai……….…………bucu
dan ………………….sudut.

29

You might also like