You are on page 1of 1

ALAM KHAZANAHKU

Alam,
Keindahanmu memukau ramai orang,
Keindahanmu tidak terlawan,
Keindahanmu bagaikan syurga.

Alam,
Indahnya pemandangan ciptaan Tuhan,
Air laut yang berombak-ombak,
Burung-burung berkicauan merdu,
Daun-daun hijau berterbangan,
Sesiapa yang melihat pasti tertawan.

Alam,
Keindahanmu semakin menghilang,
Tumbuh-tumbuhan semakin layu,
Haiwan di hutan semakin pupus ,
Laut dipenuhi sampah sarap yang menjijikkan,
Angkara manusia durjana yang tamak.

Ayuh,
Marilah kita semua,
Menjaga alam ini bersama,
Kerana alam ini tidak ternilai,
Sebagai khazanah generasi mendatang.
Khazanah ciptaan Tuhan.

Terima kasih Tuhan ,


Sebahagian alam kau ciptakan untukku berimaginasi ,
Dan menjiwai dunia fanamu yang menawan,
Ku berjanji ,
Ku berjanji akan menjaga khazanahmu,
Agar keindahan tetap berkekalan.

You might also like