You are on page 1of 14

SAJAK

Aku Membaca Lagi (Razali Mohd Yussof)


MAKSUD RANGKAP
RANGKAP PERTAMA
Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa dirinya
sungguh kerdil melihat kebesaran Ilahi yang mencipta
pelbagai fenomena alam. Dengan perasaan penuh
kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan
yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
RANGKAP KEDUA
Penyajak menyelusuri pula alam yang terbentang
luas. Kedengaran kicauan burung, desiran ombak
dan keindahan pelangi yang melengkapi
kehidupan manusia dengan pelbagai rencah
kehidupan.
RANGKAP KETIGA
Penyajak mendongak ke langit lagi dan cuba
memahami langit. Penyajak mendapati bahawa alam
semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin
makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan
dengan keadaan Bahasa Melayu yang semakin lama
semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain
itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara
tidak dapat menjamin kedaulatan Bahasa Melayu.
RANGKAP KEEMPAT

Penyajak masih mahu memahami perkara yang


tersurat dilangit. Penyajak dapat menyaksikan
kekecewaan bulan dan bintang (pejuang-pejuang
bahasa) yang meratapi akan nasib Bahasa Melayu
yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah air sendiri
RANGKAP KELIMA

Penyajak kembali mendongak langit. Kali ini, penyajak


dapat menyaksikan kesedihan langit yang turut
menangisi nasib Bahasa Melayu yang kian tenat dan
semakin dilupakan anak bangsa.
TEMA
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan
PERSOALAN
1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
Contohnya: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh
Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
2. Kedaulatan Bahasa Melayu yang kian hilang
Contohnya: Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin
kurang orang yang mendaulatkan Bahasa Melayu walaupun Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan
3. Bahasa sebagai maruah bangsa.
4. Jati diri anak bangsa yang kian terancam

5. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib Bahasa Melayu


Contohnya: para pejuang bahasa yang cinta akan Bahasa Melayu
berasa sedih melihat nasib Bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan
BENTUK SAJAK
• Terdiri daripada lima rangkap
• Terdiri daripada 4-7 baris dalam satu rangkap
• Terdiri daripada1-6 perkataan dalam satu baris
• Terdiri daripada 4-12 suku kata dalam satu baris
• Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
• Rangkap pertama : abcde
• Rangkap kedua : abcd
• Rangkap ketiga : abcdefg
• Rangkap keempat : abcd
• Rangkap kelima abcd
GAYA BAHASA
SINKOPE
Contoh:
 kuselusuri alam
 menekuni kebesaran-Mu
 mewarnai kehidupan umat-Mu

REPITISI
Contoh:
 helai demi helai
NILAI
Nilai Kesyukuran
Contoh : dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
Nilai Cinta Akan Bahasa
Contoh : para pejuang bahasa yang cinta akan Bahasa Melayu
berasa sedih melihat nasib Bahasa Melayu yang tidak
dimartabatkan
Nilai Cinta akan alam sekitar
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan
yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
PENGAJARAN
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati
keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan
Kita mestilah cinta akan bahasa
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
Kita mestilah cinta akan alam sekitar
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh
Tuhan yang digambarkan melalui

You might also like