You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

Arahan: Soalan 1 hingga 20, bulatkan jawapan yang betul.

1. Siapakah yang mengisytiharkan pembentukan Malaysia?


A. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
B. Lee Kuan Yew
C. Tun Temenggong Jugah Anak Barieng
D. Sir Anthony Abell

2. Berikut merupakan langkah-langkah pembentukan Malaysia, kecuali.


A. Permuafakatan
B. Perundangan
C. Proses Perundangan
D. Peperangan

3. Apakah tarian tradisional yang popular di negeri Johor?


A. Dondang Sayang
B. Tarian Kuda Kepang
C. Dikir Barat
D. Tarian Boria

4. Hutan Simpan Royal Belum terletak di negeri….


A. Negeri Sembilan
B. Kuala Lumpur
C. Perlis
D. Perak

5. Manakah antara berikut merupakan salah satu prinsip Rukun Negara?


A. Kesetiaan kepada negeri kelahiran
B. Kepercayaan kepada Tuhan
C. Menghormati ibu bapa
D. Menolong orang yang memerlukan pertolongan

6. Manakah antara kenyataan berikut yang benar.?


A. Nama negeri Sabah di ambil daripada nama sebatang sungai.
B. Nama Perlis berasal daripada nama ‘ikan bilis’.
C. Nama Negeri Sembilan adalah bersempena dengan sembilan negeri kecil yang
disatukan.
D. Negeri Pulau Pinang mendapat nama daripada pedagang-pedagang dari negara
China.

7. Ibu negeri bagi Kelantan ialah…..


A. Kota Bharu
B. Seremban
C. Kangar
D. George Town

8. Siapakah Ketua Negeri bagi negeri Pahang?


A. Perdana Menteri
B. Menteri Pendidikan Malaysia
C. Sultan
D. Yang di-Pertuan Agong

9. Apakah warisan kebanggaan Negeri Terengganu?


A. Wau bulan
B. Labu Sayong
C. Tikar mengkuang
D. Batik

10. Teratak Za’ba, Istana Seri Menanti dan Kota Lukut terletak di negeri mana?
A. Perak
B. Selangor
C. Negeri Sembilan
D. Melaka

11. Semua yang berikut merupakan adab ketika berada di masjid kecuali ....
A. memakai pakaian sopan
B. tidak membuat bising
C. memakai kasut ketika di dalam masjid
D. menjaga kebersihan masjid dan kawasan persekitaran

12. Tahun Baharu Cina disambut oleh penganut agama ____________.


A. Buddha
B. Islam
C. Kristian
D. Hindu

13. Sebagai rakyat Malaysia,kita hendaklah saling menghormati ketika perayaan agama
lain diraikan supaya
A. kita dapat menikmati perayaan kaum lain
B. negara kita sentiasa aman dan damai
C. dapat makan makanan percuma
D. tanda kita sentiasa bersyukur

14. Antara yang berikut, yang manakah bukan cerita tempatan masyarakat Malaysia?
A. Puteri Santubong
B. Puteri Gunung Ledang
C. Puteri Salji dan Tujuh Orang Kerdil
D. Bawang Merah dan Bawang Putih

15. Antara yang berikut, yang manakah ibu negeri Perak?


A. Ipoh
B. Kuala Kangsar
C. Taiping
D. Teluk Intan

Soalan 16 berdasarkan rajah di bawah.

Negeri-negeri yang
merangkumi Malaysia

Sarawak Sabah X

16. X ialah.........
A. Filipina
B. Indonesia
C. Brunei
D. Persekutuan Tanah Melayu
17. Pahang terkenal dengan pusat peranginan tanah tinggi. Berikut merupakan tarikan yang
terdapat di Cameron Highlands.
A. Ladang teh
B. Taman tema
C. Hutan simpan kekal
D. Empangan terbesar

18. Gambar di atas menunjukkan jata negeri ________________.


A. Johor
B. Melaka
C. Kelantan
D. Terengganu

 Dirayakan oleh masyarakat Dayak di Sarawak


 Tarian Ngajat ditarikan semasa perayaan
 Menghidangkan air tuak kepada tetamu

19. Maklumat di atas adalah berkaitan dengan perayaan ________________.


A. Hari Gawai
B. Hari Krismas
C. Good Friday
D. Tadau Kaamatan

20. Semua yang berikut merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu kecuali
A. Wau
B. Kabbadi
C. Sepak raga
D. Permainan gasing

You might also like