You are on page 1of 2

LAMPIRAN A

UNIT KKQ
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN ISLAM,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
dengan kerjasama
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

Arahan-arahan Pelaksanaan
Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) 2017
A. Arahan Kepada Pentadbir Sekolah
1. Pentadbir Sekolah perlu memastikan semua arahan-arahan berikut dipatuhi:
1.1 Kertas soalan adalah sulit.
1.2 Kertas soalan hendaklah disimpan oleh setiausaha peperiksaan sekolah di
bilik pengetua sebelum diserahkan kepada guru pengawas peperiksaan.
B. Arahan Kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP)
1. Setiausaha Peperiksaan mestilah memastikan semua dokumen ( Kertas
Soalan, Panduan Pemarkahan dan lain-lain ) lengkap.
2. Sebelum peperiksaan, hendaklah memastikan hanya Pengawas Peperiksaan
membuka kertas soalan objektif di hadapan calon bagi memastikan bilangan
kertas soalan mencukupi.
3. Sekiranya bilangan kertas soalan tidak mencukupi, pihak sekolah dibenarkan
membuat salinan secukupnya.
4. Peperiksaan Objektif

4.1 Peperiksaan tersebut akan diselaraskan diseluruh Negara seperti tahun-


tahun sebelumnya.Sekolah-sekolah yang terlibat dikehendaki mematuhi
jadual berikut.
Peperiksaan objektif:
Tarikh : 25 Julai 2017
Hari : Selasa
Masa : 9.00 – 10.30 pagi
4.2 Semua skrip jawapan bertulis (kertas jawapan OMR) calon hendaklah
dikutip dan dihantar bersama-sama senarai nama calon melalui Pos laju /
Pos Ekspres / Pos Berdaftar ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing pada hari Peperiksaan dijalankan.
4.3 Pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan bertulis akan dilaksanakan oleh
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri.
5. Peperiksaan Lisan
5.1 Guru KKQ hendaklah melaksanakan Ujian Lisan selepas peperiksaan
objektif dilaksanakan (26 Julai hingga 25 Ogos 2017). Semua markah
hendaklah diisi ke dalam Borang Pemarkahan dalam bentuk ’softcopy’
(di-winzip atau winrar) dengan format yang disediakan oleh Bahagian ini.
5.2 Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Sektor Pendidikan
Islam, Jabatan Pendidikan Negeri sebelum atau pada 07 September
2017 melalui Pos laju / Pos Ekspres / Pos Berdaftar.

C. Arahan Kepada Calon


1. Calon mesti berada di sekolah seperti hari persekolahan biasa.
2. Calon mesti membaca arahan pada kertas soalan dengan teliti sebelum
menjawab.
3. Calon yang lewat lebih daripada 30 minit tidak akan dibenarkan mengambil
peperiksaan.
4. Calon tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan kecuali mendapat
kebenaran Pengawas Peperiksaan.
5. Calon hendaklah menggunakan kertas jawapan OMR yang disediakan.
6. Calon mesti berhenti menulis bila diarahkan berbuat sedemikian. Susun kertas
jawapan mengikut susunan yang betul (angka giliran calon). Pastikan calon
telah menulis semua butiran yang dikehendaki pada Kertas Jawapan.
7. Calon yang tidak mematuhi arahan boleh dibatalkan peperiksaan atau tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi En Ismail bin Jaapar di talian 03-55101314 atau fax 03-55138268
atau E-mail ismailjaapar73@gmail.com , kkqselangor@gmail.com

s.k

i. Semua Pengarah Pendidikan,


Jabatan Pendidikan Negeri.

You might also like