You are on page 1of 5

3/31/2018 Cikgu Aisyah The Stories..!!

: ALAT PERKUSI

More Next Blog» zizah1610611@gmail.com Dashboard Sign Out

Cikgu Aisyah The Stories..!!


Biarkan muzik itu mengalunkan bicaranya...kerana alunan bicaranya itu indah...!!!

Home DIRI SAYA KONSEP MUZIK RPH MUZIK ALAT PERKUSI

Followers
ALAT PERKUSI Followers (0)

Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi Follow
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1. ALAT PERKUSI BERPIC Blog Archive


2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
▼ 2011 (2)
1. ALAT PERKUSI BERPIC ▼ October (2)
APA ITU MUZIK......???
Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah
CIKGU DAN MURID
lagu. Assalamualaikum... Cikgu :
Rindu...
Contoh alat perkusi

About Me
Blog Cikgu Aisyah..!!!

View my complete
profile

GLOKENSPIAL

XYLOPHONE

2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi
satu ton sahaja.
contoh alat perkusi

http://cikguaisyahthestory.blogspot.my/p/alat-perkusi.html 1/5
3/31/2018 Cikgu Aisyah The Stories..!!: ALAT PERKUSI

CARA - CARA MEMAINKAN BEBERAPA ALAT PERKUSI

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai
sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang
sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan
pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam
kerincing.

http://cikguaisyahthestory.blogspot.my/p/alat-perkusi.html 2/5
3/31/2018 Cikgu Aisyah The Stories..!!: ALAT PERKUSI

Kastenet

Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua
bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

Cara memegang dan memainkan kastanet :


Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan
kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari
tangan kanan @ kiri.

Tamborin

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau
plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi
apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin
tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit
tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

http://cikguaisyahthestory.blogspot.my/p/alat-perkusi.html 3/5
3/31/2018 Cikgu Aisyah The Stories..!!: ALAT PERKUSI

Loceng

Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada
bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng
logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan
bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng :

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang
tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk
pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

Tik Tok

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan
sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang
dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada
bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok

1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

http://cikguaisyahthestory.blogspot.my/p/alat-perkusi.html 4/5
3/31/2018 Cikgu Aisyah The Stories..!!: ALAT PERKUSI

Powered by Blogger.

http://cikguaisyahthestory.blogspot.my/p/alat-perkusi.html 5/5

You might also like