Professional Documents
Culture Documents
PERATURAN
Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul.
Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahanmelakukan faul.
Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul
dengan sengaja.
Kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola yang berada jauh daripada jangkauan
untuk kawalan bahagian dalam kaki. Apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali
gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan bola. Teknik ini perlu dilakukan secara
perlahan-lahan kerana kekuatan yang kuat akan menyebabkan bola cenderung untuk
hilang kawalan.
KEMAHIRAN SEPAK
Memaha
Kemahiran ini merupakan satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar
daripada pihak lawan. Memaha ini biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk
menghantar atau melambung bola.
KEMAHIRAN SERVIS
1. Servis Kuda
- Kemahiran ini telah diperkenalkan oleh negara Thailand. Pada mulanya kemahiran servis
ini mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia kerana dengan adanya servis kuda
ini telah menyebabkan sebahagian seni permainan takraw telah hilang. Akhirnya,
Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) telah menerima pakai kemahiran
servis kuda ini.
KEMAHIRAN REJAMAN
Rejaman dilakukan untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai
cara rejaman yang boleh dilakukan dan antaranya ialah:
- kilas
- lipatan gunting
- gulung
Menanduk
Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai diguna pakai ketika bola
berada di tengah-tengah jarring atau hampir dengan jaring. Tandukan dibuat dengan
menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan.
Rejaman Gunting
Kebiasaannya, teknik rejaman ini digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran
dengan jaring.
KEMAHIRAN MENGHADANG
Sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh setiap orang pemain. Teknik ini bertujuan
untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke dalam gelanggang.
Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha, tapak kaki, bahagian
badan dan kepala.
KEMAHIRAN MENANDUK
Merupakan salah satu daripada kemahiran sepak takraw yang penting. Kemahiran ini
digunakan untuk menyerap servis daripada pihak lawan dan kadangkala digunakan untuk
menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan mematikan servis. Kemahiran
menanduk dilakukan di bahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Kini, bola sepak takraw telah digantikan
dengan penggunaan bola sintetik.
Di Malaysia, permainan ini dikenali sebagai sepak raga. Manakala di Filipina, ianya lebih
dikenali sebagai sipa, di Burma dikenali sebagai chinlone, di Laos dikenali sebagai kator
dan di Thailand dikenali sebagai takraw. Permainan sepak takraw yang ada sekarang ini
merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an,
permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan
mata seperti badminton. Pada 15 April 1960, undang-undang dan peraturan awal
permainan sepak raga jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis.
Pada tahun 1965, di Sukan SEAP, permainan sepak takraw mula dipertandingkan buat
pertama kalinya di peringkat antarabangsa. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan
SEAP Malaysia menerima sukan ini, perbincangan telah dijalankan di antara wakil-wakil
Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari negara Thailand dan Burma untuk
memutuskan nama bagi permainan ini. Akhirnya, kata sepakat dapat dicapai dan
permainan sepak raga ini diberi nama baru iaitu SEPAK TAKRAW.
SEJARAH TENIS
Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah sangat tua. Terekam pada pahatan yang
dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masehi di dinding sebuah kuil di mesir yang
menunjukan representasi dari permainan bola tenis dan dimainkan pada saat upacara
keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh daratan eropa pada abad ke-8.
Pada awal perkembangannya tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah
tongkat yang dipukulkan bergantian menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat.
Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan
melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawal bola
lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah
dengan menggunakan sarung tangan kulit yang kemudian berevolusi kembali dengan
menambahkan gagang. Inilah cikal bakal lahirnya sebuah raket tenis. Bola pun berevolusi
dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi.
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar
mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat
umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara
peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket
dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.
Kemahiran Menolak
Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini bergunauntuk membuat
hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Iaboleh dilakukan dengan pantas dan
serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan,
tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh
digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut
penalti.
Kemahiran Memukul
Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiranini bola boleh
dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran
melancarkan pergerakan serangan ketika bermain.
Kemahiran Menguis
Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan
ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.
Kemahiran Mencedok
Kemahiran Menggelecek
i. Menggelecek Longgar
Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi.
Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar
bola kepada rakan.
iii. Menggelecek Indian
Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan
hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan
badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan
muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala
tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.
Tempoh permainan
Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set
dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set
dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga
set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set,
yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya
dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set
ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.
Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri
gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set.
Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah
seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan
terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set
yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set
daripada lawannya.
Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana
yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan
sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat
servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada
dibahagian kanan gekanggangnya.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis
lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis
masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis
kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis
bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan
membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua
pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada
mereka mencapai kemenangan.
1. HANTARAN
Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan
lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar untuk dipintas atau
direbut dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini, jika dilakukan dengan teknik yang
betul, akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat.Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan
penerima. Perhatikan teknik-teknik hantaran yang betul sebelum anda mahir dalam
permainan ini.
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidka begitu
jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera.
Hantaran ini boleh dibuat rendah ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke
hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau
dua tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola baling. Bagaimanapun
hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadang-kadang sukar
menerimanya.
Teknik hantaran sisi / bawah bahu
Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam sukan bola
sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola jaring.
Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain
lawan. Untuk membuat hantaran lob, pemain yang ingin membuat hantaran perlulah
melontarkan bola setinggi yang boleh ke arah ahli pasukannya yang lain.
(a) Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku
tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu.
(b) Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke
hadapan sambil siku diluruskan.
(c) Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas kepala.
(d) Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya
berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.
Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu
kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini
rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang
membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua
tangan tetapi selalunya dengan menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola
mejadi lebih stabil, cepat dan tepat.
(b) Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun
semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.
(c) Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu, tetapi
pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut.
Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.
2. GERAKAN KAKI
Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran penting
yang perlu ada bagi semua pemain. Untuk meningkatkan kemahiran ini, seseorang
pemain mestilah boleh berlari dengan laju dan pada jarak yang berbeza. Dia perlulah
mempunyai ketangkasan untuk menukar haluan secara serta-merta sambil memecut.
Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh digunakan dalam permainan bola
jaring.
Kemahiran gerakan kaki juga selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di
sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau
melonjak semasa menghantar dan menjaring bola. Pemain-pemain yang dapat menguasai
kemahiran ini akan mempunyai kelebihan di mana mereka dengan mudah dapat
mengelakkan diri daripada dikawal oleh pemain lain sama ada semasa membuat hantaran,
menerima bola ataupun membuat jaringan.
Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola sama ada
daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan. Pertama,
mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua, mendarat menggunakan kedua
belah kaki.
(a) Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri.
Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang
mula mendarat tadi memijak lantai semula.
(b) Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari
kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola.
Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping
memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.
(a) Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta
membaling bola.
(b) Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan
kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah
dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula.
(c) Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai
paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum
menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan
pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya
bola akan dihantar.
3. KAWALAN
Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai
pertahanan. Biasanya, pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan
penyerang sementara pasukan lawannya dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap
pemain perlu mahir menangkap dan melontar bola.
Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari
ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri
daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan
semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklahdilakukan dengan pantas. Pemain yang
menerima hantaran pula juga hendaklah pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi
pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada dihalang oleh
lawan.
(a) Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri berhadapan dengan pemain yang
menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3 meter diletakkan di belakang atau rapat
dengan badan.
(b) Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali-sekala bagi memerhatikan di mana bola
berada di samping terus mengawal pemain lawan masing-masing.
(c) Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang bola sambil bergerak
ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain pertahanan dengan pemain penyerang
adalah pada jarak yang dibenarkan.
(d) Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan.
Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang boleh menggunakan
sebelah atau dua belah tanganya yang dihulurkan ke arah tangan pemain lawan (Rajah
3.1) supaya ia berada di antara jarak balingan dan arah jarak balingan itu. Undang-
undang gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara kawalan ini.
Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu kawasan bermain bagi
mengelirukan pihak lawan dan dalam pada masa yang sama mengucar-ngacirkan strategi
pasukan penyerang. Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola
daripada pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian
gelanggang tetapi biasanya
dilakukan di bahagian tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan.
4. MENJARING
Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam sukan ini. Setiap pemain perlu
mahir membuat jaringan. Walaupun hanya terdapat dua orang pemain yang dibenarkan
membuat jaringan iaitu GA dan GS, namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai
kemahiran ini. Ini kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia
perlu diganti dengan pemain yang lain.
Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring
yang baik, seseorang pemain mestilah pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring haruslah
pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya.
Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah
tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari.
5. JARINGAN STATIK SEBELAH TANGAN
(a) Dengan cara ini, pemain berdiri seimbang dengan berat badannya di atas kedua belah
kaki sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit.
(b) Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas dengan jari
dibuka dan bola berada di atas jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan).
(c) Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras
kepala (atau lebih) dan menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan.
(d) Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke paras muka, dan serentak dengan
ini, bengkokkan lutut.
(e) Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan ke arah jaringan.
Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak kaki mestilah dipatuhi.
Apabila membuat jaringan, pemain mestilah memastikan laluan ke arah tiang gol lapang
dan tidak dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya menuju ke arah tiang gol.
Caranya ialah pemain melompat dengan kaki yang bertentangan dengan tangan yang
memegang bola dan melepaskan bola sambil melompat. Gerakan ini penting dalam
kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan menjaring cara ini ialah jaringan dapat dibuat
dengan pantas dan menyukarkan pemain lawan membuat halangan. Namun menjaring
dengan teknik ini memerlukan gabungan kepantasan dan ketepatan yang betul-betul
tinggi. Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang.
6. LOMPATAN (LONJAKAN)
Kemahiran melompat atau melonjak mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana
sering terdapat pemain yang tidak dapat melompat dengan betul. Melompat merupakan
unsur penting dalam sukan ini lebih-lebih lagi apabila pemain berhadapan dengan pihak
lawan yang lebih tinggi.
Teknik lompatan
(a) Kelajuan berlari hendaklah ditingkatkan supaya dapat mencapai ketinggian lompatan
yang maksimum.
(b) Semasa melompat, kepala mesti lurus ke atas dan tangan dihulurkan ke atas untuk
menangkap.
7. LONTARAN KE DALAM
Lontaran atau hantaran ke dalam dibuat apabila bola terkeluar dari kawasan gelanggang.
Apabila bola terkeluar, pasukan yang tidak menyentuh bola semasa ia keluar gelanggang
akan membuat lontaran ke dalam. Tujuannya ialah untuk meneruskan semula permainan
yang terhenti itu.
Berikut adalah beberapa peraturan dalam membuat lontaran ke dalam:
(a) Pemain yang akan membuat lontaran berdiri di luar gelanggang dengan
meletakkan sebelah kakinya berhampiran dengan garisan (jangan berdiri di
atas garisan atau memijaknya).
(b)Tunggu isyarat daripada pengadil. Pada masa yang sama, perhatian hendaklah ditumpukan
kepada pemain yang bakal menerima bola.
(e)Pasukan lawan dibenarkan membuat halangan kepada pemain yang sedang bersedia untuk
melontarkan bola masuk ke dalam gelanggang dengan syarat dia memenuhi peraturan
jarak ketika membuat halangan.
8. STRATEGI PERMAINAN
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi
menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk
memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat
jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi
mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran
tengah, hantaran ke dalam atau lambungan.
Strategi I
Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari
pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik
sahaja pengadil meniupkan wisel.WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang
sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran
ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun
berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.
Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran
tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain
hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat
menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.
Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan
mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??)
Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan
pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama
hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai
penyerang untuk melaksanakan strategi ini.
Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini
dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola
kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2
(gerakan ini hendaklah pantas).
Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya.
Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran
daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada
mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.
Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat
dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan
merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada
menyerang.
(1) Gelanggang
Luas gelanggang 13.4 m x 6.1 m, bebas daripada sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi
daripada permukaan lantai gelanggang.
Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru
ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang diukur 3 m daripada tepi gelanggang
dan bebas daripada sebarang rintangan.
Garisan tengah - selebar 0.02 m membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang
sama besar.
Garisan suku bulatan - digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m
ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m
keluar dari tepi suku bulatan itu.
Bulatan sepak mula - berjejari 0.3 m digariskan di tengah-tengah kiri dan kanan petak
gelanggang, yang mana pusatnya ialah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m
dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini
hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.
(2) Tiang
Ketinggian 1.55 m (1.45 m untuk wanita) diukur dari permukaan gelanggang. Jejarinya
tidak melebihi 0.04 m.
Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris
dengan garisan tengah gelanggang.
(3) Jaring
Diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.
Lebarnya 0.7 m dan panjangnya tidak kurang dari 6.1 m selari dengan garisan tengah
gelanggang.
Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah
dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.
Di bahagian atas dan bawah jaring dilapik dengan pita 0.05 m yang diperkuat dengan
benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita)
manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m (1.42 m untuk wanita) dari pemukaan
gelanggang.
(5) Pemain-pemain
Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang
pemain.
Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan "Tekong"
(server).
Dua orang lagi hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri ("Apit Kiri") dan
seorang lagi di sebelah kanan ("Apit Kanan").
Pemain hendaklah memakai jersi / t-shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan
bertapak getah dan tidak bertumit.
Jersi / t-shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain
dibenarkan memakai 'track-suits'.
Ketua regu hendaklah memakai 'Arm Band' di lengan kiri.
Dalam acara regu, setiap regu boleh menamakan maksimum 2 orang pemain simpanan
bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada.
Setiap regu dibenarkan membuat maksimum 2 kali pertukaran bagi setiap set.
Dalam acara berpasukan, setiap regu boleh menamakan maksimum seorang pemain
simpanan bagi setiap perlawanan di samping pemain yang sedia ada.
Setiap regu dibenarkan membuat maksimum 2 kali pertukaran bagi setiap set.
Semua pertukaran hendaklah mendapat kebenaran Pengadil Rasmi dan pertukaran
hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa
pertukaran pemain dilakukan.
Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan.
Jika pemain diperintah keluar gelanggang (kad merah) maka regu tersebut dibenarkan
membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di
dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka
perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.
Semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan
bersedia.
Sebelah kaki Tekong berada dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mesti
berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mesti berada di dalam suku bulatan
masing-masing.
Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.
Perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil (berada di salah satu hujung jaring),
seorang Pembantu Pengadil (berada bertentangan dengan Pengadil), seorang Pengadil
Rasmi (berada di belakang Pengadil), seorang Pengadil Garisan (di penjuru belakang
garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi di penjuru belakang garisan
gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil).
Pengadil dibantu Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan di luar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula (servis) akan melakukan 3 kali sepakan berturut-turut dan
disambung oleh pihak lawan 3 sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas 3 mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat
mata.
Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam
gelanggang masing-masing.
Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun
tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.
(11) Hukuman
Kad Kuning
- Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat.
- Berulang kali melanggar Undang-undang Permainan dan Peraturan pertandingan.
- Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
- Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.
Kad Merah
- Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh Pengadil.
- Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.
- Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.
- Menerima kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.