You are on page 1of 24

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

1
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

SKIM LENCANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1

PENDAHULUAN

Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) Tahap 1 ini telah diubahsuai daripada Skim Latihan
Pengakap Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-
ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah
menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap PK Tahap 1 ini akan
dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani
ujian tersebut dengan jayanya.

Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi
Lencana Keahlian, Pengakap PK Tahap 1 tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih Satu
Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang.

Dalam peringkat ini, TigaLencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya
mengikuti skim ini, iaitu :
1. Lencana Keris Gangsa
a. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori kegemaran.
2. Lencana Keris Perak
b. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori pengetahuan.
3. Lencana Keris Emas
c. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori perkhidmatan.

PERHATIAN : Bagi Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, mereka boleh menggunakan
Isyarat Kod Tangan.

1. LENCANA KEAHLIAN
Sebelum mendapat Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap PK itu perlu LULUS ujian-ujian
berikut :-
a) Lambang Pengakap Malaysia
 Mewarna Lambang Pengakap Malaysia
b) Lambang Pengakap Sedunia
 Mewarna Lambang Pengakap Sedunia
c) Persetiaan Pengakap
 Boleh menyatakan salah satu daripada tiga Persetiaan Pengakap.
d) Undang-undang Pengakap
 Boleh menyanyikan Lagu Undang-undang Pengakap.
e) Lima Prinsip Rukun Negara
 Boleh membaca/menyebut LIMA (5) prinsip Rukun Negara.
f) Boleh menyebut dan menunjuk cara melakukan Tabik Hormat Pengakap dengan betul dan
kemas perlakuannya.
g) Boleh menyebut Cogankata Pengakap PK Tahap 1 iaitu “Buat Habis Baik”.
h) Sejarah Pergerakan Pengakap
 Menamakan pengasas pengakap.
i) Cerita Hutan
 Menamakan watak dalam cerita hutan iaitu Akela, Bagheera, Baloo dan Mowgli.

2
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

j) Laung Agong
 Boleh menyanyikan lagu laung agung
 Boleh mengikuti istiadat Laung Agong

Lencana ini boleh dianugerahkan bagi mengiktiraf murid sebagai seorang ahli dalam Persaudaraan
Pengakap Malaysia dan Sedunia. Lencana Keahlian Pengakap yang berwarna biru tua dan dipakai pada
saku kiri kemeja.

PERHATIAN:

Bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai tahap kebolehan mental yang
sangat rendah atau tidak mencapai tahap minimum yang dikehendaki dalam memperolehi lencana
keahlian, pemimpin boleh menganugerahkan lencana keahlian dengan menjalankan ujian keahlian
secara berkumpulan beserta bimbingan guru.

2. LENCANA WAJIB
2.1 Ahli Renang
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf pengetahuan tentang peraturan dan kemahiran
keselamatan diri serta membina keyakinan diri ketika berada di air. Ahli Pengakap PK perlu :
a) Menyebut sekurang-kurangnya DUA (2) peraturan keselamatan di air secara lisan.
b) Menunjukkan asas kemahiran berenang dan kemahiran keselamatan diri iaitu turun di air,
bergerak di dalam air dan cara tenggelam timbul dengan menutup hidung
c) Menunjukkan cara memakai dan mengendalikan jaket keselamatan di air.
d) Menunjukkan keyakinan diri di air (water confident) dan menjadikan ia sebagai salah satu
terapi.
2.2 Penunggang Basikal
Lencana ini diberi kepada bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan dalam aktiviti
berbasikal dengan perlu mengetahui perkara asas seperti :
a) Asas undang-undang jalanraya.
b) Penjagaan basikal.
c) Pengendalian basikal.
d) Mengamalkan peraturan berbasikal.

3. LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA


Lencana ini diberi sebagai mengiktiraf minat dan pengetahuan ahli pengakap berdasarkan perkara
seperti berikut :
a) Persetiaan Pengakap
b) Rukun Negara
c) Amalan keagamaan
d) Kesihatan diri dan keluarga
e) Keselamatan diri dan keluarga
f) Pengurusan diri

Walau bagaimanapun, sebelum layak mendapat lencana ini, ahli mestilah mendapatkan Lencana
Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu.

3
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

A. Kesetiaan
1. Boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan “Negara Ku” dan menghormati lagu itu ketika
dimainkan.
2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap PK Tahap 1 itu
berada.
3. Mengenal Lambang Pengakap Malaysia.
4. Mengenal nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap PK.
5. Menyatakan EMPAT (4) jenis agama di Malaysia dan menyebut nama DUA (2) tempat
beribadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
B. Kesihatan dan Keselamatan
1. Menyebut TIGA (3) kepentingan menjaga kesihatan.
2. Menyebut TIGA (3) cara untuk menjaga kebersihan diri dalam kehidupan seharian.
3. Menyatakan TIGA (3) kesan akibat menelan apa jua jenis pil, cecair atau gula-gula yang
beri oleh orang yang tidak dikenali.
4. Menyatakan TIGA (3) akibat apabila bermain dengan benda-benda tajam.
5. Menyatakan TIGA (3) akibat jika bermain dengan sebarang alat yang mengandungi
bahan letupan seperti mercun, meriam buluh dan bunga api.
6. Menyatakan DUA (2) cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan jika
berlaku sebarang kemalangan. Contoh seperti mendapatkan alamat dan nombor telefon
balai polis, balai bomba, doktor, hospital, ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang
tinggal berhampiran.
7. Menyatakan TIGA (3) peraturan bagi pejalan kaki dan tatacara untuk menyeberangi
jalan raya.
8. Menyatakan TIGA (3) cara melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dan lintasan
belang.
C. Kecekapan
1. Dapat melakukan Latihan Asas Kawad kaki dengan betul :
 Baris
 Senang diri
 Rehatkan diri
 Baris sedia
2. Boleh mendaki dengan menggunakan tali.
3. Boleh menyatakan TIGA (3) tempat awam yang terdapat di sekitar kawasan tempat
tinggalnya.
4. Boleh menunjukkan cara memakai pakaian seragam Pengakap dengan cara yang betul
dan kemas.
5. Boleh menyatakan peraturan memakai lencana seperti :
 Lencana Keahlian
 Lencana Malaysia
 Tanda nama.
6. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) isyarat Pengakap dan mengetahui arah
tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat sulit Pengakap seperti :
 Ikut Arah Ini
 Jangan Ikut Arah Ini

4
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

 Di Sini Ada Air


 Tunggu Di Sini
 Saya Sudah Pulang
7. Boleh menunjukkan cara bagaimana untuk melakukan ikatan Simpul Buku Sila.
D. Penyertaan
1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas
berdasarkan tahap kemajuan murid pendidikan khas.
2. Boleh menghasilkan sejenis bahan permainan daripada bahan terbuang seperti :
 Kapal terbang kertas
 Tabung
 Bekas pensil
3. Boleh menyertai dan menjalankan SATU (1) daripada aktiviti di bawah:
 Mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah
 Membuka akaun simpanan
E. Perkhidmatan
1. Membantu ibu bapa di rumah dengan melakukan sekurang-kurangnya TIGA (3) tugasan
yang diberi setiap hari dengan mendapatkan pengesahan dan perakuan ibu bapa
berdasarkan buku log yang dibekalkan seperti :
 Menyapu sampah
 Mencuci pinggan
 Mengemas katil
 Melipat selimut
 Menyusun pakaian dalam laci
 Mencuci tandas
 Membuang sampah ke dalam tong sampah
 Mengemas ruang tamu
2. Membantu guru dan kakitangan sekolah dengan melakukan sekurang kurangnya DUA
(2) aktiviti kebersihan dan keceriaan sekolah berdasarkan pengesahan dan perakuan
mereka melalui buku log yang dibekalkan.
Di antara tugasan yang diberikan oleh guru penasihat adalah seperti :
 Menyapu bilik guru/kelas.
 Menghantar buku kehadiran ke pejabat.
 Menghantar beg guru ke bilik darjah.
 Mengemas rak kasut
 Menghantar peralatan Pendidikan Jasmani ke padang
 Menyusun peralatan di dalam stor
 Mengemas buku di rak buku

5
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI KEGEMARAN


Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap PK Tahap 1 ahli pengakap
dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam
kategori kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaan dalam aktiviti-aktiviti berikut :
 Ahli Koleksi Hobi
 Ahli Kraf Tangan
 Peladang Kecil
 Pelukis
 Pembaca Buku
 Penghibur
4.1. Ahli Koleksi Hobi
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf minat @ hobi dalam
mengisi masa lapang seperti :
 mengumpul pelbagai setem
 matawang asing
 sampul surat hari pertama
 rantai kunci
 lencana-lencana Pengakap
Mereka juga boleh memungut dan mengumpulkan apa juga barang sebagai hobinya dengan
cara menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai
koleksinya.
Ahli boleh memilih sendiri koleksi hobinya seperti contoh di bawah :
 Koleksi LIMA (5) jenis setem Malaysia yang berbeza.
 Menghasilkan 1 buku skrap samada tumbuhan herba, bunga, sejarah, sukan dan lain-
lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap PK itu sendiri.
 Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pensil pelbagai bentuk dan logonya.
 Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis daun-daun tumbuhan.
 Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pelbagai bentuk botol dan penutup botol.
 Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis mata wang asing sama ada wang kertas atau
syiling.
 Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis rantai kunci (key-chain).
 Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis lencana Pengakap seperti lencana
Perhimpunan, Agoonoree, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-
lain.
 Menyediakan sebuah buku skrap tentang satu jenis koleksi hobinya.
 Lain-lain hobi yang sesuai.

6
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.2. Ahli Kraftangan


Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf minat dalam
menghasilkan bahan-bahan kraf seperti :
 Tikar anyaman
 Wogel
 Penanda buku
 Alat permainan
 Layang-layang
1. Membuat SATU(1) jenis kraftangan tradisional seperti anyaman ATAU membuat layang-
layang.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya DUA (2) Penanda Buku daripada bahan seperti :
 Kad manila
 Plastik
 Daun kering
 Bahan kulit
ATAU
3. Membuat satu jenis rekaan dari kertas seperti :
 Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku dan lain-lain.
 Rekaan binaan seperti topeng atau sarung kepala keluarga “Mowgli”.
 Rekaan alat permainan seperti kapal, kapal terbang, burung ajaib dan lain-lain
berdasarkan pengetahuan dan fantasi.
4.3. Peladang Kecil
Lencana ini diberikan kepada ahli bagi mengiktiraf minat dalam menjaga tanaman dan
memelihara tanaman dan haiwan ternakan dengan kaedah-kaedah yang betul.
Pilih TIGA (3) sahaja daripada perkara-perkara berikut :
 Menyediakan 5 polibeg untuk menanam sayur-sayuran.
 Menunjukkan cara menanam pokok sayur-sayuran.
 Menunjukkan cara menjaga tanaman.
 Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.
 Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ikan air tawar di kolam samada di
sekolah/rumah secara sendiri/dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan 6
sekawan.
 Menyediakan 2 batas untuk mengalihkan anak semaian.
 Menyediakan satu buku skrap atau folio yang berkaitan dengan penanaman sayur-
sayuran.

7
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.4. Pelukis
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti
melukis, mewarna, membina arca dan dapat menghasilkan lukisan yang menarik.
Ahli boleh memilih EMPAT (4) aktiviti di bawah :
1. Memilih 2 warna daripada 1 watak dalam Cerita Rimba “The Jungle Book” dan
mewarnakannya.
2. Melakonkan SATU (1) watak di bawah :
Watak Marga Perwatakan
Akela Serigala Tunggal Pemimpin bijaksana
Bagheera Harimau Kumbang Jurulatih mahir
Baloo Beruang Guru undang-undang
Adek Kelabu Anak Serigala Keluarga Angkat
Mowgli Budak Lelaki Kawan Marga
Mysa Seladang Pendengar baik
Shere Khan Harimau Belang Pembuli
Banderlog Monyet Pembohong
Buldeo Pemburu Samseng
Jakala Buaya Pura-pura
Sahi Landak Penulis
Hathi Gajah Tokoh hormat
Kaa Ular Sawa Pemanjat
Tabaqui Rubah Pengampu
Messua Wanita Ibu angkat
White hood Ular senduk Penjaga
3. Melukis gambar pelangi serta menamakan tiap-tiap warna itu.
4. Menyebut 3 warna asas.
5. Menunjukkan 3 warna sekunder dari campuran warna-warna asas dengan menggunakan
warna air.
6. Menghasilkan satu Kad Ucapan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari
Krismas, Hari Wesak dan Kad Hari Lahir.
7. Menghasilkan satu rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, jubin tanah
liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak
tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
8. Membentuk satu binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj,
topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga,
bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.
9. Membuat kraftangan tradisional seperti lukisan, anyaman dan seni tembikar berdasarkan
corak yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

8
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.5. Pembaca Buku


Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka menjadi Ahli
Perpustakaan Sekolah.
1. Boleh membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita mudah kanak-kanak dengan
sebutan yang betul dan jelas dengan bimbingan pemimpin.
2. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas serta
turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan
perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.
4.6. Penghibur
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat ahli dalam berhibur dengan menyanyi, bermain
alat muzik dan menari. Ahli boleh memilih TIGA (3) daripada aktiviti di bawah :
1. Dapat menyanyikan salah sebuah lagu daripada kategori di bawah :
 Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik.
 Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti
”Red River Valley” dan sebagainya.
 Lagu Asli
 Lagu patriotik
 Lagu Pengakap.
2. Boleh mengajar sebuah lagu ATAU satu tarian kepada ahli yang lain.
3. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau tarian moden.
4. Boleh memainkan sekurang-kurang satu jenis alat muzik genderang seperti kerincing,
kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng,
rekoder, kompang dan serunai.

5. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK


Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pelbagai kemahiran,
kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri,
rumah dan persekitaran.
A. Kesetiaan
1. Kesetiaan kepada AGAMA
 Menyatakan waktu sembahyang mengikut agama masing-masing.
 Menunjukkan cara sembahyang agama masing-masing.
2. Kesetiaan kepada pemimpin.
 Menyatakan nama D.Y.M.M Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.
 Menyatakan nama Perdana Menteri Malaysia.
 Menyebut nama Pesuruhjaya Daerah.
 Menyebut nama Penolong Pesuruhjaya Daerah.

9
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

B. Kesihatan dan Keselamatan


1. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) cara menjaga kebersihan diri dan
persekitaran.
2. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) faedah melakukan senaman.
3. Boleh menyatakan cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.
4. Boleh menyatakan bahaya dan cara mengelakkannya bila menggunakan gas atau alatan
elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.
5. Menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis barang dalam peti pertolongan cemas.
C. Kecekapan
1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan
Asas Perbarisan :
 Buka barisan
 Tutup barisan
2. Boleh menunjukkan cara membuat ikatan buku sila dan menyatakan kegunaannya.
3. Menunjukkan aktiviti menggunakan bendera :
 Memasang bendera.
 Mengibar bendera.
 Menurunkan bendera.
 Melipat bendera.
D. Penyertaan
1. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan liar.
2. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan peliharaan.
3. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) cara mengelakkan makanan menjadi
tercemar.
4. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) komponen asas komputer.
5. Boleh menyatakan cara penggunaan telefon persendirian atau awam dengan menggunakan
wang syiling.
E. Perkhidmatan
1. Memahami isyarat wisel (berkumpul).
2. Menjalankan gotong-royong mengemas bilik darjah / kawasan sekolah.

6. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PENGETAHUAN


Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, ahli Pengakap PK Tahap 1 dikehendaki
meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2)Lencana Kepandaian dalam Kategori
Pengetahuan seperti senarai dibawah :
 Ahli Olahraga
 Ahli Pasukan Permainan

10
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

 Ahli Sains
 Pencinta Alam Semulajadi
 Pembaca Peta
 Pemeliharaan Alam Sekitar
 Pengembara
6.1 Ahli Olahraga
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam bidang kesukanan dan
olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, lompat tinggi, lontar
peluru dan sebagainya.
6.1.1 Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis sukan di sekolah.
6.1.2 Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis makanan yang
berkhasiat.
6.1.3 Boleh mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan :
 Larian 50 meter
 Larian 100 meter
 Lompat jauh
 Lontar peluru / baling bola lisut
Catatan:
Ahli yang pernah mewakili sekolah/daerah/negeri/kebangsaan/antara bangsa boleh
dianugerahi lencana ini tanpa diuji.
6.2 Ahli Pasukan Permainan
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam sukan permainan seperti
bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong, sukan rakyat dan sebagainya. Oleh itu,
ahli perlu untuk :
 Menyatakan undang-undang dan peraturan mengenai SATU (1)jenis permainan
berikut: futsal, bola jaring, petanque, boling, goalball, ping pong suaian, dan lain-lain
permainan dalam pendidikan khas.
 Boleh bermain sekurang-kurang satu jenis permainan berpasukan.
 Menunjukkan cara menjaga dan menyimpan alat permainan setelah digunakan.
 Menyatakan cara membersihkan badan setelah bermain.
6.3 Ahli Sains
Lencana ini diberi bagi mengiktiraf pengetahuan ahli dalam ilmu sains seperti membuat
ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar, elektromagnet dan
sebagainya. Ahli boleh memilih SATU (1) sahaja daripada aktiviti di bawah :
 Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan
udara (lilin akan terpadam bila ditutup dengan cawan).
 Membuat pelangi tiruan dengan menggunakan pancuran air paip.

11
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

 Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan


menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik
dengan menggunakan suis.
 Mengenalpasti apa yang berlaku sekiranya jisim benda yang berat dan ringan
dimasukkan ke dalam air.
6.4 Pencinta Alam Semulajadi
Lencana ini diberi sebagai pengiktirafan kepada ahli yang mencintai alam semulajadi
seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya.
Ahli dikehendaki memilih DUA (2) sahaja daripada aktiviti di bawah :
6.4.1 Menyimpan catatan dan melaporkan perubahan atau perkembangan kejadian
harian setiap seminggu sekali dalam tempoh dua bulan mengenai satu daripada
perkara di bawah ini :
 Tumbuh-tumbuhan
 Kehidupan burung
 Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai.
 Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar.
 Kupu-kupu, katak, belalang dan lain-lain haiwan yang bersesuaian.
 Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun.
 Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.
6.4.2 Memelihara haiwan peliharaan dan ternakan sekurang-kurang 2 bulan dengan
sempurna. Pengakap PK Tahap 1 boleh menceritakan pemerhatiannya terhadap
haiwan tersebut.
6.4.3 Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau
bersama sekawan sendiri (Pilih satu sahaja):
 Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU
 Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok
rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU
 Membersihkan kawasan rumah dan halaman atau kebun di belakang rumah
dan sekolah.
6.4.4 Melukis atau mewarna gambar cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan
dapat menerangkan kesan cuaca terhadap tanaman.
6.4.5 Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar berdasarkan keratan
akhbar, majalah dan apa-apa sahaja sumber yang berkaitan dengan tajuk yang
diberikan.
6.5 Pembaca Peta (Pengetahuan)
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan
kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan
menggunakan kompas.
Pilih DUA (2) sahaja.

12
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

1. Melukis Mata angin 4 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu
dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU
2. Melukis peta lakaran kedudukan kawasan sekolah.
 Pejabat
 Bilik Guru
 Kantin
 Perpustakaan
 Tandas murid lelaki dan perempuan
 Surau
 Padang sekolah
 Kelas Pendidikan Khas
3. Melukis sebuah pelan lakaran di dalam rumah atau kediaman.
4. Berjalan kaki sejauh sekurang-kurangnya 1 kilometer berkumpulan bersama
sekawan dan guru pemimpin sambil melaporkan apa yang dilihat pada masa itu.
6.6 Pemeliharaan Alam Sekitar (Pengetahuan)
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf dan kesungguhan
dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman
rekreasi dan kawasan sekolah.
Pilih SATU (1) sahaja.
1. Menggunting dan menampal sekurang-kurangnya TIGA (3) bahan bacaan mengenai
pencemaran alam sekitar di dalam Buku Log.
2. Buat buku skrap mengenai pencemaran alam sekitar contohnya:
 Pembuangan bahan sisa kilang
 Pembuangan sampah-sarap
 Pembuangan atau tumpahan minyak
3. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berikut :
 Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti
membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah
dan masjid / rumah ibadat.
 Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau
kawasan sekolah.
6.7 Pengembara (Pengetahuan)
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan
kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui
cara-cara berkhemah.
Pilih hanya DUA (2) sahaja.
6.7.1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk
sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir

13
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

kampung : membuat anggaran perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai,


bekalan peribadi, lain-lain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan
makanan serta borang kebenaran ibu bapa / penjaga telah diperoleh.
6.7.2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan diluar kawasan sekolah .
(Pengembaraan Pengakap PK Tahap 1sekurang-kurang dua kilometer).
6.7.3. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara
supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa.
6.7.4. Mengetahui cara memasang dan membuka khemah.
6.7.5. Mengetahui asas undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan
semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.

7. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PERKHIDMATAN


Setelah memperolehi Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, Pengakap PK Tahap 1itu perlu
meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori
Perkhidmatan seperti di bawah mengikut kemahirannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut :
 Pekerja Am
 Pengurus Rumah
 Penyelamat Nyawa
 Ahli Pertolongan Cemas
7.1 Pekerja Am (Perkhidmatan)
(PERHATIAN : Perlu melakukan TIGA (3) bahagian sahaja dari 9 bahagian yang dicadangkan)
 Boleh mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar
orang dewasa.
 Boleh mengetahui cara untuk menegangkan rantai basikal.
 Boleh menunjukkan cara bagaimana menggunakan alatan pertukangan seperti tukul
besi, gergaji, spana, playar, pisau, kapak dan menjaga serta menyimpan alatan tersebut.
 Boleh menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di
baju dengan sempurna.
 Boleh membersihkan kawasan rumah atau sekolah.
 Boleh menunjukkan cara mengecat yang betul.
 Boleh mencuci dan menggosok baju.
 Boleh membersihkan alat perkebunan seperti cangkul, tajak, pongkes dan lain-lain
selepas digunakan.
 Boleh menyusun-atur alat pertukangan atau alat perkebunan dalam stor.
7.2 Pengurus Rumah (Perkhidmatan)
Pilih TIGA (3) sahaja.

14
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

 Boleh menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-
lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkannya kepada
tetamu.
 Boleh menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis,
limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain.
 Boleh menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau
menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti mee segera, burger
dan sosej.
 Boleh memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang.
 Boleh menggoreng ikan, udang, sardin, keledek, pisang dan tauhu untuk hidangan dua
orang.
 Boleh membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk,
periuk belanga dan lain-lain.
 Boleh menyapu, membersihkan habuk dan mengemaskan tempat tidur.
 Boleh mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian
peribadi.
7.3 Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan)
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan
kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memadam kebakaran
dan meminta pertolongan pihak Bomba Dan Penyelamat, Polis dan JPAM.
 Boleh memahami dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
 Boleh memahami dan mengetahui cara menggunakan jaket keselamatan dengan betul.
7.4 Ahli Pertolongan Cemas (perkhidmatan)
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf pengetahuan dan
kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan
pendarahan, membalut luka ringan dan menjaga peti pertolongan cemas.
 Perlu mengetahui isi kandungan dan tatacara penggunaan peti pertolongan cemas.
 Boleh mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman.
 Boleh menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung.
 Boleh membantu membalut luka dan mengetahui cara menggunakan jenis balutan bagi
luka yang ringan.
 Perlu mengetahui cara memadamkan kebakaran kecil.
 Perlu mengetahui cara merawat gigitan atau sengatan serangga.
 Mengetahui cara menolong dan meminta bantuan dari orang lain untuk menolong
mangsa pengsan atau pitam.

15
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

8. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS


Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2), Pengetahuan (2)
dan Perkhidmatan (2), Pengakap PK Tahap 1 itu perlu meneruskan latihan dan ujian untuk
mendapatkan Lencana Kemajuan Keris emas dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
A. Kesetiaan
 Menyanyikan sekurang-kurangnya sebuah lagu patriotik.
 Mewarnakan gambar Jata Negara.
 Mewarnakan bendera negeri masing-masing.
 Menyebut nama penuh kedua ibubapa masing-masing.
 Menyebut nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap.
 Menunjukkan cara amalan agama masing-masing.
B. Kesihatan dan Keselamatan
 Menyatakan sekurang-kurangnya 3 gaya hidup sihat.
 Menyatakan cara bagaimana mencegah dari jangkitan selsema atau demam.
 Menyatakan cara mendapatkan bantuan kecemasan.
 Menunjukkan cara membalut luka ringan.
 Menghasilkan sebuah buku skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang
mempunyai mesej seperti Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok ATAU Keracunan Makanan.
C. Kecekapan
 Mengukuhkan Latihan Asas Kawad Kaki Lencana Keris Gangsa, Perak dan seterusnya
mengetahui perintah “Cepat Jalan”, “Berhenti” dan “Hormat”.
 Mengetahui Latihan Asas Ala Komando seperti merangkak, merangkak di bawah jaring atau
jala, meniti kayu dan bergayut serta gayut monyet.
 Mengukuhkan kemahiran ikatan seperti Buku Sila (Keris Gangsa), Simpul Sentak (Keris
Perak) serta mengetahui cara mengikat Simpul Manuk dan kegunaannya.
 Demonstrasi memasang, membuka dan melipat khemah bersama kumpulan.
D. Penyertaan
1. Menghasilkan SATU daripada aktiviti-aktiviti di bawah :
 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau kotak menyimpan
surat atau tabung dari bahan terbuang ATAU
 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara ATAU
 Membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan
bateri.
2. Menyanyi sekurang-kurangnya SATU buah lagu Pengakap Malaysia.
E. Perkhidmatan
1. Bersama Sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat
awam.

16
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

2. Membantu pemimpin dalam penyediaan bahan aktiviti permainan.


3. Melukis pelan lakaran kawasan rumah sendiri.
4. Membantu Pemimpin mengatur program.

TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1

Rambu ini dianugerahkan kepada Pengakap PK Tahap 1 setelah mereka mendapat


Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu :
1. Lencana Wajib
2. Dua Lencana Kegemaran
3. Dua Lencana Pengetahuan dan
4. Dua Lencana Perkhidmatan.
Rambu Pengakap PK Tahap 1 layak dipakai dengan syarat :
1. PEMEGANG LENCANA KERIS EMAS SELAMA 1 BULAN.
2. Berkelakuan baik.
3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.
4. Dicalonkan oleh pemimpin PEK.

CATATAN:
Rambu Pengakap PK Tahap 1 boleh dipakai sehingga pengakap mendapat anugerah rambu pengakap
muda. Anugerah Sijil Rambu dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan
ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri.

Rekod Ujian Lencana Keahlian

Bil Perkara Tarikh T.T Penguji


1 Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia
2 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
3 Lima Prinsip Rukun Negara
4 Tabik, Hormat dan Cogankata Pengakap
5 Sejarah Pergerakan Pengakap
6 Cerita Hutan
7 Laung Agung

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : _____________________ Diluluskan oleh : _____________________

17
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Wajib Ahli Renang

Bil Perkara Tarikh T.T Penguji


1 Peraturan keselamatan air
2 Keselamatan diri dan cara-cara berenang (asas)
3 Cara memakai dan mengendalikan jeket keselamatan di air
4 Membina keyakinan diri di air

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : ____________________ Diluluskan oleh : ____________________

Rekod Ujian Lencana Wajib Penunggang Basikal

Bil Perkara Tarikh T.T Penguji


1 Mengenal dan menamakan bahagian-bahagian basikal.
2 Asas Undang-undang jalanraya.
3 Isyarat tangan semasa berbasikal.
4 5 kesalahan menyebabkan kemalangan.
5 Kaedah penjagaan basikal.

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : ____________________ Diluluskan oleh : ____________________

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa

Bil Perkara Tarikh T.T Penguji


Kesetiaan
1 Lagu Kebangsaan “ NEGARAKU ”
2 Bendera Malaysia dan Bendera Negeri
3 Lambang Pengakap Malaysia
4 Nama Pemimpin & Penolong Pemimpin PK
5 Agama-agama di Malaysia

18
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Kesihatan dan keselamatan


1 Kesihatan dan kebersihan diri
Bahaya pil, cecair dan gula-gula dari orang yang tidak
2
dikenali
3 Bahaya bermain benda-benda tajam
4 Bahaya bermain mercun, bunga api
5 Pertolongan jika berlaku kecemasan
6 Peraturan asas keselamatan jalan raya
Kecekapan
1 Latihan asas kawad kaki
2 Cara mendaki menggunakan tali
3 Mengetahui tempat-tempat awam
4 Menjaga pakaian seragam Pengakap
5 Tanda isyarat sulit Pengakap
6 Simpul Buku sila
Penyertaan

1
Menjadi ahli Perpustakaan Sekolah / Mini Perpustakaan
2 Menghasilkan satu barang permainan
3 Aktiviti-aktiviti
Perkhidmatan
1 Membantu ibu bapa di rumah setiap hari

2
Membantu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : ................................. Diluluskan Oleh : ...................................

19
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kepandaian – Kegemaran

Bil Perkara Tarikh T.T Penguji


1 Koleksi Hobi
2 Kraftangan
3 Peladang kecil
4 Pelukis
5 Pembaca Buku
6 Pengibur

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : ................................. Diluluskan Oleh : ...................................

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Perak

Bil Perkara Tarikh T.T Penguji


A Kesetiaan
1 D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri
Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Pendidikan
2
Khas
3 Rukun / kaedah sembahyang agama masing-masing
B Kesihatan dan keselamatan
1 Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran
2 Mengetahui faedah senaman
3 Cara memberhentikan darah keluar dari hidung
4 Bahaya elektrik dan gas
5 Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas
C Kecekapan
1 Latihan Asas Perbarisan ( buka / tutup barisan )
2 Ikatan Buku Sila / Bunga Geti / simpul sentak
3 Memasang, mengibar, menurun, melipat bendera
D Penyertaan
1
E Perkhidmatan
1 Mengetahui dan memahami isyarat wisel
2 Gotong royong mengemas bilik darjah
Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : .................................... Diluluskan oleh : .....................................

20
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kepandaian – Pengetahuan

Bil Lencana Tarikh Diluluskan Oleh


1 Ahli Olahraga
2 Ahli Pasukan Permainan
3 Ahli Sains
4 Pencinta Alam Semulajadi
5 Pembaca Peta
6 Pemeliharaan Alam Sekitar
7 Pengembara

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh : …………………… Diluluskan Oleh : ……………………….

Rekod Ujian Lencana Kepandaian – Perkhidmatan

Bil Lencana Tarikh Diluluskan Oleh


1 Pekerja Am
2 Pengurus rumah
3 Penyelamat nyawa
4 Ahli Pertolongan Cemas

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh :…………………… Diluluskan Oleh :………………….

21
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas

Bil Perkara Tarikh T/TgnPenguji


A Kesetiaan
1 Lagu Patriotik
2 Mewarna Jata Negara dan Bendera Negeri
3 Mengetahui nama penuh ibubapa
4 Mengetahui nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin PK
5 Amalan agama masing-masing
B Kesihatan dan Keselamatan
1 Gaya Hidup Sihat
2 Mencegah jangkitan selsema /demam
3 Cara mendapatkan bantuan kecemasan
4 Membalut luka ringan secara asas
5 Buku Skrap
C Kecekapan
1 Latihan Asas Perbarisan
(Cepat Jalan/ Berhenti/ Hormat )
2 Halangan Komando
3 Ikatan Simpul Manuk
4 Memasang/membuka/ melipat khemah
D Penyertaan
1 Kreativiti pilihan
2 Menyanyikan 1 buah lagu pengakap
E Perkhidmatan
1 Membersihkan kawasan rumah/ sekolah / awam
2 Membantu dalam penyediaan bahan aktiviti
3 Pelan Lakaran kawasan di dalam rumah
4 Membantu pemimpin mengatur program

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-
ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh :…………………… Diluluskan Oleh :………………….

22
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Kemajuan Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Bil Perkara Tarikh diluluskan


1 Lencana keahlian.

2 Lencana wajib ( ahli berenang / penunggang basikal )

3 Lencana kemajuan keris gangsa.

4 Lencana kegemaran -1 ................................

5 Lencana kegemaran -2 ................................

6 Lencana kemajuan keris perak

7 Lencana pengetahuan -1 ............................

8 Lencana pengetahuan -2 ............................

9 Lencana perkhidmatan -1 ............................

10 Lencana perkhidmatan -2 ............................

11 Lencana kemajuan keris emas

12 Rambu PKK – Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri

23
Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

LENCANA KEAHLIAN

LENCANA PENGHIBUR

LENCANA AHLI RENANG


LENCANA KERIS PERAK

LENCANA PENUNGGANG
BASIKAL LENCANA AHLI OLAHRAGA

LENCANA KERIS GANGSA


LENCANA PENGURUS RUMAH

LENCANA AHLI KOLEKSI HOBI


LENCANA AHLI SAINS

LENCANA AHLI KRAFTANGAN


LENCANA PEMBACA PETA

LENCANA PELADANG KECIL


LENCANA KERIS EMAS

LENCANA PENCINTA ALAM


SEMULA JADI LENCANA AHLI PENGEMBARA

LENCANA PEMBACA BUKU

LENCANA PEKERJA AM

LENCANA PERTOLONGAN CEMAS

LENCANA PENYELAMAT NYAWA

LENCANA AHLI PASUKAN


PERMAINAN
LENCANA PELUKIS
LENCANA PEMELIHARAAN
ALAM SEKITAR 24

You might also like