You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN KELAB

KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGKT) ALIRAN PERDANA


SMK TAMAN KLUANG BARAT, KLUANG

BIL PERKARA SUBPERKARA


1 Nama dan alamat Kelab Guru Dan Kakitangan (KGKT)
SMK Taman Kluang Barat,
Jalan Yule Catto,
86000 Kluang,
Johor

2 Objektif a) Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturahim dan menjaga


kebajikan ahli.
b) Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan
ahli.
c) Membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi
keperluan dan kehendak ahli.
d) Membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan
produktif terhadap ahli.

3 Keahlian a) Semua guru dan kakitangan sokongan yang sedang berkhidmat di


SMK Taman Kluang Barat, Kluang adalah secara automatik menjadi
ahli kelab.
b) Guru pelatih/guru ganti/kakitangan sokongan kontrak boleh
dipertimbangkan untuk menjadi ahli kelab dengan syarat
menjelaskan yuran sebanyak ¼ daripada yuran ahli sepenuh masa.
c) Seseorang ahli akan hilang kelayakan sebagai seorang ahli jika:
i. Berpindah atau naik pangkat ke PPD/JPN/KPM atau sekolah
lain.
ii. Menyambung pelajaran untuk suatu tempoh jangka masa
yang panjang.
iii. Enggan atau gagal membayar yuran tahunan.

4 Yuran dan a) Yuran tahunan ahli adalah seperti berikut:


kewangan i. Guru : RM 150.00
ii. Kakitangan : RM 50.00
b) Kadar yuran tahunan adalah bergantung kepada persetujuan ahli
jawatankuasa tertinggi.
c) Yuran tahunan boleh dibayar secara terus atau secara ansuran 3 kali
setahun kepada iaitu selewat-lewatnya pada bulan Mac untuk
penggal pertama dan pada bulan Julai pada penggal kedua kepada
Bendahari.
d) Kutipan khas boleh dikenakan kepada ahli sekiranya sesuatu aktiviti
memerlukan pembiayaan yang besar dan nilai kutipan adalah
tertakluk kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa kelab.
e) Tempoh perkhidmatan seseorang ahli untuk membayar yuran
tahunan:
i. Kurang 3 bulan : dikecualikan.
ii. Kurang 6 bulan : Separuh daripada yuran tahunan.
iii. Kurang 10 bulan : Bayaran penuh yuran tahunan.
5 Ahli a) Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik
Jawatankuasa sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJK) yang dilantik oleh ahli-ahli
kelab semasa mesyuarat agung dijalankan.
b) Semua ahli layak dicalonkan sebagai AJK tidak mengira sama ada ahli
1
tersebut hadir atau tidak hadir semasa mesyuarat agung dijalankan.
c) Pengetua akan bertindak selaku penasihat kelab.
d) Para pentadbir seperti penolong-penolong kanan adalah tidak layak
untuk dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala guru-guru
kanan matapelajaran boleh dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
e) Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa
mengadakan mesyuarat.
f) Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan akan
dilantik secara automatik sebagai ahli jawatankuasa kecil.
g) Ahli jawatakuasa kelab hendaklah terdiri daripada:
i. Pengerusi
ii. Timbalan Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari
vii. Ahli Jawatankuasa Kecil (bilangan bergantung kepada
keperluan dan bilangan keseluruhan perlulah ganjil).
viii. Pemerika Kira-Kira
h) Tempoh memegang jawatan adalah bermula dari tarikh pelantikan
sehingga tarikh mesyuarat agung tahunan pada tahun berikutnya
iaitu dalam tempoh 1 tahun.
i) Ahli Majlis Tertinggi iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang
dilantik tidak boleh dipilih pada pemilihan seterusnya dalam tempoh
2 tahun.
j) Ahli jawatankuasa kecil yang telah dilantik boleh dilantik semula ke
Ahli Majlis Tertinggi pada tahun kedua dan boleh memegang
jawatan bagi tempoh maksimum 2 tahun berturut-turut sahaja dan
tidak boleh dipilih atau dilantik semula sebagai AJK bagi tahun
berikut dalam tempoh 2 tahun.

6 Tugas dan a) Pengerusi


Tanggungjawab i. Memanggil mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat
AJK bersama ahli kelab.
ii. Melantik ahli jawatankuasa kecil.
iii. Mempengerusi semua mesyuarat jawatankuasa dan
mesyuarat agung tahunan serta bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
iv. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang telah diputuskan telah diambil tindakan
yang sewajarnya.
v. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan
kelab.
vi. Mempunyai undi dan kuasa pemutus apabila sesuatu
keputusan diperlukan dengan segera.
vii. Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta
memastikan semua peraturan dipatuhi oleh ahli kelab.
b) Timbalan Pengerusi
i. Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan
fungsi-fungsi pengerusi.
ii. Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa
ketiadaan pengerusi.
c) Setiausaha
i. Menguruskan segala urusan mesyuarat mengikut SPSK.
2
ii. Mencatat dan menyimpan minit-minit mesyuarat
jawatankuasa dan mesyuarat bersama ahli kelab.
iii. Menyediakan segala laporan aktiviti kelab sepanjang tahun.
iv. Menyimpan rekod-rekod kelab.
d) Penolong Setiausaha
i. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas-
tugas dan fungsi setiausaha.
ii. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
e) Bendahari
i. Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal
kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan
rekod kawangan yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
ii. Menguruskan perbelanjaan kelab seperti yang diputuskan
oleh mesyuarat jawatankuasa.
iii. Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan
daripada mana-mana pihak dan mengeluarkan resit akuan
terima atau sebarang dokumen yang berkaitan.
iv. Memastikan tidak berlaku lebihan pengeluaran atau
penyalahgunaan wang kelab.
v. Menyediakan laporan atau penyata kewangan segala aktiviti
yang dijalankan oleh kelab.
vi. Menyediakan penyata kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan.
f) Penolong Bendahari
i. Membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas-tugas
dan fungsi Bendahari.
ii. Menjalankan tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
g) Ahli Jawatankuasa Kecil
i. Membantu menjalankan segala tugas di dalam setiap
program dan aktiviti kelab.
h) Pemeriksa Kira-Kira
ii. Memeriksa, menyemak dan mengesahkan penyata
kewangan kelab.
iii. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

7 Aktiviti atau a) Semua aktiviti atau program kelab perlu dijalankan seperti mana
program kelab yang telah dirancang di dalam mesyuarat agung tahunan atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
b) Sebarang pindaan atau pembatalan aktiviti atau program akan
diumumkan kepada semua ahli.
c) Semua ahli hendaklah memberikan komitmen dan menghadiri setiap
program dan aktiviti kelab.
d) Sekiranya seseorang ahli tidak dapat menghadiri program atau
aktiviti kelab, beliau hendaklah memaklumkan ketidakhadiran beliau
kepada pengerusi kelab.

8 Pembubaran a) Pembubaran kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat


Kelab berikut:
i. 2/3 daripada ahli kelab bersetuju untuk membubarkan kelab.
ii. Atas kuasa Pengetua sekolah jika beliau mendapati kelab ini
melanggar perlembagaan dan undang-undang negara.
b) Baki kewangan kelab akan dimasukkan ke dalam akuan sekolah dan
diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang akan ditubuhkan.
3
c) Baki wang tidak boleh dibahagi atau dipulang semula kepada ahli.

9 Mesyuarat Agung a) Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu selewat-
Tahunan (AGM) lewatnya 14 hari selepas mesyuarat guru pertama diadakan.
b) Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli
tidak kurang daripada 2/3 ahli kelab.
c) Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah diedarkan kepada
ahli-ahli kelab selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
d) Agenda mesyuarat agung hendaklah mengandungi sekurang-
kurangnya perkara-perkara seperti berikut:
i. Ucapan pengerusi kelab
ii. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun
lalu.
iii. Membentang dan menerima laporan penyata kewangan
kelab.
iv. Membahaskan perkara berbangkit.
v. Pemilihan AJK baru bagi tahun berkenaan.
vi. Ucapan penangguhan.
vii. Lain-lain hal.
e) Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih penyandang-
penyandang jawatan dalam senarai ahli jawatankuasa dan
menimbang perkara-perkara lain yang menyentuh kemajuan dan
kebajikan ahli kelab. Pemilihan penyandang jawatan adalah seperti
berikut:
i. Ahli yang dicalonkan untuk menyandang jawatan hendaklah
seperti yang telah dinyatakan di dalam perkara 5 (c).
ii. Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan
penyokong.
iii. Pemilihan hendaklah dibuat secara undian angkat tangan
bagi jawatan yang ditandingi.
iv. Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih untuk
menyandang jawatan yang dipertandingkan.

10 Mesyuarat Agung a) Mesyuarat agung luar biasa (EGM) boleh dilaksanakan tertakluk
Luar Biasa (EGM). kepada perkara-perkara berikut:
i. 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul secara bertulis
meminta mesyuarat tersebut diadakan.
ii. Apabila difikirkan mustahak oleh ahli jawatankuasa kelab.
b) Mesyuarat agung luar biasa yang diminta oleh ahli atau ajli
jawatankuasa perlulah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh
satu bulan dari tarikh permintaan itu.
c) Pengumuman atau penghebahan agenda sesuatu mesyuarat agung
luar biasa itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-
kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.

11 Bilangan ahli di a) Bilangan ahli mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti
dalam mesyuarat berikut:
i. Mesyuarat agung tahunan : Tidak kurang daripada 2/3 ahli.
ii. Mesyuarat agung luar biasa : Tidak kurang daripada ½ ahli.
iii. Mesyuarat AJK kelab : Tidak kurang daripada ½ ahli.
b) Jika bilangan ahli tidak mencukupi selepas setengah jam daripada
waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu
4
hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh
ahli jawatankuasa kelab, dan jika bilangan ahli mesyuarat masih tidak
mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan
untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu makan mesyuarat itu
berkuasa untuk mengambil sebarang keputusan mengenai semua
ahli dan keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

12 Pindaan a) Mana-mana perkara dan subperkara di dalam perlembagaan kelab


perlembagaan ini adalah sah sehingga ianya dipinda.
kelab b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli semasa
mesyuarat agung tahunan.
c) Sesuatu usul atau cadangan pindaan di dalam perkara atau
subperkara di dalam perlembagaan ini perlu mempunyai pencadang
dan penyokong serta perlu mendapat persetujuan sekurang-
kurangnya 2/3 ahli sebelum ianya disahkan.

13 Faedah ahli a) Perkahwinan


i. Seseorang ahli yang akan melangsungkan perkahwinan
untuk kali pertama di sekolah ini adalah layak untuk
menerima sumbangan kelab bernilai RM50.00.
b) Kelahiran cahaya mata
i. Seseorang ahli yang menimang cahaya mata untuk kali
pertama di sekolah ini adalah layak untuk menerima
sumbangan kelab bernilai RM50.00.
c) Persaraan
i. Ahli yang bersara akan diraikan di dalam satu majlis
persaraan sama ada di sekolah atau pun di mana-mana
tempat yang difikirkan sesuai.
ii. Ahli tersebut layak untuk menerima sumbangan kelab
bernilai RM1000.00.
d) Pertukaran/Kenaikan pangkat
i. Ahli yang bertukar atau menerima kenaikan pangkat ke
tempat lain akan diraikan di dalam satu majlis persaraan
sama ada di sekolah atau pun di mana-mana tempat yang
difikirkan sesuai.
ii. Ahli tersebut layak untuk menerima sumbangan kelab
bernilai RM100.00 bagi perkhidmatan lebih daripada 10
tahun di sekolah ini dan RM50.00 bagi perkhidmatan kurang
daripada 10 tahun di sekolah ini.
e) Khairat Kematian/Ditimpa musibah
i. Seseorang ahli yang menghadapi kematian
ibu/bapa/suami/isteri/anak atau ditimpa musibah seperti
kemalangan jalanraya/kebakaran rumah/rompakan/banjir
adalah layak untuk menerima sumbangan kelab bernilai
RM50.00.

You might also like