You are on page 1of 41

1.

0 PENGENALAN

Pertumbuhan yang amat pesat pada abad ini terlihat dengan jelas seiring dengan
peningkatan populasi dunia hampir disemua tempat yang seterusnya mewujudkan lebih
banyak bandar-bandar besar. Pertumbuhan ekonomi terutamanya yang dilihat
memainkan peranan penting dan banyak menyumbang kepada peningkatan pendapatan
negara yang seterusnya menjadikan sesebuah negara itu semakin berkembang. Di negara
Malaysia, pelbagai usaha yang telah dijalankan dalam aktiviti ekonomi sejak dahulu lagi
sama ada pada peringkat tempatan dan global. Proses industrialisasi di Malaysia telah
dilaksanakan sejak tahun 1957 dengan tujuan untuk mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan dan mempelbagaikan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, sektor
pertanian yang tidak lagi berupaya untuk menampung pertambahan guna tenaga dan
keadaan permintaan pasaran luar negara yang tidak menentu menyebabkan strategi
perindustrian diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi ekonomi negara.

Dalam kes Pulau Pinang, peringkat awal industrialisasi negeri ini bergantung kepada
status pelabuhan bebas dan sektor pertanian sebagai sumber pendapatannya. Namun,
berlaku perubahan setelah Laporan Nathan diperkenalkan iaitu laporan yang
merumuskan pelan pembangunan ekonomi yang baru untuk Pulau Pinang. Sektor
perindustrian pembuatan telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menggerakkan
pertumbuhan ekonomi negeri ini. Laporan ini juga telah mencadangkan penekanan
dibuat terhadap industri eksport dan membuat pengezonan semula industri dengan
menempatkan industri berat di Seberang Prai dan industri ringan di Pulau Pinang.
Penekanan terhadap sektor industri disebabkan ketiadaan kawasan tanah yang luas di
negeri ini untuk membangunkan sektor pertanian dan juga kekurangan sumber asli
kecuali pantai indah yang sesuai untuk sektor pelancongan. Oleh yang demikian, sektor
pembuatan menjadi pilihan utama. Sistem pengurusan estet perindustrian yang baru dan
pengwujudan Zon Perindustrian Bebas (FTZ) bagi membangunkan industri
berorientasikan eksport dilaksanakan atas persetujuan kerajaan persekutuan. Disebabkan
oleh masalah pengangguran yang tinggi ketika itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah memberi tumpuan untuk mempromosi dan
menarik industri berorientasikan eksport berintensifkan buruh di FTZ. Usaha tersebut
telah membawa kepada pembinaan estet-estet perindustrian di negeri ini bagi menarik
pelaburan asing dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan (PDC 1992).
Evolusi ekonomi global sejak kebelakangan ini telah mempengaruhi pelaburan langsung
asing dan aliran modal asing yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi.
Pelaburan langsung asing memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi
dan pembangunan sesebuah negara (Li & Liu 2005). Pelaburan langsung asing (FDI)
adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti kilang, lombong dan
tanah. Peningkatan pelaburan asing boleh digunakan sebagai salah satu ukuran
pertumbuhan ekonomi. Menyedari FDI merupakan komponen utama kepada enjin
pertumbuhan ekonomi dunia, maka kebanyakan negara cuba untuk mewujudkan keadaan
yang baik untuk menarik lebih banyak aliran masuk FDI ke dalam ekonomi mereka
(Borensztein et al. 1998; De Mello 1999; Hermes & Lensink 2003).

Pelaburan asing oleh syarikat multinasional dan langkah proaktif yang diambil oleh
kerajaan negeri telah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian yang
termaju di Malaysia (Kerajaan Pulau Pinang 2002). Dalam masa yang sama, lanskap
ekonomi dan ruang negeri Pulau Pinang berubah 100 peratus apabila perkembangan
sektor perindustrian turut memberi sumbangan kepada pertumbuhan sector-sektor lain
termasuklah perkhidmatan seperti pengangkutan, logistik, pembungkusan, insuran dan
perkhidmatan pengeluar sokongan yang lain berkaitan dengan industri berorientasikan
eksport.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah sesuatu yang ingin dicapai melalui kajian yang dilakukan.
Objektif kajian ini penting dalam sesuatu kajian kerana akan menentukan hala tuju
semasa kajian dijalankan. Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif
yang ingin penyelidik capai. Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengkaji
peranan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang di Pulau
Pinang terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang, objektif kajian yang kedua adalah
untuk mengkaji kesan kepada pelaburan asing hasil daripada aktiviti ekonomi yang
dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang dan
objektif kajian yang ketiga adalah untuk mengkaji perubahan yang berlaku terhadap
landskap ekonomi di Pulau Pinang di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan
Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang.
3.0 LOKASI KAJIAN

Pemilihan lokasi kajian sangat penting untuk menetukan skop atau plot kawasan kajian
yang akan di kaji dalam kajian ini untuk memperoleh data yang tepat dan jelas. Lokasi
kajian yang umumnya adalah di Negeri Pulau Pinang, dan secara khususnya lokasi kajian
ini adalah di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan juga Invest Penang
yang terletak di negeri Pulau Pinang. Lokasi tambahan untuk memperoleh maklumat dan
data tambahan juga adalah di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Peta 1 : Negeri Pulau Pinang

Sumber: http://maps.gooogle.com

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak
berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini dipisahkan
diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan
Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri
daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.
Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang
Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau
Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai
1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang).

Pembangunan di Pulau Pinang adalah sangat pesat dari tahun ke tahun, walaupun ia
merupakan sebuah negeri yang kecil dan dikenali sebagai Pulau Mutiara. Pulau Pinang
merupakan negeri perindustrian di Malaysia, iaitu terdapat lambakan sektor perkilangan
dan kebanyakkannya adalah tertumpu di kawasan Bayan Lepas.

Sebagai contoh, Pulau Pinang telah berjaya membina industri yang kukuh dalam sektor ICT
yang berasaskan kepada Elektrikal dan Elektronik (E&E), Perisian Komputer, Komunikasi dan
Pembuatan Elektronik Berkontrak atau Electronics Manufacturing Services (EMS). Menurut,
Athukorala, P. & Menon, J. dalam artikal Outward orientation and economic
performance, Pulau Pinang yang dikenali sebagai Silicon Island of the East telah manjadi hos
kepada pelabur-pelabur syarikat multinasional (MNCs) yang berprestij dari US, Eropah, Jepun
dan Taiwan. Di antara pelabur-pelabur tersebut adalah seperti Intel, DELL, AMD, Fairchild,
Agilent, Robert Bosch, Renesas, Sony and BenQ.

Peta 2 : Peta Lokasi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Sumber: http://maps.gooogle.com
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah ditubuhkan pada 17
November 1969 terletak di Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, No. 1 Pesiaran Mahsuri,
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. PDC adalah dibawah kelolaan angensi
kerajaan. Pengerusi PDC ialah YAB Tuan Guan Eng. Aktiviti utama PDC termasuklah
menjadi tenaga pemikir kerajaan Negeri, pembangunan taman perindustrian,
pembangunan perbandaran, pembangunan semula bandar, perumahan mampu-milik
dan pelaburan. Sejak penubuhannya, PDC terus berkembang dan usahanya untuk
pembangunan industri dan perumahan telah meletakkan Pulau Pinang sebagai
peneraju perindustrian, pelancongan dan hab perkhidmatan di rantau ini. isi PDC
‘Untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri utama yang berusaha ke arah menjadikan
Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih kondusif melalui pembangunan sosio-ekonomi
yang lestari’ merupakan panduan bagi semua perancangan untuk negeri Pulau Pinang
dan warganya.

Peta 3 : Peta lokasi Invest Penang

Sumber: http://maps.gooogle.com
Manakala, Invest Penang pula terletak di bangunan PSDC, 1, Jalan Sultan Azlan Shah,
Bayan Lepas, 11900 Penang, Malaysia. Ditubuhkan pada 5 November 2004, Invest
Penang adalah entiti bukan keuntungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan tujuan
utama mempromosikan pelaburan di Pulau Pinang.

Ia juga sebagai agensi promosi pelaburan utama Negeri, objektifnya adalah untuk
mengekalkan dan memulihkan ekonomi Pulau Pinang dengan meningkatkan dan terus
menyuntik aktiviti perniagaan di negeri melalui promosi pelaburan asing.

Invest-in-Penang Berhad adalah sebuah agensi sehenti yang menyediakan maklumat


yang komprehensif mengenai peluang pelaburan Pulau Pinang dan memudahkan urusan
perniagaan di setiap peringkat termasuk penubuhan pelaburan baru. Lokasi kajian ini
adalah sangat tepat untuk memperoleh data yang jelas dan tepat tentang Invest Penang.
4.0 SOROTAN KAJIAN

Sejak dari tahun 80-an, FDI telah menjadi medium yang paling penting dalam
mengintegrasikan ekonomi dunia melalui tawaran pinjaman antarabangsa. Dalam tahun-
tahun kebelakangan ini, aliran masuk FDI telah mengalami pembangunan yang pesat dan
ini membawa kepada kejayaan ekonomi negara yang perlu diberi perhatian. Teori
terawal yang membincangkan penentu FDI telah dikemukan oleh Vernon (1966) dan
telah dikembangkan oleh De Mello (1999) yang mana mengandaikan bahawa pengaruh
FDI terhadap pertumbuhan ekonomi ditentukan oleh hubungan antara modal domestik
dan asing. Oleh itu, aliran masuk pelaburan langsung asing secara empirikalnya
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara positif. Menurut Borensztein et al.
(1998), De Mello (1999) dan Merican (2009) FDI merupakan penentu penting
pertumbuhan ekonomi berbanding pelaburan domestik melalui pemindahan teknologi
yang berlaku.

Bagi negara Malaysia, kajian mengenai kesan FDI dan pertumbuhan ekonomi telah
banyak dibahaskan dalam kajian lepas. Menurut Ahmad Zubaidi & Suleiman (2009),
FDI memberi kesan positif dan signifikan ke atas pertumbuhan ekonomi. Sama seperti
kajian lain, Solarin dan Muhammad (2015) mengesahkan bahawa FDI dapat merangsang
pertumbuhan ekonomi secara positif. Kebanyakan kajian lepas menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi.
Hal ini dapat dibuktikan melalui pembangunan pesat yang berlaku di negara Malaysia
sendiri terutamanya di negeri lokasi kajian itu Pulau Pinang. Perubahan global yang
melibatkan pengerakan keluar firma pembuatan daripada negara industri dan
kemudiannya kemunculan beberapa Negara Perindustrian Baru (NPB) merupakan titik
awal kepada kemajuan negeri Pulau Pinang khususnya dalam sektor industri Barangan
Elektrik dan Elektronik (BEE). Sebagai bukti, kawasan perindustrian Bayan Lepas,
Pulau Pinang telah dikenali pada peringkat global sebagai pengeluar produk elektronik
terkemuka di Malaysia yang telah membina reputasi yang tinggi dalam industri tersebut
dan telah diintegrasikan dalam Rangkaian Pengeluaran Global (Nooriah Yusof, 2011).

Pertumbuhan pesat sektor perindustrian telah menjadikan Pulau Pinang sebagai salah
satu negeri termaju dan tersenarai sebagai antara lokasi pilihan utama pelaburan asing di
Malaysia. Hal ini demikian kerana, sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) yang menjadi teras kepada pertumbuhan ekonomi, selain turut
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan juga telah menarik
ramai tenaga buruh dari negeri lain untuk bekerja di negeri ini. Invest Penang adalah
suatu entiti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan dengan fokus utamanya ialah mempertahan, menyegar dan terus
mempromosi persekitaran perniagaan di negeri Pulau Pinang. Sebagai sebuah agensi
mempromosi pelaburan kepada kerajaan Negari, Invest Penang mengekalkan dan
merancakkan ekonomi Pulau Pinang dengan meningkatkan akitiviti perniagaan termasuk
menerokai peluang pelaburan baru.

Demikian juga dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang


bertanggungjawab untuk menerajui pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan peluang
pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga Pulau Pinang. Aktiviti utama PDC
termasuklah menjadi tenaga pemikir kerajaan Negeri, pembangunan taman perindustrian,
pembangunan perbandaran, pembangunan semula bandar, perumahan mampu-milik dan
pelaburan. Sejak penubuhannya, PDC terus berkembang dan usahanya untuk
pembangunan industri dan perumahan telah meletakkan Pulau Pinang sebagai peneraju
perindustrian, pelancongan dan hab perkhidmatan di rantau ini. Berdasarkan kajian lepas
didapati bahawa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menunjukkan
pencapaian yang sangat memberangsangkan sejak awal penubuhannya bermula dengan
menubuhkan FTZ pertama di Malaysia iaitu di Bayan Lepas pada tahun 70-an dan yang
terkini Majlis Pelancaran Projek Pelebaran jalan Bukit Tambun, Batu Kawan pada tahun
2017.
5.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi ditakrifkan sebagai kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu
kajian (merumuskan apa yang dikaji). Seterusnya, metodologi turut menerangkan cara
sesuatu masalah dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Instrument kajian dalam kajian ini ialah proses menyediakan alat mengumpul data
menerusi konsep yang berkaitan persepsi, pandangan dan latar belakang. Dalam kajian
ini, instrumen yang digunakan adalah dengan kaedah borang soal selidik, kaedah
pemerhatian atau peninjauan dan kaedah perpustakaan.

a) Kaedah Soal Selidik


Kaedah Primer iaitu borang soal selidik. Soal selidik ialah satu soalan atau
item dalam bentuk tulisan dan dibentuk secara khusus untuk mengumpul
maklumat atau tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Borang soal
selidik ini akan diberikan kepada 30 orang responden dan setiap responden akan
menjawab dalam masa 5 minit atau lebih sahaja. Soalan yang diajukan adalah
direka berlandaskan kepada objektif kajian yang dilakukan.
Borang soal selidik ini telah diedarkan secara rawak kepada responden di
kawasan kajian dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B,
bahagian C dan bahagian D. Bahagian A di dalam borang soal selidik ini adalah
mengenai maklumat diri para responden. Seterusnya pada bahagian B pula, adalah
soalan berkaitan dengan peranan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
dan Invest Penang terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang, bahagian C adalah
soalan mengenai perubahan yang berlaku terhadap landskap ekonomi di bawah
pengurusan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang di
kawasan Pulau Pinang dan bahagian D adalah mengenai kesan kepada pelaburan
asing hasil daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang. Kajian ini menggunakan
skala likert lima aras, iaitu 1 (sangat setuju), 2 (setuju), 3 (tidak pasti), 4 (tidak
setuju) dan 5 (sangat tidak setuju).
Jadual 1: Skala Likert

SKALA TANDA (/)


Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Sumber : Kajian Lapangan 2018

Untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan, perubahan landskap


ekonomi dan kesan kepada pelaburan asing ini dengan lebih jelas, pengkaji telah
menemubual beberapa orang responden yang terdiri daripada kakitangan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Invest Penang, MIDA dan
masyarakat di sekitar kawasan tersebut yang mengetahui sedikit sebanyak
maklumat berkaitan kajian ini. Hal ini sedikit sebanyak telah membantu
melengkapkan lagi maklumat tentang kajian ini.

b) Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah dilakukan adalah dengan melawat tempat
kawasan kajian iaitu di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Beberapa
data juga telah dikumpulkan berdasarkan pemerhatian dengan memerhati
perubahan landskap ekonomi di Pulau Pinang hasil daripada aktiviti P Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang untuk memperoleh data
yang lebih tepat dan jelas.

c) Kaedah perpustakaan
Kajian perpustakaan sangat penting bagi mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah
banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang
boleh dikaji. Ini dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang dikaji
hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan.
Instrument rujukan utama yang perolehi dalam kajian ini adalah daripada
bahan ilmiah seperti buku-buku, majalah, kamus, artikal, jurnal dan sumber
internet yang berkaitan tentang Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
dan Invest Penang serta kesannya terhadap pelaburan asing di wilayah Pulau
Pinang. Pengkaji telah mengunakan pelbagai jenis rujukan antaranya ialah
merujuk bahan ilmiah seperti buku-buku dan majalah untuk mencari penyilidikan
terdahulu tentang peranan agensi. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kamus
dan sumber daripada internet untuk mencari maksud perubahan lansdkap ekonomi
serta pendapat para tokoh tentang kajian ini.

Seterusnya pengkaji turut menggunakan sumber internet untuk mencari


maklumat tambahan tentang skop tajuk dan lokasi kajian iaitu di Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang beserta peta lokasi kajian
untuk melengkapkan kajian ini. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat
hasil dapatan terdahulu.
6.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan menerangkan keputusan analisis data yang diperolehi berdasarkan
tindak balas responden terhadap soal selidik, pemerhatian dan rujukan yang telah
dijalankan berkaitan mengkaji peranan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
dan Invest Penang di Pulau Pinang terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang, mengkaji
kesan kepada pelaburan asing hasil daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang dan mengkaji
perubahan yang berlaku terhadap landskap ekonomi di Pulau Pinang di bawah
pengurusan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang.

6.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Bahagian ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang masyarakat di sekitar
kawasan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang di Pulau
Pinang.

Jadual 6.1.1 : Demografi Responden Mengikut Jantina

JANTINA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


Lelaki 11 36.7
Perempuan 19 63.3
Jumlah 30 100
Sumber : Kajian Lapangan 2018

37%
Lelaki
Perempuan
63%

Carta 6.1.1 : Demografi Responden Mengikut Jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Responden di dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang dari kawasan kajian
iaitu di sekitar kawasan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest
Penang di Pulau Pinang. Berdasarkan Jadual 6.1.1 dan Carta 6.1.1 terdapat seramai
11 orang responden lelaki bersamaan 36.7% dan seramai 19 orang responden
perempuan yang bersamaan dengan 63.3% yang telah terlibat dalam soal selidik ini.
Jadual dan carta ini menunjukkan bahawa responden perempuan lebih tinggi
berbanding responden lelaki.

Jadual 6.1.2 : Demografi Responden Mengikut Umur

KEKERAPAN (ORANG)

Lelaki % Perempuan %
UMUR
20 tahun ke 00 00 02 6.7
bawah
21 hingga 49 06 20 13 43.3
50 tahun ke atas 05 16.7 04 13.3
Jumlah 11 36.7 19 63.3
Sumber : Kajian Lapangan 2018

Lelaki Perempuan
0%
20 tahun ke 20 tahun ke
bawah 6.7% bawah
13.3%
16.7% 21 hingga 49 21 - 49 tahun
20%
50 tahun ke 43.3% 55 tahun ke
atas atas

Carta 6.1.2 : Demografi Responden Mengikut Umur

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Bahagian ini menunjukkan kekerapan respoden yang menjawab soal selidik
mengikut peringkat umur di sekitar kawasan Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang (PDC) dan Invest Penang di Pulau Pinang. Pada peringkat umur 20 tahun ke
bawah, tiada responden lelaki dan 3 orang responden perempuan bersamaan 6.7%.
Peringkat umur 21 hingga 49 tahun , sebanyak 06 orang responden lelaki atau 20 %
dan responden perempuan adalah sebanyak 13 orang bersamaan 43.3%. Yang
terakhir, pada peringkat umur 50 tahun ke atas sebanyak 5 orang responden lelaki
bersamaan 16.7% dan sebanyak 4 orang responden perempuan iaitu bersamaan
dengan 13.3%. Keadaan ini jelas menunjukkan peringkat umur antara 21 hingga 49
tahun adalah antara golongan yang mudah didapati disekitar kawasan tersebut untuk
mendapatkan data melalui kajian ini.

BANGSA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


Melayu 15 50
Cina 10 33.3
India 05 16.7
Jumlah 30 100

Jadual 6.1.3 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Sumber : Kajian Lapangan 2018

17%

Melayu
50% Cina
India
33%

Carta 6.1.3 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Bahagian ini menunjukkan kekerapan responden yang menjawab soal selidik
berdasarkan bangsa. Seramai 15 orang responden Melayu yang bersamaan 50% , 10
orang bersamaan 33.3% dari responden yang berbangsa Cina dan 5 orang responden
bersamaan 16.7% dari kalangan bangsa India yang membantu dalam memberikan
data untuk mengukuhkan kajian ini. Kekerapan yang banyak adalah diperolehi
dalam kalangan orang Melayu.

Pekerjaan KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


Kerajaan 17 56.7
Swasta 10 33.3
Lain-lain 03 10
Jumlah 30 100

Jadual 6.1.4 : Demografi Responden Mengikut Kategori Pekerjaan

Sumber : Kajian Lapangan 2018

10%

Kerajaan
Swasta
33.3%
56.7% Lain-lain

Carta 6.1.4 : Demografi Responden Mengikut Kategori Pekerjaan

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Bahagian ini menunjukkan kekerapan responden yang menjawab soal selidik
berdasarkan kategori pekerjaan. Seramai 17 orang responden yang bersamaan
56.7% adalah dari sektor kerajaan, 10 orang responden yang bersamaan 33.3%
adalah dari sektor swasta dan akhirnya untuk melengkapkan data ini adalah dari
lain-lain sektor yang seramai 3 orang responden bersamaan 10%. Ini menunjukkan
pelbagai kategori pekerjaan yang terdapat di sekitar PDC dan Invest Penang secara
khususnya, dan secara umum adalah di Pulau Pinang.
6.2 MENGKAJI PERANAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
(PDC) DAN INVEST PENANG TERHADAP PELABURAN ASING DI PULAU
PINANG

Bahagian ini menunjukkan graf peranan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
dan Invest Penang terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang. Peranan sesuatu agensi
adalah sangat penting untuk menentukan sesuatu organisasi itu ditadbir dengan berkesan
dan segala proses yang dijalankan agar lancar. Berikut merupakan beberapa peranan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang terhadap pelaburan
asing di Pulau Pinang.

a) PERANAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)


TERHADAP PELABURAN ASING DI PULAU PINANG

100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
PDC menyediakan PDC berfungsi PDC PDC menyediakan PDC
peluang sebagai agensi menyediakan pelbagai memfokuskan
pekerjaan kepada untuk kediaman mampu kemudahan pelancongan
penduduk di membangunkan milik kepada infrastruktur di
sekitar Pulau kawasan masyarakat Pulau Pinang
Pinang perindustrian di
Pulau Pinang

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Rajah 6.2.1 : Peranan PDC Terhadap Pelaburan Asing Di Pulau Pinang

Sumber : Kajian Lapangan 2018


Bahagian ini adalah bertujuan untuk mengkaji peranan Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang.
Peranan adalah kehadiran di dalam menentukan suatu proses keberlangsungan (Hari
Soegiman, 1990: 2). Data yang diperolehi dalam tugasan ini adalah melalui edaran
soal selidik kepada kakitangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC),
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan penduduk di sekitar
kawasan tersebut. Pada tahun 2015, PDC terus memainkan peranan penting dalam
mentransformasikan Pulau Pinang sebagai bandaraya pintar antarabangsa, di mana
sains dan teknologi perlu bergerak seiring dengan pembangunan seni di negeri ini.

Seramai 27 orang responden bersamaan 90% sangat bersetuju bahawa PDC


telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Pulau Pinang,
manakala selebihan adalah turut bersetuju dengan peranan PDC tersebut. Hal ini
demikian kerana PDC telah melaksanakan pelbagai projek pambangunan dan industri
yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitarnya untuk bekerja
dalam sektor yang ditawarkan oleh PDC.

Dengan penyataan PDC berfungsi sebagai agensi untuk membangunkan


kawasan perindustrian di Pulau Pinang, seramai 25 orang responden bersamaan
83.3% sangat bersetuju, seramai 4 orang responden bersamaan 13.3% turut bersetuju
dengan penyataan tersebut. Manakala seorang responden bertindak kurang pasti
bahawa PDC berfungsi sebagai agensi untuk membangunkan kawasan perindustrian
di Pulau Pinang. Selain itu, seramai 20 orang responden bersamaan 66.7% bersetuju
dengan peranan PDC bahawa PDC menyediakan kediaman mampu milik kepada
masyarakat dan 5 orang responden yang bersamaan 16.7% turut bersetuju dengan
penyataan ini. Manakala selebihnya iaitu seramai 5 orang responden yang bersamaan
16.7% bertindak kurang pasti terhadap peranan PDC dalam bidang tersebut.

Selain itu, seramai 22 orang responden yang bersamaan 73.3% sangat


bersetuju bahawa PDC menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur di Pulau
Pinang dan seramai 5 responden yang bersamaan 16.7% turut bersetuju dengan
peranan PDC tersebut. Manakala seramai 2 orang responden yang bersamaan 6.7%
bertindak kurang pasti dan seorang responden bertindak tidak setuju dengan peranan
PDC bahawa PDC menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur di Pulau Pinang.
Data-data yang diperoleh ini dapat mambantu untuk mengukuhkan lagi peranan PDC
terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang.

Seterusnya, untuk mengukuhkan lagi peranan Perbadanan Pembangunan


Pulau Pinang (PDC) berserta bukti-bukti peranan Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang (PDC) terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang yang terkini antaranya pada
tahun 2016, Pulau Pinang terus memimpin dan memainkan peranan sebagai economic
game charger di negara ini, dengan trajektori pertumbuhan yang begitu istimewa
dalam sektor perindustrian, pelancongan dan perkhidmatan global. Pulau Pinang telah
berkembang menjadi sebuah bandaraya pintar antarabangsa, lokasi pilihan bagi sektor
pembuatan, pelaburan dan destinasi pilihan bagi pelancong. Berdasarkan soal selidik
yang dilakukan, terdapat ramai responden telah bersetuju dengan penyataan bahawa
PDC menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Pulau Pinang. Hal
ini boleh dibuktikan melalui pembangunan dan promosi industri kecil dan sederhana
(IKS) oleh PDC. Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah komponen penting dalam
pembangunan perindustrian di Pulau Pinang. IKS juga membentuk bahagian penting
dalam rantaian bekalan bagi MNC serta syarikat-syarikat besar tempatan. Terdapat
bangunan kilang yang siap dibina iaitu terletak di dalam taman-taman perindustrian
PDC telah disediakan untuk jualan dan sewa kepada PKS.

Tambahan pula, Kerajaan Negeri bersama PDC juga sentiasa peka, memantau
dan merancang kemudahan dan khidmat sokongan yang berterusan kepada IKS
kerana sektor ini merupakan sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri
dan menjana pendapatan kepada para pengusaha tempatan. Oleh yang demikian, PDC
secara berterusan telah membina dan terus merancang projek-projek IKS bagi
memnuhi permintaan yang semakin meningkat. Menurut buku Laporan Tahunan
(Annual Report) PDC Tahun 2016, sebagai contoh projek IKS yang dijalankan oleh
PDC ialah sebanyak 27 kilang di Taman Perindustrian Bukit Minyak, projek ini juga
merangkumi pusat perkhidmatan, ruang pameran, bilik mesyuarat, kedai serbaneka
dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan dan memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan melalui projek yang dibangunkan.
Pendapatan isi rumah juga dapat dipertingkatkan kerana setiap orang akan berpeluang
mencuba nasib untuk bekerja di sektor-sektor yang ditawarkan oleh PDC.
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga berfungsi sebagai agensi
untuk membangunkan kawasan perindustrian di Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah
negeri perindustrian yang bersepadu dalam rantaian bekalan global. Menurut, ansen,
G. H., Mataloni, R. J. dan Slaughter, M. J. dalam artikal Vertical production networks in
multinational firms, dengan eko sistem yang bertenaga dan mapan, terdapat lebih
daripada 300 syarikat multinasional dan 3,000 pembekal-pembekal tempatan. Pulau
Pinang telah menyumbang 7% kepada KDNK negara dan hampir RM7 bilion dalam
cukai dan duti setiap tahun kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Bandar Cassia
Batu Kawan yang terletak di tanah besar juga merupakan Bandar Satelit PDC. Seni
Binanya juga agak menarik dan boleh menjadi tarikan kepada pihak luar.

Menurut Laporan Tahunan (Annual Report) PDC Tahun 2016, antara


syarikat-syarikat yang melabur di tanah perindustrian PDC, terdapat tiga syarikat
MNC yang telah memilih Taman Perinsdustrian Batu Kawan (BKIP), iaitu yang
pertama ialah Bostan Scientific Medical Device (Malaysia) Sdn Bhd dengan aktiviti
pembuatan medical device. Peluang ini juga dijangka akan menjana peluang
pekerjaan sejumlah 300 orang, kedua ialah Avago Techologies (Malaysia) Sdn Bhd
(Amerika Syarikat) dengan aktiviti global supply chain hub akan melabur sebanyak
RM 38.7 juta atas tanah seluas 5 ekar yang trut dijangka akan menjana peluang
pekerjaan sejumlah 132 orang. Manakala yang ketiga, ialah Sunningdale Tech Penang
Sdb Bhd (Singapura) dengan aktiviti pembuatan komponen plastic untuk industry
automotif, consumer, industri-industri IT dan kesihatan juga mengembangkan operasi
perniagaan mereka. Syarikat ini dijangka melabur sebanyak RM 45.5 juta di atas
tanah seluas 3.5 ekar dan pelaburan ini dijangka akan menjana peluang pekerjaan
sejumlah 404 orang. Ini juga dinyatakan oleh Athukorala dalam artikal Growing with
global production sharing.

Menurut buku Laporan Tahunan (Annual Report) PDC Tahun 2016,


Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga menyediakan kediaman mampu
milik kepada masyarakat. Pada tahun 2016, PDC bersama dengan kerajaan negeri
telah meneruskan tanggungjawab sosial perumahannya melaui pelaksanaan Projek
Perumahan Mampu Milik (PMM) bagi memenuhi keperluan semua lapisan
masyarakat. Sebagai contoh, dikawasan sebelah Pulau, projek PMM yang sedang
dimajukan adalah di Teluk Kumbar. Projek ini mengandungi 694 unit rumah dengan
harga jualan di antara RM 72,500 hingga RM 330,00 seunit.
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut menyediakan pelbagai
kemudahan infrastruktur di Pulau Pinang. Antaranya melalui Projek PMM ini juga
disediakan dengan pelbagai kemudahan awam dan rekreasi seperti taman permainan
kanak-kanak, dewan serbaguna, pejabat pengurusan, taska, pejabat JKKK, tempak
letak kereta terbuka dan tertutup, surau, gerai-gerai penjaja dan lain-lain lagi. Sebagai
contoh, kemudahan infrastruktur di Stadium Batu Kawan, iaitu stadium terbuka
dengan kapasiti tempat duduk penonton sebanyak 40, 000 orang, kemudahan trek
basikal dan olahraga. Manakala kemudahan dalamannya ialah bilik mesyuarat,
perubatan dan pertolongan cemas, pejabat pengurusan dan lain-lain dan ini telah
dinyatakan dalam buku Laporan Tahunan (Annual Report) PDC Tahun 2014.

Antara proses pembangunan infrastruktur PDC ialah di Persiaran Cassia


Selatan 3 dan Lingkaran Cassia Selatan di bahagian barat BKIP telah siap dibina pada
tahun 2014. Selain kerja-kerja menambun tanah bagi menyediakan projek
perindustrian juga telah diuruskan oleh PDC. Kerja-kerja memperluaskan Utara
Penang Science Park seluas 377 ekar telah dijalankan. Pembinaan jambatan merentasi
Sungai Junjung Mati telah dibina. Kerja-kerja infrastruktur ialah pembinaan jalan
utama dan parit serta loji rawatan kumbahan di Utara Penang Science Park.
Pembinaan infrastruktur bagi keseluruhan kawasan Utara Penang Science Park ini
telah dibahagikan kepada beberapa fasa pembinaan. Dijangka keseluruhan pembinaan
infrastruktur bagi keseluruhan kawasan Utara Penang Science Park siap sepenuhnya
pada suku kedua 2017.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut memfokuskan


pelancongan dan promosi pelacongan di Pulau Pinang. dalam bidang mempromosikan
pelancongan, Pulau Pinang yang terkenal sebagai destinasi pelancongan utama
berpunca daripada Penang Factor dan telah menjadikan negeri ini lebih istimewa
daripada destinasi MICE lain di rantau ini. Pulau Pinang juga menawarkan pelbagai
ciri-ciri menarik iaitu makanan yang terbaik di dunia, tapak dan bangunan warisan
UNESCO dan beberapa pengalaman sahih dan terbaik Asia. Pulau Pinang juga
merupakan negeri kosmopolitan yang merangkumi kemodenan dan dalam masa yang
sama mengekalkan daya tarikan dunia lama dan pelbagai tradisi kebudayaan, oleh itu
Pulau Pinang dikenali sebagai “The Pearl of the Orient”.
Pada tahun 2016, Penang Global Tourism (PGT), sebuah anak syarikat
milikan penuh PDC meneruska usaha dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai
destinasi pelancongan antarabangsa kepada dunia dan menyertai beberapa pameran
perdagangan seperti Arab Travel Market (ATM), ITB Berlin (Jerman), ITB Asia
(Singapura), World Travel Mart (London) dan International Travel Expo (Hong
Kong). Baru-baru ini juga telah diadakan Pesta Belon Udara Panas, ini merupakan
satu strategi untuk menarik pelancong luar datang ke Pulau Pinang, Malaysia dan
menyaksikan pesta serta aktiviti yang dijalankan. Kolaborasi antara negeri dan negara
turut dalam pertujukan belon Udara Panas tersebut.

Antara tarikan kawasan pelancongan yang berjaya dihasilkan daripada


kloborasi PDC di Pulau Pinang ialah Bukit Bendera. Bukit Bendera merupakan satu
tapak warisan untama semulajadi. Ia juga menerima pengiktirafan oleh Malaysia
Book of Record bagi keretapi funicular dan tindakan sedang diambil oleh Kerajaan
Negeri untuk mewartakan Bukit Bendera sebagai UNESCO Bioshere Reserve. Pulau
Pinang juga terkenal dengna keindahan pantai dan ini berjaya diangkat dan
dipromosikan oleh PDC untuk meningkatkan sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Keadaan ini menunjukkan betapa aktifnya peranan Perbadanan Pembangunan


Pulau Pinang (PDC) terhadap pelaburan asing di negeri Pulau Pinang. Terdapat
pelbagai koloborasi antara syarikat tempatan, syarikat multinasional dan syarikat
berstatus antarabangsa, kerjasama ini akan meningkatkan lagi pelaburan dalam
wilayah ini untuk menarik palabur dari luar.
b) PERANAN INVEST PENANG TERHADAP PELABURAN ASING DI PULAU
PINANG

100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Invest Penang
Invest Penang sebagai Invest Penang
Invest Penang menyediakan platform untuk menyediakan Perkhidmatan
merupakan khidmat mempromosika insentif kepada Invest Penang
agensi yang perundingan n Pulau Pinang pelabur asing berjaya
menguruskan terhadap sebagai lokasi seperti membangunka
pelaburan pelabur- pilihan untuk kewangan, n Pulau Pinang
asing di Pulau pelabur asing teknologi, infrastruktur, sebagai negeri
Pinang di Pulau industri dan logistik dan perindustrian
Pinang. perniagaan lain-lain.
secara global.
Sangat Setuju 76.7 70 66.7 63.3 76.7
Setuju 16.7 16.7 20 16.7 16.7
Tidak Pasti 6.7 10 10 13.3 6.7
Tidak Setuju 0 3.33 3.33 6.7 0

Rajah 6.2.2 : Peranan Invest Penang Terhadap Pelaburan Asing Di Pulau Pinang

Sumber : Kajian Lapangan 2018

Bahagian ini adalah bertujuan untuk meninjau peranan Invest Penang terhadap
pelaburan asing di Pulau Pinang. Berdasarkan data di atas, dapat dilihat banyak
peranan yang dijalankan oleh Invest Penang terhadap pelaburan asing di Pulau Pinang.
Bagi soalan 1 iaitu Invest Penang merupakan agensi yang menguruskan pelaburan
asing di Pulau Pinang menunjukkan peratusan yang ditunjukkan iaitu sebanyak
83.33% responden yang sangat setuju, 13.33% yang setuju dan hanya 3.33%
responden yang tidak pasti. Peratusan ini menunjukkan bahawa majoriti daripada
responden sangat setuju bahawa peranan Invest Penang termasuklah menjadi agensi
yang menguruskan pelaburan asing di Pulau Pinang.
Invest Penang sejajar dengan penubuhannya sebagai sebuah entiti kerajaan
Negeri Pulau Pinang menjadi medan untuk mempertahan, menyegar dan terus
mempromosi persekitaran perniagaan di persekitaran Pulau Pinang. Sebagai sebuah
agensi yang mempromosi pelaburan kepada kerajaan Negeri, Invest Penang
bertanggungjawab menguruskan pelaburan asing di Pulau Pinang dengan cara
mengekalkan dan merancakkan ekonomi di Pulau Pinang dengan meningkatkan
aktiviti perniagaan.

Bagi soalan 2 pula iaitu Invest Penang menyediakan khidmat perundingan


terhadap pelabur-pelabur asing di Pulau Pinang menunjukkan sebanyak 70%
responden yang sangat setuju dengan soalan ini manakala sebanyak 16.66% yang
setuju, responden yang tidak pasti adalah sebanyak 10% dan responden yang tidak
setuju adalah 3.33% sahaja. Hal ini juga menunjukkan bahawa hampir semua
responden sangat setuju dengan peranan Invest Penang sebagai pemberi khidmat
perundingan kepada pelabur asing yang datang ke Pulau Pinang. Hal ini demikian
kerana, sememangnya Invest Penang memberi khidmat perundingan kepada pelabur-
pelabur asing termasuklah menasihat lokasi yang terbaik untuk perniagaan, dapat
menghubungkan pelabur asing kepada rakan kongsi perniagaan, serta memimpin
pelabur kepada ahli perkongsian profesional, pembekal dan penjual. Invest Penang
juga menyediakan platform untuk para pelabur mengemukakan cadangan mahupun
soalan kepada agensi kerajaan yang berkaitan melalui penganjuran seminar dan forum
kepada pelabur. Sebagai contoh, Penang Science Park Dialogue. Dari tahun 2011
sehingga 2012, Invest Penang telah menganjurkan sebanyak 19 misi pelaburan dan
lawatan. Oleh itu, selaras dengan keupayaan, dan pengalaman mereka dalam sektor
perniagaan di Pulau Pinang, maka Invest Penang menjadi pusat rujukan pertama bagi
para pelabur baru dalam memberi khidmat perundingan tanpa memerlukan sebarang
bayaran.

Seterusnya, soalan 3 yang menyentuh tentang peranan Invest Penang sebagai


platform untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan untuk teknologi,
industri dan perniagaan secara global juga menunjukkan peratusan yang tinggi adalah
responden yang sangat setuju. Berdasarkan data di atas, dapat dilihat sebanyak
66.66% responden yang sangat setuju, 20% yang setuju, 10% yang tidak pasti dan
sebanyak 3.33% sahaja responden yang tidak setuju. Dalam hal ini, sebelum
kemasukan para pelabur untuk beroperasi, Invest Penang memainkan peranan dalam
mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan pelaburan di peringkat global.
Sebagai contoh, melalui misi-misi ke luar negara sama ada melalui misi-misi anjuran
MIDA mahupun melalui inisiatif kerajaan Negeri. Bagi mempromosikan Pulau
Pinang sebagai destinasi pilihan teknologi, industri dan pelaburan global, Invest
Penang mengemaskini dan menganalisa maklumat-maklumat penting yang berkaitan
bagi mempromosi lokasi pelaburan asing yang sesuai di kawasan-kawasan
perindustrian di Pulau Pinang. Seterusnya Invest Penang akan menyelaras dan
menguruskan lawatan para pelabur ke tapak-tapak yang berpotensi dan bersesuaian
mengikut kategori dan jenis pelaburan. Contohnya, kawasan Batu Kawan adalah
lokasi yang menjadi hub pelabur. Invest Penang juga mempromosikan Pulau Pinang
sebagai lokasi industri terutamanya pilihan dalam industri pembuatan sebagaimana
Pulau Pinang telah menjadi lima industri yang mencatatkan pelaburan tertinggi dalam
sektor pembuatan di Malaysia. Ini adalah contoh bagaimana Invest Penang
mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan pelabur asing untuk melabur.

Seterusnya, soalan 4 iaitu Invest Penang menyediakan insentif kepada pelabur


asing menunjukkan peratusan yang tinggi pada skala sangat setuju iaitu sebanyak
63.33%. Seterusnya, sebanyak 16.66% yang setuju, 13.33% responden yang tidak
pasti dan 6.66% sahaja responden yang tidak setuju. Peratusan ini masih
membuktikan bahawa peranan Invest Penang juga termasuklah menyediakan insentif
kepada pelabur asing termasuklah dari segi kewangan, infrastruktur, logistik dan lain-
lain. Invest Penang dalam menjalankan peranannya menyediakan insentif kepada
pelabur asing termasuklah menyokong dan bekerja seiringan dengan pelabur baru dan
sedia ada untuk menyelesaikan sebarang kesulitan dalam perniagaan yang berkaitan
dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan badan-badan berkaitan. Sebagai contoh,
masalah gangguan elektrik di kilang, masalah kekurangan pekerja, isu keselamatan
dan lain-lain. Invest Penang juga menganalisis maklumat-maklumat berkaitan dengan
pelaburan bagi memudahkan pelabur asing dan seterusnya memudahkan pihak Invest
Penang sendiri untuk menyediakan insentif kepada pelabur asing termasuklah harga
pasaran untuk hartanah, kadar tol, pengangkutan, senarai kilang-kilang kosong bagi
membangunkan kawasan pelaburan baru di Pulau Pinang melalui agen-agen hartanah
berdaftar invest Penang, senarai agensi pekerjaan.
Bagi soalan 5 pula iaitu perkhidmatan Invest Penang berjaya membangunkan
Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian menunjukkan sebanyak 76.66% responden
yang sangat setuju, 16.66% yang setuju, dan sebanyak 6.66% sahaja responden yang
tidak pasti. Peratusan yang tinggi pada skala sangat setuju itu membuktikan bahawa
sememangnya perkhidmatan Invest Penang telah berjaya membangunkan Pulau
Pinang sebagai salah sebuah negeri di Malaysia yang menjurus kepada sektor
perindustrian. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembukaan aset-aset perindustrian dan
FTZ, maka ekonomi Pulau Pinang telah diintegrasikan ke dalam ekonomi global.
Dengan kehadiran pelaburan asing, ia bukan sahaja dapat mewujudkan peluang
pekerjaan malah juga memberi kesan sebaran kepada keseluruhan ekonomi Pulau
Pinang. Menjelang tahun 1988, Pulau Pinang sudah memiliki lapan aset perindustrian
dan empat daripadanya merupakan FTZ yang menempatkan syarikat-syarikat asing.
Pelaburan asing oleh syarikat multinasional dan langkah proaktif yang diambil oleh
Invest Penang telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian yang
termaju di Malaysia (Kerajaan Pulau Pinang, 2002). Dengan kelebihan seperti buruh
yyang murah dan infrastruktur yang baik termasuklah kemudahan pelabuhan dan
lapangan terbang antarabangsa dan dasar kerajaan yang menggalakkan pelaburan
asing telah menjadi menjadikan Pulau Pinang antara lokasi yang menjadi tumpuan
pelaburan asing.
6.3 MENGKAJI PERUBAHAN YANG BERLAKU TERHADAP LANDSKAP
EKONOMI DI BAWAH PENGURUSAN PERBADANAN PEMBANGUNAN
PULAU PINANG (PDC) DAN INVEST PENANG DI PULAU PINANG

100%

90%

80%

70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Terdapat jurang
PDC dan Invest Terdapat Strategi PDC dan
yang besar dalam
Penang perbezaan Invest Penang
pembangunan
menyebabkan perubahan telah
atau kemajuan
berlakunya landskap menggalakkan
bagi sesuatu
pembangunan ekonomi di Pulau migrasi ke Pulau
kawasan di Pulau
yang pesat Pinang Pinang
Pinang
Sangat Setuju 83.3 63.3 90 76.7
Setuju 16.7 20 10 13.3
Tidak Pasti 0 16.7 0 10
Tidak Setuju 0 0 0 0
Sangat Tidak Setuju 0 0 0 0

Rajah 6.3.1 : Perubahan Terhadap Landskap Ekonomi di bawah Pengurusan


PDC dan Invest Penang.
Sumber: Kajian Lapangan 2018

Berdasarkan graf dan jadual peratusan perubahan yang berlaku terhadap landskap
ekonomi di bawah pengurusan PDC dan Invest Penang di kawasan Pulau Pinang ini,
seramai 25 orang responden yang bersamaan 83.3% adalah sangat bersetuju dan
selebihnya adalah seramai 5 orang responden yang bersamaan 16.7% turut bersetuju
dengan penyataan bahawa PDC dan Invest Penang menyebabkan berlakunya
pembangunan yang pesat di kawasan Pulau Pinang. Pembangunan sesuatu kawasan
dapat diukur bila mana wujudnya banyak prasarana yang memberi manfaat kepada
rakyat. Pembangunan yang pesat di Pulau Pinang berkait rapat dengan kemasukan
pelaburan asing di negeri ini yang mewujudkan saling hubung kait antara kedua-duanya.
Pembangunan yang pesat ini dapat dibuktikan dari segi beberapa aspek iaitu wujudnya
peluang pekerjaan, berlakunya pemindahan teknologi dan pengetahuan serta
penambahbaikan infrastruktur di Pulau Pinang. Pelaburan asing ke negeri Pulau Pinang
akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya di kilang-kilang
industri. Sebagai contoh, Hewlett-Packard Malaysia Manufacturing Sdn Bhd yang
mengembangkan operasi mereka di atas tanah seluas 20 ekar dijangka akan memberi
sejumlah 985 peluang pekerjaan kepada penduduk di Pulau Pinang. Selain itu, Jabil
Circuit Sdn Bhd juga yang mengembangkan operasi mereka di atas tanah seluas 20 ekar
di BKIP dijangka akan memberi sejumlah 1,499 peluang pekerjaan. Tambahan pula, dari
segi penambahbaikan infrastruktur dapat dilihat melalui usaha PDC terus merancang
pembangunan di Bandar Cassia, Batu Kawan yang merupakan satu-satunya kawasan
yang tersedia untuk dibangunkan. PDC juga telah bekerjasama dengan Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk mewujudkan satu garis panduan Eco City
Batu Kawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada Januari
2015.

Selain itu, seramai 19 orang responden yang bersamaan 63.3% bertindak sangat
setuju dengan penyataan bahawa terdapat jurang yang besar dalam pembangunan atau
kemajuan bagi sesuatu kawasan di Pulau Pinang, manakala seramai 6 orang responden
yang bersamaan 20% turut bertindak setuju dan selebihnya iaitu 5 orang responden yang
bersamaan 16.7% adalah bertindak kurang pasti bahawa terdapat jurang yang besar
dalam pembangunan atau kemajuan bagi sesuatu kawasan di Pulau Pinang. Walaupun
berlaku pembangunan pesat di Pulau Pinang, tetapi terdapat juga jurang dalam
pembangunan atau kemajuan bagi sesuatu kawasan di Pulau Pinang. Pola pelaburan yang
bersifat selektif terhadap beberapa kawasan sahaja telah menyebabkan hanya kawasan
tertentu sahaja yang mengalami kadar industrialisasi yang pesat. Hal ini bermakna
wujudnya jurang pembangunan iaitu adanya kawasan maju dan kurang maju. Hal ini
dipengaruhi oleh kecenderungan pelabur asing memilih lokasi yang berpotensi untuk
dijadikan kawasan pelaburan mereka. Sebagai contoh dapat dilihat pembangunan yang
sedang pesat berlaku di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP), kawasan
perindustrian Bayan Lepas dan Seberang Jaya. Manakala, bagi kawasan yang dilihat
agak kurang membangun adalah di sekitar kawasan Seberang Prai dan Balik Pulau.
Namun begitu, kerajaan Pulau Pinang berusaha sebaik mungkin untuk mebangunkan
kawasan ini dengan membelanjakan 77% dana pembangunan di Seberang Prai dan tanah
besar Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak kawasan luar bandar. PDC dan Invest
Penang yang sememangnya berperanan penting dalam menggerakkan aktiviti ekonomi
negeri Pulau Pinang telah membawa banyak perubahan dari segi pembangunan sesuatu
kawasan dan wilayah yang juga seterusnya menyebabkan berlakunya jurang
pembangunan antara sesebuah kawasan di Pulau Pinang.

Seterusnya, seramai 27 orang responden yang bersamaan 90% sangat setuju


dengan penyataan bahawa terdapat perbezaan perubahan landskap ekonomi di Pulau
Pinang dan selebihnya iaitu 3 orang responden yang bersamaan dengan 10% turut
bertindak setuju dengan perubahan landskap ekonomi tersebut. Tidak dapat dinafikan
bahawa ekonomi negeri Pulau Pinang kini sangat berbeza berbanding dengan yang
dahulu. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi perubahan landskap ekonominya yang
semakin berkembang dari tahun ke tahun. Perkembangan ini dapat dibuktikan dengan
kewujudan banyak kilang perindustrian yang di dirikan di beberapa kawasan di Pulau
Pinang seiring dengan kemasukan pelabur asing yang dilihat semakin rancak sejak PDC
dan Invest Penang memainkan peranan mereka masing-masing. Pada peringkat awal
industrialisasi, Pulau Pinang amat bergantung kepada status pelabuhan bebas dan sektor
pertanian sebagai sumber pendapatannya. Namun pada 1960- an, Pulau Pinang
mengalami kadar pengangguran yang tinggi, migrasi keluar yang besar dan kejatuhan
dalam perdagangan pelabuhan bebas. Ekonomi negeri ini menerima kesan buruk apabila
status pelabuhan bebasnya ditarik balik oleh kerajaan pusat pada akhir 1960-an. Lantaran
tiadanya alternatif ekonomi yang lain pada masa tersebut, peluang pekerjaan sukar
diperolehi. Keadaan ini telah menyebabkan kadar pengangguran mencecah setinggi 16
peratus iaitu dua kali ganda kadar purata negara. Namun selepas PDC dan Invest Penang
beroperasi, ekonomi di Pulau semakin rancak akibat kemasukan pelaburan asing dari
syarikat multinasional yang memilih Pulau Pinang sebagai lokasi yang dilihat berpotensi
untuk dijadikan lokasi pelaburan. Seiring dengan kemasukan pelaburan asing yang pesat
di Pulau Pinang, perancangan untuk membangunkan program-program bagi tujuan
mewujudkan peluang pekerjaan, pembangunan tanah dan aktiviti untuk menghasilkan
pendapatan kepada negeri tersebut mula dilaksanakan dengan pesatnya. Sektor
perindustrian pembuatan telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menggerakkan
pertumbuhan ekonomi negeri ini. Melalui pembinaan estet-estet perindustrian dan zon
perindustrian bebas bagi menarik pelaburan asing, ekonomi Pulau Pinang telah
diintegrasikan ke dalam ekonomi global dan kini menjadi negeri perindustrian yang
termaju di Malaysia. Oleh itu, perubahan yang ketara dari segi landskap ekonomi dapat
dilihat apabila PDC dan Invest Penang bekerjasama dalam menguruskan pelaburan asing
di Pulau Pinang.

Bagi soalan kelima, seramai 23 orang responden yang bersamaan 76.7% adalah
sangat setuju bahawa strategi PDC dan Invest Penang telah menggalakkan migrasi ke
Pulau Pinang ,4 orang responden yang bersamaan 13.3% turut bersetuju dan selebihnya
iaitu 3 orang responden yang bersamaan 10% adalah bertindak kurang pasti dengan
penyataan bahawa strategi PDC dan Invest Penang telah menggalakkan migrasi ke Pulau
Pinang. Seperti yang diketahui, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan
Pulau Pinang (PDC) telah memberi tumpuan untuk mempromosi dan menarik industri
berorientasikan eksport berintensifkan buruh di Zon Perindustrian Bebas. Usaha tersebut
telah membawa kepada pembinaan estet-estet perindustrian di negeri ini dengan tujuan
bagi menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Kilang-
kilang yang baru dibuka hasil daripada pelaburan asing tersebut secara tidak langsung
telah membuka lambakan peluang pekerjaan di negeri Pulau Pinang. Lambakan peluang
pekerjaan yang wujud menjadi satu kelebihan kepada negeri Pulau Pinang apabila
migrasi dari luar negara ke Pulau Pinang telah berlaku dengan pesat. Oleh kerana, sektor
industri Barangan Elektrik dan Elektronik merupakan penyumbang utama kepada guna
tenaga dalam sektor pembuatan di negeri ini, maka sektor ini memerlukan jumlah guna
tenaga yang ramai dalam sektor pembuatan di negeri ini. Penduduk dari pelbagai
kawasan akan bermigrasi ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan tambahan pula
kestabilan politik di negeri ini adalah baik serta kadar upah pekerjaan yang tinggi,
insfrastruktur dan kemudahan asas yang baik telah mendorong penduduk luar untuk
bermigras ke Pulau Pinang. Keadaan ini akan meningkatkan kadar migrasi masuk ke
dalam negara. Demikian juga dengan pelabur-pelabur asing yang melabur di Pulau
Pinang turut dikategorikan sebagai bermigrasi kerana terdapat daripada pelabur yang
akan menetap untuk sementara waktu atau kekal di Pulau Pinang bagi menguruskan
pelaburan mereka. Aliran keluar masuk ini secara tidak langsung meningkatkan kadar
migrasi di Pulau Pinang.
6.4 KESAN KEPADA PELABURAN ASING HASIL DARIPADA AKTIVITI
EKONOMI YANG DIJALANKAN OLEH PERBADANAN PEMBANGUNAN
PULAU PINANG (PDC) DAN INVEST PENANG

100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Berlaku
Berlakunya pertukaran
Pelaburan Peningkatan
kerjasama asing dari segi
asing di Pulau pelaburan
Kebanyakkan antara syarikat maklumat,tekn
Pinang asing
Pelabur asing tempatan dan ologi,
menunjukkan menyumbang
bertumpu syarikat infrastruktur
peningkatan dalam
dikawasan antarabangsa dan
berbanding peningkatan
tertentu. dalam aktiviti pengetahuan
tahun pendapatan
ekonomi yang dalam sektor
sebelumnya. kasar negara
dijalankan ekonomi yang
dijalankan
Sangat Tidak Setuju 0 0 0 0 0
Tidak Setuju 0 3.33 0 0 0
Tidak Pasti 10 10 3.33 6.67 13.33
Setuju 6.67 20 6.67 16.67 20
Sangat Setuju 83.33 66.67 90 76.67 66.67

Rajah 6.4.1 Kesan kepada Pelaburan Asing Hasil daripada Aktiviti Ekonomi yang Dijalankan
Oleh PDC dan Invest Penang
Sumber : Kajian Lapangan 2018

Bahagian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh mana kesan kepada pelaburan
asing hasil daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh PDC dan Invest Penang.
Berdasarkan data di atas, dapat dilihat banyak kesan kepada pelaburan asing hasil
daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh PDC dan Invest Penang. Bagi soalan 1
iaitu pelaburan asing di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan berbanding tahun
sebelumnya, menunjukkan sebanyak 83.33% responden yang sangat setuju, 6.67% setuju
dan hanya 10% yang tidak pasti. Hal ini menunjukkan bahawa, kebanyakan responden
bersetuju bahawa PDC dan Invest Penang sememangnya berperanan penting dalam
merancakkan lagi aktiviti pelaburan di Pulau Pinang ini.

Tahun Bilangan Pelaburan Pelaburan asing Jumlah Cadangan


Projek Domestik (RM) Pelaburan Modal
(RM) (RM)

2016 106 1,236,973,529 3,056,916,908 4,293,890,437

2017 120 2,271,389,590 8,540,493,588 10,811,883,178

Jadual 6.4.1 : Bilangan Projek dan Pelaburan yang Diluluskan dalam Sektor Perindustrian
di Negeri Pulau Pinang, 2016-2017

Sumber : MIDA, Data pelbagai tahun

Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat perbezaan dari segi pelaburan domestik
mahupun pelaburan asing di negeri Pulau Pinang pada tahun 2016 dan 2017. Tahun 2017
menunjukkan peningkatan yang agak ketara berbanding tahun 2016 iaitu pelaburan asing
pada tahun 2016 hanyalah sebanyak RM 3,056,916,908 dan meningkat kepada RM
8,540,493,588 pada tahun 2017. Hal ini merupakan satu peningkatan yang dilihat agak
baik terutamanya dari sektor perindustrian yang seterusnya akan menarik lebih ramai
pelabur-pelabur dari negara luar untuk melabur di Pulau Pinang. Tambahan pula, Taman
Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) yang diwujudkan sejak tahun 2008, sehingga
kini telah berjaya menarik pelaburan 10 buah syarikat dengan nilai pelaburan berjumlah
RM484.2 juta. Halal Penang dengan kerjasama PDC dan Invest-in-Penang Bhd sedang
membangunkan Zon Makanan di Utara Penang Science Park, Pulau Pinang. Sehingga
kini, Zon Makanan telah berjaya mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM194.28 juta.
Selain itu, Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan yang kukuh dalam tempoh lapan
tahun yang lalu, iaitu dari tahun 2008 – 2015, Pulau Pinang mencatat pelaburan sebanyak
RM55 bilion, meningkat 90% berbanding lapan tahun sebelum dari tempoh 2000 hingga
2007 sebanyak RM29 bilion. Pulau Pinang menyumbang hampir 20% kepada aliran
masuk keseluruhan FDI Malaysia dalam tahun 2015, merupakan yang tertinggi di antara
negeri-negeri di Malaysia (Laporan Tahunan PDC, 2015).

Selain itu, bagi soalan 2 pula iaitu kebanyakan pelabur asing bertumpu dikawasan
tertentu menunjukkan sebanyak 66.67% sangat setuju, 20% setuju, 10% tidak pasti dan
3.33% tidak setuju. Hal ini menunjukkan bahawa, kebanyakan responden beranggapan
bahawa pelabur-pelabur hanya tertumpu dikawasan tertentu sahaja. Ini kerana, pelabur-
pelabur asing melihat kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai tempat pelaburan
mereka. Dalam hal ini, sektor industri merupakan penjana terbesar pelaburan di Pulau
Pinang (Nooriah Yusof, 2011). Sehingga Jun 2004, pelaburan asing menyumbang
sejumlah 59.8 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor industri pembuatan di
negeri ini. Pada tahun 2015, fokus utama PDC adalah meneruskan pembangunan
perindustrian dan perumahan yang menjadi keutamaan PDC sejak penubuhannya. PDC
telah berjaya memperolehi tanah tambahan seluas 33.65 ekar melalui Akta Pengambilan
Tanah 1960 untuk dibangunkan sebagai kawasan industri tambahan kepada kawasan
Utara Penang Science Park sedia ada seluas 395.2 ekar yang mana kini sedang giat
dibangunkan. Kawasan yang telah dikhususkan kepada kawasan Perindustrian Halal iaitu
kawasan Selatan Penang Science Park yang dikenali sebagai Tanjung Ketupat seluas
165.56 ekar telah selesai proses pengambilan tanah. PDC merancang untuk mewujudkan
satu koridor pembangunan bagi kawasan pengambilan tanah yang terancang dan saling
berhubungan dari Bukit Minyak - Juru - Tanjung Ketupat - Bukit Tambun - Batu Kawan -
Nibong Tebal. Koridor ini merupakan satu koridor pembangunan perindustrian yang
terbesar dalam Negeri ini. Pada tahun 2015 juga, PDC telah berjaya menjual sebanyak
111.95 ekar tanah perindustrian kepada 38 buah syarikat dengan nilai jualan sebanyak
RM175.29 juta. Dengan ini, PDC dijangka berjaya menarik pelaburan masuk berjumlah
RM2.5 bilion dan jangkaan peluang pekerjaan berjumlah 5,240 orang. Sebahagian
besarnya adalah tertumpu di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) iaitu 75.15 ekar
dan selebihnya adalah di Penang Science Park (7.64 ekar) dan Utara Penang Science Park
iaitu 25.46 ekar. Hasil daripada usaha PDC dalam membangunkan Taman Perindustrian
Batu Kawan (BKIP) ini, ramai pelabur asing yang tertarik untuk melabur dikawasan itu.
Sebagai contoh, Hewlett-Packard Malaysia Manufacturing Sdn Bhd dari Amerika
Syarikat dengan aktiviti pembuatan ketepatan seperti fabrikasi produk inkjet melabur
lebih kurang RM1 bilion bagi mengembangkan operasi mereka di atas tanah seluas 20
ekar. Selain itu, Jabil Circuit Sdn Bhd yang juga berasal dari Amerika Syarikat dengan
aktiviti pembuatan papan litar bercetak, E&E systems for aerospace component dan
peralatan perubatan dijangka akan melabur lebih kurang RM1 bilion bagi
mengembangkan operasi mereka di atas tanah seluas 20 ekar di BKIP. Tambahan pula,
bagi menyokong keperluan sektor industri di Batu Kawan, PDC telah memperuntukkan
tanah seluas empat ekar untuk pembangunan satu blok 2- tingkat Pusat Perkhidmatan
(Service Centre), bagi menempatkan prasarana asas dan moden dalam menawarkan
fasiliti terbaik kepada perkembangan operasi pelabur IKS. Kesannya, pelabur-pelabur
asing lebih tertarik untuk melabur dikawasan perindustrian ini yang dilihat berpotensi dan
sedang pesat membangun.

Bagi soalan seterusnya iaitu berlakunya kerjasama antara syarikat tempatan dan
syarikat antarabangsa dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan menunjukkan sebanyak
90% responden sangat setuju, 6.67% setuju dan 3.33% adalah tidak pasti. Pelaburan asing
yang berlaku sudah tentu melibatkan kerjasama antara syarikat tempatan dan juga
syarikat asing dari negara luar. Kelebihan dari segi kestabilan politik dan ekonomi,
pembangunan infrastuktur yang baik serta kesediaadaan sumber buruh yang produktif
telah menarik aliran masuk pelaburan asing dari Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan
juga negara-negara Asia yang lain untuk menempatkan aktiviti pengeluaran mereka di
Malaysia. Kebanyakan kilang-kilang yang terdapat di Pulau Pinang adalah milik Jepun,
Taiwan dan sebahagiannya milik Amerika Syarikat. Selain itu, Penyelidikan &
Pembangunan (R&D) halal merupakan komponen utama dalam mengekalkan kemapanan
industri halal. Halal Penang mengambil inisiatif untuk membangunkan sektor ini dengan
mewujudkan usahasama dengan beberapa institusi penyelidikan terkemuka seperti
AgResearch Limited, Waikato University di New Zealand dan Food Environment
Research Agency (FERA) di UK. Halal Penang juga telah berjaya mengadakan kerjasama
dengan beberapa agensi di Jepun bagi membangunkan beberapa projek dalam industri
pertanian dan veterinari halal menggunakan kepakaran teknologi Jepun terutamanya
dalam industri penternakan ayam (poultry) dan penghasilan daging berkualiti tinggi.
Tambahan pula, PDC juga telah menandatangani perjanjian usaha sama RM1.3 bilion
dengan Temasek dan Economic Development Innovations Singapore (EDIS) untuk
pembangunan projek BPO Prime di Bayan Baru dan Penang High Tech Industrial Park di
Batu Kawan yang bernilai RM10 bilion.
Beralih ke soalan seterusnya pula iaitu pelaburan asing menyumbang dalam
peningkatan pendapatan kasar negara. Seramai 76.67% responden sangat setuju, 16.67%
setuju dan 6.67% responden yang tidak pasti. Keluaran dalam negara kasar (KDNK)
sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara.
Menurut ketua Menteri pulau Pinang, iaitu YAB Tuan Lim Guan Eng dalam Ucapan
Belanjawan Pulau Pinang pada 2 November 2017 lepas, ekonomi Pulau Pinang telah
kembali pulih dan berkeyakinan semula, khususnya dalam dua tunjang ekonomi iaitu
sektor pembuatan dan perkhidmatan yang bersama menyumbang lebih 95% KDNK.
Pertumbuhan KDNK Pulau Pinang pula menjangkaui kadar pertumbuhan negara dan
dijangka akan bertambah 6% tahun ini berbanding dengan ramalan 5.2% bagi Malaysia.
Malah sektor pertanian juga berkembang bersama-sama dengan pertumbuhan pesat sektor
pembuatan dan pelancongan, daripada 1.6% KDNK pada tahun 2007 kepada 2% KDNK
pada tahun 2016, terutama sekali industri penternakan ikan laut. Daripada hampir tiada
apa-apa, sektor penternakan ikan laut di Pulau Pinang kini antara yang terbesar di
Malaysia dengan nilai sebanyak RM1,114 juta dengan 58,682 tan pada tahun 2015. Hal
ini berlaku ekoran daripada pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh Invest Penang
dan juga PDC yang menjadikan Pulau Pinang semakin berkembang dari tahun ke tahun.
Hasil daripada itu, KDNK per kapita di Pulau Pinang telah meningkat daripada
RM33,597 pada tahun 2010 kepada RM47,322 pada tahun 2016, iaitu peningkatan 30%.
KDNK per kapita Pulau Pinang adalah kedua tertinggi di negara selepas Kuala Lumpur
(Kerajaan Pulau Pinang).

Seterusnya, bagi soalan berlaku pertukaran asing dari segi maklumat, teknologi,
infrastruktur dan pengetahuan dalam sektor ekonomi yang dijalankan sebanyak 66.67%
responden sangat setuju, 20% setuju dan 13.33% yang tidak pasti. Pertukaran ini berlaku
secara langsung bila mana sesebuah syarikat tempatan mengadakan kerjasama dengan
mana-mana syarikat asing. Segala maklumat dan kepakaran daripada syarikat asing akan
dapat dipindahkan dan seterusnya diadaptasi oleh syarikat tempatan untuk membantu
dalam mengembangkan lagi aktiviti ekonomi yang dijalankan. Pertukaran dan
pemindahan ini amat penting dalam konteks ekonomi yang dijalankan antara syarikat
asing dan syarikat tempatan. Bukan itu sahaja, malahan kedua-dua belah pihak akan dapat
menjalinkan kerjasama ekonomi dengan lebih erat disamping saling berkongsi idea dan
pendapat. Sebagai contoh, kerjasama antara Lincoln University dan Grimsby Institute
adalah berkaitan pertukaran teknologi dalam bidang inovasi dan penyelidikan, teknologi
pemprosesan perikanan dan perkongsian latihan kemahiran berkaitan aspek halal bersama
Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) dan Penang Skills Development Centre (PSDC).
Kerjasama yang dilakukan ini akan dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada
kedua-dua belah pihak. Pemindahan teknologi juga pesat berlaku terutamanya dalam
bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibawa oleh syarikat asing ke
Kawasan pelaburan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada
syarikat tempatan dari segi mendapatkan inovasi dan idea baru untuk mencipta sesuatu
yang baru hasil daripada pemindahan teknologi tersebut.
7.0 KESIMPULAN

Daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pada era globalisasi kini, firma
multinasional bergerak bebas dari negara maju ke negara membangun. Oleh itu,
sebilangan besar pelaburan langsung asing mengalir ke negara membangun melalui
firma multinasional. Justeru itu, FDI telah dianggap sebagai sumber utama pengumpulan
modal dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara dan
negeri khususnya. Jumlah aliran pelaburan asing semakin meningkat dengan ketara
kesan daripada globalisasi. Bagi kebanyakan negeri ini, aliran masuk FDI adalah sumber
utama pembiayaan luar dan ianya sebagai pemacu dalam pelaksanaan matlamat
pembangunan mampan dan pertumbuhan sektor swasta. Evolusi ekonomi global sejak
kebelakangan ini telah mempengaruhi pelaburan langsung asing dan aliran modal asing
memberi kesan kepada pembangunan ekonomi di Pulau Pinang.

Pelaburan langsung asing memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi


dan pembangunan sesebuah negara. Terdapat banyak kajian empirikal yang
menunjukkan bahawa wujud hubungan positif antara pelaburan asing dan pertumbuhan
ekonomi. Menyedari FDI merupakan komponen utama kepada enjin pertumbuhan
ekonomi dunia, maka negeri Pulau Pinang cuba untuk mewujudkan keadaan yang baik
untuk menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan asing ke dalam ekonomi mereka
dengan salah satu contohnya iaitu menubuhkan agensi yan menguruskan pelaburan asing
di Pulau Pinang bagi menjamin keberlangsungan pelaburan asing di negeri ini.

Peranan PDC dan Invest Penang nyata telah berjaya mempromosikan Pulau Pinang
sebagai lokasi pilihan pelaburan asing berbanding dengan negeri-negeri di Malaysia
yang lain.Peranan PDC dan Invest Penang serta agensi tempatan yang lain telah
mengangkat martabat negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri peindustrian yang
termaju di Malaysia dengan nilai yang sangat tinggi terhadap pelaburan asing. Demikian
juga dengan perubahan landskap ekonomi yang berlaku di Pulau Pinang hasil daripada
kegiatan pelaburan asing, turut memperlihatkan manfaat kepada kepada akiviti-aktiviti di
Pulau Pinang yang nyata semakin maju dan membawa kepada peningkatan nilai
pendapat negeri Pulau Pinang. Demikian juga dengan kesan yang dibawa oleh pelaburan
asing hasil daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh PDC dan Invest Penang.
Kesan pelaburan asing ke atas sesebuah negeri adalah berbeza-beza mengikut tahap
pembangunan negeri tersebut. Oleh itu, pembuat dasar di kebanyakan negara
membangun seperti Malaysia telah banyak berbelanja dalam usaha untuk menarik lebih
banyak pelaburan langsung asing dengan membina infrastruktur yang baik dan
menawarkan insentif fizikal dan pelaburan yang kompetitif. Usaha yang dibuat adalah
dengan harapan pelabur asing dapat membawa masuk teknologi baru, modal dan
kepakaran pengurusan.
RUJUKAN

Athukorala, P. 2012. Growing with global production sharing: The tale of Penang export hub.
Working Papers in Trade and Development 2011/13. Australian National University,
Canberra.

Athukorala, P. & Menon, J. 1999. Outward orientation and economic performance: The
Malaysian experience. World Economy.

Borensztein, E., De Gregorio, J. & Lee, J.W. 1998. How does foreign direct investment affect
economic growth? Journal of International Economics 45(1): 115–135.

De Mello, L. R. 1999. Foreign direct investment-led growth: evidence from time series and
panel data. Oxford Economic Paper 51(1): 133-151

Hansen, G. H., Mataloni, R. J. & Slaughter, M. J. 2005. Vertical production networks in


multinational firms. Review of Economics and Statistics

Hermes, N., Lensink, R., 2003. Foreign direct investment, financial development and
economic growth. Journal of Development Studies 40: 142–163.

Li, X. & Liu, X. 2005. Foreign direct investment and economic growth: an increasingly
endogenous relationship. World development 33(3): 393-407

Ooi Keat Gin, 2012. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (Penerbit USM)

Nooriah Yusof dan Tarmiji Masron. 2009. Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi
Landskap Ekonomi di Malaysia. KINABALU (Jurnal Perniagaan dan Sains Sosial) 15:1-28

Nooriah Yusof, 2011. Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri Barangan
Elektrik dan Elektronik di Negeri Pulau Pinang, 1970–2007. Kemanusiaan Vol. 18, No. 2,
(2011), 43–74

Vernon, R. 1979. The product cycle hypotesis in a new international environment. Oxford
Bulletin of Economics and Statistics 4(4): 120–137.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Laporan Tahunan 2016.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Laporan Tahunan 2015

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Laporan Tahunan 2014.

http://adun.penang.gov.my Diakses pada 18 April 2018


http://investpenang.gov.my/ Diakses pada 16 April 2018

www.pdc.gov.my/index.php/melayu/ Diakses pada 20 April 2018

https://www.penang.gov.my/ Diakses pada 20 April 2018

You might also like