You are on page 1of 10

MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

FACULTY of INFORMATION TECHNOLOGY


& MULTIMEDIA COMMUNICATION

JANUARY 2018

MPU3412

COMMUNITY SERVICE

NO. MATRIKULASI : 761117017049001

NO. KAD PENGNEALAN : 761117-01-7049

NO. TELEFON : 010 551 7049

E-MEL : nizam@myipo.gov.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTRE


MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

KANDUNGAN
MUKASURAT
PRAKATA ………………..1
1.0 PENGENALAN ………………..2
2.0 AKTIVITI 1 – PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT ………………..4
2.1 TEMA ………………..4
2.2 NAMA PROJEK ………………..4
2.3 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK ………………..4
2.4 AHLI KUMPULAN PROJEK ………………..4
2.5 MATLAMAT PROJEK ………………..4
2.6 OBJEKTIF PROJEK ………………..5
2.7 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROJEK ………………..5
2.8 CADANGAN ………………..6
2.9 PENGHARGAAN ………………..6
3.0 AKTIVITI 2 – RAKAMAN VIDEO ………………..7
4.0 AKTIVITI 3 – JURNAL REFLEKTIF ………………..7
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

PRAKATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur saya panjatkan ke hadrat illahi kerana
memberikan saya kesempatan untuk menjalankan Projek Khidmat Masyarakat ini bagi Semester
Januari 2018. Sepanjang penglibatan saya dalam projek ini saya dapat menambahkan sahabat
dari kalangan pengunjung di kawasan rekreasi (Tasik Titiwangsa) yang turut sama menjayakan
projek gilang-gemilang ini. Sebagai seorang pekerja yang mengmbil program program ijazah
secara sambilan, saya akui saya agak sibuk dan agak lelah memikul tanggungjawab berganda
pada masa yang sama. Oleh itu saya perlu bijak membahagikan masa untuk melaksanakan tugas
yang diamanahkan sebagai pekerja dan tugas sebagai pelajar di OUM.
Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga dan penghargaan kepada Tutor saya
yang telah memberi bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan dengan penuh dedikasi sepanjang
penyelidikan dijalankan walaupun secara online. Perbincangan forum online tersebut banyak
membantu saya menyiapkan penulisan projek ini.
Kepada sukarelawan-sukarelawan yang terlibat, sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan
diatas kerjasama yang diberikan. Jasa baik dan ketulusan hati mereka telah membantu saya
menjayakan program khidmat masyarakat ini. Terima kasih kepada mereka yang terlibat
membantu saya secara langsung atau tidak di dalam menyiapkan aktiviti-aktiviti saya ini.

Sekian Terima kasih.


MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

1.0 PENGENALAN
Program khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk
perasaan masyarakat betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar di sekeliling
mereka. Perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada bermula dari kawasan
rumah atau di luar kawasan perumahan seperti kawasan rekreasi akan dapat memberikan
impak kepada individu itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen
kepada masyarakat walaupun berada di mana-mana sahaja. Lantaran itu Program Khidmat
masyarakat ini menjadi satu subjek penting untuk pelajar-pelajar di OUM. Bagi menjayakan
projek ini saya telah memilih Taman Tasik Titiwangsa bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang.
Taman Tasik Titiwangsa merupakan salah satu kawasan rekreasi yang menjadi tarikan
utama bagi warga kota melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti riadah seperti berjogging,
berkayak, ‘picnic’ bersama keluarga, berbasikal, memancing dan bermacam-macam lagi.
Ianya merupakan tarikan utama bagi warga Kuala Lumpur kerana kedudukannya yang
strategik iaitu terletak di Jalan Tun Razak dan berada di pusat Kuala Lumpur dan
memudahkan pengunjung-pengunjung untuk mengunjungi kawasan rekreasi ini. Di samping
beriadah, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang menarik di sekitar kawasan
tasik ini. Terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak dan pengunjung juga boleh
mendapatkan makanan dan minuman yang dijual dikawasan-kawasan sekitar tasik ini.
Disebabkan pelbagai aktiviti yang dijalankan di tasik ini, pengunjung-pengunjung seperti
tidak mengambil peduli tentang penjagaan kawasan di sekitar tasik ini. Sampah-sampah
seperti plasik, botol minuman dan cawan-cawan plastic, kebanyakannya ditinggalkan oleh
pengunjug begitu sahaja atau dibuang merata-rata. Penyediaan tong sampah pula seperti tidak
dapat menampung jumlah sampah yang dibuang ke dalam tong sampah. Berdasarka
pemerhatian saya ini, timbul di dalam hati saya untuk menjalankan aktiviti membersihkan
kawasan tasik ini dengan mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan atau dibuang merata-
rata. Saya akan mandapatkan beberapa sukarelawan bagi membantu saya bagi mengutip
sampah-sampah disekitar kawasan tasik supaya pengunjung-pengunjung yang lain sedar akan
kehadiran kami semasa aktiviti ini dijalankan.
Adalah diharapkan melalui program dan aktiviti ini, saya mendapat kemahiran
merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan

Mukasurat | 2
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap pengunjung-pengunjung
dan warga kota yang lain semasa berada di kawasan Tasik Titiwangsa.

Mukasurat | 3
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

2.0 AKTIVTI 1 – PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT


2.1 TEMA
 Mwngutip & Membersih Sambil Beriadah
2.2 NAMA PROJEK
 Pengutipan Sampah Di Tasik Titiwangsa
2.3 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK
 Tarikh – 25 Febuari 2018
 Masa – 7 pagi – 12 Tengahari
2.4 AHLI KUMPULAN PROJEK
 Sukarelawan-sukarelawan di Kawasan tasik.
 Cik Yati, Cik Nana, Cik Afiza dan Puan Azlila Bersama anak-anaknya.
2.5 MATLAMAT PROJEK
Matlamat projek ini adalah untuk menyedarkan pengunjung-pengunjung supaya
menjaga dan mengekalkan kebersihan di sekitar kawasan Taman Tasik Titiwangsa.
Kesedaran ini boleh dilakukan kepada pengunjung-pengunjung dengan
mengumpulkan segala sampah-sampah yang tidak diperlukan mereka ke dalam suatu
tempat seperti dibungkuskan ke dalam plastik dan diletakkan berhampiran dengan
tong sampah. Sampah-sampah seperti botol minuman, plastik makanan dan minuman
pula tidak pula dibuang, ditinggalkan atau dicampak merata-rata di sekitar taman ini.
Akhir sekali projek ini diharapkan dapat menyedarkan pengunjung-pengunjung tidak
kira peringkat umur supaya prihatin dan bertanggungjawab di dalam penjagaan dan
pembersihan kawasan Taman Tasik Titiwangsa ini dan kawasan-kawasan rekreasi
yang lain.

2.6 OBJEKTIF PROJEK


Mukasurat | 4
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

 Menunjukkan rasa tanggunjawab di dalam kawasan persekitaran.


 Menampilkan ciri-ciri insan yang berahlak mulia dan nilai pengunjung yang
positif.
 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif di dalam kumpulan.
 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong bantu-
membantu sesama masyarakat serta berganding bahu tidak mengira peringkat
umur.
 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pengunjung-pengunjung.
2.7 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Bil Tarikh Aktiviti
1 Sepanjang Januari Memilih tajuk, tempat & merancang aktiviti yang akan
& Febuari 2018 dilakukan.
Tasik Titiwangsa dipilih sebagai kawasan rekreasi yang
akan dibersihkan.
Pembersihan akan dilakukan di dalam kumpulan yang
kecil iaitu bersama beberapa sukarelawan yang ditemui di
kawasan tasik.
Aktiviti pembersihan hanyalah mengutip dan
membersihkan sampah-sampah yang ditinggalkan
merata-rata di kawasan-kawasan yang telah ditentukan.
Kawasan-kawasan seperti taman permainan kanak-kanak
dan kawasan utama pengunjung menjadi kawasan
keutamaan pembersihan.
Peralatan seperti sarung tangan dan plastik sampah hitam
akan digunakan bagi aktiviti pembersihan ini.
Aktiviti dijalankan pada 25 Febuari 2018 (Sabtu) pada
jam 7 pagi sehingga tengahari.
2 25 Febuari 2018 Tiba di Tasik Titiwangsa pada jam 7 pagi. Mencari dan
meminta beberapa orang sukarelawan yang bersetuju
untuk membantu di dalam program pembersihan kawasan

Mukasurat | 5
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

Tasik Titiwangsa.
Memberi taklimat kepada sukarelawan mengenai
program ini.
Mengagihkan-agihkan plastik sampah dan sarung tangan
kepada sukarelawan.
Aktiviti pemebersihan bermula di kawasan lokasi utama
pengunjung, taman permainan kanak-kanak dan sekitar
kawasan tempat letak kereta.
Mengumpulkan plastik-plastik sampah di tong-tong
sampah yang berhampiran.
Membawa sukarelawan makan bersama-sama sebagai
tanda penghargaan kepada mereka.

2.8 CADANGAN
Aktiviti pembersihan kawasan rekreasi ini sepatutnya dijadikan satu aktiviti
mingguan dengan pembabitan daripada badan-badan atau organisasi yang berkaitan
bagi menyedarkan kepada pengunjung-pengunjung atau masyarakat secara ammya
bahawa betapa pentingnya penjagaan kebersihan kawasan rekreasi ataupun kawasan-
kawasan yang lain bagi menjaga imej negara kita. Di samping itu program ini juga
boleh mendidik generasi muda untuk membentuk kesedaran penjagaan kebersihan di
mana-mana kawasan di dalam minda mereka. Penempatan tong-tong sampah di
kawasan-kawasan yang tertentu dan juga bilangan yang banyak juga boleh membantu
di dalam menjaga kebersihan kawasan rekreasi.
2.9 PENGHARGAAN
Setinggi-setinggi penghargaan kepada kesemua sukarelawan-sukarelawan yang
terlibat – Cik Nana, Cik Afiza, Cik Yatie, Puan Nor Azlila dan anak-anaknya.
Terima kasih di dalam menjayakan program khidmat masyrakat ‘Pembersihan
Kawasan Rekreasi – Taman Tasik Titiwangsa.

Mukasurat | 6
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

3.0 AKTIVITI 2 – RAKAMAN VIDEO


 Pautan Capaian Rakaman - https://youtu.be/OHE5QUNvhuE
4.0 AKTIVITI 3 – JURNAL REFLEKTIF
Jurnal reflektif ini ditulis bagi menyatakan reflektif daripada saya sendiri mengenai projek ini
sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan di dalam menjayakan Program Khidmat
Masyarakat yang saya pilih iaitu ‘Pembersihan Kawasan Rekreasi’, di mana saya telah
memilih Taman Tasik Titiwangsa sebagai kawasan rekreasi itu.
Di dalam jurnal ini, saya akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam
usaha untuk menjayakan program ini dan juga menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku
sebelum, semasa dan selepas program ini. Di dalam program ini, saya telah bergerak secara
solo dan bertemankan beberapa orang sukarelawan yang saya temui untuk membantu saya
membersihkan di sekitar kawasan Tasik Titiwangsa, terutamanya lokasi-lokasi yang menjadi
tempat pengunjung-pengunjung untuk beriadah atau melakukan berbagai aktiviti-aktiviti
yang lain.
Sebelum Pelaksanaan Program
Saya telah memilih Tasik Titiwangsa kerana ianya berhampiran dengan kawasan kediaman
saya dan saya juga merupakan pengunjung utama kawasan rekreasi ini untuk melakukan
aktiviti riadah saya hamper setiap hari. Saya dapati berbagai jenis sampah terbiar dikawasan
ini, terutamanya pada awal hari minggu. Saya hanya menyediakan beberapa pasang sarung
tangan dan beg plastik hitam dan dibahagikan kepada beberapa orang sukarelawan yang akan
digunakan untuk mengutip sampah-sampah yang ditinggalakan merata-rata. Waktu
pelaksanaan adalah seawal pagi iatitu jam 7 pagi sehingga 12 tengahari. Kawasan seperti
lokasi utama pengunjung dan taman permainan kanak-kanak.
Semasa Pelaksnaan Program
Saya telah meminta bantuan daripada 3 orang sukarelawan yang berada di tasik tersebut dan
mereka bersetuju untuk membantu saya menjalankan dan menjayakan program ini. Pada jam
8 pagi aktiviti pembersihan dijalankan bersama 3 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.
Saya juga meminta seorang sukarelawan untuk merakamkan aktiviti-aktiviti pembersihan ini.
Aktiviti dijalankan mengikut lokasi yang dirancangkan dan ianya berakhir pada 12.30
tengahari.

Mukasurat | 7
MPU3412 - COMMUNITY SERVICE - 761117017049001

Selepas Pelaksanaan Program


Saya dan sukarelawan amat berpuashati dengan aktiviti-aktiviti pembersihan yang telah
dijalankan. Akhir sekali, bagi membalas jasa kesemua sukarelawan, saya telah membawa
mereka semua untuk makan tengahari bersama di kawasan tasik tersebut.
Pengalam, Kelemahan dan Cadangan
Semasa pelaksanaan program ini, saya mempelajari cara menguruskan sesebuah program
dengan lebih teratur dan kemas, bekerjasama di dalam satu kumpulan dan mendidik generasi
muda kepada penjagaan alam sekitar. Kelemahan-kelemahan pula didapati di tahap minimum
kerana kurangnya rasa tanggungjawab dan sifat bersungguh-sungguh untuk membersihkan
kawasan rekreasi ini, kerana mungkin wujud rasa malu terhadap pengunjung-pengunjung
yang lain. Cadangan yang saya rasa sesuai untuk program ini adalah, jika ianya melibatkan
suatu organisasi yang besar turun padang dan penglibatan lebih ramai sukarelawan akan lebih
menyedarkan pengunjung-pengunjug yang lain untuk turut serta di dalam program
pembersihan ini.
Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kesemua piha
yang membantu saya di dalam mejalankan program ini.

Mukasurat | 8

You might also like