You are on page 1of 5

SK SUNGAI MACHANG

LENGGENG, N.SEMBILAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LDP KALI PERTAMA, 2017

Tarikh : 23 JANUARI 2017


Masa : 1.40 petang
Hari : Isnin
Tempat : Bilik ICT
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran)

AGENDA :- Ucapan pengerusi


- Ucapan penyelaras
- Takwim
- Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pn. Rozaimah bt Harun selaku pengerusi LADAP mengucapkan terima kasih dan
tahniah kapada AJK LADAP kerana dapat mengadakan mesyuarat.

1.2 Program LADAP ini adalah untuk perkembangan ilmu dan kemahiran selaras
dengan visi dan misi sekolah.. Beliau juga berharap pemilihan program di bawah
LADAP akan membantu staf ke arah perkembangan yang lebih positif.

1.3 Mengikut beliau, beberapa program LADAP akan dilaksanakan di sekolah ini pada
tahun ini.

2 Ucapan Penyelaras

2.1 Penyelaras LADAP memberi penerangan akan pemilihan bidang/skop kursus


seperti;

-Pengetahuan dan profesional


-Kemahiran profesional
-Nilai dan amalan profesional

2.2 Bidang kursus yang dianjurkan berkaitan dengan skop diatas. Walaupun begitu,
kursus yang dianjurkan adalah mengikut keperluan semasa guru. Keperluan kursus akan
diketahui berdasarkan soalan TNA dalam e-splg tahun lepas.
3 Takwim LDP

3.1 Pn. Faridah selaku penyelaras LADAP membentangkan takwim LADAP 2017.
Cadangan kursus untuk diadakan kursus LADAP bagi sesi 2017 adalah seperti di bawah:

BIL BULAN KURSUS


1 JAN Taklimat Pengurusan
Kurikulum
2 JAN Taklimat Pengurusan
Hem Dan Ko-Kurikulum
3 FEB Taklimat SKPMg2
4 FEB Taklimat Pengurusan
Panitia
5 FEB Taklimat Hari Sukan
1Malaysia
6 MAC Program Bina Insan
7 MAC Taklimat HIP
8 MAC Prog. Pemuafakatan Ibu
Bapa
9 MAC Taklimat Pelan Strategik
10 MAC Bengkel VLE FROG
11 Taklimat Pengisian TNA
& e-Profil
12 APRIL Taklimat Pengurusan
Kurikulum
13 APRIL Taklimat Pengurusan
Hem Dan Ko-Kurikulum
14 JUN Bengkel Kejurulatihan
15 OKT Pengurusan Hari
Kecemerlangan

4 Hal-hal lain

4.1 Guru Besar berharap agar LADAP dapat dijalankan dengan baik dan mendapat
kerjasama yang baik dari semua guru.

5 Ucapan penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar segala yang
dibincang dan dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan Suratul Asr pada jam
2.40petang.
Disediakan oleh:

……………………………………….
(Pn. Rokiah bt Yaacob)
Setiausaha LADAP

Disahkan oleh

………………………….
( Pn. Faridah bt Hamid)
Penyelaras LADAP
SK SUNGAI MACHANG
LENGGENG, N.SEMBILAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LDP KALI KEDUA, 2017

Tarikh : 27 Oktober 2017


Masa : 1.40 petang
Hari : Isnin
Tempat : Bilik ICT
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran)

1. UCAPAN PENGERUSI

1.2 Tuan Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada
semua ajk yang hadir.

1.3. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang dapat memberikan
kerjasama dengan mengadakan kursus-kursus di sekolah seperti yang dirancang.

1.4. Kemaskini segala fail LDP untuk kemudahan pengurusan pentadbiran sekolah
dan pemantauan daripada pihak yang terlibat

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Puan Faridah membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu. Mesyuarat menerima
dan mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

Cadangan : Pn. Syuhada bt Buhollia


Sokongan : Pn. Suriya bt Mohd Said
`

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1. Berkait perkara 2.2 – Semua guru perlu mengikuti kursus sebanyak 7 hari setahun
dan jika tidak mencukupi dikehendaki membaca buku yang berkaitan dengan
profesion.
3.2. Berkait perkara 8 – SU hanya terlibat mendaftar kursus secara kumpulan sahaja
anjuran sekolah dalam SPLG secara online. Guru- guru yang menghadiri kursus
luar selain sekolah perlu mendaftar sendiri dalam SPLG secara online dalam
modul individu.
3.3. Berkait perkara 13 – Kursus pengurusan jenazah terpaksa ditangguhkan pada
tahun hadapan kerana masalah kekangan masa.

4 LAPORAN LADAP
4.1 Puan Faridah membentangkan laporan aktiviti kursus yang telah dianjurkan di
sekolah..(Rujuk Lampiran)
4.2 Beliau menyatakan pelaksanaan kursus pada tahun ini lebih baik berbanding tahun
lepas.

5 LAIN-LAIN HAL

5.1 Kursus pendedahan dan Penyebaran KSSR akan diadakan pada 6 dan 7 November
dan Taklimat Sarana Ibu Bapa kepada semua guru dan staf SKSM pada 11 November.
Semua guru wajib hadir.

5.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap agar segala yang
dibincang dan dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

6 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan dapat menjalankan
tugas dengan baik.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3:15 petang.

Disediakan oleh:

……………………………………….
(Pn. Rokiah bt Yaacob)
Setiausaha LADAP

Disahkan oleh

………………………….
( Pn. Faridah bt Hamid)
Penyelaras LADAP.

You might also like