You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

PUSAT SUMBER SEKOLAH


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN TEPI SUNGAI, KLANG
BIL. 1 TAHUN 2018

Tarikh: 17 Januari 2018


Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Bilik PSS

KEHADIRAN :

BIL NAMA JAWATAN


1. Pn. V. Kalaiwani Guru Besar
2. Pn. K. Thanaletchumy GPK Kurikulum
3. Pn. Selvi Paramasivam GPK HEM
4. Pn.S.Thenmoly GPK Kokurikulum
5. Pn K. Batumalai Guru PSS
6. Cik K. Kokilavany PPP
7. En. N. Manimaran PPP
8. Pn. N. Geetha PPP
9. Pn.A. Arulchelvi PPP
10. En. M. Navamani PPP
11. En. R. Rajan PPP
12. En. Micheal PPP
13. Pn. L. Komathi PPP
14. Pn. A. Hemalatha PPP

TIDAK HADIR BERSEBAB : -Tiada-

AGENDA

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan doa dan berterima kasih kepada
semua guru yang dapat hadir.
1.2 Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja PSS
di atas semua usaha penambahbaikan yang dilakukan sepanjang tahun 2017.
1.3 GPM mengedarkan Carta organisasi AJK PSS pada tahun 2018 untuk
memantapkan lagi pengurusan PSS.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2017

Cadangan : Pn. N. Geetha


Sokongan : En. N. Manimaran

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

Tiada perkara berbangkit

1
4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN ( Pn K. Batumalai - GPM)

4.1 Unit NILAM

4.1.1 GPM mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta komitmen guru-guru
dalam menjalankan program NILAM.
4.1.2 Program NILAM pada tahun 2018 akan diteruskan untuk merangsang murid
membaca.
4.1.3 Data NILAM akan dikutip setiap bulan dan penyampaian hadiah bulanan
pada minggu pertama bulan berikutnya.
Tindakan : Guru PSS

4.2 Unit Perpustakaan/ Media

4.2.1 GPM menyatakan bahawa perpustakaan boleh digunakan sepenuhnya


untuk
melakukan aktiviti yang sesuai seperti Program Nilam.
4.2.2 GPM juga membentangkan aktiviti perpustakaan yang telah dirancang
sepanjang tahun 2018
4.2.3 Diminta semua guru dapat memantau disiplin murid sebelum, semasa dan
selepas murid berada di perpustakaan.
Tindakan : Semua Guru

4.3 Pelancaran Program NILAM


4.3.1 Pelancaran Program NILAM akan diadakan pada bulan Februari 2018.
4.3.2 Jawatankuasa pelaksana akan terdiri daripada semua AJK Kerja PSS. GPM
akan menyusun AJK selepas perbincangan dengan Guru Besar
4.5.3 GPM mengharapkan mendapat kerjasama semua ajk agar majlis dan
program Nilam berjalan dengan lancar.
Tindakan : AJK Kerja

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Program-program ini akan dirancang pada mesyuarat yang akan datang.
5.2 GPM meminta supaya pihak sekolah dapat menyediakan alatan atau bahan yang
telah rosak dapat diganti dengan yang baru untuk menjamin keselamatan PSS.
Tindakan : Guru Besar

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
diharapkan AJK yang dilantik pada tahun 2018 akan menyumbangkan idea dan
tenaga untuk sama-sama memajukan PSS SJKT Jalan Tepi Sungai.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh:

Guru Perpustakaan & Media


SJKT Jalan Tepi Sungai, Klang

You might also like