You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ANGGERIK KOD SEK : WBA0092

TAMAN LEN SEN, 56000 CHERAS, NO TEL : 0391012506


KUALA LUMPUR NO FAX: 0391021702
Email : skserianggerik@yahoo.com
________________________________________________________________________

Ruj, Kami :
Tarikh : 17 Januari 2018

Kepada :
Semua Pentadbir dan guru-guru Bahasa Melayu

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM ABAD 21


Dengan hormatnya perlara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketentuan yang

berikut :

Tarikh : 10 Januari 2018

Masa : 1.30 petang

Tempat: Bilik Akses SKSA

Pengerusi : Pn Rohayati Bt Omar

Pakaian : Pakaian rasmi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 : Ucapan Pengerusi


3.2 : Pengesahan minit mesyuarat
3.3 : Ucapan Penasihat
3.4 : Perkara berbangkit
3.5 : Perkara yang dibincangkan
3.6 : Hal-hal lain
3.7 : Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

____________________
(MOHAMMAD GHAZMIL AKMAL BIN GHAZALI)

1
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ANGGERIK
TAMAN LEN SEN, 56000 CHERAS,
KUALA LUMPUR

Minit Mesyuarat Pelaksanaan Program Abad 21

Kali Pertama 2018

Tarikh : 10 Januari 2018

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Akses SKSA

Kehadiran : Pn. Rohayati bt Omar

Pn. Noor Hayani bt Romley

Pn. Rokiah bt Darus

Pn. Noor Idayu bt Azizan

Pn. Chua Fong Chu

Pn. Nurul Huda bt Idris

Pn. Sawizawati Bt yaakob

Pn. Ten Li Khyun

Pn. Sharipah Shaniza Bt Syed Abdullah

Pn. Rosni Bt Husin

En. Ismail Bin Man

Pn. Zanatul Natakhin Bt A. Sulaiman

Pn. Zainab bt Zainal

2
Pn. Loshana A/P Pararasasingam

Pn. Normahyati bt Abdullah

Pn. Siti Mariam Bt Hj Hassan

En. Gopinat A/L Muthy

En. Mohd Ghazmil Akmal

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadirkan
diri ke mesyuarat Pelaksanaan Program Abad 21 kali pertama tahun 2018.
Tindakan : Makluman

1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat pada hari ini.
Tindakan : Makluman
1.3 Puan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua
yang hadir ke mesyuarat pada kali ini.
Tindakan : Makluman

1.4 Beliau berharap semua guru dapat memberikan kerjasama dalam menjalankan
program Abad 21 dan melengkapkan segala yang perlu untuk tahun 2018 ini.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2017 dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Zanatul Natakhin Bt
A. Sulaiman dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3
Tiada perkara berbangkit

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Susun Atur Bilik Darjah

4.1.1 Semua guru diminta untuk mengikut susun atur meja Abad 21 seperti yang
telah ditetapkan SEPERTI tahun yang sebelumnya. Satu salinan corak
susun atur meja diserahkan kepada semua guru.
Tindakan : Makluman

4.1.2 Guru-guru diminta untuk memilih corak susun atur meja Abad 21
mengikut kesesuaian kelas dan bilangan murid yang verada di dalam
kelas.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Guru-guru diminta untuk menghantar corak pilihan masing-masing


seminggu selepas mesyuarat ini diadakan.
Tindakan : Makluman

4.2 Kursus Dalaman / Pembinaan Bahan Bantu Belajar Program Abad 21

4.2.1 Pelaksanaan Program Abad 21 pada tahun lepas dapat dijalankan secara
terancang. Jadi, diharapkan pada tahun ini juga, pelaksanaan program ini
dapat melibatkan semua kelas dan semua guru.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Pihak sekolah akan mengadakan Kursus PDPC Abad 21 pada peringkat
sekolah. Kursus ini dijangka diadakan pada bulan Mac atau April.
Tindakan : Makluman

4
4.2.3 Pihak sekolah bercadang untuk melaksanakan bengkel Abad 21 dan
menjemput guru-guru daripada pihak jabatan pendidikan untuk
memberikan pendedahan terperinci berkenaan program ini.
Tindakan : Makluman

4.2.4 Semua ketua panitia diminta untuk merancang pembelian Bahan Bantu
belajar yang bersesuaian mengikut subjek bagi pengaplikasian Abad 21 di
dalam kelas.
Tindakan : Makluman

4.2.5 Pihak sekolah turut bercadang untukmengadakan bengkel pembinaan


bahan Abad 21. Guru Besar meminta guru-guru untuk merancang bahan
mereka bersesuaian dengan subjek yang diajarkan.
Tindakan : Makluman

4.3 Pencerapan PDPC Abad 21

4.3.1 Pencerapan akan dilaksanakan seperti biasa iaitu sebanyak 2 kali setahun.
Penolong Kanan 1 akan menyediakan jadual bagi rujukan guru-guru. Pada
peringkat awal, guru akan menjalankan penilaian kendiri.
Tindakan : Makluman

4.3.2 Ketua Panitia juga turut terlibat dalam mencerap guru-guru di dalam
Panitia masing-masing.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Borang pencerapan akan diserahkan awal kepada guru-guru dan dijadikan
panduan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.

Tindakan : Makluman

5
4.3.4 Guru-guru digalakkan untuk mengamalkan pembelajaran berpusatkan
murid dan secara berkolaboratif. Guru diminta untuk memberikan peluang
kepada murid untuk aktif semasa PDPC dijalankan di dalam kelas.
Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Peruntukan bagi program ini telah disertakan sekali dan dibahagi mengikut
panitia masing-masing.
Tindakan : Makluman

5.2 Puan Pengerusi menegaskan bahawa program Abad 21 akan dijalankan


sepanjang tahun dan guru diminta untuk mengaplikasikannya di dalam bilik
darjah.

6.0 PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi atas kehadiran dan semoga
guru-guru yang terlibat sentiasa memberikan komitmen dan diharap pencapaian bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu akan meningkat dengan lebih baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh :

……………………..

(MOHAMMAD GHAZMIL AKMAL BIN GHAZALI)


Setiausaha Pelaksanaan Program Abad 21
SK Seri Anggerik
Kuala Lumpur

You might also like