You are on page 1of 3

a

SMK MENGLEMBU
MINIT MESYUARAT BICARA PROFESIONAL
BIL __/2023

Tarikh : 14 Oktober 2023


Masa : 1.30 Petang
Tempat : Dewan Mini
Kehadiran : Lampiran

1.0 Kata alu-aluan


1.1 Puan Rasila Binti Yas selaku Pengetua SMK Menglembu mengucapkan terima
kasih atas kehadiran guru-guru pada contact time pada hari ini.
Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Disahkan : En Khalid Fadli b Hisan Badri
Disokong : En Shaari

3.0 Pengetua : Pn. Rasila Binti Yas


3.1 Penyediaan CIDS : Guru perlu memastikan CIDS perlu dilengkapkan kerana ia
merupakan evidens untuk KPM tentang P&P yang dijalankan oleh guru. CIDS
wajib dibuat setiap hari. Perkara ini perlu diambil serius. Tindakan akan diambil jika
CIDS tidak dihantar. Kali pertama guru akan ditegur. Kali kedua, guru akan diberi
Surat Amaran.
3.2 Penggunaan Talifon Bimbit: Guru-guru tidak boleh menggunakan talipon bimbit di
dalam kelas. Jika terima panggilan talipon, mestilah jawab talipon di luar kelas
setelah meminta kebenaran dari pelajar kelas. Pengetua akan menangkap gambar
sesiapa yang menggunakan talipon dan menegur guru tersebut.
3.3 Komunikasi mesra: Guru mestilah menyampaikan pesanan atau tugas dengan
sopan dan tidak menyinggung perasaan pelajar atau sesiapa yang berkenaan.
3.4 PBD : Penilaian PBD hendaklah diteruskan oleh guru-guru. Penilaian ini mestilah
sentiasa dikemaskini oleh guru subjek apabila pelajar telah mencapai tahap
penilaian ketika P & P.
Tindakan: Semua Guru

PAGE \* MERGEFORMAT 3
4.0 Pengurusan Hal Ehwal Murid : En Kokiladasan A/L Appadurai
5.1 Surat Amaran : Guru-guru kelas mesti mengeluarkan Surat Amaran jika cukup
hari ponteng sekolah supaya pelajar sedar dan takut untuk ponteng sekolah
kelak.
5.2 Surat Amaran : Guru-guru mesti mengeluarkan Surat Amaran I, II dan III,
secara berperingkat dan mengikut urutan bilangan hari ketidakhadiran pelajar
dalam APDM. Surat Cuti Sakit dan Surat Ibubapa mestilah dicatatkan dalam
APDM.
5.3 APDM : Alamat dan nombor talipon pelajar mestilah dikemaskini supaya
penguruskan biasiswa dan urusan surat menyurat. Setelah disemak dengan
sistem SSDM, ada guru yang tidak mengeluarkan atau mengabaikan
tanggungjawab mengeluarkan surat amaran mengikut prosedur. Diharapkan
perkara ini tidak berulangan. Sekiranya perlu, dapatkan kerjasama dan bantuan
dari unit bimbingan dan kaunseling.
5.4 Membaiki pulih Pintu Kelas : Pintu kelas yang pecah akan dibaiki dan kelas
akan dikunci. Usaha untuk membaiki pintu akan dijalankan.
5.5 File Kehadiran Guru: File Kehadiran Guru di Tapak Perhimpunan mestilah
diserahkan kepada PK HEM setiap hari. File tersebut akan dipegang oleh PK
HEM dan akan diberikan kepada Guru Bertugas oleh PK HEM pada setiap hari.
5.6 Buku Resit : Buku resit majalah dan PIBG mestilah diselesaikan pada 30
Oktober 2023. Guru-guru mesti sediakan folder atau file supaya ada nombor resit
bayaran bagi setiap pelajar dan guru-guru sesi petang boleh rujuk.

5.0 Pengurusan Kokurikulum : Puan Mok Hei Kok


5.1 Guru Baru : Pn Kala dilantik sebagai guru penasihat seperti berikut :
a. Kelab Koperasi ( Pn Syarifah akan ambil alih sebagai ketua guru penasihat)
b. Badminton
c. Gendang 24 musim
5.2 ISPPK (INSTRUMEN STANDARD PENILAIAN & PEMBUDAYAAN KBAT )
DALAM KOKURIKULUM
a. Tindakan : Setiap guru akan memilih satu (kelab/persatuan, sukan & permainan,
unit uniform) untuk penilaian kendiri dan bersedia untuk dicerap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum.
b. borang ISPPK akan diedarkan
c. diserahkan semula pada 25.10. 2023

PAGE \* MERGEFORMAT 3
5.3 Perubahan Tarikh Kokurikulum : Perubahan Tarikh perjumpaan koku MESTI dapat
kebenaran PK Kokurikulum secara bertulis.
Perkara ini mesti dimaklumkan kepada semua murid sebelum perjumpaan
Kokurikulum tersebut.
Impak : Untuk pelajar uruskan pengangkutan ibubapa/disiplin murid dan demi
keselamatan murid.
Isu keselamatan : Guru penasihat MESTI ada semasa perjumpaan kokurikulum
dari mula hingga habis masa perjumpaan. (ada aduan daripada ibubapa ,
Jika guru tiada semasa perjumpaan dan murid tercedera, ia merupakan suatu
masalah besar bagi pihak ssekolah.
5.4 Latihan Pertandingan : Latihan pertandingan kokurikulum juga merupakan kerja
hakiki guru penasihat. Jadual bertugas bagi latihan pertandingan yang diatur oleh
Ketua guru penasihat dan kehadiran guru penasihat yang bertugas mengikut jadual
adalah WAJIB .
5.5 Kemaskini file Kokurikulum : Guru-guru mesti kemaskini file Persatuan / Kelab,
Badan Beruniform dan Permainan sebelum 20.10.2023. Papan Kenyataan juga
mesti dikemaskini sebelum Karnival Kimia sebelum 19 November 2023. Tuan
Pengarah JPN akan hadir pada peristiwa tersebut yang berlangsung di sekolah
kita.
5.6 Aktiviti Ko Kurikulum Tingkatan 5 : Aktiviti Kokurikulum akan dihentikan bagi
pelajar-pelajar Tingkatan 5 mulai 18.10.2023.
5.7 Perjumpaan koku tidak berhenti masa minggu peperiksaan bagi tingkatan tertentu.
Slip Kebenaran Balik akan diedarkan kepada mereka yang terlibat dalam
peperiksaan pada hari perjumpaan kokurikulum.
6.0 Hal-hal Lain
Tiada.
Tindakan : Semua guru
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Dicatat oleh : Disahkan oleh:

………………………………………. …………………………………
(SELVA RANI S. S. ANTHONY) (PN RASILA BINTI YAS)
Guru Bertugas Pengetua SMK Menglembu
PAGE \* MERGEFORMAT 3

You might also like