You are on page 1of 9

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT,

21020 KUALA NERUS,TERENGGANU

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2019

TARIKH : 5 November 2019


HARI : Selasa
MASA : 2.00 pm – 4.30 pm
TEMPAT : Bilik Mengabang Panjang
PENGERUSI : En. Zulkeflee bin A. Rahman ( Pengetua BRaInS )

KEHADIRAN :

1. Cg. Zulkeflee bin A Rahman : Pengetua


2. Cg.Mariam Musa : Pen. Kanan Pentadbiran
3. Cg.Harun bin Embong : PK HEM
4. Cg.Hasnizan binti Mat Hassan : PK Kokurikulum
5. Cg.Norliza Mat Salleh : GKMP Bahasa
6. Ustz.Che Ruhana binti Yusoff : GKMP Kemanusiaan
7. Cg.Jamaluddin Abd Ghani : GKMP Sains dan Matematik
8. Ustz. Mohd Faradin bin Ibrahim :GKMP Pengajian Islam
9. Cg. Che Malek bin Mamat
10. Ustz. Zaharah binti Endut
11. Ustz. Nurul Asmaq Binti Mazalan
12. Cg.Nik Roslina binti Nik Wan Hamat
13. Cg.Habsah binti Mohd
14. Ustz.Hindun binti Adam
15. Ustz.Zubaidah binti Shamsuddin
16. Ust.Khairul Arafat bin Wahit
17. Ust.Abdul Hadi bin Abdul Manaf
18. Ustz.Rahimah binti A Rahman
19. Cg.Ahmad Fakhrurrazi bin Mohamad Nasir
20. Cg.Fatimah binti Ismail
21. Ust.Azam bin Ali
22. Cg.Azlan bin Mohd Ali
23. Cg.Zukhairi bin Bakari
24. Cg.Salmiah binti Ahmad
25. Cg.Che Zainon Che Awang
26. Cg.Alias bin Mohamad
27. Cg.Wan Mahmud Khairi bin Wan Omar
28. Ust.Mohd Nazri bin Ibrahim
29. Ust. Muhammad Al Ghazali Yusof
30. Cg. Zarina binti Tugiman
31. Cg. Zura Halina binti Hussain
32. Cg. Wan Norhafizah binti Wan Harun
33. Ust. Nurhidayah binti Wahit
34. Ust. Raja Najihah binti Raja Ibrahim
35. Ust. Mohd Asrul bin Che Mahmood
36. Cg. Siti Nor binti Musa
37. Cg. Mohd Roslee bin Shaari
38. Ust. Mohd Azizi bin Ayob

1
39. Ustz. Nurul Munirah binti Rahman
40. Ust. Mohd Syazwan bin Omar
41. Ustz. Nadia Qayyimah binti Khalid
42. Ustz. Nor Atiah Waheeda binti Yusof
43. Cg. Nik Hasnah binti Nik Mohamed
44. Cg. Paezah binti Mohd
45. Ust. Mohammad Anwaarufirdaus
46. Ust. Muhammad Irfan Nazhan bin Saiful Azizan
47. Cg. Noor Azliza binti Ismail
48. Ustz. Sy.Nurkamilah binti Sy Ahmad
49. Ust. Ramli bin Omar
50. Ust. Wan Safuan bin Wan Jusoh
51. Cg. Raja Masrina binti Raja Mokhtar
52. Ustz. Norhayati Zakaria
53. Ust. Mohd Fawwaz bin Che M Faisal Adzha
54. Ust.Muhammad Azam b Ab Aziz
55. Ustz.Hamidatus Sa’adiah Sharifuddin Al-Safawi
56. Ust. Muhd Fikri bin Fadzlullah Suhaimi
57. Cg. Halimahtun Saadiah binti Mazlan
58. Cg. Fauziah binti Mohamad Azan
59. Ust. Wan Ahmad Fakhruddin bin Mohd Fauzai
60. Ust. Mohd Ridhuan bin Hambali
61. Ust. Mohd Hafizuddin bin Mohd Pauzi
62. Cg. Ahmed Faisal bin Muhamad Supian
63. Ustz. Siti Nur Hidayah binti Abdul Samat
64. Ustz. Noor Azmah binti Abdul Aziz
65. Ust. Ahmad Idris bin Azmi
66. Ustz. Nurul E’zzati binti Saffie
67. Ustz. Anis Ayuni binti Azhar
68. Ustz. Nor Badriah binti Mohd Hamdan Long
69. Cg. Nurul Raihana binti Ariffin
70. Cg. Nor Aika Irfatini binti Abu Hasan Ashaari
71. Cg. Nurul Fathiah binti Rushadi
72. Ust. Luqman Al Hakim bin Md. Nor
73. Ust. Muhammad Faris Imadi bin Rusli
74. Ust. Muhammad Syauqi bin Md. Radzi
75. Ust. Amiruddin bin Yusof
76. Ust. Muhammad Faiz bin Hasanuddin
77. Ust. Mohd. Taufiq bin Mohamed

TIDAK HADIR : BERSEBAB

1. Cg.Zamri Mohd Amin : GKMP Teknik & Vokasional


2. Ust.Ahmad Aizat bin Mohd Amin
3. Cg.Shasabila binti Nawi
4. Cg.Mohd Fairuz bin Idrus
5. Cg. Elmerillia Casuarina binti Mohd. Subal
6. Cg. Siti Nor Aishah bt. Che Karim
7. Cg. Mohd Aflaha Solihin bin Sulaiman
8. Ust. Tengku Malik bin Tengku Mahmud

2
9. Cg. Noorhisham bin Mohamed
10. Ust. Wan Mohd Soffwan bin Wan Ismail
11. Ust. Zainal Abidin bin Deraman
12. Ust. Wan Hazwan bin Wan Kamarudin
13. Cg. Yanty Sofia binti Hashim
14. Cg. Norhasnida Ramli
15. Cg. Alias bin Ibrahim
16. Cg. Fatin Hamamah binti Mat Nor
17. Ust. Firdaus bin Idris
18. Ust. Mohd Hafizuddeen bin As’ari
19. Cg. Norhidawatie binti Sulong
20. Ust.Abdul Hafiz bin Rusdi

1.0 PERUTUSAN PENGETUA

1.1 Mesyuarat guru kali ketiga dimulakan dengan salam, bacaan Al-Fatihah dan selawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih
kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong
Kanan Kokurikulum kerana dapat hadir pada Mesyuarat Guru kali ketiga.

Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA

2.1. Pengerusi meminta minit mesyuarat terdahulu disemak dengan teliti oleh ahli yang hadir.
Minit mesyuarat yang diadakan pada 23 Julai 2019 yang lalu telah disahkan tanpa
sebarang pindaan.

Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4.0 TAKLIMAT PENGETUA (Cg. Zulkeflee bin A. Rahman)

4.1 Kejayaan sekolah sepanjang 2019


4.1.1 Pengetua merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru sepanjang
kerja
buat pada tahun 2019 terutamanya kepada tenaga pengajar pada tahun 2018
kerana sekolah menerima banyak anugerah semasa Majlis Anugerah
Kecemerlangan SBP 2019.

4.1.2 Pengetua memaklumkan sekolah telah menerima 12 anugerah bagi pencapaian


SPM 2018 dan mengharapkan lebih banyak kejayaan yang akan dicapai bagi
tahun 2020.

Makluman

3
4.2 Hala tuju sekolah 2020
4.2.1 Pengetua memaklumkan bahawa kecemerlangan dalam SPM SBP menjadi kayu
pengukur berbanding kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan
ko akademik.

4.2.2 Pengetua mensasarkan sekurang-kurangnya satu kejayaan pada peringkat


antarabangsa.

4.2.3 Komunikasi organisasi sangat penting dan berkesan di sekolah.

4.2.4 Integriti sangat penting dalam menjaga kerahsiaan dukumentasi kerajaan (soalan
bocor, isu sekolah didedahkan kepada orang lain).

4.2.5 Sebarang keputusan perlu dibuat melalui perbincangan dan kerja sepasukan
menjadi keutamaan.

Makluman

4.3 Hala tuju akademik 2020


4.3.1 Memastikan pencapaian sasaran GPK sekurang-kurangnya 1.0 bagi mata
pelajaran teras termasuk (Maharat & Hifz) kecuali mata pelajaran Pendidikan
Islam & Matematik.

4.3.2 Memastikan pencapaian sasaran gpmp sekurang-kurangnya 0.5 bagi mata


pelajaran Pendidikan Islam dan Matematik.

4.3.3 Memastikan pencapaian sasaran GPK sekurang-kurangnya 3.0 bagi mata


pelajaran elektif termasuk Matematik Tambahan.

4.3.4 Memastikan pencapaian sasaran 100% murid mencapai cemerlang (A+, A dan
A-)
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

4.3.5 Memastikan pencapaian sasaran GPK kurang daripada 1.70

4.3.6 Memastikan pelaksanaan TMUA di SBP diperkasa dan mengikut standard yang
telah ditetapkan.

Makluman

4.4 Prihatin keperluan pelajar


4.4.1 Memastikan cadar, sarung bantal, dan selimut sedia terpasang pada hari
pertama pendaftaran pelajar tingkatan 1.

4.4.2 Memastikan lengkap semua almari, katil, tilam dan bantal & semua katil selamat
digunakan serta semua lampu kipas berfungsi.

4.4.3 Penyelia asrama, mentor dorm, pembantu makmal, kakak & abang angkat
membantu pasang cadar sarung bantal dan selimut sebelum hari pendaftaran.

Makluman

4
4.5 Perubahan bilik-bilik khas dan kelas mulai Januari 2020

MUKA PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM


SURAT BALAS
4.5.1 Bilik Bahasa Perancis akan Guru Bahasa Perancis
5 berpindah ke kelas 5 AT, manakala Guru Bahasa Jepun
Bilik Bahasa Jepun akan berpindah Guru Kelas 5AT
ke kelas 5AB Guru Kelas 5AB
4.5.2 Kelas 5AB akan berpindah ke Bilik Guru Kelas 5AB
5 Bahasa Perancis manakala Kelas Guru Bahasa Perancis
5AT akan berpindah ke Bilik SPBT. Guru SPBT
4.5.3 Bilik Bahasa Mandarin akan Guru Bahasa Mandarin
5 dipindahkan ke Bilik Rawatan, Guru Kesihatan
manakala Bilik SPBT akan Guru SPBT
dipindahkan ke Bilik Dokumentasi.
4.5.4 Bilik Guru Lelaki akan dipindahkan Semua guru lelaki
5 ke perpustakaan manakala Guru Media
perpustakaan akan dipindahkan ke
Bilik Guru Lelaki di aras 3.

Tindakan : Guru yang berkenaan

4.6 Halatuju SBPI Batu Rakit 2020


4.6.1 Pada hari pertama persekolahan, semua guru perlu memastikan setiap pelajar
menerima 1 set buku teks, sebuah meja, sebuah kerusi, jadual waktu, kedatangan
diambil, guru-guru waktu pertama perlu masuk ke kelas dan RPH dibuat serta
diprint pada hari pertama persekolahan.

4.6.2 Waktu persekolahan pada hari Ahad, perhimpunan rasmi akan dilakukan 2
minggu sekali.

4.6.3 Bacaan Yaasin dan solat hajat akan dilakukan setiap hari Isnin.

4.6.4 Perhimpunan di asrama akan dibuat pada hari Selasa dan boleh diselitkan
bersama dengan unit kokurikulum.

4.6.5 Hari Rabu, perhimpunan di Dataran Ilmu akan dikendalikan oleh PK HEM.

4.6.6 Perhimpunan pada hari Khamis akan dikendalikan oleh PKP dan akan dilakukan
perhimpunan mengikut batch.

Makluman

4.7 Pakaian guru (teguran bukan kepada semua guru)


4.7.1 Guru lelaki perlu memakai baju kemeja, bertali leher, berkasut kulit & memakai
tanda nama (berkot–majlis rasmi/ perhimpunan mingguan).

4.7.2 Guru Perempuan perlu memakai baju kurung, berkasut dan memakai tanda nama
(Berkot–majlis rasmi/ perhimpunan mingguan).

4.7.3 Semua guru mesti memakai pakaian unit uniform lengkap pada setiap hari Selasa
dan memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

4.7.4 Guru-guru dibenarkan untuk memakai baju korporat jika ada majlis di sekolah.

5
Makluman

4.8 Tidak hadir ke sekolah


4.8.1 Cuti sakit, perlu dapatkan akuan doktor sama ada dari hospital, klinik kerajaan
atau
klinik swasta.

4.8.2 Cuti Rehat Khas (CRK) perlu dapatkan kebenaran dari pengetua dan
dimaklumkan
lebih awal.

4.8.3 Bagi cuti tujuan untuk ke luar negara, CRK yang dibenarkan hanya 1 hari dan
akan
diluluskan dengan amaran dari PPD.

4.8.4 Cuti-cuti lain yang diperuntukkan seperti Cuti Tanpa Rekod, Cuti Separuh Gaji,
Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Kuarantin.

Makluman

4.9 Menghadiri mesyuarat/ kursus atau taklimat


4.9.1 Guru-guru perlu menulis nama di papan kenyataan atau dalam telegram
Keberadaan Guru.

4.9.2 Guru-guru perlu memaklumkan juga keberadaan kepada guru jadual untuk tujuan
penyediaan guru ganti (relief) dan guru yang menggantikan perlu masuk ke kelas
tersebut. (guru relief perlu ada bahan PdP).

4.9.3 Guru yang menghadiri mesyuarat/ kursus atau taklimat perlu menyediakan minit
curai dan menghantar salinan tersebut kepada guru penolong kanan, guru kanan
mata pelajaran atau mana-mana guru yang berkenaan.

Tindakan : Semua guru

4.10 Keluar waktu persekolahan


4.10.1 Guru-guru perlu mendapatkan kebenaran pengetua dan perlu direkodkan waktu
keluar masuk dalam buku pergerakan guru.

Tindakan : Semua panitia dan ketua bidang

4.11 Pengurusan sumber


4.11.1 Penggunaan kertas perlu dirancang untuk mengelakkan pembaziran.

4.11.2 Bagi kemudahan penggunaan mesin riso atau fotostat, guru-guru perlu mengisi
borang sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penggunaan bahan tersebut. Guru-
guru perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan terlebih dahulu
dan bahan tersebut hendaklah ditinggalkan di pejabat.

4.11.3 Pada tahun 2020, modul panitia akan diuruskan oleh Koperasi SBPI Integrasi
Berhad bagi tujuan membantu koperasi sekolah.

Makluman

6
5.0 LAPORAN AKADEMIK (Cg. Mariam Bt. Musa )

5.1 SKPMg2 standard 4 (Pembelajaran dan pemudahcaraan)


5.1.1 Pencerapan guru-guru bagi tahun 2019 (guru-guru perlu mencetak dan
menyimpan 1 salinan sebagai eviden) dan kerja buat guru perlulah seiring dengan
markah yang
telah diberikan oleh penilai/ pencerap masing-masing.

5.1.2 Ketua panitia/ ahli panitia perlu menyimpan dokumen atau eviden-eviden yang
berkaitan dengan panitia dan pdpc.

5.1.3 Guru-guru perlu menyelesaikan borang penilaian keberhasilan sebelum cuti


persekolahan dan salinan tersebut perlu dihantar kepada PK Pentadbiran.

Makluman

5.2 Mulai tahun 2020, beberapa subjek seperti Pendidikan Agama Islam, Sejarah dan
Bahasa
Melayu perlu diselitkan elemen sivik dalm rRPH.

5.3 Guru-guru perlu bersedia sekiranya berlaku banjir terutama pada musim peperiksaan
SPM 2019.

5.4 Penggunaan erph 4.0 pada tahun 2020 – semua guru wajib menggunakan erph 4.0 dan
pihak pengurusan akan memantau dari masa ke semasa.

5.5 Guru-guru perlu mengemaskini data HRMIS dan e-Operasi.

5.6 E-prestasi guru akan dinilai oleh pihak pengurusan.

Makluman

6.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (Cg. Harun bin Embong)

6.1 Matlamat Sekolah Berasrama Penuh


6.1.1 Dasar Sekolah Berasrama Penuh tidak sama seperti sekolah harian (SBP
mewujudkan peluang kepada murid-murid yang berpotensi)

6.1.2 Kerja buat guru-guru SBP tidak sama dengan kerja buat guru-guru sekolah
harian.

6.1.3 Pembantu warden banyak memainkan peranan dan membantu meringankan


tugas-tugas warden di asrama.

Tindakan : Semua guru

6.2 Data psikometrik murid SBP tahun 2019

7
6.2.1 Pelajar tingkatan 1 mempunyai 26% potensi untuk menimbulkan masalah di
sekolah, manakala 7% mempunyai masalah kejiwaan.

6.2.2 Pelajar tingkatan 3 mempunyai 11% potensi untuk menimbulkan masalah di


sekolah, manakala pelajar tingkatan 4 mempunyai 33% potensi untuk
menimbulkan masalah.

6.2.3 Sebanyak 25% pelajar tingkatan 5 menunjukkan potensi untuk menimbulkan


masalah di sekolah.

Makluman

6.3 Guru-guru TMUA perlu bersedia untuk bertugas pada musim cuti persekolahan bagi
proses temuduga kemasukan pelajar tingkatan 1 tahun 2020.

Tindakan : Guru yang berkenaan

7.0 LAPORAN KOKURIKULUM (Cg.Hasnizan bt. Mat Hassan)

7.1 PK KO memaklumkan kepentingan aktiviti kokurikulum kepada pelajar khususnya untuk


permohonan menyambung pelajaran selepas SPM.

7.2 Selain itu, guru penasihat juga perlu menghantar laporan sekiranya terdapat
pelajar menyertai sebarang aktiviti di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau
antarabangsa.

7.3 Semua evidens adalah penting untuk pengisian SKPMG2

7.4 PK KO mengingatkan guru penasihat kelab persatuan, sukan permainan dan badan
beruniform untuk melengkapkan jadual aktiviti tahunan dan laporan perjumpaan
mingguan (12 kali perjumpaan).

7.5 PK KO mengingatkan guru-guru untuk merujuk beliau terlebih dahulu bagi penggunaan
kewangan kokurikulum dan perlu dibuat kertas kerja untuk tujuan penggunaan kewangan
tersebut.

7.6 Pengisian data PAJSK perlu disiapkan sebelum 30 November 2019 bagi kelas tingkatan
3 dan 30 Disember 2019 bagi tingkatan-tingkatan lain.

7.7 Pengisian SKMg2 Kokurikulum melibatkan standard 3. Oleh itu, guru-guru penasihat
perlu menyediakan evidens untuk sokongan.

7.8 Guru-guru kelas diingatkan untuk mengisi portal PAJSK seperti yang telah diarahkan
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

7.9 Target GPK bagi bidang kokurikulum pada tahun 2019 adalah 1.50. Untuk makluman,
GPK
bagi koku iaitu bagi tahun 2015- 1.83, 2016 – 1.71, 2017- 1.60, 2018- 1.54.

Tindakan : Semua guru

8.0 Hal-hal lain


8.1 Pengetua meminta guru kelas mengenalpasti pelajar yang masih belum menjelaskan
yuran PIBG bagi tahun 2019 dan yuran tersebut perlu dijelaskan pada 11 November
2019.

8
8.2 Pengetua berharap koperasi dapat menjana keuntungan pada tahun 2020 selepas
penyelesaian hutang bagi tahun-tahun sebelumnya.

8.3 Cikgu Che Malek menasihatkan rakan-rakan guru untuk akur terhadap dasar-dasar yang
telah diputuskan oleh pihak pengurusan dan tidak perlu membuat luahan ketidakpuasan
hati dalam ‘group telegram’ sekolah.

8.4 Cikgu Jamal mengingatkan guru-guru supaya tidak memandang remeh hal berkaitan
ERPH kerana ia merupakan dasar yang diperkenalkan oleh KPM. Guru-guru diminta
untuk mengemaskini data dan maklumat dalam sistem erph dan pada tahun 2020, guru-
guru akan mengguna pakai ERPH versi 4.0

8.5 Cikgu Wan Norhafizah mengingatkan guru-guru penasihat untuk menyediakan sijil
penghargaan kepada pelajar bagi unit persatuan masing-masing sebelum akhir tahun
terutama kepada ajk tertinggi.

8.6 Ustazah Che Rohana meminta guru-guru untuk memastikan LADAP dicukupkan untuk
tahun ini.

Makluman

Pengerusi mengharapkan agar para guru dapat berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan lagi usaha
ke arah kecemerlangan BraInS Cemerlang Dunia Akhirat.

Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

(WAN NORHAFIZAH BT WAN HARUN) (ZULKEFLEE BIN A. RAHMAN)


Pencatat Minit Mesyuarat Guru, Pengetua,
SBP Integrasi Batu Rakit, SBP Integrasi Batu Rakit
Kuala Nerus, Terengganu. Kuala Nerus, Terengganu.

You might also like