You are on page 1of 8

SULIT 011

NO.KAD PENGENALAN
/ NO.SIJIL KELAHIRAN
ANGKA GILIRAN

UJIAN SETARA 1 DAERAH LIMBANG 2018


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
1¼ minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang
telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak di Bahagian A dan 5 halaman bercetak
di Bahagian B

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Zamani ialah belia kampung yang bercita-cita tinggi. _______________ telah berusaha
dengan tekun untuk menjadi penternak yang berjaya.
A Beliau
B Mereka
C Dia
D Anda

2. Ayah menyuruh saya memetik buah mangga yang _______________ masak itu.
A sedang
B masih
C telah
D akan

3. Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ___________ ikan air
tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

4. “Ampun__________, bolehkah ___________ mengiringi mereka ke sana?” tanya Hang


Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
A beta…hamba
B baginda…hamba
C yang mulia…beta
D tuanku…patik

5. “Beta memanjatkan rasa syukur atas anugerah daripada Ilahi ini” ___________ Sultan
Ahmad Syah.
A junjung
B sembah
C titah
D perkenan

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Lukisan Hafizah jatuh ke lantai apabila ___________ itu tiba-tiba patah.


A kekuda
B kekisi
C tetupai
D gegendang

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

7. Murid-murid di kelas itu ketawa ___________ apabila guru mereka menceritakan kisah
yang sangat lucu.
A tersipu-sipu
B terdekih-dekih
C melolong-lolong
D terbahak-bahak

8. Pada masa lapang, nelayan itu akan ___________ jalanya yang rosak.
A menyirat
B menenun
C menjahit
D menyulam

9. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Encik Azmi dan anak-anaknya ___________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan
mula dihidangkan.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

10. Cikgu Fatimah sangat penyabar orangnya. Beliau sanggup bertolak ansur dengan kerenah
kami.
Pilih perkataan sinonim bagi kerenah.
A ragam
B perangai
C perbuatan
D tindak-tanduk

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Anak lelakinya pulang keputusan memilih jodoh kepada ibu bapanya.


II Kepulangannya ke kampung bagaikan sirih pulang ke gagang.
III Bapanya telah pulang ke rahmatullah pada tahun lepas.
IV Syarikatnya mendapat pulang yang berlipat ganda.

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 12
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
12. Saya memilih jurusan itu kerana mahu mengharumkan nama negara apabila berjaya
kelak.

A Apakah pendapat kamu tentang jurusan itu?


B Bagaimanakah kamu akan mengharumkan nama negara Malaysia kelak?
C Mengapakah penglibatan pelajar Malaysia dalam jurusan itu sangat kecil?
D Banyak bidang lain yang dapat kamu pilih tetapi mengapa itu menjadi pilihan
kamu?

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

13. Siapakah yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah dalam mesyuarat itu nanti?
A Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah akan diadakan pada hari Sabtu.
B Encik Khairul yang akan mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah mesyuarat itu
nanti.
C Encik Khairul akan mempengerusikan mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah itu
nanti.
D Mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah telah dibatalkan.

14. Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Rumah di tepi bendang itu telah lama ditinggalkan sejak kematian ibunya.

A Bendang di tepi bendang itu sudah lama ditinggalkan sejak kematian ibunya.
B Di tepi bendang lama itu rumah itu telah ditinggalkan sejak kematian ibunya.
C Sudah lama rumah di tepi bendang itu ditinggalkan sejak kematian ibunya.
D Rumah lama di tepi bendang itu sudah ditinggalkan sejak kematian ibunya.

15. I Buku cerita itu ada pada Kakak Ida.


II Aduh, cantiknya lukisan yang awak lukis!
III Roti itu dibuat dari tepung gandum yang berkualiti.
IV Beberapa orang pengawas sedang berdiri di bawah pokok itu.

A II dan III sahaja


B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

8
Soalan 16 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Katak puru merupakan haiwan berdarah sejuk yang tergolong dalam kumpulan amfibia. Katak
puru dapat hidup di dua alam, iaitu di air dan di darat. Haiwan ini bernafas melalui paru-paru dan
kulitnya.

Katak puru mempunyai gigi pada bahagian atas di dalam mulutnya. Katak puru
mempunyai lidah yang kuat untuk melambung mangsanya terus ke dalam mulut. Haiwan unik ini
mampu melompat sejauh dua meter.

Katak puru melindungi tempat kediaman mereka dengan pelbagai cara termasuklah
dengan mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh dan menyerang dengan cara melompat.

Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan
makanan yang banyak di kawasan kediamannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan
kira-kira 25,000 biji telur. Telur-telur ini kemudiannya bercantum antara satu sama lain dan
terapung-apung di permukaan air. Haiwan ini akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai
berudu hinggalah usianya dua tahun. Saiz katak puru bergantung kepada panjang berudu. Ini
bermakna, berudu yang bersaiz panjang akan mempunyai peluang hidup yang lebih besar selepas
proses metamorfosis.

Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan
berlumba-lumba mengeluarkan bunyi semasa berada di kawasan kolam yang menjadi tempat
pembiakan bagi haiwan ini. Manakala katak puru betina pula akan menyahut bunyi itu secara
agresif dan tanpa henti.

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT
SULIT 011

16. Bagaimanakah katak puru bernafas?

A melalui insang
B melalui paru-paru
C melalui kulit
D melalui paru-paru dan kulit

17. Berapakah jarak yang mampu dilompat oleh seekor katak puru?

A 1.0 meter
B 1.5 meter
C 2.0 meter
D 2.5 meter

18. Mengapakah katak puru betina sangat tertarik dengan kata puru jantan?

A kata puru jantan sangat kuat


B kata puru jantan lebih besar saiznya
C kata puru jantan suka berlumba-lumba mengeluarkan bunyi
D katak puru jantan mampu menyediakan makanan yang banyak

19. Yang manakah antara berikut benar tentang katak puru betina?

A tidak dapat menghasilkan telur


B dapat menghasilkan kira-kira 25,000 biji telur
C tidak menyahut apabila terdengar bunyi daripada kata puru jantan
D mampu menyediakan banyak makanan di kawasan kediaman

20. Penyataan berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada katak puru, kecuali...

A haiwan ini hidup di air dan di darat.


B haiwan ini bernafas melalui paru-paru dan kulit.
C gigi katak puru letaknya pada bahagian bawah di dalam mulutnya.
D katak puru tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia berdarah sejuk.

[Lihat halaman sebelah


011@2018 Hak Cipta PPD Limbang SULIT

You might also like