You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

SEKOLAH KEBANGSAAN MERITAM

BIL 1/ 2019

TARIKH : 24.1.2019

MASA : 1.30 tengah hari

TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1. En. Patricik Rudy Sela


2. En.Norhisham Bin Wahab
3. En.Husin Hafiz Bin Abu Bakar

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND. JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 4/2018

2.1 Minit mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil. 4/2018 telah disahkan tanpa pindaan .
Pencadang : En.Norhisham Bin Wahab
Penyokong : En.Husin Hafiz Bin Abu Bakar
3 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.

3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran ( DSKP ) dan Kurikulum


Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).

3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 5 diminta muat turun DSKP sendiri di Laman
web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
3.1.2 Guru-guru tahun 6 yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diminta
menggunakan sukatan KSSR terkini.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.

3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP . Aktiviti yang dirancang hendakah


berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.

3.3 Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Jasmani

3.3.1 Semua guru diminta untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan masing-
masing dan perlu dimasukkan ke dalam fail panitia.

3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ).

3.4.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang


mengalami obesiti.
3.4.2 Program SEGAK akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan
Ogos untuk tahun 4, 5 dan 6. Guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
Jasmani diminta untuk menjalankan ujian SEGAK mengikut buku panduan
SEGAK yang telah diedarkan.
3.4.3 Guru mata pelajaran perlu mengisi borang markah untuk SEGAK secara manual
dan memasukkan markah dalam sistem PAJSK.

3.5 Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah ( PBD ).

3.5.1 Semua guru hendaklah menjalankan penilaian murid secara


berterusan di bawah pentaksiran bilik darjah. Guru-guru boleh
memuat turun templat excel untuk mengisi markah pentaksiran bilik
darjah dalam laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum.
3.5.2 Markah PBD perlu direkodkan dalam templat secara offline dan perlu
disimpan oleh guru mata pelajaran dari semasa ke semasa. Guru
boleh merujuk buku panduan pelaksanaan pentaksiran sebelum
membuat penilaian ke atas murid-murid.
3.6 Pemansuhan Peperiksaan Tahap Satu

3.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk memansuhkan


peperiksaan untuk murid Tahap Satu dan penilaian yang dijalankan adalah
menerusi Pentaksiran Bilik Darjah di dalam kelas.
3.6.2 Guru melakukan penilaian ke atas murid dengan menilai atas penglibatan mereka
dalam menjayakan aktiviti di dalam kelas dan seterusnya merekodkan markah
dalam borang pentaksiran offline PBD.

3.7 Stor, peralatan dan keceriaan

3.7.1 Pada tahun ini, SEMUA guru ditugaskan untuk menjaga stor sukan. Semua
peralatan yang akan digunakan akan direkodkan dalam buku rekod penggunaan alatan sukan.
Hanya Guru sahaja yang boleh menulis ke dalam buku rekod untuk peminjaman alatan sukan.
3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil peralatan
di dalam stor sukan. Pastikan guru mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar peralatan
stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil dan menghantar alatan .

3.7.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan suka disimpan dengan baik dan
ditempat yang sepatutnya setelah digunakan.

3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.


3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap dan menjaga
keselamatan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan pendidikan Jasmani di padang atau
gelanggang.
3.8.2 Hal ini selaras dengan perkara yang telah termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.1/1995 yang berkaitan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani serta
Surat Kebenaran Khas yang bertarikh 26 Julai 2010 yang memberikan kebenaran khas kepada
guru mata pelajaran dan murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk
memakai baju sukan sepanjang hari berkenaan.

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Pembinaan soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun perlu diagihkan
dan dibincangkan bersama guru mengikut aliran.
4.2 Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau peralatan PJ. Jumlah Peruntukan
belum dimaklumkan .
4 PENANGGUHAN MESYUARAT

4.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.45 petang dengan ucapan terima kasih
kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

………………………………………… ……………………………………
(EN.MOHAMMAD NORHISHAM BIN WAHAB) ( EN.PATRICK RUDY SELA )

Setiausaha, Ketua panitia,


Panitia Pend. Jasmani Panitia Pend.Jasmani
Sekolahb Kebangsaan Meritam Limbang Sekolah Kebangsaan Meritam Limbang

Disahkan oleh,

………………………………………………………
PUAN NUR SYAZWANI BINTI ABDULLAH
Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like