You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA 2018

PENGAKAP KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SELASIH

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Lencana Keris Gangsa ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Kanak-Kanak Daerah Kulim Bandar Baharu. Program ini

disertai oleh murid yang telah menjadi ahli tahun 2018 daripada ahli-ahli pengakap Sekolah

Kebangsaan Taman Selasih. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian

Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid

itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam

melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2. MATLAMAT.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin

yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta

menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam

program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi

dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti

kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk

modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
3. OBJEKTIF

3.1. Menilai kemahiran ilmu pengakap yang di pelajari oleh ahli pengakap.

3.2. Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian.

3.3. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai

program kepimpinan.

2.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial

4. KUMPULAN SASARAN

4.1. Ahli pengakap kanak-kanak tahun 4 , 5 dan 6 yang telah berdaftar keahlian 2018

4.2. Jumlah peserta adalah ........... orang sahaja.

4.3. Jumlah fasilitator adalah 12 orang pemimpin sekolah.

5. TARIKH

5.1. Tarikh yang di tetapkan adalah pada 12 hingga 14 April 2018

5.2. Selama 3 hari 2 malam

6. TEMPAT

6.1.Padang Sekolah Permatang Tok Dik, Padang Serai,Kedah

7. JAWATANKUASA

Penasihat : Puan Mahani Binti Abd Rahim (Guru Besar)

Pengerusi : Puan Hajah Farizah Binti (Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi : Encik Ismail Bin Yahya (Penolong Kanan Kurikulum)

Encik Abdul Razak Bin Salleh (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Guru Pemimpin : Encik Mohd Ridzuan bin Mohamad Zulkipli (Ketua)


Cik Noorasma binti Mohd Rosdi ( Pen.Ketua)
Puan Puteri Afdzal Binti Ahmad
Encik Hamizan Bin Harun
Puan Qairul Nisak Binti Kamarudin
Puan Nur Hazwani binti Othman
Puan Jasminliza binti Abd Jalil
Encik Abdul Kabir bin Alis
Puan Mazlizawati binti Md Ali
Encik Mohd Mokhzani bin Musa
Encik Hafizal bin Mt Husain
Encik Hamdan bin Hussin

9. PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 PENGANKUTAN BAS PERGI DAN RM 300.00

BALIK

2 YURAN PENDAFTARAN RM

RM30 x ........... ORANG

3 JUMLAH RM

11. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan

bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan

modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak

Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak oleh:

(EN.MOHD RIDZUAN B.MOHAMAD ZULKIPLI ) ( PN HJH FARIZAH BT SAHARANI)


Ketua Pemimpim Pengakap Pen.Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh :

(PUAN MAHANI BT ABDUL RAHIM)


Guru Besar Sek.Keb.Taman Selasih

You might also like