You are on page 1of 5

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM TUN RAZAK

BUKIT KATIL, MELAKA

KERTAS KERJA
MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA CALON UPSR 2018

ANJURAN:
UNIT KECEMERLANGAN DENGAN KERJASAMA UNIT KURIKULUM
1.0 PENDAHULUAN
Majlis perjumpaan ibu bapa calon UPSR 2018 pada kali ini akan membentangkan aktiviti
Unit Kecemerlangan yang telah dirancang bagi membantu ke arah kecemerlangan murid
yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Kecemerlangan murid mencerminkan
perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya
membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di
samping itu, diharapkan majlis ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara
sekolah dengan ibu bapa.

2.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah:
2.1 Mengeratkan kerjasama antara ibubapa atau penjaga murid dengan pihak
pentadbiran dan guru-guru.
2.2 Berkongsi info dan tips tentang pengurusan anak yang bakal menghadapi
peperiksaan.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua ibu bapa dan calon UPSR 2018

4.0 TARIKH, HARI DAN MASA CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM.

Tarikh: 29 Jun 2018 (Jumaat)

Masa: 8.30 pagi hingga 12 t/hari

5.0 TEMPAT

Dewan SRAJTR

6.0 TENTATIF PROGRAM.

08.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa

09.00 pagi : Ucapan alu –aluan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa Oleh Ustaz Zakaria Abd Ghani, GPK HEM

: Ucapan Guru Besar Tn. Hj Ramli Bin Abu Samah

: Ucapan Wakil PIBG

1
: Perbentangan program Kecemerlangan UPSR 2018 dan pencapaian
peperiksaan pertengahan tahun 2018

09.30 pagi : “Smart Parenting” bersama JAZIM Motivation ke arah kecemerlangan


UPSR 2018

11.30 pagi : Ikrar Calon UPSR 2018

11.40 pagi : Dialog Guru dan Ibu Bapa

12 t/hari : Bersurai

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS

7.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn. Hj. Ramli Bin Abu Samah ( Guru Besar )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Hawa Binti Juhari ( GPK Kurikulum )

Naib Pengerusi 2 : Ustaz Zakaria Bin Abd Ghani (GPK HEM)

Naib Pengerusi 3 : Ustaz Mohamad Yusuf Bin Zakaria (GPK Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : Pn. Nor Hayati Binti Mat Arop

7.2 JAWATANKUASA KERJA

TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS

Bacaan Doa 1. Ustaz Zakaria Bin Abd Ghani  Menyediakan doa yang
sesuai dengan majlis
 Membacakan doa
sebelum majlis bermula
Pendaftaran Ibu Bapa  Menyediakan meja
pendaftaran ibu
1. Pn. Siti Nuramarlina Roslee bapaMenyelia sesi
2. Pn. Rahayu Binti Samad pendaftaran
 Menyerahkan borang
pendaftaran selepas
program kepada
penyelaras

2
Sebelum Majlis  Menyusun kerusi seperti
yang ditetapkan oleh
Persiapan 1. Cik Atiqa Amer jawatankuasa induk
Dewan 2. Pn. Norhaslita Mat Ariffin program.
 Menyediakan meja
pengacara majlis, kerusi
VIP
Brosur 1. Pn. Nor Hayati Mat Arop  Menyediakan kertas kerja
dan brosur program
 Memastikan peralatan
audio berfungsi dengan
P.A Sistem dan 1. En. Anugerah Wira Loubna baik.
siaraya  Memasang peralatan
audio lebih awal

Pengacara 1. Pn. Siti Rahmah Mohd Saini  Memastikan majlis


Majlis berjalan dengan lancar.
 Menyampaikan maklumat
terkini dari semasa ke
semasa
Jurufoto dan 1. Pn. Ida Royani Mahat  Merakamkan gambar
dokumentasi sepanjang majlis
berlangsung
 Membuat dokumentasi
gambar
LCD & 1. Pn. Noordina Badarudin  Menyediakan peralatan
Projector siaran spt LCD & projector
untuk kegunaan program
Ikrar Murid 1. Pn. Nurul Akmal Noordin  Melatih (sebelum majlis)
untuk bacaan ikrar
 Menyusun murid (Sabtu)
untuk bersedia semasa
majlis

3
8.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN SUMBER


(RM) KEWANGAN
1 Bayaran penceramah 300.00 KECEMERLANGAN

JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

9.0 PENUTUP

Semoga majlis ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar
serta mampu melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mencapai
hasrat sekolah serta merealisasikan matlamat dan harapan negara. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan semua mendapat
keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

_________________________ _________________________
Nor Hayati Binti Mat Arop Pn. Siti Hawa Juhari
Penyelaras Unit Kecemerlangan Guru Pen. Kanan Kurikulum
SRA JAIM Tun Razak SRA JAIM Tun Razak
Bukit Katil, Melaka Bukit Katil, Melaka

Disahkan Oleh:

_________________________
Tn. Hj. Ramli Bin Abu Samah
Guru Besar
SRA JAIM Tun Razak
Bukit Katil, Melaka

You might also like