You are on page 1of 48

TAJUK TUGASAN :

KAJI SELIDIK PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN MELIPUTI ASPEK :


i. LATAR BELAKANG
ii. PROSES DIAGNOSIS/PENTAKSIRAN PELAJAR YANG DILAKUKAN
OLEH PIHAK-PIHAK BERKENAAN
iii. CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN PELAJAR
iv. CADANGAN INTERVENSI AKADEMIK DAN TINGKAHLAKU
v. PROGRAM PENDIDIKAN INDIVIDU YANG DICADANGKAN KEPADA
PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR 109679


Isi Kandungan

1. Sejarah Masalah Pembelajaran ............................................................................ m/s 3


2. Pengenalan ............................................................................................................ m/s 4
3. Lawatan Kajian ..................................................................................................... m/s 7
4. Kajian .................................................................................................................... m/s 7
4.1 Tujuan Kajian .................................................................................................. m/s 7
4.2 Lokasi Kajian .................................................................................................. m/s 7
4.3 Sasaran Kajian ................................................................................................. m/s 8
4.4 Instrumen Kajian ............................................................................................. m/s 9
4.4.1 Soal Selidik ......................................................................................... m/s 9
4.4.2 Pemerhatian ......................................................................................... m/s 9
4.4.3 Temubual ............................................................................................. m/s 9
4.5 Latar Belakang Murid .................................................................................... m/s 10
5. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ............................................. m/s 11
5.1 Apakah ADHD ............................................................................................... m/s 11
5.2 Ciri-ciri ADHD .............................................................................................. m/s 11
6. Proses Pengumpulan Maklumat ........................................................................... m/s 13
6.1 Proses Diagnosis ............................................................................................ m/s 13
6.2 Sebelum Kelahiran ......................................................................................... m/s 13
6.3 Semasa Kelahiran ........................................................................................... m/s 14
6.4 Selepas Kelahiran ........................................................................................... m/s 14
7. Kepentigan Penilaian Diagnostik ......................................................................... m/s 15
8. Penilaian Perkembangan ...................................................................................... m/s 15
8.1 Emosi Sosial ................................................................................................... m/s 15
8.2 Bahasa dan Komunikasi ................................................................................. m/s 16
8.3 Jagaan Diri ...................................................................................................... m/s 17
9. Intervensi .............................................................................................................. m/s 18
9.1 Intervensi Awal .............................................................................................. m/s 18
9.2 Intervensi Akademik ...................................................................................... m/s 19
9.3 Cadangan Intervensi Bagi Sosial dan Emosi ................................................. m/s 20
9.4 Cadangan Intervensi Bagi Kemahiran Motor ................................................. m/s 22
9.5 Cadangan Intervensi Bagi Aspek Bahasa, Komunikasi dan Pertuturan ......... m/s 23
9.6 Cadangan Intervensi Bagi Jagaan Diri ........................................................... m/s 24
10. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ................................................................ m/s 25
10.1 Objektif RPI ................................................................................................. m/s 25
11. Kriteria Penilaian .................................................................................................. m/s 26
12. Strategi Pengajaran ............................................................................................... m/s 26
13. Kesimpulan ........................................................................................................... m/s 28
14. Rujukan ................................................................................................................ m/s 29
15. Lampiran .............................................................................................................. m/s 30

2011/2012 Page 2
1. Sejarah Masalah Pembelajaran

Istilah masalah pembelajaran telah diperkenalkan sekitar tahun 1980 an dan dikenali
sebagai “cacat akal”. Istilah ini kemudiannya telah ditukar kepada masalah pembelajaran
melalui Laporan Warnock yang merujuk kepada jenis kanak-kanak berkeperluan khas.
Oleh itu beberapa kriteria kanak-kanak telah disenaraikan termasuk dalam kategori
berkeperluan khas ini. Di antaranya ialah sindrom down, autism, celebral palsy, masalah
pertuturan dan komunikasi, ADD/ADHD, keupayaan mental yang rendah dan kanak-
kanak pintar cerdas. Kecacatan dan ketidaksempurnaan yang dimiliki oleh mereka ini
akhirnya memerlukan satu bentuk sistem bantuan berupa sokongan daripada pelbagai
pihak supaya mereka juga boleh terus hidup bersama-sama kanak-kanak yang normal.

2011/2012 Page 3
2. Pengenalan
Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) yang bermakna itu akan dapat
diketahui sekiranya elemen penilaian dilakukan dengan betul dan teliti bagi memperoleh
dan membezakan tahap kemampuan murid seterusnya diambil tindakan selanjutnya. Ini
dapat menentukan status semasa murid seterusnya guru dapat merancang satu langkah
penambahbaikan khususnya bagi murid yang mengalami masalah yang menghalang
pembelajaran mereka kerana sesuatu objektif dan strategi pengajaran itu kadangkala tidak
bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kesediaan murid.

Secara umumnya penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah atau sistem yang
digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih berkesan berdasarkan
keputusan daripada pengumpulan maklumat yang diperoleh. Idea ini telah disokong oleh
D. Stufflebeam yang menjelaskan penilaian sebagai satu proses menentukan,
mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. Bagi mengukuhkan sesuatu penilaian,
maka proses diagnosis amat dititikberatkan bagi menentukan jenis-jenis kelainan dan
ketidakupayaan murid lebih awal secara saintifik.

Diagnostik berasal daripada perkataan Greek iaiti “gnosis” yang bermaksud


pengetahuan. Justeru itu, penilaian diagnosis telah ditakrifkan sebagai satu proses untuk
mengenal pasti akan penyakit atau ketidakupayaan dan kelainan daripada keadaan yang
sepatutnya terhadap seseorang individu itu. Penilaian diagnosis ini dibuat sebagai satu
proses lanjutan daripada penilaian pengesanan yang dilakukan secara teliti bagi
mengesahkan kewujudan sekatan dan ketidaakupayaan yang boleh menghalang tahap
perkembangan pelajar.

Hal ini turut disokong oleh beberapa tokoh seperti Terry Everton yang berpendapat
penilaian diagnostik untuk ketidakupayaan adalah satu kemahiran yang spesifik dan
khusus yang diperlukan untuk merancang matlamat pendidikan yang berkesan. John J.
Venn pula telah menegaskan bahawa wujudnya perbezaan ketara penilaian diagnostik
dengan penilaian pengesanan kerana penilaian diagnostik memerlukan penyediaan
pengukuran yang lebih mendalam dan komprehensif terhadap tahap keupayaan pelajar
sekaligus memerlukan guru menggunakan dapatan maklumat tersebut untuk merancang
intervensi yang sesuai.

2011/2012 Page 4
Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula mendefinisikan penilaian
diagnosis sebagai satu usaha bagi megumpul data tertentu yang menjejaskan dan
menyulitkan pembelajaran dengan memfokuskan kebolehan murid dalam beberapa
bidang. Penekanan ini juga dilihat dari skop pendidikan kanak-kanak khas yang
mengkategorikan sebagai penilaian secara spesifik yang hanya boleh dilakukan oleh pakar
psikiatris dan psikologis.

Perlaksanaan penilaian diagnosis perlu dititikberatkan bagi menentukan jenis-jenis


ketidakupayaan kanak-kanak lebih awal dan spesifik. Berbeza dengan kanak-kanak yang
tampak jelas mempunyai masalah ketidakupayaannya seperti selebral palsi dan sindrom
down contohnya, pengamatan dan pemerhatian yang tepat sangat diperlukan bagi
mengesan masalah berkaitan dengan kognitif, emosi, sosial dan yang berkaitan. Justeru
itu, pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini akhirnya memudahkan guru untuk
menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengatasi masalah murid
tersebut. Guru juga akan dapat menjadikan maklumat tersebut sebagai unjuran bagi
melaksanakan jenis bimbingan kepada murid yang lemah dan memperkayakan kemahiran
bagi murid yang sebaliknya mengikut jenis-jenis ketidakupayaan murid.

Hasil dapatan diagnosis yang dibuat ini turut memudahkan guru untuk merancang dan
melaksanakan program intervensi awal bagi meningkatkan kemahiran dan nilai potensi
murid bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka. Program intervensi awal ini adalah
turut meliputi jenis penempatan yang lebih tepat untuk murid, merancang kaedah rawatan
yang berdasarkan keperluan perubatan, terapi serta bimbingan yang bersesuaian mengikut
keperluan. Perolehan diagnosis ini juga dapat membolehkan guru dan ibu bapa untuk lebih
memahami akan keperluan dan masalah sebenar kanak-kanak dari pelbagai aspek.
Keperluan ini sebenarnya sangat penting bagi mewujudkan kolaborasi didikan yang sesuai
secara berterusan di antara ibu bapa di rumah dengan guru di sekolah sekaligus dapat
melihat perkembangan kanak-kanak berdasarkan jenis ketidakupayaan mereka dari masa
ke semasa.

Penilaian diagnosis bukan sahaja bertujuan untuk mengenalpasti jenis ketidakupayaan


kanak-kanak lebih awal dan spesifik jenis halangannya tetapi ianya lebih bersifat
menyeluruh dan memerlukan tindakan lanjut secara berterusan. Bagi sesetengah ibu bapa
yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis kehilangan keupayaan anak
mereka, ini adalah ruang yang dapat membatu pemahaman mereka tentang tahap

2011/2012 Page 5
perkembangan anak mereka secara mendalam. Fenomena ini membolehkan ibu bapa
berikhtiar, meluangkan lebih tumpuan dan mencari khidmat pakar-pakar tertentu sebagai
tindakan susulan bagi membantu anak mereka sendiri. Ini sekaligus dapat mengurangkan
bebanan harapan yang tinggi kanak-kanak tersebut daripada ibu bapanya sementara guru
pula dapat merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian supaya murid tidak
keciciran dalam akademik dan mampu hidup berdikari. Ini mengukuhkan lagi tanggapan
betapa pentingnya ujian diagnostik dalam mengukur kemahiran khusus, kekuatan dan
ketidakupayaan murid itu dan keperluan perubahan sistem pembelajaran bertepatan
dengan tahap mereka.

Melalui pengujian dan penilaian yang dilakukan oleh pakar-pakar yang bertauliah,
maka adalah wajar bagi murid tersebut mengikuti jenis perkhidmatan pendidikan
dipanggil Pendidikan Khas dengan meletakkan satu kumpulan murid yang bermasalah
pembelajaran sebagai penempatan baru. Hal ini dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dengan meletakkan objektif sesuatu slot pengajaran itu di aras
yang sesuai dengan tahap keupayaan mereka sendiri dan membolehkan murid berasa lebih
selesa mengikuti pembelajaran.

2011/2012 Page 6
3. Lawatan Kajian
Bagi memudahkan proses kaji selidik ini dibuat, saya telah melakukan satu lawatan
kajian secara individu pada tarikh 28 Oktober 2011 bersamaan hari Jumaat di Sekolah
Kebangsaan Batu 38, Sabak Bernam, Selangor. Lawatan ini telah saya jalankan bermula
dari jam 9 pagi hingga ke 12 tengah hari dan mendapat layanan dan kerjasama yang
sangat positif daripada guru besar sekolah, pihak pengurusan sekolah, panitia Pendidikan
Khas sekolah, guru-guru dan juga murid kelas Pendidikan Khas itu sendiri. Semasa proses
lawatan itu, pihak sekolah melalui guru besarnya telah memperkenalkan guru kanan kelas
Pendidikan Khas, Cikgu Norizah bt. Sani untuk memudahkan proses pengumpulan
maklumat yang dikehendaki.
Di awal proses pengumpulan maklumat, Cikgu Norizah telah memberi penerangan
serba sedikit tentang kelas Pendidikan Khas Integrasi di sekolah itu. Beliau menjelaskan
bahawa kelas Pendidikan Khas SK Batu 38 baru sahaja beroperasi di tahun yang pertama
dengan mempunyai jumlah murid seramai 20 orang yang terdiri dari jenis kategori
kecacatan fizikal seorang, kecacatan telinga seorang dan bermasalah pembelajaran 18
orang dan mempunyai 4 orang tenaga pengajar dan 2 orang pembantu pengurusan murid.
Sebagai langkah supaya saya dapat menjalankan proses kaji selidik ini dengan lebih
mudah, Cikgu Norizah telah mencadangkan muridnya yang bernama Ahmad Husaini bin
Mabahwi yang berumur 8 tahun sebagai sampel kajian. Berdasarkan keterangan Cikgu
Fadzilah, Ahmad Husaini atau lebih digelar dengan nama Mat oleh rakan-rakannya telah
disahkan sebagai murid yang tergolong dalam jenis-jenis keperluan khas yang dikenali
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik oleh
pegawai perubatan yang menjalankan pengesahan.

2011/2012 Page 7
4. Kajian
4.1 Tujuan Kajian

Objektif kajian ini pada dasarnya ialah bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri
masalah pembelajaran yang mencakupi jenis permasalahan ADHD terhadap sampel
(individu) dalam kajian. Melalui dapatan hasil kajian ini, ianya dapat meransang
kepelbagaian teknik dan cara untuk meningkatkan dan mengembangkan pencapaian
dan potensi murid secara spesifik melalui penambahbaikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan di masa akan datang.

Selain itu, kajian ini dapat memberi gambaran sebenar terutamanya berkenaan
jenis gangguan-gangguan yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami kesukaran
untuk mendapat pendidikan kelas normal. Melalui kajian penilaian ini, ianya dapat
memberi penjelasan tentang tahap pencapaian murid serta mengenal pasti aspek-aspek
yang perlu diberi penekanan dan sokongan yang berterusan supaya kehadiran mereka
di dunia ini tidak disisihkan oleh ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

4.2 Lokasi Kajian

Lokasi kajian ini dijalankan di dalam kelas Pendidikan Khas Integrasi di


Sekolah Kebangsaan Batu 38, Sabak Bernam, Selangor. Sampel kajian (murid yang
terlibat) sudah hampir dua tahun mengikuti sistem pembelajaran berorientasikan
kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

4.3 Sasaran Kajian

Sasaran atau sample kajian yang dijalankan kaji selidik ialah melibatkan
seorang murid bermasalah pembelajaran bernama Ahmad Husaini bin Mabahwi, 10
tahun yang menjalani pembelajaran di kelas Pendidikan Khas SK. Batu 38, Sabak
Bernam. Dia telah disahkan sebagai murid yang mempunyai keperluan khas dalam
pembelajaran oleh Doktor Gevanathankumar, iaitu pegawai perubatan di Hospital
Tengku Ampuan Jamaah, Sabak Bernam pada tarikh 28 September 2010. Pada ketika
itu dia mendapat pendidikan di SK. Kg. Baru dan berkuatkuasa tarikh tersebut dia

2011/2012 Page 8
telah ditukarkan ke SK Batu 38 bagi mengikuti sesi pembelajaran di kelas Pendidikan
Khas.

4.4 Instrumen Kajian

Bagi mengenalpasti jenis masalah pembelajaran sampel kajian (Ahmad Husaini)


dengan lebih jelas dan terperinci, saya telah menggunakan beberapa instrumen yang
difikirkan sesuai dalam usaha mengumpulkan data dan maklumat dengan tepat dan
lengkap seperti di bawah :

4.4.1 Soal selidik


Pengumpulan data melalui soal selidik diberi kepada murid bertujuan
mendapatkan gambaran awal berkenaan pencapaian murid tersebut dari aspek
tahap kebolehupayaan dan kekurangan bagi memghalusi matlamat kajian. Soal
selidik ini dijalankan dalam bentuk lisan dan tulisan juga turut cuba mengesan
kebolehan pengurusan diri sampel dari aspek tingkahlaku, sosioemosi, kognitif
dan lain-lain.

4.4.2 Pemerhatian
Proses pengumpulan data diteruskan dengan pemerhatian jangka pendek yang
telah saya lakukan sepanjang berada di dalam kelas tersebut. Instrumen
pemerhatian ini sangat penting dalam mengkaji perubahan tingkahlaku sampel
semasa mengikuti sesi p & p yang dijalankan. Dapatan pemerhatian ini dapat
direkodkan untuk mengenal pasti corak perubahan sikap dan tingkahlaku
sampel semasa bersama guru dan rakan-sekelas untuk dijadikan sumber
penelitian yang akan ditekankan nanti.

4.4.3 Temubual
Data pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan instrumen temubual
yang dijalankan melibatkan guru-guru kelas khas dan ibu bapa sample bagi
mendapatkan bayangan sebenar berkenaan tingkahlakunya. Pemilihan
instrumen temubual ini dibuat berasaskan usaha mengumpulkan maklumat
secara terperinci khasnya bagi individu yang sudah mengenali sample dengan
tempoh yang lama dan sebagai sumber yang rapat dengannya.

2011/2012 Page 9
4.6 Latar Belakang Murid

Nama : Ahmad Husaini bin Mabahwi

Tarikh Lahir : 28 Julai 2002

Tempat Lahir : Hospital Selayang

No Sijil Lahir : BA 11043

Umur : 10 Tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Warganegara : Malaysia

Bil. Adik beradik : Anak tunggal

Kategori Masalah : ADHD

Bahasa Pertuturan : Bahasa Melayu

2011/2012 Page 10
5. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
5.1 Apakah ADHD
Jenis ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah
di antara jenis ketidakupayaan yang tegolong dalam kumpulan masalah
permbelajaran. Menurut Jamilah (2005), hiperaktif ialah istilah yang digunakan untuk
kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku yang terlampau aktif dan mengganggu
selain masalah tumpuan yang sangat singkat. Istilah ini telah pun digunapakai dalam
bidang perubatan bagi melambangkan gangguan hiperkinetik yang serius dan
berpanjangan seperti menurut Kasmini Kassim (1992), yang menyifatkan sindrom ini
menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam, terlalu lasak, impulsif, resah, suka
merosakkan harta benda dan kemudahalihan perhatian.
Terdapat empat jenis kelainan tingkahlaku yag dikategorikan dalam ADHD ini iaitu: -

a) ADD (Attention Deficit Disorder)


b) ADD dengan impulsif
c) ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder)
d) ADHD dengan impulsif

ADHD dikategorikan gangguan pembelajaran dari sudut tumpuan dan perhatian yang
mudah terganggu dan berlaku secara berterusan serta berulang-ulang jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal lain.

5.2 Ciri-Ciri ADHD

Bagi tujuan mengklasifikasikan seseorang kanak-kanak itu adalah tergolong


dalam pengidap ADHD, beberapa ciri-ciri telah dikenalpasti sebagai rujukan awalan
dalam proses penilaian diagnosis. Terdapat beberapa simptom utama yang boleh
dilihat secara pemerhatian tingkahlaku terhadap kanak-kanak ini

Kanak-kanak penghidap ADHD pada kebiasaannya gagal untuk memberi


tumpuan kepada sesuatu situasi dan sering gagal dan lalai ketika melakukan sesuatu
aktiviti.oleh kerana kelalaian ini, maka risiko kekerapan mereka untuk melakukan
kesilapan terhadap sesuatu aktiviti yang sedang dilakukan sering berlaku akibat
kecuaian mereka.

2011/2012 Page 11
Mudah hilang tumpuan merupakan gejala yang nyata dan terserlah bagi kanak-
kanak yang disahkan mengidap gejala ADHD. Masalah ini dapat dilihat melalui
tumpuan mereka dalam pengajaran terutama semasa aktiviti yang memerlukan murid
berfikir berbanding aktiviti yang melibatkan penggunaan visual. Hal ini disebabkan
oleh kecelaruan otak kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan berfikir pada sesuatu
masa.

Berikutan dengan masalah mudah hilang tumpuan itu, murid sukar untuk
mendengar dan menerima arahan yang diberikan. Ini menyukarkan sesi pembelajaran
jika situasi ini berlaku di dalam kelas normal dan tanpa perhatian yang khusus,
menyebabkan murid keciciran dalam pelajaran. Kesan daripada mudah hilang
tumpuan itu menyebabkan kanak-kanak mudah lupa dan seterusnya pelbagai masalah
mungkin terjadi jika tiada tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Contohnya,
mereka mudah lupa untuk mengingat sesuatu pembelajaran dan tidak dapat mengikut
dan melakukan arahan yang diberikan dengan betul kerana sikap mudah lupa yang
murid ini miliki. Lebih malang lagi, mereka juga mudah kehilangan alat tulis dan buku
kerana sikap mudah lupa ini dan sikap pelupa ini memang sukar diubah kerana daya
ingatan mereka sangat lemah.

Kesukaran kanak-kanak ADHD ini juga menyebabkan mereka agak sukar


untuk menguruskan diri terutamanya untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Keperluan masalah ini memaksa guru memberi tumpuan yang lebih kepada murid
tersebut dengan mengawasi dan sebagai pemudahcara semasa murid dalam proses
menyiapkan tugasan.

Ketidakkonsisten emosi kanak-kanak ADHD sangat ketara jika dibandingkan


dengan murid lain. Kanak-kanak ini selalu ketawa, benci atau enggan mendengar
arahan dan memberi komtmen terhadap arahan dan tugasan yang diberi menyukarkan
aktiviti yang dijalankan. Mereka juga agak sukar mengawal pergerakan tubuh mereka
dari berdiam diri dan oleh sebab sikap ini, mereka dianggap pengacau utama dalam
sesi p & p yang dijalankan.

Kecelaruan otak untuk berfikir juga menyebabkan mereka mudah untuk


diganggu oleh unsur luar dan ini sebenarnya mempunyai hubungkaitnya dengan tahap
tumpuan mereka yang pendek itu. Gangguan luar itu seterusnya besar kemungkinan

2011/2012 Page 12
menjadi halangan kepada kepada murid untuk mengikuti aktiviti yang sedang
dirancang oleh guru jika tidak dikawal dan diawasi oleh guru yang sedang mengajar.

6. Proses Pengumpulan Maklumat

6.1 Proses Diagnosis

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat lagi berkenaan latar


belakang sampel, saya telah bertindak memilih dan menemubual ibu sampel sebagai
sumber yang paling rapat dengan sampel itu sendiri. Pentingnya proses temubual
bersama ibu sampel ini disebabkan ianya salah satu cara mengenali jenis gaya hidup
sampel bermula dari sebelum, semasa dan selepas kelahirannya. Temubual ini
dijalankan di dalam kelas Pendidikan Khas dengan izin ketua panitia Pendidikan Khas,
Cikgu Norizah selesai sahaja sesi persekolahan tamat. Puan Darwina (ibu sampel)
merupakan suri rumah sepenuh masa.

6.2 Sebelum Kelahiran

Berdasarkan sesi temubual tersebut, ibu sampel mengaku bahawa semasa


tempoh beliau mengandung, beliau tidak mengalami sebarang masalah yang rumit
seperti kebiasaanya yang ibu mengandung rasa contohnya rasa mual dan loya
keterlaluan, demam dan sebagainya. Dia juga tidak mengalami sebarang alahan dan
tidak pernah sekali mengambil ubat-ubatan dan datang membuat pemeriksaan di
Klinik Kesihatan Sabak Bernam mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh doktor
yang merawatnya. Beliau juga tidak pernah dimaklumkan akan kebarangkalian
kandungannya mengalami risiko atau masalah oleh doktor yang membuat rawatan
serta mengikut nasihat doktor bagi memastikan keselamatan kandungannya terjamin.

2011/2012 Page 13
6.3 Semasa Kelahiran

Melalui temubual ini, ibu sampel telah memaklumkan bahawa sampel telah
dilahirkan dengan cara pembedahan. Ini terpaksa dilakukan kerana secara tiba-tiba ibu
sample mengalami pendarahan (tumpah darah). Walaubagaimanapun, sampel akhirnya
selamat dilahirkan dengan cukup sifat pada jam 3.07 minit pagi di Hospital Selayang,
Selangor.

6.4 Selepas Kelahiran

Seperti bayi yang lain, sampel telah menerima beberapa rawatan dan suntikan
imunisasi untuk menghindarkan diri dari risiko serangan jangkitan penyakit.
Bagaimanapun, selesai saja ibu sampel selamat melahirkan bayinya melalui teknik
pembedahan, sampel terpaksa ditahan di dalam wad untuk tempoh yang panjang iaitu
sekitar 2 ke 3 minggu. Ini kerana sampel disyaki mengidap jangkitan demam kuning
yang agak teruk dan suhu badannya dikatakan tidak sekata. Untuk suatu tempoh yang
tertentu sehinggalah sample berumur 2 ke 4 tahun, sample dikatakan sebagai kanak-
kanak yang aktif dan sukar untuk dikawal pergerakannya. Tingkahlaku yang dianggap
perkara normal bagi kanak-kanak oleh ibu bapa sample ini akhirnya dapat dikesan
kelainannya oleh guru yang mengajar sampel sewaktu sampel bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Kampung Baru semasa berada di tahun 2. Melalui pemerhatian gurunya,
sampel telah disyorkan untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jammah, Sabak
Bernam, bagi mengenal pasti secara spesifik mengikut pandangan perubatan
berkenaan kesukaran mengawal tingkahlaku yang dilakukan oleh sampel. Melalui
beberapa pengujian dan didiagnosis oleh pakar yang berkenaan, sampel telah disahkan
mempunyai gejala ADHD dan bermasalah pembelajaran.

2011/2012 Page 14
7. Kepentingan Penilaian Diagnostik

Penialaian diagnostik merupakan suatu alat pengukuran yang digunakan untuk menilai
sejauh mana sesuatu kemahiran tertentu, kekuatan dan ketidakupayaan pelajar dan
diharapkan melalui dapatan pengukuran itu, guru dapat merancang beberapa aktiviti dan
program yang sesuai. Penilaian ini sangat bermakna bagi mengenalpasti kelebihan dan
keupayaan kanak-kanak terlibat selain dapat dimanfaatkan oleh guru untuk membuat
penambahbaikan terhadap sistem pengajaran bagi manfaat dan keperluan yang diperlukan
oleh murid terlibat. Melalui proses ini, guru dapat merancang program intervensi awal
khasnya untuk murid tersebut dan membuat cadangan penempatan berdasarkan
keupayaan mereka sendiri.

8. Penilaian Perkembangan

Menurut Abdul Rahim M. Ali (2007), perkembangan merupakan perubahan secara


kuantitatif yang berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat. Ianya juga dipengaruhi
oleh faktor baka dan persekitaran. Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa faktor
baka dan persekitaran amat mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak. Kesan ini dapat dilihat di mana melalui faktor baka dan persekitaran, potensi
kanak-kanak itu memberi impak besar terutamanyanya dari segi saiz fizikal, aspek mental,
sosial dan emosi mereka. Oleh itu, penilaian aspek perkembangan individu itu dilihat
berdasarkan skop perkembangan mereka seperti fizikal, kognitif, emosi, sosial,
peengurusan diri, bahasa dan komunikasi.

8.1 Emosi dan Sosial


Penilaian ini dilakukan melalui pemerhatian dan perubahan tingkahlaku sampel
semasa proses lawatan berlangsung. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak ADHD
mempunyai tahap emosi yang tidak menentu samada menjadi aktif dan kadangkala
menjadi pasif. Ini menjelaskan kepada kita bahawa kecelaruan otak untuk berfungsi
dengan baik menghalang kanak-kanak ini daripada mengawal tingkahlakunya sendiri.
Impaknya, murid akan sering diabaikan oleh ibu bapa kerana tidak mampu lagi
mengawal kelakuan kanak-kanak di rumah sementara di sekolah pula, mereka dilihat

2011/2012 Page 15
sebagai pengacau jika dibiarkan duduk belajar di kelas bersama kanak-kanak yang
normal.
Sampel memperlihatkan tingkahlaku mengganggu dengan bertindak
mengganggu rakannya yang lain untuk menyiapkan tugasa yang diberi selain kerap
membuat bising di dalam kelas. Namun begitu, sekiranya gurunya memberi amaran
dengan nada yang tinggi, sampel akan menangis dan menjerit dengan suara yang kuat
dan masih lagi dalam situasi yang mengganggu sesi p & p.
Sikap sampel yang suka mengganggu rakan-rakannya semasa menyiapkan
tugasan yang diberi ternyata berbeza bila diberi arahan oleh guru untuk menyiapkan
tugasannya sendiri. Perubahan ini dilihat apabila sampel telah bertindak untuk duduk
secara berasingan dan sedikit jauh dari rakan-rakannya yang lain, tetapi masih lagi
dalam keadaan membuat gangguan dengan bercakap tanpa henti. Sampel cuma akan
mendiamkan diri dalam tempoh tidak kurang daripada 5 minit dan berdasarkan
penerangan gurunya ketika saya ajukan perubahan sikap ini, gurunya menjelaskan
bahawa tingkahlaku itu menunjukkan sampel tidak tahu untuk menyiapkan tugasan
yang diberi.
Sampel semakin sukar dikawal terutamanya jika melibatkan aktiviti kumpulan
dengan bertindak mengganggu rakannya di dalam kelas. Sampel juga gagal memberi
kerjasama kepada guru dan rakan-rakannya terutama apabila diminta untuk melakukan
aktiviti pergerakan dan lebih suka melakukan aktiviti pergerakan sendiri tanpa
menghiraukan arahan guru.
Bagaimanapun, dari segi sosial, sampel dilihat sangat peramah dan sepanjang
beberapa tempoh berada di kelas tersebut, sampel selalu mencuri-curi peluang untuk
berkomunikasi dengan saya tanpa berasa segan silu dan asing. Sampel juga
mempunyai sikap yang peramah dengan rakan-rakannya meskipun kadangkala
bertindak kasar dengan mereka. Hal ini dilihat apabila sampel asyik memuji-muji
rakannya yang dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan hasil kerja yang
menarik.

8.2 Bahasa dan Komunikasi


Bahasa merupakan satu unit alat pertuturan bagi seseorang individu itu
menyampaikan sesuatu maksud berupa maklumat arahan, permintaan, ayat penyata,
pertanyaan dan sebagainya. Komunikasi pula merupakan jenis penyampaian bagi

2011/2012 Page 16
menyampaikan maksud sesuatu yang ingin dinyatakan kepada individu atau kumpulan
lain samada secara lisan, bertulis, memek muka, bahasa isyarat dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak yang dibuat, sampel didapati mempunyai
masalah komunikasi yang agak ketara dengan tahap penguasaan bahasa yang lemah.
Ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal lain atau pun rakan-
rakannya yang sama-sama mengikuti kelas pendidikan khas itu kerana pada tahap
umur 10 tahun, sampel masih gagal untuk menguasai perkataan yang mempunyai
imbuhan dan kadangkala tidak tahu untuk meyatakan sesuatu perkataan yang ingin dia
sampaikan. Aspek ini dapat dilihat apabila situasi sampel cuba bertanya tempoh waktu
yang sedang berlaku ketika itu dengan tidak dapat menyebut perkataan jam (objek)
dan bertindak menunjukkan isyarat pergelangan tangan.

8.3 Jagaan diri


Bagi aspek penjagaan dan pengurusan diri, sampel telah berjaya membuktikan
dia tidak memerlukan pengawasan dan bantuan individu lain contohnya ibu bapanya
dalam melakukan aktiviti rutin kebersihan diri seperti mandi, membuang air kecil dan
besar serta menyikat rambut. Sampel juga boleh melakukan aktiviti sama seperti
kanak-kanak lain seperti membeli makanan di kantin tetapi masih memerlukan
pengawasan gurunya dalam melakukan aktiviti luar contohnya aktiviti berkebun dan
senaman fizikal. Ini kerana aktiviti tersebut memerlukan sampel melakukan aktiviti
fizikal yang agak keras dengan penggunaan alatan pertukangan yang agak berbahaya
dan dikhuatiri tanpa pengawasan yang betul, sampel mungkin akan mendatangkan
kecederaan kepada murid yang lain.

2011/2012 Page 17
9. Intervensi
9.1 Intervensi Awal

Intervensi awal atau rancangan pemulihan merupakan satu pelan tindakan yang
dilakukan bagi mengatasi serba sedikit masalah ketidakupayaan kanak-kanak terhadap
sesuatu objektif secara lebih terperinci serta memperkayakan kemampuan dan
kelebihan kanak-kanak secara maksimum. Rancangan intervensi ini boleh boleh
dilaksanakan oleh guru dengan menyesuaikan jenis ketidakupayaan murid dengan
menekankan dua faktor dalam aktiviti iaitu mengenalpasti kelainan dan kecacatan
seawal mungkin dan menjalankan intervensi awal mengikut jenis masalah yang
dihadapi. Pentingnya dua faktor ini dititikberatkan kerana kadar pembesaran dan sikap
ingin tahu kanak-kanak di peringkat ini sangat tinggi dan perubahan ini sangat penting
bagi memastikan matlamat pendidikan dapat dicapai.

Enam garis panduan dan peranan pihak sekolah dari segi pengesanan awal
seperti yang dinyakan oleh Aminah Bee (2000), sangat menekankan aspek
kepentingan dan keperluan murid secara total. Guru kelas dilihat sebagai agen yang
sensitif dan peka untuk mengenalpasti kanak-kanak yang tidak dan kurang memberi
perhatian semasa proses p & p supaya langkah dan tindakan susulan yang sepatutnya
dapat dilakukan. Kepelbagaian jenis sikap dan masalah murid juga perlu diambil kira
terutamanya melibatkan kanak-kanak normal kerana berkemungkinan sikap negatif
mereka itu berlaku disebabkan masalah kelainan atau kecelaruan dalam otak. Justeru
itu, sebagai tindakan susulan awalan, adalah wajar bagi guru tersebut merujuk kepada
guru yang mempunyai latihan khusus dalam pendidikan khas bagi mengenalpasti
masalah sebenar murid.

Keperluan untuk melakukan pengujian dan saringan terhadap murid-murid


seawal dari tahun satu merupakan langkah asas bagi menentukan kebolehupayaan
untuk mengenal masalah pembelajaran murid. Hal ini mempunyai kaitan dengan
program KIA2M yang dijalankan sehingga setakat ini oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pengesanan awal secara berekod tentang kemampuan
murid dalam aspek menulis dan membaca. Oleh itu program intervensi yang sesuai
dapat dijalankan bagi mengelakkan implikasi yang lebih buruk lagi berlaku jika tiada
langkah pengesanan awal dibuat.

2011/2012 Page 18
Melalui intervensi awalan ini juga, ianya dapat memperlihatkan kerjasama di

antara guru di sekolah dan ibu bapa di rumah khususnyakesedaran dan penerangan

terperinci bagi mengendalikan anak-anak yang berkeperrluan khas ini. Ini kerana

kebanyakan ibu bapa bersikap lepas tangan dan menganggap kelainan tingkahlaku

anak itu sesuatu perkara yang normal dan kepercayaan sikap inilah perlu dihakis bagi

membantu kanak-kanak itu sendiri

9.2 Intervensi Akademik

Ibu bapa merupakan pihak yang sangat penting bagi melaksanakan dan

melancarkan rancangan intervensi yang berfokuskan kepada perkembangan mental

kanak-kanak. Ini termasuklah dengan keperluan ibu bapa membawa anak mereka

didiagnosis oleh pakar perubatan saperti doktor, agar mengetahui jenis dan tahap

perkembangan anak mereka selain memperoleh maklumat bermakna berkenaan

penjagaan anak yang berlainan keupayaan ini.

Dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa dan guru ini, maka beberapa jenis

sumber aktiviti terutamanya melibatkan terknik meransang daya ingatan, hafalan,

pengamatan dan latihan dapat dilakukan secara berterusan. Aktiviti yang

menggalakkan murid untuk berfikir seperti sesi soal jawab dan kepelbagaian aktiviti

berfokuskan kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) perlu ditekankan

berdasarkan tahap kemampuan murid agar perkembangan mental murid tidak kekal

rendah. Penjelasan ini menunjukkan betapa keperluan yang khusus sangat diperlukan

terhadap kanak-kanak yang terlibat bagi mengelakkan murid dapat mengikuti modul

pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.

2011/2012 Page 19
9.3 Cadangan Intevensi Bagi Sosial dan Emosi

Proses interaksi sangat penting bagi menggalakkan perkembangan sosial dan

emosi kanak-kanak denga positif. Keperluan itu memerlukan guru mempelbagaikan

jenis dan teknik perbualan terhadap kanak-kanak secara terkawal untuk melihat tindak

balas atau respon murid terhadap sesuatu interaksi itu. Beberapa langkah seperti

mewujudkan kumpulan kecil boleh dilaksanakan bagi menggalakkan proses

komunikasi semasa proses p & p sekaligus dapat mengawal sikap mengasingkan diri

kerana malu dengan ketidakupayaan diri mereka sendiri.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan nilai

sosial anak yang positif. Galakan ini dapat dilaksanakan melalui menjemput rakan-

rakan anaknya datang berkunjung ke rumah supaya proses interaksi itu kekal

berterusan. Pun begitu, jenis interaksi yang melibatkan sample diperhatikan dan

dirancang bagi mengelakkan proses interaksi itu sukar dikawal terutaanya bagi

mengelakkan jenis komunikasi yang negatif seperti makian, ejekan dan seumpamanya.

Dari sudut emosi, guru boleh memberikan pelbagai jenis peneguhan seperti

ganjaran dan pujian bagi tingkahlaku yang positif manakala teguran dan dendaan bagi

tingkahlaku yang negatif. Peneguhan ini sangat penting bagi menggalakkan murid

lebih bersemangat dan bersikap positif berdasarkan tingkahlaku mereka. Ganjaran

berupa hadiah, pujian atau tepukan boleh merangsang situasi yang bermakna kepada

murid jika dapat melakukan sesuatu dengan betul manakala peringatan dan dendaan

pula sebagai proses pengajaran kepada murid untuk tidak melakukan sesuatu

tingkahlaku yang bersifat negatif. Dengan cara ini, sampel akan berasa lebih dihargai

dan meransang mereka untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul serta tidak

mahu melakukan kesalahan secara berulang. Bagaimanapun untuk peneguhan bersikap

2011/2012 Page 20
teguran dan dendaan sewajarnya murid diterangkan mengapa sesuatu dendaan itu

terpaksa dilakukan supaya murid faham akan konsep sebenar dari tindakan guru itu.

Bagi mengurangkan gangguan dari masalah mungkin ditimbulkan oleh murid,

guru sangat memainkan peranan yang penting dalam proses kawalan kelas dengan

mewujudkan campur tangan bagi beberapa sitauasi. Ini dapat meransang hubungan

dan nilai emosi yag positif dan sampel akan faham akan konsep penghargaan dan

dendaan itu dengan lebih berhati-hati terhadap setiap tindak tanduk yang ingin

dilakukan bukan sahaja di sekolah, malahan di rumah.

Guru juga perlu lebih berperanan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondusif dan mempunyai elemen kasih sayang yang tinggi. Sehubungan dengan itu,

guru sendiri perlu lebih bersedia mempunyai nilai emosi dan mental yang bersifat

kasih sayang dan oleh mengadaptasikannya melalui proses p & p yang dijalankan.

Usaha mewujudkan hubungan yang erat di antara guru dengan murid sangat penting

bagi membantu proses kesedaran murid sendiri agar mengetahui adanya nilai kasih

sayang dari guru tersebut sekaligus meransang sikap yang lebih positif di dalam kelas.

2011/2012 Page 21
9.4 Cadangan Intervensi Bagi Kemahiran Motor

Pergerakan otor kasar yang lancar sangat penting bagi membantu murid

melakukan aktiviti yang bersifat memerlukan sedikit kerahan tenaga yang lebih. Ini

boleh dilakukan terutamanya semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani di

mana pergerakan lokomotor kasar perlu dirancang dan dimaksimumkan oleh guru.

Konsep ini perlu ditekankan selain dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan,

menarik dan menyeronokkan murid itu sendiri. Aktiviti berupa sukaneka dan

permainan kecil ini menggalakkan sample memaksimumkan lebihan tenaganya

(berdasarkan kes penghidap ADHD) dengan membuat aktiviti larian dan lompatan

secara bersungguh-sungguh.

Bagi skop pembelajaran motor halus pula, guru perlu lebih kreatif terutamanya

memilih teknik yang mudah supaya objektif kemahiran yang mahu dicapai dapat

dilaksanakan dengan mudah dan dikuasai sepenuhnya. Aktiviti ini memerlukan

koordinasi mata dan tangan yang selari dan serentak dan ianya boleh dilakukan

terutama semasa aktiviti berpusatkan kreativiti dan estetika. Aktiviti berupa melukis,

mewarna, mengikut garis dot dot, melipat dan membentuk origami, menampal dan

seumpamanya merupakan sokongan awal dalam membentuk kemahiran lokomotor

halus murid. Bagaimanapun bagi aktiviti yang memerlukan sampel memegang

peralatan tajam dan berbahaya seperti menggunting perlu dikawal dengan lebih ketat

bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, sokongan yang berterusan daripada pihak ibu bapa sangat perlu

bagi memastikan proses kemahiran ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa oleh

murid dan dapat dikekalkan kemahiran tersebut. Keperluan ini boleh dilaksanakan

melalui aktiviti kesinambungan murid iaitu dari aktiviti di dalam kelas hingga ke

rumah dan pengekalan ini memerlukan sokongan yang sepenuhnya dari ibu bapa.

2011/2012 Page 22
9.5 Cadangan Intervensi Bagi Aspek Bahasa, Komunikasi dan Pertuturan
Komunikasi merupakan medium penting dalam menyampaikan sesuatu itu agar
lebih mudah dan dapat difahami. Berdasarkan kes kajian, cadangan intervensi awal ini
perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap komunikasi dan aspek pengayaan bahasa
selain memastikan pertuturan mudah dan lancar tanpa sekatan dan halanagan. Oleh itu,
keperluan kerjasama di antara guru di sekolah dan ibu bapa di rumah perlu
ditingkatkan bagi menggalakkan perkembangan bahasa sampel ke tahap yang
optimum dan mengelakkan sampel terus mengekalkan sesuatu penggunaan bahasa
yang tidak tepat kekal berterusan.
Justeru itu, diharapkan dengan penggabungjalinan matlamat di antara guru dan
ibu bapa ini dapat memperbaiki tahap bahasa murid agar lebih bermakna dan
memperkayakan jenis penggunaan bahasa supaya murid dapat berkomunikasi dengan
lebih baik lagi. Ransangan berterusan ini juga boleh dilakukan dengan mewujudkan
kumpulan kecil semasa aktiviti dilakukan supaya proses komunikasi ini dapat
digalakkan melalui penglibatan murid lain melalui perbincangan dalam kumpulan.
Secara tidak langsung, sampel akan dapat menghakis rasa rendah dirinya kerana tidak
dapat menguasai bahasa dengan betul dan membantu sampel untuk melakukan dan
menyiapkan aktiviti yang diberi dengan mudah.
Bagi menggalakkan pertuturan secara formal di antara sampel, murid-murid
lain dengan guru, sistem penggiliran untuk menjadi ketua kelas boleh dilaksanakan.
Ini bermaksud semua murid berpeluang untuk menjadi ketua kelas dan proses ini
menggalakkan penggunaan ucapan dan bahasa yang sopan selain menimbulkan rasa
hormat dan berkeyakinan semasa bertutur.

2011/2012 Page 23
9.6 Cadangan Intervensi Bagi Jagaan Diri
Untuk memastikan kejayaan aspek ini mencapai objektif yang diinginkan,
ianya sangat memerlukan kerjasama yang sepenuhnya daripada ibu bapa murid sendiri
kerana tugas pengurusan diri ini kebanyakannya dilakukan di rumah. Penekanan ini
boleh dilakukan dengan menggalakkan sampel melakukan aktiviti secara sendirian
tetapi di bawah kawalan ibu bapa sekaligus mewujudkan semangat ingin berdikari
murid. Latihan penjagaan kesihatan dan kebersihan berupa mandi, memberus gigi,
mengguna dan membersihkan sangat penting bagi pemupukan nilai berdikari sampel.
Konsep latihan ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan diperkayakan
lagi dengan aktiviti lain seperti membasuh pinggan selepas makan sendiri, melipat
baju sehinggalah kepada penggunaan peralatan yang tajam seperti pisau, gunting dan
sebagainya.

2011/2012 Page 24
10. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Rancangan pendidikan individu (RPI) merupakan satu bentuk dokumen bertulis yang

dirancang terlebih dahulu oleh guru untuk seorang murid yang berkeperluan khas yang

dibuat pemerhatian berdasarkan jenis-jenis objektifnya sendiri. Ianya merupakan sejenis

alat dokumentasi bagi jenis pengubahsuaian dan penerapan yang ditumpukan untuk

keperluan murid.

Sistem pendidikan di Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada

tahun 2000 juga telah menggariskan kepentingan RPI sebagai modul penilaian konsisten

untuk seseorang sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

Mengikut pandangan Daniel et al. (1997), menyifatkan RPI sebagai satu kontrak

perjanjian tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan oleh guru untuk

murid semasa murid berada di sekolah.

Ringkasnya di sini, RPI ialah perjanjian dan persetujuan bertulis secara bersama di antar

guru dan ibu bapa murid bagi menentukan jenis, cara dan bagaimana keperluan yang

termaktub dalam terma yang terkandung dipenuhi.

10.1 Objektif Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Pengenalan modul RPI di dalam kelas pendidikan khas ialah untuk menguji tahap

pencapaian seseorang pelajar itu untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran yang

ditentukan terlebih dahulu oleh guru semasa p & p berlangsung. Untuk mencapai

matlamat tersebut, ianya telah dibuat secara berperingkat-peringkat di mana sasaran

objektif sesuatu yang ingin dinilai itu ditetapkan tempoh masanya secara beransur-

ansur. Dapatan itu akan direkod secara terperinci supaya penambahbaikan dapat dibuat

mengikut tertibnya.

2011/2012 Page 25
11. Kriteria Penilaian

Bagi menetapkan sesuatu pencapaian objektif yang hendak dicapai oleh murid dalam

sesuatu sesi pengajaran, guru perlu menetapkan terlebih dahulu kriteria tersebut

bersesuaian dengan murid atau sebaliknya. Ini memudahkan sesuatu rekod itu dibuat

berdasarkan aras perkembangan yang betul dan tepat.

12. Starategi Pengajaran

Berbeza dengan kelas pendidikan bagi kanak-kanak normal, strategi pengajaran dalam

kelas pendidikan khas tidak mempunyai keseragaman yang khusus kerana tahap kognitif

dan penaakulan murid di dalam kelas berbeza-beza. Hal ini memberi impak kepada guru

untuk terus mengikuti tahap perkembangan murid secara berterusan supaya penilaian dan

rekod dapat diperhatikan perkembangannya.

Oleh itu, tidak menghairankan jika dewasa ini peralatan elektronik berupa radio,

televisyen, pemain dvd dan lcd telah dibekalkan dan guru-guru telah mengaplikasikan

sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid khas. Ini

merupakan satu langkah dalam bentuk psikologi bagi menarik dan mengekalkan perhatian

dan tumpuan murid untuk terus mengikuti pembelajaran. Perkembangan teknologi telah

banyak diadaptasikan ke dalam slot sesuatu pengajaran supaya murid berminat untuk

mengikuti pembelajaran dalam suasana yang ceria dan kondusif. Sokongan peralatan

bantu mengajar merupakan salah satu cabang pilihan bagi guru untuk memastikan sesi p

& p mencapai objektif dan memberi makna kepada murid.

Pun begitu, penggunaan bahan bantu mengajar yang lain seperti kad perkataan, carta,

puzzle, bongkah dan sebagainya masih diperlukan bagi mewujudkan kepelbagaian jenis

pembelajaran murid supaya lebih mencabar. Keperluan bahan bantu mengajar seumpama

ini boleh membantu murid mengadaptasikan ke dalam kehidupan secara beransur-ansur.

2011/2012 Page 26
Kepelbagaian jenis aktiviti bagi meransang lokomotor halus dan kasar juga boleh

dipraktikkan sepenuhnya di dalam dan di luar kelas. Jelasnya di sini, aktiviti pergerakan

jari sangat diperlukan khasnya bagi membiasakan murid mempunyai daya menyelesaikan

sesuatu itu secara sendirian. Ini boleh dilihat melalui penggunaan bongkah, tali dan doh

sebagai medium utama dalam memperkuatkan lagi lokomotor halus jari kanak-kanak agar

lebih terbiasa dan kuat. Meskipun sistem pembelajaran ini lebih bersifat kepada bermain,

tetapi secara tidak langsung murid ini dapat mempraktikkan kebiasaan latihan aktiviti ini

sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran yang dikehendaki oleh guru.

2011/2012 Page 27
13. Kesimpulan

Melalui kajian ini, dapatlah dinyatakan bahawa kecelaruan tingkahlaku yang


melibatkan kanak-kanak ADHD memang sukar dikawal. Masalah-masalah yang boleh
dipertontonkan untuk pemerhatian ini ialah meliputi sikap tidak boleh duduk diam, kurang
memberi tumpuan, lasak, tidak dapat mengawal emosi, dan mudahnya tumpuan beralih ke
arah lain. Gangguan berupa ini sebenarnya perlu diberikan perhatian sepenuh oleh guru
dan ibu bapa dengan memberi bantuan berupa skongan tumpuan dan bimbingan secara
beransur-ansur bagi mengawal tingkahlaku mereka bagi mengelakkan mereka lebih sukar
dikawal.

Sehubungan dengan itu, keperluan untuk mendiagnosis kanak-kanak ini secara


terperinci perlu dilakukan seterusnya memudahkan guru sendiri untuk menempatkan
mereka di persekitaran kelas yang lebih sesuai berserta sistem pendidikan yang lebih
teratur dan khusus untuk kemampuan mereka sendiri. Oleh itu, guru perlu lebih peka
dengan kelainan sikap yang ditunjukkan murid walaupun pada dasarnya jika dilihat secara
mata kasar, kanak-kanak itu dilihat normal secara fizikal.

Penglibatan ibu bapa juga perlu dititikberatkan bagi memastikan usaha membantu
kanak-kanak tersebut dapat dicapai. Ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan
kerjasama di antara seseorang guru dengan murid itu amat penting dalam usaha mengawal
dan mengubah tingkahlaku kanak-kanak ini menjadi lebih terkawal.

Kajian ini juga menunjukkan proses intervensi awal sangat penting terhadap seseorang
murid itu bukan sahaja untuk memperbaiki amalan dan tingkahlaku yang negatif kepada
positif secara beransur-ansur, tetapi bagi meneguhkan dan memperkayakan jenis kekuatan
dan nilai positif ke arah yang lebih sempurna.

Kesimpulannya, keperluan kerjasama erat dan berterusan di antara guru, pihak


sekolah, pakar perubatan dan pihak ibu bapa sendiri secara berterusan sahaja yang dapat
membantu mengubah proses tingkahlaku murid ini agar lebih bermakna. Tanpa
usahasama dari pihak yang telah disebutkan, secara tidak langsung akan menjejaskan
tahap perkembangan kognitif, emosi, sosial, mental, bahasa dan komunikasi serta fizikal
sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak itu setelah dewasa kelak.

2011/2012 Page 28
14. Rujukan

Buku

1. Jamila KA. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
2. K.A Razhiyah. (2005). Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
3. Martin L. Kutscher. (2002). The ADHD. New York Medical College. White Plains :
New York.
4. M. Shahroni. (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. PTS Professional
Publishig Sdn. Bhd.

Jurnal

1. Jurnal Bahasa
2. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia

Majalah

1. ADHD Parents Medication Guide by American Academy of Child and Adolescent


Psychiatry and American Psychiatric Association
www.parentsmedguide.org/ParentGuide_English.pdf

Laman Web

1. http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/21/strategi-mengesan-masalah-pembelajaran-
murid/
2. http://medicastore.com/penyakit/3319/Attention_DeficitHyperactivity_Disorder_ADD_ADH
D.html
3. http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/08/tujuan-penilaian.html
4. http://www.upkkl.com/2011/04/pendidikan-khas-bermasalah-pembelajaran.html
5. http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest107249-1124556-test-strabala-
learning-disabilities-mini-lecture/
6. http://www.authorstream.com/Presentation/joeythibault-79257-Causes-ADHD-Students-
Learning-Disabilities-of-Education-ppt-powerpoint/

2011/2012 Page 29
5. Lampiran

2011/2012 Page 30
2011/2012 Page 31
2011/2012 Page 32
2011/2012 Page 33
Adik Ahmad Husaini (baju belang) di sebelah paling kanan

Adik Ahmad Husaini (duduk di kerusi) setelah diberi peneguhan negatif oleh gurunya.

2011/2012 Page 34
Kelihatan adik Ahmad (berbaju belang) sukar dikawal tingkahlakunya

Tingkahlaku Ahmad mula mendapat perhatian gurunya

2011/2012 Page 35
Fail kerja milik AhmadHusaini

Hasil kerja Ahmad yang telah ditampal di dinding oleh gurunya

2011/2012 Page 36
Hasil kerja Ahmad

Contoh senarai semak yang ingin diperhatikan

2011/2012 Page 37
2011/2012 Page 38
2011/2012 Page 39
2011/2012 Page 40
2011/2012 Page 41
2011/2012 Page 42
2011/2012 Page 43
2011/2012 Page 44
2011/2012 Page 45
2011/2012 Page 46
2011/2012 Page 47
2011/2012 Page 48

You might also like