You are on page 1of 4

PANDUAN PENGISIAN ABM PERJAWATAN 2019

SMKA SABK (MENENGAH)

1. Semua maklumat mestilah dibincangkan dan dipersetujui di peringkat


Pengurusan Tertinggi Sekolah.

2. Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab ke atas kesahihan data yang


diberikan dalam borang ini.

3. Pihak sekolah perlu memastikan semua maklumat dalam Modul Pengurusan


Guru (eOperasi) dan Modul Pengurusan Sekolah (EMIS) telah dikemaskini dan
maklumat tidak bercanggah.
Penting : Perlu diambil berat mengenai status keadaan bangunan dan
keadaan pendawaian bangunan dalam sistem EMIS.

4. Pada maklumat AKP, pihak sekolah perlu memastikan kumpulan yang betul
bagi jawatan Jumud (jika ada). Pastikan individu berkenaan ditagging dalam
kumpulan jawatan jumud, bukan jawatan hakiki.

5. Hanya kotak berwarna KUNING sahaja yang boleh diisi.

CARA PENGISIAN BORANG ABM PERJAWATAN 2019 :

A. DATA SEKOLAH

i. 2 – Kod Sekolah
Masukkan Kod Sekolah yang telah didaftarkan (tanpa jarak).

ii. 5 – Sebenar Sesi Persekolahan Tahun 2018


Satu sesi : pagi sahaja ATAU petang sahaja
Dua sesi : pagi DAN petang

iii. 6 – Cadangan Sesi Persekolahan Tahun 2019


Satu sesi : pagi sahaja ATAU petang sahaja
Dua sesi : pagi DAN petang

iv. 7 – Pusat Akses (Disahkan Oleh BTP)


Ada : telah mendapat kelulusan oleh BTP
Tiada
v. 8 – Bahasa Cina KSSM
Ada
Tiada

vi. 11 – Bil. Makmal Sains Tulen Operasi Tahun 2018


Bilangan makmal yang digunakan untuk Sains Tulen
(Biologi/Kimia/Fizik) yang beroperasi bagi tahun 2018.

vii. 12 – Bil. Makmal Sains Am Operasi Tahun 2018


Bilangan makmal yang digunakan untuk Sains Am (selain
Biologi/Kimia/Fizik) yang beroperasi bagi tahun 2018.

viii. 13 – Bil. Bilik Darjah Tahun 2018 (Fizikal)


Bilangan Bilik Darjah yang wujud bagi tahun 2018.

ix. 14 – Bil. Kelas Beroperasi Tahun 2018


Bilangan Bilik Darjah yang beroperasi bagi tahun 2018.

x. 16 – Bil. Makmal MPV Operasi Tahun 2018


Bilangan Makmal MPV yang beroperasi bagi tahun 2018.

xi. 17 – Bil. Penghuni Asrama (Murid Khas sahaja)


Bilangan penghuni asrama pada tarikh semasa bagi Murid
Berkeperluan Khas sahaja (hanya ada di SMKA Melor, Kelantan
sahaja).

xii. 18 – Bil. Penghuni Asrama termasuk Tingkatan 6 dan STAM


Bilangan penghuni asrama pada tarikh semasa termasuk murid
Tingkatan 6 (STPM/STAM).

xiii. 19 – Kenderaan (Didaftarkan tidak lebih daripada 18 tahun)


Bilangan kenderaan. Ciri-ciri kenderaan yang boleh diisytihar :
i. didaftarkan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
ii. dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
iii. bawah 18 tahun; dan
iv. berkeadaan baik dan jarang mengalami kerosakan.

xiv. 20 – Bil. Kelulusan Surat Setuju Terima (SST)


Surat Setuju Terima bagi Bekalan Makanan Bermasak Asrama
yang telah diluluskan KPM
Penting : Kapasiti asrama adalah mengikut Surat Setuju Terima
(SST) yang terkini bukan bilangan had maksimum murid asrama
yang boleh ditempatkan. SST perlu dibawa semasa sesi
pembentangan ABM Perjawatan.
xv. 21 – Bil. Pindaan Tambahan SST (Belum ada kelulusan jika ada)
Surat Setuju Terima bagi Bekalan Makanan Bermasak Asrama
yang yang telah/akan dipohon untuk pindaan tetapi belum
mendapat kelulusan.

B. BIL. KELAS DAN MURID TAHUN 2019 HINGGA TAHUN 2020

i. Masukkan data kelas dan murid pada tarikh sebenar 15 Februari 2018,
anggaran penambahan murid, cadangan 2019 dan cadangan 2020
bagi Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan
6.
ii. Masukkan jumlah kelas berukuran 3 bay atau kurang 3 bay; dan jumlah
kelas terapung (kelas yang diwujudkan di tempat sementara seperti di
dewan, makmal, perpustakaan dan lain-lain kerana kekurangan bilik
darjah).

C. BIL. KELAS DAN MURID MATA PELAJARAN TEKNIKAL (MPT) TAHUN


2019 HINGGA TAHUN 2020

Masukkan data kelas dan murid Mata Pelajaran Teknikal pada tarikh sebenar
15 Februari 2018, cadangan 2019 dan cadangan 2020.

D. BIL. KELAS DAN MURID MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) ,


SAINS KOMPUTER (ICT) DAN REKA CIPTA TAHUN 2019 HINGGA
TAHUN 2020

Masukkan data kelas dan murid Mata Pelajaran Vokasional (MPV), Sains
Komputer (ICT) dan Reka Cipta pada tarikh sebenar 15 Februari 2018,
cadangan 2019 dan cadangan 2020.

E. BIL. KELAS DAN MURID MATA PELAJARAN BAHASA


ANTARABANGSA TAHUN 2019 HINGGA TAHUN 2020

Masukkan data kelas dan murid Mata Pelajaran Bahasa Antarabangsa pada
tarikh sebenar 15 Februari 2018, cadangan 2019 dan cadangan 2020.
F. MAKLUMAT KENDERAAN KPM DAN BUKAN KPM

Masukkan maklumat kenderaan yang dimiliki. Data kenderaan KPM mestilah


sama dengan data pada Bahagian A Perkara 19.

G. ALIRAN KELAS

Masukkan bilangan kelas bagi aliran tingkatan 4 hingga 6.

H. ULASAN PENTADBIR

Masukkan ulasan pentadbir.

I. PERJAWATAN GURU MENGIKUT NORMA PERJAWATAN SEDIA ADA


TAHUN 2019 HINGGA TAHUN 2020

Rumusan perjawatan guru mengikut norma bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

You might also like