You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI ( 1 )


BATU 3 ¾ JALAN SUNGAI BESI
57100 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-79835869 Faksimili : 03-79835863

Ruj. Kami: SKJSB1.100-7/1/7/ ( )


Tarikh : 6 OGOS 2018

YB Fong Kui Lun,


Pejabat Ahli Parlimen,
8A, Lorong Brunei 2,
Off Jalan Pudu,
5100 Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

PROJEK PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR SK JALAN SUNGAI BESI 1.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 1 sedang
menjalankan projek pembangunan sukan bola tampar.

2. Untuk makluman Yang Berbahagia Dato’, sekolah ini yang terletak di bawah Parlimen
Bukit Bintang mempunyai sebuah gelanggang serbaguna terbuka yang diperbuat daripada simen
dan sangat sesuai untuk digunakan dalam membangunkan sukan bola tampar di sekolah ini. Akan
tetapi, pihak sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam usaha melaksanakan program
ini memandangkan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) yang diberikan oleh pihak kementerian
kepada sekolah adalah terhad.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati untuk memohon sumbangan berupa peralatan
atau wang tunai daripada Yang Berhormat dalam menjayakan hasrat murni ini. Antara peralatan
yang sangat diperlukan adalah seperti berikut;

1. Bola Tampar – 20 biji (Molten V4M3500)


2. Jaring bola tampar – 1 unit (Molten Volleyball Net – GTO)

4. Pihak kami sangat berbesar hati atas keprihatinan pihak tuan dalam meluluskan sumbangan ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan EN OTHMAN B LEMAN (013-3986476)
atau EN MUHAMMAD FAIZ BIN ISAHAK (010-3710903). Segala kerjasama yang diberikan
oleh pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

………………………… ……………………………..
(RAHIMAH BT PEAAI@MOHD PIEH) (ABD. WAHAB B ISMAIL)
Guru Besar, Yang Dipertua PIBG
SK Jalan Sungai Besi 1. SK Jalan Sungai Besi 1.

You might also like