You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA

Jalan Desa Bakti, Taman Desa, 58100 KUALA LUMPUR


Tel : 03-79823058 Fax : 03-79847314
Laman Web : http://www.smktamandesa.edu.my

Ruj. kami : SMKTD.800-2/5/1 (1)


Pn Chung Chai Yin Tarikh : 27 OKTOBER 2018
Pengerusi,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
SMK Taman Desa,
Kuala Lumpur.

Y.Bhg. Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN PIBG SEMPENA PROGRAM SELEPAS


PEPERIKSAAN TINGKATAN PERALIHAN, 1 DAN 2, 2018.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, program selepas peperiksaan akan diadakan seperti


ketetapan berikut :
Tarikh : 1 November-23 November 2018
Masa : 1.10 t/hari hingga 6.50 petang
Tempat : Padang SMK Taman Desa, Kuala Lumpur.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik dan sumbangan daripada PIBG
sebanyak RM 500.00 untuk menampung bagi melaksanakan program selepas peperiksaan.
Bersama ini disertakan kertas kerja dan anggaran perbelanjaan untuk rujukan pihak tuan.

4. Segala kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan adalah amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………
(EN SALBANI BIN SHAMSURI)
Penolong Kanan Petang,
SMK Taman Desa,
Kuala Lumpur.

You might also like