You are on page 1of 3

Personal development planning

From Wikipedia, the free encyclopedia

Personal development planning is the process of creating an action plan based on


awareness, values, reflection, goal-setting and planning for personal development within the
context of a career, education, relationship or for self-improvement.

The PDP (personal development plan), also called an IDP (individual development plan) or a
PEP (personal enterprise plan), usually includes a statement of one's aspirations, strengths or
competencies, education and training, and stages or steps to indicate how the plan is to be
realized. Personal development plans may also include a statement of one's career and
lifestyle priorities, career positioning, analysis of opportunities and risks, and alternative
plans (Plan B),and a curriculum vitae (CV).

In higher education, personal development plans typically include a portfolio containing


evidence of the skills gathered over a particular timeframe. It is presumed[by whom?] in
education that undertaking PDPs will assist in creating self-directed independent learners
who are more likely to progress to higher levels of academic attainment. Human-resource
management also uses PDPs.

Personal development plans are often[quantify] a requirement for employee CVs. Employees
who participate in business training are often asked[by whom?] to complete a personal
development plan.

An individual can often[quantify] develop a five-year personal development plan to organize


personal goals and to make them achievable within a certain[which?] time-period.
Program Imersif Tinggi (HIP):
Pelaksanaan & Jenis Aktiviti Yang Terlibat
Apakah Program Imersif Tinggi (HIP)?

Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah
dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di
sekolah.

Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis
Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP
(BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan
bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran
dan penggunaan bahasa Inggeris.

Adakah HIP suatu program baharu?

Tidak, ianya bukan sebuah program baharu, malah ia merupakan pengukuhan terhadap
pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Apa yang berbeza adalah pelaksanaan HIP. Pendekatan yang digunakan adalah untuk
memberi kuasa kepada sekolah, dilaksanakan oleh sekolah dan untuk sekolah. Sekolah-
sekolah akan dibekalkan dengan sarana sebagai panduan untuk melaksanakan perancangan
aktiviti yang lebih komprehensif, berdasarkan latar belakang dan keupayaan mereka. Sarana
ini akan mengandungi contoh-contoh amalan terbaik dari sekolah-sekolah yang telah
melaksanakan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.

Tambahan pula, satu mekanisme sokongan akan dibina bagi menggalakkan sekolah- sekolah
untuk berkongsi, belajar dan memberi galakkan antara satu sama lain dalam melaksanaan
aktiviti pengayaan bahasa Inggeris.

Mengapa kita perlukan HIP?

Walaupun Pekeliling pada tahun 1999 telah menyatakan bahawa sekolah-sekolah


dikehendaki melaksanakan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris, Kementerian mengakui
bahawa kejayaan pelaksanaannya adalah berbeza-beza di antara sekolah-sekolah di negara
ini. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kefahaman dan pengetahuan
pengoperasian yang pelbagai.

Oleh itu, HIP diperkenalkan untuk menyediakan satu mekanisme sokongan seperti
pembelajaran di antara rakan setugas, sokongan oleh jurulatih, pegawai pendidikan daerah
dan negeri, sarana yang mempertimbangkan pelbagai peringkat kesediaan dan tahap
penglibatan ibu bapa dan masyarakat.
Apakah jenis aktiviti-aktiviti yang boleh sekolah laksanakan?

Sarana HIP mengandungi menu pilihan aktiviti-aktiviti sekolah yang boleh digunakan
mengikut tahap kesediaan mereka. Aktiviti-aktiviti dikategorikan kepada Dalam Kelas, Luar
Kelas dan Kelas Tambahan. Sekolah-sekolah boleh memilih daripada senarai aktiviti-aktiviti
pilihan, dan bebas untuk melaksanakan satu atau lebih aktiviti.

Aktiviti-aktiviti ini adalah contoh yang diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara,
sekolah bandar dan juga luar bandar. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut
kesesuaian adalah bercerita, satu perkataan sehari, nyanyian dengan pergerakan serta
pembentangan dalam perhimpunan mingguan dan menggunakan bahasa Inggeris semasa Hari
Guru atau pelbagai majlis di sekolah.

Sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka tersendiri yang kreatif
dan tidak terdapat dalam sarana tersebut. Jika aktiviti-aktiviti tersebut terbukti berkesan,
mereka boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam sarana pada masa hadapan
sebagai amalan terbaik

Apa yang akan berlaku kepada aktiviti-aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia ada
yang sedang dilaksanakan?

Sebarang aktiviti pengayaan bahasa Inggeris sedia ada boleh diteruskan dan dirangkumi di
bawah program HIP.

Sekolah digalakkan untuk terus melaksana dan meningkatkan aktiviti pengayaan bahasa
Inggeris sedia ada jika ia telah mencapai kejayaan dan menghasilkan keputusan yang baik.

Walau bagaimanapun, HIP ingin memperlihat sekolah-sekolah untuk memantapkan lagi


pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta memperkenalkan aktiviti dengan lebih banyak dan hebat
untuk sentiasa meningkatkan tahap pencapaian.

Bagaimanakah HIP menyokong dasar pendidikan?

HIP adalah sejajar dengan Aspirasi Murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
di mana PPPM memberi sokongan kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran
dwibahasa untuk meningkatkan daya saing di peringkat global. Anjakan ke-2 di bawah PPPM
memastikan setiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, dan juga
menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa ketiga sebagai tambahan.

You might also like