You are on page 1of 43

iii

AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


(KHB) SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

MOHD NAJIB BIN SAHER

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2015
vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan
pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan serta
keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup sekolah menengah harian daerah Batu
Pahat. Kajian berbentuk kuantitatif dilaksanakan di empat buah sekolah menengah harian
daerah Batu Pahat iaitu SMK Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn dan
SMK Seri Gading. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar tingkatan dua yang
mengambil matapelajaran KHB dan data dikumpul menggunakan instrumen borang soal
selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Winsteps Version 3.69.1.11
dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch sepenuhnya. Data dianalisis menggunakan
teknik analisis diskriptif dan analisis inferensi iaitu ujian-t bagi menguji hipotesis kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengurusan keselamatan di bengkel
diamalkan secara sederhana bagi ketiga-tiga aspek tersebut. Terdapat perbezaan yang
signifikan di antara pelajar di bandar dan luar bandar iaitu t=-4.08 dan p=0.000 di mana
nilai min ukuranya pula ialah -.19. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
penambahbaikkan seperti mengadakan kempen kesedaran dan menyediakan sudut
standard operasi amalan pengurusan keselamatan agar pelajar sentiasa mematuhi
peraturan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup.
vii

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the perception of three main constructs of safety
management practices tools and materials, self, others, and general safety practices in
Life Skills workshop day secondary schools in Batu Pahat. A total of 350 form two
students who took subjects Living Skills in four secondary schools in Batu Pahat, SMK
Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn and SMK Seri Gading has been
selected as respondents. The method of research is quantitative research and pilot studies
have been conducted to evaluate the reliability and suitability of instruments developed.
A total of 44 items in the survey questionnaire to be answered by the respondents and
results were analyzed using Winsteps Version 3.69.1.11 with Rasch Measurement Model
approach. A descriptive analysis of Min scores and Min Size is used to identify the
perceptions of students and inferential analysis of t-test to assess differences in safety
management practices between rural and urban schools. The findings indicate that the
safety management practices in workshops practiced by the students at the intermediate
level for all three of these constructs. There are significant differences between security
management practices adopted by students in urban and rural areas, t = -4.08 and p =
0.000 where the min size is -.19. Several suggestions were made for improvements such
as an awareness campaign and provides standard corner operation safety management
practices that students always comply with current regulations.
viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i


PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK iii
ABSTRAK vi
KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN 1
1. 1 Pendahuluan 1
1. 2 Latarbelakang masalah 4
1. 3 Penyataan masalah 7
1. 4 Objektif kajian 8
1. 5 Persoalan kajian 9
1.6 Hipotesis 9
1. 7 Kepentingan kajian 10
1. 8 Skop kajian 11
1. 9 Batasan kajian 11
1. 10 Kerangka kajian 11
1. 11 Definisi istilah 14
1. 12 Kesimpulan 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Kajian lepas 18
2.2.1 Faktor kelengkapan alatan dan bahan
di dalam bengkel dan kepentinganya 18
2.2.2 Faktor pengurusan di dalam
bengkel dan kepentinganya 20
2.2.3 Faktor persekitaran di dalam
bengkel dan kepentinganya 22
2.3 Pengurusan bengkel 23
2.3.1 Pengurusan keselamatan bahan dan peralatan 24
2.3.2 Pengurusan stor 25
2.3.3 Pengurusan stok dan inventori 26
2.3.4 Pengurusan keselamatan am 27
2.4 Keselamatan di bengkel 27
2.4.1 Pengamalan keselamatan di bengkel 29
2.4.2 Peraturan dan tanggungjawab keselamatan
diri dan rakan di bengkel 30
2.5 Kesimpulan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pendahuluan 32
3.2 Rekabentuk kajian 33
3.3 Kerangka operasi 34
3.4 Lokasi kajian 35
3.5 Populasi dan sampel 35
3.6 Instrumen kajian 36
3.6.1 Soal selidik 37
Bahagian A : Ciri demografi responden 37
Bahagian B : Keselamatan alatan dan bahan 38
Bahagian C : Keselamatan diri dan rakan 38
Bahagian D : Keselamatan am 38
3.7 Kesahan muka dan kandungan 38
3.8 Kaedah pengumpulan data 39
3.9 Kajian rintis 39
3.10 Dapatan analisis kajian rintis 40
3.10.1 Kebolehpercayaan dan indeks pengasingan 40
3.10.2 Pemeriksaan terhadap polariti item 43
3.10.3 Kesesuaian item (item fit) 45
3.10.4 Pengukuran nilai kolerasi residual terpiawai 47
3.11 Analisis data kajian sebenar 48
3.12 Rumusan 50

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 51

4.1 Pendahuluan 51
4.2 Analisis persoalan kajian pertama 52
4.3 Analisis persoalan kajian kedua 53
4.4 Analisis persoalan kajian ketiga 54
4.5 Analisis persoalan kajian keempat 55
4.5.1 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan
konstruk keselamatan alatan dan bahan
mengikut item 56
4.5.2 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan
konstruk keselamatan diri dan rakan mengikut item 58
4.5.3 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan
konstruk keselamatan am mengikut item 59
4.6 Rumusan 61

BAB 5 DAPATAN KAJIAN 62

5.1 Pendahuluan 62
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Persoalan pertama 64
5.2.2 Persoalan kedua 66
5.2.3 Persoalan ketiga 69
5.2.4 Persoalan keempat 71
5.3 Kesimpulan 72
5.4 Cadangan 73
5.5 Cadangan kajian lanjutan 74
5.6 Penutup 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN
ix

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka kajian 12


Rajah 2.1 : Model kompetensi Iceberg Spencer
& Spencer (1993) 21
Rajah 3.1 : Kerangka operasi : Carta aliran kajian 34
x

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 : Populasi dan sampel kajian 35


Jadual 3.2 : Pemarkahan item-item Skala Likert 37
Jadual 3.3 : Cadangan pemilihan sampel
oleh Linacre (2005) 40
Jadual 3.4 : Interpretasi skor Alpha Cronbanch 41
Jadual 3.5 : Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach)
bagi kajian rintis yang dijalankan 41
Jadual 3.6 : Nilai kebolehpercayaan responden yang boleh diukur 42
Jadual 3.7: Nilai kebolehpercayaan item yang boleh diukur 43
Jadual 3.8 : Pemeriksaan polariti item 44
Jadual 3.9 : Kesesuaian item 46
Jadual 3.10 : Jumlah item yang kekal dan digugurkan 47
Jadual 3.11 : Interpretasi Min Skor 48
Jadual 3.12 : Objektif, Persoalan, Pendekatan dan
kaedah analisis kajian 49
Jadual 4.1 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk
amalan pengurusan keselamatan alatan dan bahan 52
Jadual 4.2 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk
amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan 53
Jadual 4.3 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk
amalan pengurusan keselamatan am 54
Jadual 4.4: Perbezaan amalan pengurusan ketiga-tiga konstruk
iaitu keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan-rakan
dan am mengikut item bagi sekolah bandar
dan luar bandar 55
Jadual 4.5: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk
keselamatan alatan dan bahan mengikut item 56
Jadual 4.6: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk
keselamatan diri dan rakan-rakan mengikut item 58
Jadual 4.7: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk
keselamatan am mengikut item 59
Jadual 4.8: Perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel
di antara bandar dan luar bandar 60
xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A : Carta Gantt


LAMPIRAN B : Borang soal selidik
LAMPIRAN C : Jadual Krejcie dan Morgan
LAMPIRAN D: Pengesahan soal selidik
LAMPIRAN E: Surat memohon kebenaran menjalankan kajian dari
EPRD dan JPNJ
LAMPIRAN F: Surat memohon kebenaran menjalankan kajian dari
sekolah
LAMPIRAN G: Laporan teknikal
xi

SENARAI SINGKATAN

NOISH - National Institute for Occupational Safety and Health


PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
OSHA - Occupational Safety and Health Act
JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
ERT -Ekonomi Rumah Tangga
KMT -Kemahiran Manipulatif Tambahan
KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia
OSH - Occupational Safety and Health
PERKESO -Pertubuhan Keselamatan Sosial
PdP -Pengajaran dan Pembelajaran
1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang dilaksanakan di sekolah


menengah adalah merupakan matapelajaran yang menekankan kemahiran asas secara
teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian
dengan penuh sistematik.
Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada dua iaitu
bahagian teras dan pilihan. Bahagian teras terdiri daripada beberapa komponen iaitu
Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib
dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan pula ialah Kemahiran
Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Secara
keseluruhanya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah berkonsepkan hands
on dan secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan penggunaan alatan dan bahan
serta kerja amali di bengkel. Bengkel adalah sebuah bilik yang mempunyai kelengkapan
peralatan dan bahan yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran (Zainudin & Rosini, 2010).
Segala kerja amali dan ujian yang dijalankan di dalam bengkel adalah
sebahagian daripada penterjemahan kepada teori dan formula yang disampaikan di
dalam sesi pembelajaran secara teori (Samsul, 2001). Proses pengajaran dan
2

pembelajaran (PnP) di sekolah menuntut guru untuk mengkolaborasikan konten


pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bengkel secara holistik semasa proses
penerapan ilmu dijalankan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Zainudin
& Rosini, 2010). Di samping guru Kemahiran Hidup Bersepadu yang sediakala
mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kerja kayu dan logam, elektrik
dan elektronik, pertanian dan sebagainya, para guru Kemahiran Hidup Bersepadu juga
perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bengkel kerana
ketiadaan pembantu makmal sejak matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
diperkenalkan pada tahun 1991.
Pengetahuan tentang pengurusan bengkel adalah salah satu faktor yang
menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu. Kesalahan dan kemalangan di dalam sesuatu pekerjaan lebih banyak
dilakukan oleh mereka yang kurang mendapat latihan dalam bidang tugasnya (Longley,
1969). Setiap latihan yang dilalui dan dipelajari akan menghasilkan pembelajaran dari
segi kemahiran, ilmu dan sikap di mana pengamalan ilmu yang telah diperolehi akan
membawa ke arah kecemerlangan dan manfaat kepada pengamalnya (Charles, 1998).
Faktor ini amat penting kerana sekiranya bengkel tidak diurus dengan betul dan guru
Kemahiran Hidup Bersepadu kurang berpengetahuan tentang pengurusan bengkel akan
menyebabkan bengkel tidak dapat diselenggara dan diuruskan dengan berkesan (Asnul
Dahar & Nurul Faezah, 2011).
Pengurusan bengkel yang tidak mengikut standard operasi akan menyebabkan
berlakunya kecelakaan seperti kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Terdapat
pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan seperti faktor
persekitaran sosial, kesalahan manusia, tindakan tidak selamat, kemalangan dan
kecederaan (Heinrich, 1980). Pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu bukan
sahaja hanya tertumpu kepada aspek pengemaskinian peralatan selepas digunakan
malah ianya boleh disifatkan lebih menyeluruh di mana guru Kemahiran Hidup
Bersepadu perlu mendokumentasikan segala aktiviti di dalam bengkel termasuk
penyediaan informasi rasmi, bukti atau rekod perjalanan sesebuah makmal, maklumat
peralatan kelengkapan samada ianya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3

atau pun tidak (Asnul Dahar & Nurul Faezah, 2011). Perkara tersebut penting dan perlu
dilakukan oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu kerana ianya akan memudahkan
proses penyelenggaraan, inventori audit dan tambah nilai kepada pengurusan makmal
yang sedia ada di sekolah.
Pendokumentasian dalam pengurusan bengkel yang lebih sistematik amat
penting kerana ianya akan menjadi rujukan perkembangan pengurusan dari semasa ke
semasa. Kaedah penyusunan alatan dan bahan menggunakan label adalah menjadi
keutamaan dalam pengurusan bengkel kerana ianya bersesuaian dan memudahkan
proses pemahaman para pelajar dalam menguruskan alatan dan bahan setelah
digunakan.
Pelajar dapat memahami dan mempelajari alatan dan bahan secara terus serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan pantas (Mohd
Hazwan, 2009). Guru perlu memainkan peranan dalam usaha merancang pengalaman
dan pembelajaran yang sejajar dengan keperluan keselamatan dan menyediakan ruang
serta peluang untuk para pelajar membina sikap yang positif terhadap keselamatan
mereka di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Aspek pengurusan bengkel ini
perlu dipraktikkan oleh semua guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu
terutama guru yang mengajar di sekolah menengah harian kerana keterlibatan
pelajarnya yang ramai dan memerlukan satu pengurusan yang lebih sistematik dan
teratur. Pengurusan bengkel di sekolah menengah kebangsaan harian kebiasaanya
dilakukan mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Sekolah ialah satu entiti, organisasi mahupun institusi yang melaksanakan
aktiviti mengurus, mengajar dan mendidik (Wagiman, 2002). Berdasarkan data KPM,
jumlah sekolah menengah kebangsaan harian di Malaysia pada masa kini adalah
sebanyak 2,350 buah dan semua sekolah tersebut ada menawarkan matapelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu. Setiap sekolah tersebut seharusnya menguruskan makmal
atau bengkel Kemahiran Hidup mengikut prosedur atau ketetapan yang telah ditetapkan
oleh pihak kementerian agar keselamatan bengkel terjamin untuk kegunaan para pelajar
dan ia selaras dengan Longley (1969) yang menyatakan bahawa wakil kepada majikan
4

atau penyelia perlu tahu dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan kepada sesebuah bengkel.
Dalam situasi di sekolah, pihak pentadbir dan guru perlu memastikan segala
aspek keselamatan di dalam bengkel dipatuhi agar ianya memenuhi kehendak dan
keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan bertepatan dengan konsep
“sekolah selamat”. Menurut The National Education Assosiation (1996) sekolah
selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta
tingkahlaku yang sihat serta dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan
pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibubapa dan masyarakat ke arah yang
lebih bermakna. Apabila persekitaran pembelajaran yang wujud di sekolah berada
ditahap yang membanggakan secara tidak langsung ianya akan mengubah persepsi
pelajar untuk minat dan suka datang ke sekolah.
Persepsi pelajar terhadap pengurusan dan amalan di dalam bengkel akan
memberi kesan terhadap kemajuan dan perkembangan dalam keputusan matapelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu. Motivasi dalaman boleh mendorong pelajar menjadi
tekun belajar bagi memenuhi keinginannya untuk memperolehi kepuasan dirinya
setelah berjaya mengikuti aktiviti-aktiviti tertentu (Suradi Salim,1987). Pengurusan
bengkel atau makmal yang dibuat mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh
pihak kementerian akan menimbulkan perasaan selamat dalam kalangan pelajar dan
menyebabkan rasa minat untuk hadir ke sekolah.
Sekolah yang berkesan mestilah sekolah yang selamat dan sekolah yang selamat
perlu menjadikan sekolah itu efektif (Mahmood, 1993). Sehubungan dengan itu perlu
diberi penekanan kepada aspek pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu yang
lebih sistematik dan tersusun agar minat pelajar untuk belajar akan sentiasa membugar
dari semasa ke semasa dan maju di masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat pelbagai potensi dan risiko bahaya yang boleh berlaku di dalam bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Risiko tersebut berkemungkinan akan
5

menyebabkan berlakunya kecederaan, kehilangan upaya mahupun kematian. Faktor


keselamatan perlu dititikberatkan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jumlah
kemalangan yang berlaku di bengkel mahupun di tempat kerja. Keselamatan boleh
ditakrifkan sebagai kebebasan dari sebarang kecelakaan, kesakitan, kecederaan
mahupun ketakutan yang mana ianya perlu ditangani dan diambil berat oleh semua
pihak (Loganathan, 2008). Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk bertindak dan
mengumpul data bagi melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengurangkan
kadar kemalangan yang membabitkan pekerja (Kementerian Sumber Manusia, 2010).
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani masalah kemalangan ataupun
yang berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja namun kadar kemalangan di negara
kita masih berada ditahap yang agak membimbangkan.
Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2011) dalam laporan
berkaitan kemalangan pekerjaan mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut, kadar
kes kemalangan yang berlaku di sektor pekerjaan dan melibatkan kehilangan nyawa
dari tahun 2007-2010 menunjukkan sektor yang paling tinggi mencatat kadar
kemalangan di tempat kerja ialah di sektor pembinaan iaitu berjumlah 323 kes dan ia
bukan sahaja mencatat kadar yang tertinggi pada tahun 2010 malah berlaku pada setiap
tahun dari 2007 sehingga 2010. Ini diikuti dengan sektor pengilangan iaitu berjumlah
sebanyak 277 kes, kemudahan 63 kes dan yang terakhir sekali ialah sektor
perlombongan iaitu berjumlah 19 kes. Daripada jumlah tersebut, didapati kadar kes
kemalangan yang berlaku di sektor pengilangan masih berada ditahap yang tidak
menggerunkan namun ianya perlu penambahbaikkan dari semasa ke semasa dan
sekiranya berkemampuan ianya perlu disifarkan.
Kes kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan bukan
sahaja berlaku di dalam sektor pekerjaan, tetapi ia juga berlaku dalam kalangan pelajar
kejuruteraan di institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun diperingkat sekolah. Kesilapan
manusia dan kegagalan mesin untuk berfungsi adalah faktor penyumbang kepada
berlakunya kemalangan di bengkel (Kurniotis, 2001). Penggunaan mesin berkuasa
tinggi dan alatan tangan yang tajam serta berbahaya banyak digunakan oleh pelajar
pendidikan teknik dan vokasional dan perkara ini boleh menyumbang kepada
6

penambahan kes kemalangan di bengkel (Buhari, 2008). Namun begitu kebanyakan


kemalangan yang berlaku di tempat kerja mahupun di institusi pendidikan dapat
dihindar dan dielakkan sekiranya para pelajar sentiasa mematuhi dan mengikuti
langkah-langkah atau standard operasi yang telah ditetapkan untuk memastikan
keselamatan mereka terjamin (A.Manan, 2003). Secara amnya, semua pelajar kursus
kejuruteraan di negara kita mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek keselamatan
dan kesihatan pekerjaan namun kemalangan di bengkel yang melibatkan pelajar
kejuruteraan masih lagi berlaku.
Pelbagai kes kecederaan yang biasa berlaku di bengkel sama ada di IPT
mahupun di sekolah (Che Juhan Negara, 2012). Berdasarkan laporan mesyuarat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Bil 1/2010, statistik dari
tahun 2009 sehingga 2010 menunjukkan kes kemalangan yang biasa berlaku di bengkel
adalah terdiri daripada patah kaki akibat dihempap mesin, kaki cedera dan pengsan
(kaki terkena kiub konkrit), cedera di peha dan kaki (ditimpa acuan membuat seramik),
luka di jari (tidak mengenakan pin keselamatan yang terdapat di mesin pemampat).
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan keselamatan pelajar semasa di bengkel
sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan namun sifat yang tidak baik pada
manusia seperti kecuaian, degil, sambil lewa dan lain-lain menyumbang kepada punca
berlakunya kemalangan (John, 2010).
Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan yang berlaku di negara
kita, keperluan terhadap tenaga mahir amat diperlukan dan secara tidak langsung
penerapan ilmu, kefahaman dan pengetahuan tentang amalan keselamatan dalam
pekerjaan amat perlu diberi penekanan. Perkara ini telah diperjelaskan oleh pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) di mana beliau menekankan agar
pihak majikan perlu meningkatkan kesedaran terhadap pekerjanya dan memberi
pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) agar
sebarang risiko kemalangan dapat dikurangkan (Thye, 2009). Kemalangan yang berlaku
di tempat kerja mahupun di bengkel Kemahiran Hidup berkait rapat dengan cara
pengurusan perjalanan bengkel tersebut. Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu amat penting untuk memperolehi keberkesanan serta
7

menjamin keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Abd


Hamid, 1989). Ianya bersesuaian dengan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
yang berteraskan praktikal dan merupakan komponen utama dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon,
1989). Pengurusan bengkel yang baik bukan sahaja memberi kebaikan kepada guru
yang mengajar malah memudahkan pelajar selaku pengguna utama yang terlibat di
dalam aktiviti amali di bengkel (Abd Hamid, 1989).
Menurut Oh (2003) dalam kajianya yang telah dijalankan di Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang mendapati bahawa hampir 62% guru yang mengajar matapelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki alatan dan
bahan yang dibekalkan oleh pihak kementerian dan sejumlah 64% guru mendakwa
bahawa mereka tidak mendapat sebarang latihan untuk mengurus bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu secara khusus. Terdapat beberapa kelemahan yang ketara dalam aspek
pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel sekolah di samping kurangnya
pengetahuan serta kemahiran guru dalam kerja penyelenggaraan juga merupakan salah
satu faktor penyebab mengapa amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu di sekolah tidak diuruskan dengan berkesan dan sistematik (Sulong,
2000). Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa
faktor kemalangan dan keselamatan amat berkait rapat dengan amalan pengurusan
keselamatan bengkel yang tidak diurus dengan baik dan sistematik.

1.3 Penyataan Masalah

Amalan pengurusan keselamatan bengkel yang tidak teratur dan sistematik adalah salah
satu faktor penyumbang kepada berlakunya kes kemalangan di bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu. Kajian oleh Dilley dan Kleiner (1996) mendapati bahawa 85%
hingga 98% kecederaan di bengkel adalah berpunca daripada perbuatan tidak selamat
yang diamalkan oleh sesetengah individu yang cuai dan kebiasaanya kecuaian pula
boleh dikaitkan dengan kesedaran. Ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang amalan
pengurusan keselamatan merupakan aspek penting dalam memastikan keselamatan di
8

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu terjamin. Masalah ini bertambah parah apabila
seramai 64% orang guru di sekolah yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu mendakwa mereka tidak mendapat latihan pengurusan keselamatan bengkel
secara khusus untuk mengendalikan pengurusan keselamatan bengkel yang sistematik
dan berkesan (Oh, 2003). Masalah ini dilihat bertambah kusut apabila tinjauan awal
mendapati pelajar tidak didedahkan dengan cara atau kaedah menyelamatkan nyawa
seperti penggunaan alat peti pertolongan cemas, teknik menggunakan alat pemadam api
dan latihan kebakaran semasa berada di bengkel. Peristiwa kemalangan bengkel yang
berlaku di sektor industri dan institusi pengajian tinggi memberikan kesedaran kepada
para pelajar terhadap pentingnya amalan pengurusan keselamatan bengkel yang
sistematik dan tersusun perlu diamalkan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa agar
tahap keselamatan di bengkel dapat dipertingkatkan. Oleh yang demikian satu kajian
perlu dijalankan bagi meninjau persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan
keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah harian di daerah
Batu Pahat dari aspek pengurusan keselamatan alatan dan bahan, keselamatan diri dan
rakan dan keselamatan am.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang disasarkan ialah:


i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan alatan
dan bahan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian
daerah Batu Pahat.
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan diri
dan rakan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian
daerah Batu Pahat
iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan am di
bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu
Pahat
9

iv. Mengenalpasti perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran


Hidup di antara sekolah menengah kebangsaan harian bandar dan luar bandar
daerah Batu Pahat

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji telah mengutarakan beberapa
persoalan kajian iaitu:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan alatan dan


bahan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian
daerah Batu Pahat.
ii. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan
di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu
Pahat.
iii. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan am di
bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu
Pahat.
iv. Adakah perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup
di antara sekolah menengah kebangsaan harian bandar dan luar bandar daerah
Batu Pahat

1.6 Hipotesis

i. Hipotesis null : Tidak terdapat perbezaan amalan pengurusan keselamatan di


antara pelajar bandar dan luar bandar
Hipotesis alternatif : Terdapat perbezaan amalan pengurusan keselamatan di
antara pelajar bandar dan luar bandar
10

1.7 Kepentingan Kajian

Dalam usaha untuk merealisasikan kemalangan sifar secara holistik di bengkel semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, penekanan tentang aspek amalan
pengurusan keselamatan bengkel yang lebih sistematik dan efisyen perlu diterapkan ke
dalam sistem pengurusan sekolah. Amalan pengurusan keselamatan bengkel yang
sistematik dan efisyen akan memberikan kesan yang positif terhadap usaha
mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup.
Keselamatan merupakan suatu perkara asas yang bukan hanya perlu diterapkan ketika
melakukan kerja amali di bengkel malah ia juga penting untuk diamalkan serta
dipraktikkan semasa di alam pekerjaan. Melalui kajian yang dijalankan ini diharap
dapat:

i. Meningkatkan budaya kerja yang lebih baik serta menerapkan kesedaran tentang
kepentingan pengurusan bengkel yang sistematik dan teratur.

ii. Memberikan sumbangan dan panduan kepada pihak sekolah tentang proses
pengurusan, pengendalian dan penyelenggaraan serta keselamatan di bengkel
Kemahiran Hidup Bersepadu.

iii. Sebagai garis panduan, cadangan, memperbaiki kesilapan atau pendekatan yang
lebih baik, selamat dan teratur kepada pihak yang membaca kajian ini.
11

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan persepsi pelajar tingkatan 2 tentang amalan pengurusan
keselamatan dari aspek :

i. Keselamatan alatan dan bahan


ii. Keselamatan diri dan rakan
iii. Keselamatan am

Skop kajian ini juga terhad iaitu hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja
dalam usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan di
lapangan.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan hanya di 4 buah sekolah menengah kebangsaan harian kategori
A, bandar dan luar bandar iaitu SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Banang Jaya (kategori
bandar) dan SMK Dato Onn dan SMK Seri Gading (kategori luar bandar). Kajian ini
difokuskan kepada pelajar tingkatan 2 yang mengambil matapelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu sahaja dan tidak termasuk atau melibatkan pelajar lain-lain tingkatan.
Dapatan kajian amat bergantung kepada kejujuran respondan semasa menjawab borang
kajian.

1.10 Kerangka Kajian

Kerangka konsep kajian ini boleh dirujuk pada rajah 1.1 yang telah dibangunkan hasil
daripada objektif dan pernyataan masalah kajian ini. Rajah 1.1 ini bertujuan untuk
memberikan gambaran yang jelas mengenai persepsi pelajar terhadap amalan
pengurusan keselamatan di empat buah sekolah harian di daerah Batu Pahat.
12

Input Proses Output

Keselamatan alatan dan bahan

-Mengenal alatan
-Pastikan alatan selamat
dan bersih
-Gunakan alatan yg betul

Kualiti
Amalan
Keselamatan diri dan rakan keselamatan
Pengurusan
keselamatan pelajar di bengkel
-Menegur rakan KHB
-Pakaian yg sesuai
-Dengar nasihat guru
-Memberi tumpuan

Keselamatan am

-Pastikan bengkel bersih


-gunakan alatan keselamatan yg sesuai
-keluar masuk dengan kebenaran
-ikut prosedur

Rajah 1.1: Kerangka kajian

Kerangka konsep kajian ini menunjukkan pandangan keseluruhan kajian yang


dijalankan oleh pengkaji. Bermula daripada tiga konstruk amalan pengurusan
keselamatan di mana ianya mempunyai parameter-parameter yang digunakan untuk
memperincikan lagi kajian yang dijalankan. Konstruk yang dikenalpasti daripada tiga
amalan pengurusan keselamatan tersebut ialah amalan pengurusan keselamatan alatan
dan bahan, amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan dan amalan pengurusan
keselamatan am.
Keselamatan alatan dan bahan merupakan elemen utama dalam pembelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu melalui kerja amali di bengkel. Pengurusan alatan dan
bahan seperti memastikan penggunaan alatan dan bahan dengan teknik dan cara yang
betul tentunya akan membawa kepada hasil pemikiran yang kritis, kreatif dan analitis
(Hayward 2003; Sweeney 2003). Pelajar akan memahami fenomena dengan lebih
13

konkrit, berkesan dan lebih merasai serta yakin dengan konsep yang diperolehi jika
mereka dapat mengenali dan menggunakan alatan dan bahan yang lebih sempurna.
Selain daripada itu, ketiadaan alatan dan bahan juga boleh menyebabkan eksperimen
tidak dapat dijalankan. Manakala jika kuantiti alatan dan bahan yang diperlukan tidak
mencukupi, ia perlu dikongsi antara pelajar yang ramai dan ini akan menggangu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Mematuhi peraturan keselamatan diri dan rakan sekerja merupakan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap individu yang bekerja di bengkel. Cara
berpakaian dan tatacara kerja yang tidak betul merupakan penyebab berlakunya
kemalangan. Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dengan kerja yang dilakukan
seperti tidak terlalu ketat atau longgar, memakai sarung tangan yang sesuai dengan
kerja yang hendak dilakukan, memakai kasut keselamatan, memakai topi keselamatan
(jika perlu), memakai tali pinggan keselamatan (jika perlu). Selain itu penampilan diri
hendaklah sentiasa kemas, berambut pendek dan menjaga kebersihan diri. Kesilapan
manusia dan kegagalan mesin berfungsi dengan baik merupakan faktor berlakunya
kemalangan (Kurniotis, 2001). Sikap suka menegur sekiranya ada dikalangan rakan
yang melakukan kesilapan juga adalah salah satu faktor yang mampu mengurangkan
kadar kemalangan semasa melakukan kerja amali. Apabila tiada sikap tegur menegur di
antara sesama rakan, tumpuan pelajar lain akan terganggu kerana sikap segelintir pelajar
yang suka melanggar peraturan semasa berada di dalam bengkel.
Keselamatan am di bengkel berkait rapat dengan budaya kerja yang baik.
Amalan budaya yang baik adalah seperti mematuhi arahan dan prosedur yang
ditetapkan, sentiasa bertertib dan berdisiplin semasa bekerja, teliti dan
bertanggungjawab menggunakan peralatan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan,
memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas, menggunakan pelindung muka,
gogal atau cermin mata pelindung semasa menggerudi dan mencanai. Pelatih perlu
dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai positif seperti
berdisiplin, tekun dan berdedikasi (Mohd Anuar, 2008).
Pelajar juga perlu diberi penekanan agar tidak memakai sarung tangan ketika
menggunakan mesin yang berputar seperti mesin gerudi dan mesin pencanai serta
14

memakai peralatan keselamatan tambahan atau khas apabila perlu seperti fon telinga
dan topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja yang terdedah pada bunyi
bising yang melampau atau udara yang kotor. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di
tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah keselamatan
(Muhammad A.Manan, 2003).

1.11 Definisi istilah

Definisi perkataan yang digunapakai di dalam kajian ini ialah seperti berikut:

a) Pengurusan Bengkel
Hoyle (1980) menyatakan bahawa pengurusan bengkel berkait rapat dengan
pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan bengkel Kemahiran Hidup.
Pengalaman dan pengetahuan akan memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan
pengurusan bengkel yang terkawal, tersusun, terancang dan bersistematik.
Menurut kajian ini pengurusan bengkel ialah cara guru atau pihak yang
menguruskan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dalam usaha untuk memastikan
keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel.

b) Keselamatan alatan dan bahan


Alatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel perlu diurus oleh guru yang
berpengetahuan kerana sekiranya diurus oleh guru yang tidak mempunyai pengetahuan
dalam pengurusan, ini akan mendatangkan masalah dan seterusnya bengkel akan berada
di dalam keadaan yang tidak terurus dan sistematik (Asnul Dahar & Nurul Faizah,
2011). Menurut pengkaji pengurusan keselamatan alatan dan bahan di bengkel adalah
berkaitan dengan pengetahuan tentang keadaan dan peralatan yang terdapat di bengkel
dari segi kuantitinya, penyelenggaraanya, cara mengendalikanya dan cara
menyimpannya agar sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan selamat.
15

c) Keselamatan diri dan rakan


Hamdan (1994) semua yang terlibat dalam pengendalian bengkel mahupun makmal
mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat kerja, persekitaran dan orang lain
yang bekerja bersama mereka dan mereka perlu diberi peringatan, panduan, tatacara dan
pengendalian peralatan di bengkel dengan betul agar keselamatan semasa berada di
bengkel terjamin. Lazimnya menurut Laney (1982) menyatakan bahawa sikap cuai, tak
ambil peduli atau tidak mengambil berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan
serta disiplin yang lemah merupakan punca berlakunya kemalangan. Menurut pengkaji
keselamatan diri dan rakan ialah berkaitan dengan mematuhi arahan guru, memberi
tumpuan dan sentiasa mengambil perhatian sepenuhnya semasa berada di dalam
bengkel amali.

d) Keselamatan Am
Peraturan keselamatan di bengkel perlu diamalkan dari semasa ke semasa untuk
mengelakkan sebarang musibah dan kecelakaan serta menimbulkan perasaan
tanggungjawab dikalangan pengguna bengkel (Bakar, 1994). Di dalam kajian ini
pengkaji menjelaskan bahawa keselamatan am adalah berkaitan dengan aspek yang
perlu diberi penekanan dan perhatian dari semasa ke semasa bagi menimbulkan suasana
bengkel yang kondusif dan dapat mengelakkan dari sebarang bencana ataupun
kecelakaan semasa berada di dalam bengkel.

e) Bengkel Kemahiran Hidup


Bengkel Kemahiran Hidup ialah ruang bilik yang mempunyai pelbagai peralatan dan
bahan di mana aktiviti penggabungan pengajaran dan pembelajaran secara teori dan
praktikal akan berlaku (Zainudin & Rosini, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji
mendefinisikan bengkel sebagai bengkel yang berada di empat buah sekolah iaitu
bengkel SMK Datin Onn Jaafar, bengkel SMK Banang Jaya, bengkel SMK Dato Onn
dan bengkel SMK Seri Gading
16

f) Sekolah menengah harian


Menurut Wagiman (2002), sekolah adalah satu entiti, organisasi mahupun institusi yang
melaksanakan aktiviti mengurus, mengajar dan mendidik. Terdapat pelbagai kategori
sekolah dalam sistem pendidikan di negara kita yang ditadbir oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pengkaji mendefinisikan sekolah menengah harian sebagai sekolah yang tidak
menawarkan asrama untuk para pelajarnya dan mereka akan pulang ke rumah setiap
hari setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu subjek
teras bagi pelajar menengah atas dan rendah yang diajar adalah serupa sama ada sekolah
menengah harian mahupun sekolah berasrama penuh.

1.12 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara mendalam mengenai pengenalan, latar belakang
masalah yang ingin dikaji, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian dan batasan kajian yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini
mengkaji persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran
Hidup Bersepadu di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat. Selain itu, penyelidik
juga turut mengkaji adakah terdapat perbezaan di antara sekolah bandar dan luar bandar
terhadap amalan pengurusan keselamatan pelajar di bengkel. Pengkaji berharap dapatan
kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk memperbaiki sistem pengurusan
bengkel sedia ada agar keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel terjamin
dan terhindar dari sebarang bentuk kemalangan ataupun kecelakaan.
17

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Sorotan kajian atau kajian literatur boleh didefinisikan sebagai satu penelitian atau
rujukan secara sistematik dan terperinci terhadap kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji yang terdahulu. Penelitian ini dijalankan ke atas dokumen-dokumen yang
mengandungi pelbagai maklumat, idea dan data-data yang akan membantu dalam usaha
untuk menyelesaikan kajian yang dijalankan. Maklumat atau data kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan dikupas dan dibincangkan satu persatu
mengikut faktor yang dikaji. Kupasan dan perbincangan yang diutarakan disokong oleh
pendapat dan pandangan serta teori oleh tokoh-tokoh terdahulu yang pakar dalam
bidang-bidang tertentu. Perkara yang dibincangkan secara jelas adalah seperti berikut:

(i) Kajian lepas

(ii) Pengurusan bengkel

(iii) Keselamatan di bengkel


18

2.2 Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan bengkel disertakan untuk
dijadikan panduan di dalam kajian ini.

2.2.1 Faktor kelengkapan alatan dan mesin di dalam bengkel dan kepentinganya

Pada masa kini perkembangan teknologi dalam sektor perindustrian terlalu pesat
membangun. Pelbagai peralatan dan kelengkapan mesin yang canggih telah dibina dan
digunakan di dalam sektor perindustrian, kilang dan bengkel pembuatan. Akibat
perkembangan teknologi tersebut, pengetahuan tentang fungsi dan cara mengendalikan
mesin amatlah perlu dikuasai oleh setiap pekerja. Pekerja kurang mahir dan kesalahan
mengendalikan mesin adalah punca menyebabkan berlakunya kemalangan di sektor
perindustrian (Saleh, 2002). Di sekolah pula pelajar menggunakan alatan dan mesin
untuk melakukan kerja amali dan ini akan mendatangkan risiko sekiranya langkah
keselamatan tidak diambil semasa melakukan aktiviti di dalam bengkel. Pelajar
menggunakan pelbagai peralatan mesin di bengkel dan ia berisiko tinggi untuk berlaku
kemalangan (Mustapha, 2000).
Langkah keselamatan perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana pengabaian
langkah keselamatan akan menyebabkan punca berlakunya kemalangan. Bagi
memastikan samada pelajar berupaya ataupun tidak untuk melakukan kerja yang
melibatkan penggunaan peralatan dan mesin di dalam bengkel pertama sekali peralatan
dan mesin perlu ditempatkan dikedudukan yang tetap dan tersusun. Setiap peralatan
perlu disediakan ruang khas mengikut jenis peralatan dan mesin agar ia mudah di
simpan, dicari, dikendalikan dan tidak hilang. Peralatan yang telah digunakan semasa
kerja amali perlu diletakkan di tempat asalnya agar sentiasa tersusun dan kemas
(Mustapha, 2000). Untuk meningkatkan kemahiran pelajar mengendalikan mesin yang
terdapat di dalam bengkel amat sukar diterapkan kerana banyak faktor yang
mempengaruhi di antaranya ialah keadaan fizikal bengkel yang kurang kondusif,
kekerapan mengendalikan mesin terlalu sedikit dan waktu latihan yang singkat adalah
19

penyumbang kepada masalah ini. Pelajar perlu diberi latihan dan tunjuk ajar yang
secukupnya agar mereka mahir menggunakan mesin dan alatan yang ada di dalam
bengkel (Bunawan, 2007). Pekerja yang tidak mahir dalam bidang tugasnya akan kerap
melakukan kesilapan dan akan terdedah kepada kemalangan (Mohd Nor 2000). Beliau
mencadangkan agar setiap pekerja diberikan latihan yang sistematik untuk
meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran di dalam bidang tugas masing-masing.
Jika dilihat diperingkat antarabangsa sekalipun banyak program yang dijalankan oleh
Occupational Safety and Health Act (OSHA) untuk meningkatkan kesedaran tentang
keselamatan dalam pekerjaan (Charles, 2007). Begitu juga para pelajar yang
menjalankan latihan amali di bengkel sekolah perlu diberi latihan yang sewajarnya
bersesuaian dengan keperluan di sekolah.
Kelengkapan dan keperluan bengkel perlu diambil kira dan ianya mestilah
bersesuaian dengan keperluan kandungan pembelajaran. Keperluan dan kemudahan
peralatan di bengkel bergantung kepada kandungan program pengajaran di sekolah dan
kemudahan tersebut perlulah dikendalikan dengan sebaik mungkin agar ia berada di
dalam keadaan yang baik dan tidak menganggu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan (Mohd Sidin, 1998). Semua peralatan dan mesin yang berada
di dalam bengkel mempunyai jangka hayat tertentu dan untuk mengekalkan ketahanan
jangka hayat mesin tersebut proses penyelenggaraan, baik pulih mesin, penyimpanan
alatan perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan di
dalam buku panduan penyelenggaraan (Khalid, 2002).
Penyediaan peralatan dan kelengkapan sebelum sesi kerja amali dijalankan akan
membuahkan hasil yang memberangsangkan (Saleh, 2002). Persediaan sebelum
memulakan kerja perlu diberi penekanan kerana sebelum memulakan kerja amali,
semua peralatan yang hendak digunakan perlu diperiksa terlebih dahulu sama ada
dalam keadaan yang baik atau tidak. Guru mestilah merancang pengalaman
pembelajaran yang sejajar dengan keselamatan murid dan menyediakan peluang untuk
mereka membina sikap yang wajar terhadap keselamatan (Hassan, 1977). Sekiranya
aspek persediaan awal tidak diambil peduli sebelum sesuatu kerja amali dilaksanakan,
berkemungkinan kemalangan boleh berlaku apabila kerja amali dijalankan. Sehubungan
20

dengan itu pengurusan, penyelenggaran alatan dan bahan amat perlu dititikberatkan
agar sebarang musibah atau kemalangan di bengkel dapat dielakkan (Bakar, 1994).

2.2.2 Faktor pengurusan di dalam bengkel dan kepentinganya

Amalan pengurusan bengkel yang baik akan mewujudkan suasana dan ekosistem
bengkel yang kondusif, efektif dan efisyen. Efisyen bermaksud ianya berkait rapat
dengan input dan output di mana pekerja dapat melakukan kerja dengan betul (input)
akan membuahkan hasil yang setimpal (output) serta mampu mengurangkan kos
pengeluaran dalam usaha mencapai matlamat atau sasaran yang ditetapkan (Mustapha,
2000). Di bengkel sekolah guru teknikal atau guru yang mengajar matapelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan
bengkel terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru yang
terlibat secara langsung di dalam bengkel mestilah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang sistem pengurusan bengkel yang efektif dan efisyen serta
bersistematik dalam pengendalianya. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang jitu dan
mendalam tentang pengurusan bengkel yang tersusun dan sistematik agar pengurusan
bengkel dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang terkandung di dalam buku
peraturan pengurusan (Mohd. Sidin, 1998).
Pelbagai model atau teori yang boleh dikaitkan dengan kompetensi guru dalam
pengurusan bengkel dan salah satunya ialah Model kompetensi Iceberg oleh Spencer &
Spencer (1993). Beliau mencadangkan senibina kecekapan individu merangkumi
kedua-dua pendekatan dan mendefinisikan mereka sebagai satu lapisan Iceberg, di
mana hanya lapisan atas paras air sahaja yang dapat dilihat melalui tingkahlakunya
seperti dalam rajah 2.1.
21

Konsep kendiri
Dapat dilihat Kemahiran
pengetahua
n
Sifat
motivasi

Tersembunyi Konsep kendiri


Sifat
Sikap, Nilai
motivasi

Bahagian permukaan: Personaliti Utama:


Mudah untuk dibina sukar untuk dibina
atau dibangunkan atau dibangunkan

Rajah 2.1: Model Kompetensi Iceberg, Spencer & Spencer (1993)

Lapisan pertama struktur kecekapan Iceberg adalah berkaitan dengan


pengetahuan dan kemahiran yang dapat dilihat. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah
berkaitan rapat dengan tugas dan kerja yang boleh dipelajari dalam kursus latihan
profesional dan teknikal serta pengalaman seseorang sama ada secara formal ataupun
tidak formal. Ianya juga boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik seseorang di
dalam sesuatu bidang pengkhususan. Namun begitu ciri-ciri peribadi dan nilai dalaman
seseorang amat sukar untuk dibangunkan kerana ianya bergantung kepada pelbagai
faktor persekitaran yang boleh mempengaruhinya. Konsep kendiri, motivasi dan nilai
dalaman seseorang guru amat bergantung kepada faktor luaran seperti kebergantungan
terhadap organisasi yang menguruskan sesuatu pengurusan.
Amalan di dalam sistem pengurusan bengkel yang baik perlu wujudnya
organisasi yang mengelolakan sistem tersebut. Organisasi yang dibangunkan akan
mengagihkan kerja-kerja pengurusan kepada mereka yang terlibat di dalam sistem
pengurusan bengkel di mana untuk mendapatkan hasil yang baik, pengagihan kerja di
22

dalam organisasi perlu dilakukan untuk kebaikan bersama (Mohd. Sidin, 1998).
Organisasi yang diwujudkan adalah merupakan nadi penggerak utama kepada
keberkesanan pengurusan di bengkel. Apabila organisasi tersebut dapat melaksanakan
tugas seperti yang telah diagihkan, secara tidak langsung segala tugas dan kerja yang
melibatkan bengkel akan dapat dilaksanakan (Wagiman, 2002). Kesan daripada itu,
kadar kemalangan di bengkel akan berkurangan kerana semua anggota organisasi
memainkan peranan yang sewajarnya semasa berada di dalam bengkel dan produktiviti
kerja akan meningkat. Lantaran itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali semasa
di dalam bengkel dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

2.2.3 Faktor persekitaran di dalam bengkel dan kepentinganya

Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting terhadap ekosistem dan


perkembangan prestasi pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di bengkel.
Persekitaran yang kondusif dan selamat akan mewujudkan suasana yang selesa kepada
pelajar dan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kedudukan
susunatur alatan dan mesin yang kemas di dalam bengkel dapat mengurangkan risiko
daripada berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan
sahaja dapat menjauhkan risiko kemalangan malah ia dapat meningkatkan lagi mutu
dan kecekapan pekerja (Buhari, 2008). Usaha untuk meningkatkan mutu persekitaran di
bengkel agar sentiasa berada ditahap yang memuaskan beberapa langkah telah
dicadangkan untuk penambahbaikkan iaitu:

(i) Serpihan logam yang berlebihan perlu dibersihkan dan jangan dibiarkan
bersepah di atas lantai dan di sekeliling tempat kerja sebaik sahaja
selesai kerja-kerja amali dijalankan.

(ii) Lantai perlu dibersihkan dan di mop sekiranya terdapat minyak atau gris
yang tertumpah kerana ianya akan menyebabkan lantai menjadi licin dan
mengundang bahaya kepada pengguna.
23

(iii) Jangan membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas meja, lantai
ataupun di sekeliling ruang kerja setelah selesai digunakan kerana
dikhuatiri akan terlanggar, tersepak ataupun terpijak dan menyebabkan
kecederaan.

(iv) Pencahayaan dan pengudaraan yang baik di dalam bengkel perlu diberi
perhatian kerana udara dan cahaya yang mencukupi akan menyebabkan
keadaan di dalam bengkel berada di dalam keadaan yang selesa dan
kondusif.

(v) Rak dan tempat menyimpan peralatan perlu disediakan agar alatan
tangan dan bahan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

(vi) Guru dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadaan persekitaran di


dalam bengkel sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat digunakan
oleh pelajar tanpa sebarang risiko yang boleh menyebabkan kemalangan
dan kecederaan.

Bengkel memerlukan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik serta terhindar
daripada segala perkara yang menggangu keselesaan persekitaran di dalam bengkel
seperti bising, gelap dan sebagainya (Mustapha, 2000). Perkara ini amat penting bagi
memastikan keselesaan untuk menjalankan kerja amali di dalam bengkel.

2.3 Pengurusan Bengkel

Pelbagai takrifan yang telah ditakrifkan oleh para ilmuan dan pakar berkaitan dengan
pengurusan. Pengurusan ialah satu aktiviti atau perjalanan pergerakan sesebuah
organisasi yang berkait rapat dengan kaedah, peraturan dan juga tanggungjawab serta
tugas-tugas yang diberikan kepada kakitangan (Wagiman, 2002). Dari aspek pendidikan
24

pula, pengurusan ialah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan sempurna tanpa gangguan. Bagi matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu pula, ianya merupakan tanggungjawab seorang guru teknikal yang akan
menguruskan segala keperluan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan
dijalankan agar bengkel berada di dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk
digunakan (Mohd Sidin, 1998).
Pengurusan adalah segala aktiviti yang melibatkan kerja-kerja merancang,
menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal aktiviti (Abd Hamid, 1989).
Ianya boleh berbentuk barangan atau perkhidmatan yang mampu memberi pulangan
atau kepuasan kepada pengguna dan dilakukan dengan cara yang ekonomi serta
berkesan. Pandangan ini selari dengan Sidin (1998) di mana beliau menegaskan bahawa
pengurusan ialah proses pembahagian tugas kepada seluruh anggota organisasi,
mengurus sumber, alatan dan kewangan supaya semua elemen tersebut berkaitan di
antara satu sama lain dan menjadi teguh di dalam organisasi tersebut. Di samping itu
pengurusan juga merupakan satu proses untuk mencapai matlamat dan objektif yang
disasarkan berdasarkan input dalam sesebuah organisasi seperti sumber ekonomi,
kakitangan, cara merancang, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan yang
bertujuan untuk mengeluarkan output sama ada dalam bentuk barangan ataupun
perkhidmatan.

2.3.1 Pengurusan keselamatan bahan dan alatan

Pengurusan bahan dan alatan di dalam bengkel adalah suatu perkara yang berkait rapat
dengan pengetahuan dan pengalaman seseorang di dalam mengendalikan sesebuah
bengkel. Pengetahuan tentang keadaan peralatan dan bahan tersebut, kuantitinya,
penyelengaraanya, cara mengendalikan dan cara penyimpananya amat perlu kerana
alatan dan bahan tersebut perlu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan selamat
untuk digunakan (Mohd Sidin, 1998). Pengurusan alatan dan bahan yang tidak
bersistematik akan menganggu proses perjalanan pengajaran dan pembelajaran dan
75

RUJUKAN

A. Manan, M. Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali pelajar: Pengalaman


makmal pengujian petroleum. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia; 2003.
Abd Ghafar, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia
Abd Hamid, Y. (1989). Pengurusan Woksyop, Petaling Jaya : IBS Buku
Aiken, L. S. (2003). Applied multiple regression/correlation analysis for the behavioral
sciences, 3rd ed. Hillsdale: Erlbaum.
Ary, Donald; Jacobs, Lucy Cheser; Razavieh, Asghar. (1985) Introduction to research
in education 3rd edition. New York: Holt, Rinehart, and Winston
Ashaari, O. (1996). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Asnul Dahar, M., & Nurul Faizah, S. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan
Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri
Selangor Dan Kuala Lumpur. Journal of Educational Management. 2011. 3: 1–
17.
Ayob, A. M. ( 2005 ). Kaedah penyelidikan sosioekonomi, Edisi ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bakar, A.R. (2007). Jawatankuasa Basmi Kemalangan Pekerja Dibentuk. Dicapai pada
Febuari 12, 2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_m
alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive
Bond, T.G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental
measurement in the human sciences. (2nd ed.) Mahwah, N.J.: Erlbaum.
76

Buhari, N. (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan


Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Di capai pada Mac 3, 2011 dari :
http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf
Bunawan, A. Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan Bengkel
Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat,
Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2007.
Charles, A. W. (1998). Safety, Health And Environmental Protection. Boston Mass: Mc
Graw- Hill.
Charles,Y. J. (2007). Construction Safety and Health Factor at the industry Level.
Dicapai pada April 05, 2011 di
http://web.usm.my/jcdc/input/JCDC%20Vol%2012(2)/5_Charles%20(p.81-
99).pdf
Che Juhan Negara, R. Tahap Kesediaan Pelajar Politeknik Terhadap Keselamatan Di
Dalam Bengkel. Tesis Master, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; 2012.
Chua. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill,.
Cohen, R.J dan Swedlik, M.E. (2002). Psychological testing and measurement: an
introduction to test and measurement. Edisi ke-5. New York: McGraw-Hill.
Daud, A. (2003). Healthy Workplace Report November 2003 Government Printing
Johor Bahru. Occupational Health Unit Disease Control Division Ministry
Health Of Malaysia. Johor Bahru: NIOSH.
Dilley, H. dan Kleiner, B.H. (1996). Creating a Culture of Safety.Work Study. Vol.
45(3): pp. 5-8
Earl, B. (2008). The Basics of Social Research. Belmont, CA: Wadsworth (4th ed.)
Gay, L. R. dan Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis
and applications. Ed. ke-3. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.
Hamdan, H.,& Abd. Majid, Z. (1997). Keselamatan Makmal, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hamdan, H. (1994). Keselamatan Makmal. Edisi dua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
77

Hassan, S., Tan, G. S., Ta, K. M., Toh, K. T., Mohd Rafik, K., & H.S., G. (1977).
Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah (Cetakan Pe.). Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Hayward, D. 2003. Teaching and Assessing Practical Skills in Science. Cambridge:
Cambridge University Press.
Heinrich, H. W. Peterson D. And Ross. (1980). Industry Accident Prevention A Safety
Management Approach. New York: Mc Graw Publisher.
Hoyle, E. (1980). Pridesionlization & Deprotession In Education, New York: New
York of Education.
Jaafar (1988). Asas Pengurusan, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Jab, A. T. (2005). Perkembangan Kurikulum Teknik dan Vokasional, Putrajaya: Jabatan
Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2011). Kemalangan pekerjaan mengikut
sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada Mac 12, 2011, dari Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:
http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload
&view=category&id=81&Itemid=141&lang=ms
Jeanne, L. N. and Kate G. (2002). Building Robust Learning Environment In
Undergraduate Science, Technology, Engineering And Mathematics. San
Francisco: Jersy-Bass.
John, T. (2001). Occupational Safety and Health Management. Second Edition.
United Kingdom. Mcgraw Hill.
Kementerian Sumber Manusia. (2010).Wajibkan aspek keselamatan di tempat
kerja.Dicapai pada Febuari 15, 2011 dari Kementerian Sumber Malaysia:
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=
1603&Itemid=558
Kerlinger, F. (1986). Foundations of Behavioral Research, 3rd edn. New York: Holt,
Rinehart, and Winston.
78

Khalid, A. Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional yang Telah


di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia; 2002.
Konting, M.M (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Kurniotis,. (2001). Curriculum development in vocational and technical education
Planning, content and implementation (5th ed.) Allyn and Bacon.
Laney, D.H. (1982). Construction Safety Manual. New York.: National Highway
Traffic Safety Administration
Linacre, J. M. (2005). WINSTEPS: Multiple-choice, rating scale, and partial credit
Rasch analysis [computer software]. Chicago: MESA.
Lindbeck, R.J. (1986). General Industry And Technology. USA: Bennet and Mc Knight.
Lindberk, R.J. (1972). Practice Guide To Industrial & Education, New York: The
Center For Applied Research In Education
Loganathan, E. (2008): Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di
sebuah IKM. Dicapai pada Mac 2, 2011,dari ms. 14 di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/EZRALOGAN
ATHANAP040087L2008TTP
Longley, Sir. (1969). Safety Education And Training. Safety On Construction Site.
London: The Institution Of Civil Engineering.
Mahmood, H. (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Md. Salleh, A. (1990). Pengurusan Industri, New York: John B. JJ Computer
Publication.
Mohd Anuar Abdul Rahman. (2008). Amalan peraturan keselamatan bengkel dalam
kalangan pelajar di sebuah Institut Kemahiran MARA. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
79

Mohd. Hazwan, M. P. (2009). Hubungan Antara Faktor Pengetahuan Dengan Amalan


Pengurusan Makmal Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal
Kimpalan Arka Dan Gas. In N. Zainal Abidin, S. Abdul Kadir, & A. Kamis
(Eds.), Strategi Memperkasa Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Cetakan Pe.,
pp. 13–39). Penerbit Universiti Putra Malaysia
Mohd Nor, M. N. Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan
bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu
tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.
Mohd. Sidin, S. (1998). Monograf Organisasi dan Pengurusan Bengkel. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad A. Manan. (2003). Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali
pelajar: Pengalaman makmal pengujian petroleum. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Mustapha, H. Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4 STP
(Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia; 2000.
Nair, N. K (1986). Purchasing & Material Management, New Delhi: Vikos Publishing
House PTV. LTD
National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States.
Newable, D., Cannon, R. (1989). Teaching Practical & Laboratory Classes, Asian
Industrial Training: 2(3), Page 18-21
Oh, S.K. Persepsi Guru-Guru Bengkel Terhadap Masalah Yang Dihadapi Dalam
Pengurusan Bengkel. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia;
(2003).
Pratt, D., (1980), Curriculum Design and Development. International Edition, USA :
Halcourt Brace Jovonarich.
R. Borg,W. & Gall,M.D. (1979), Educational Research ; An Introduction. 3rd Edition,
New York : Longman, h. 70
80

Richard, S. Sharf (2001). Life’s Choices Problem And Solutions. Belmont USA:
Brooks/Cole Thomson Learning.
Roger, L. B. (2006). Safety And Health For Engineers. Second Edition.USA: John
Wiley And Sons Inc Hoboken New Jersey.
Russel, D.R. (1980). Modern Safety And Health Technology. Colombus: Charles E.
Merill Pub. Com.
Saleh, R. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Keselamatan Semasa Melakukan Kerja-
kerja Amali di Dalam Bengkel Automotif. Tesis Sarjana Muda.Universiti
Teknologi Malaysia; 2002.
Samsul, A. R. Perkaitan Antara Pengurusan Berkesan Dari Segi Kesediaan Pengurus
Makmal, Pengendalian Peralatan Dan Keadaan Persekitaran Dengan
Peningkatan Ciri-Ciri Keselamatan Di Makmal. Tesis Master, Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn; 2001.
Sidin, R. (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta.
Spencer, L. M., & Spencer, S. (1993). Competence At Work : Models For Superior
Performance. John Wiley & Sons, Inc.
Strasser, M.K. Aaron, J.E and Bohn, R.C. (1980). Fundamentals Of Safety Education
(Third Edition). New York: Mc Millan Publishing Co. Inc.
Sulong, M.P. Tanggapan Guru-Guru Terhadap Kepentingan Penyenggaraan Bengkel
Di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : Satu Tinjauan. Tesis
Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.
Suradi Salim. Tinjauan sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar sekolah menengah
Negeri Selangor. Jurnal Pendidikan. 1997. 11: 77-90
Sweeney, A. E. & Paradis, J. A. 2003. Developing a Laboratory Model for the
Professional Preparation of Future Science Teachers: A Situated Cognition
Perspective. Research in Science Education. 34(2): 195–219.
Thye, L. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja.
Dicapai pada Mac 12,2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm
81

Tuckman, B.W. (1988) Conducting educational research (3rd ed.). San Diego:
Harcourt, Brace, Jovanovich.
Wagiman, Z. Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Muda Universiti
Teknologi Malaysia; 2002.
Wiersma, W. (2000). “Research Methods in Education: 6th Edition. New York : Allyn
and Bacon
Woods, P.F. (1976). Fundamentals Of Welding Skills. London: The Mac Millan Press
Ltd.
Zainudin, A., & Rosini, A. Hubungan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu Dengan Persepsi Guru Terhadap Sokongan Pihak Pentadbir Sekolah.
Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia, 2010. 1(1), 61–79.

You might also like