You are on page 1of 12

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Metodolgi kajian merupakan seuatu yang penting dalam kajian untuk menjelaskan
pengendalian kajian yang menjadi sebagai garis panduan kepada pengkaji bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan (Majid & Muhamad Najib, 2004). Selain itu, bagi memastikan kajian
yang dubuat oleh pengkaji mengikuti kaedah dan prosedur yang ditetapkan, methodologi kajian
menjelaskan bentuk rangka kerja. Secara amnya, methologi kajian dalam penyelidakan ini untuk
mencapai matlamat pengkaji iaitu mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam pengajaran amali
subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). di Sekolah Daerah Pontian. Pengkaji akan
membincangkan perkara-perkara yang dinyatakan seperti berikut setelah masalah kajain telah
dikenal pasti dan sorotan kajian dibuat.

i. Reka bentuk kajian


ii. Populasi dan sampel kajian
iii. Instrumen kajian
iv. Prosedur kajian
v. Kajian rintis
vi. Analisis data kajian sebenar , dan
vii. Andaian kajian

3.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupaka garis panduan terhadap bagaimana prosedur atau kaedah
bagi mengumpul data (Wiersma, 2000). Beliau juga mengatakan bahawa reka bentuk kajian ialah
satu perancangan di dalam proses mencapai objektif kajian. Data kuantitatif telah diperolehi
melalui menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian yang merupakan kajian tinjauan
dalam penyelidikan ini. Pengkaji mempertimbangakan setiap populasi yang disenaraikan dalam
rangka persempelan bagi dipilih sebagai sampel dan teknik persempelan rawak digunakan dalam
kajian ini. Tujuan utama untuk mengaplikasikan teknik ini adalah utuk pengkaji mengumpul
maklumat yang diperlukan selaras dengan persoalan kajian. Ini kerana sampel yang dipilih
adalah profesional dan yang mengajar dalam bidang teknikal yang mendidik subjek amali Reka
Bentuk dan Teknologi.

Penggunaan borang soal selidak boleh menjimatkan masa dengan mengumpulkan data
dalam jangka masa yang pendek. Dalam kajian yang mempunyai populasi yang besar, instrument
seperti soal selidik adalah yang paling sesuai kerana ia merupakan alat ukur yang raktikal dan
berkesan bagi kajian tinjauan. Kaedah yang dipilih ini berdasarkan rasional seperti kesesuaian
dengan reka bentuk kajian dan lebih realisik serta praktikal bagi memastikan maklum balas yang
baik diterima daripada respoden. Sehubungan dengan itu, data yang dikumpul membantu
pengkaji untuk memberi maklumat nagi mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut Konting
(2005), proses rekaan soal selidik perlu dilakukan penuh teliti dan baik kerana pembentukan soal
selidik yang kurang baik boleh menyebabkan dapatan data yang tidak bermakna serta tidak
bermakna. Oleh itu, soal selidik yang tiada bermasalah dan sempurna boleh mengukur dan
mengumpul data yang deperlukan oleh pengkaji dan dapat menjawap persoalan kajian dengan
tepat.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi boleh didefinasikan sebagai kumpulan yang menarik perhatian pengkaji yang
membolehkan pengkaji membuat analsis memlalui dapatan kajian (Idris, 2010). Bagi
penyelidikan yang berkaitan dengan bidang akademik dan pendidikan, populasi yang selalu
menjadi perhatian pengkaji adalah seperti pelajar, guru, pentadbir sekolah, tutor, pensyarah dan
profesor yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan. Persampelan dikatan sebagai strategi
penyedikian untuk mendapatkan maklumat tentang populasi yang sebahagian individu daripada
anggota populasi yand dikaji (Zumed, 2017). Oleh itu, sampel ini adalah indivudu-individu yang
dipilih daripada populasi yang menjadi wakil populasi tersebut. Jadual 3.1 menunjukkan
populasi kajian yang terdiri daripada para guru yang mengajar Reka Bentuk dan Teknologi
mengikut 4 buah zon Sekolah Rendah yang berada dalam Daerah Pontian . Pengkaji telah
mendapatkan data terkini jumlah guru yang terlibat sebagai populasi daripada Pejabat
Pendidikan Daerah Pontian, Johor.

Jadual 3.1: Populasi Kajian Mengikut Zon (Data Pelajaran Daerah Pontian 2019)
Bil Zon Jumlah Bilangan Guru yang
Mengajar Reka Bentuk dan
Teknologi
1 Kukup 20 49
2 Bandar 24 56
3 Pekan Nenas 15 35
4 Benut 23 52
82 192

Menurut jadual diatas, jumlah populasi yang terdapat daripada empat zon Daerah pontian
adalah seramai 192 orang guru termasuk guru lelaki dan perempuan manakala sampel responden
yang dipilih secara rawak adalah seramai 132 orang guru. Bilangan sample ini dipilih
berdasarkan kepada Sekaean (2010) serta merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh
Krejcie & Morgan (1970) . Kaedah ini adalah berdasarkan kepada saiz sampel yang telah
dikenalpasti oleh pengkaji.

3.4 Instrumen Kajian

Kaedah soal selidik telah digunakan oleh pengkaji dalam penyelidikan ini untuk
mendapatkan data serta maklum balas daripada responden yang diperlukan oleh pengkaji. Soal
selidik digunakan dalam kajian ini atas rasional kebanyakan penyelidikan tinjauan menggunakan
instrument soal selidik oleh pengkaji (McRoger 2016). Manakala pengkaji wajib mengikut
piawai dan peraturan penggunaan soal selidik supaya kajian ini dilakukan supaya tujuan asal
kajian ini dapat dicapai. Menggunakan soal selidik di dalam kajian sebagai instrument kajian
adalah wajar menurut Keeves (1998) , memandangan masa yang terhad dan ia lebih mudah
mendapat kerjasama daripada responden. Beliau juga menyatakan penggunaan soal selidik
adalah sesuai digunakan di dalam kajian yang berbentuk kajian tinjauan.

Soal selidik dapat memberi banyak kelebihan kepada pengkaji. Antaranya ialah soal
selidik memberi peluang kepada responden untuk berfikir dan mengambil masa untuk membuat
keputusan yang tepat. Selain itu, soal selidik juga dapat memberikan kadar reaksi yang tinggi
iaitu hampir mencecah 100 peratus. Soal Selidik ini juga turut menjadi instrument yang
bersesuaian di dalam kajian ini kerana penyelidikan yang dilaksanakan ini berbentuk tinjauan
kerana ia menyenagkan pihak responden untuk memberi maklum balas yang diperlukan oleh
pengkaji terhadap kajian (Merican, 2005). Skala Likert 5 mata digunakan dalam membangunkan
item-item soal selidik. Responden juga diberi penuh kebebasan dalam memilihkan dan
memberikan pendapatan serta menilai mengikut Likert Skala yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Peringkat dan skor Skala Likert yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti
dinyatakan dalam jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Skala Likert 5 Mata

Peringkat Skor
Sangat Setuju 5
Setuju 4
Kurang Setuju 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1

Jawapan pemeringkatan jenis skala Likert lima mata ini dipilih adalah kerana ia
bersesuaian kepada pemahaman responden serta dapat mentafsir soalan dengan teliti dan
sekaligus memilih jawapan yang paling sesuai. Selain itu, ia juga digunakan adalah untuk
mengukur pendapat serta kekuatan sikap responden terhadap sesuatu penyataan yang
dikemukakan.
3.4.1 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang dibangunkan dalam kajian ini adalah mengandungi empat bahagian
yang dinamakan seperti A,B,C dan D berdasarkan persoalan kajian yang diwujudkan pada
permulaan kajian ini. Ini kerana persoalan tersebut boleh mendapat jawapan melalui item-item
yang dibinakan. Sehubungan dengan itu, item-item yang terlibat dalam borang soal selidik
adalah mengenai persoalan-persoalan tentang Kompetensi Guru dalam pengajaran amali mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah. Bagi tujuan lebih mengukuhkan
borang soal selidik ini, Model Kompetensi ‘Iceberg’ yang diwujudkan oleh Hay Mcber dijadikan
sebagai rujukan asas borang selidik. Jadual 3.3 menunjukkan bahagian, aspek, kaedah dan
jumlah item yang terlibat dalam borang soal selidik kajian ini.

Jadual 3.3 : Bahagian Yang Terdapat Dalam Borang Soal Selidik

Bahagian Aspek Kaedah Jumlah Item


A Maklumat Demografi Aneka Pilihan 1
B Komponen Kompetensi Pengetahun Skala Likert 17
guru
C Komponen kompetensi Kemahiran Skala Likert 23
guru
D Komponen komtensi Sikap Guru Skala Likert 20

A) Bahagian A
Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai jantina responden .
maklumat ini diperlukan kerana untuk melihat perbezaan jantina guru lelaki dan
perempuan dengan tahap kompetensi terhadap pengajaran amali Reka Bentuk dan
Teknologi.

B) Bahagian B
Di dalam bahagian ini terdapat 17 item yang dibina untuk mendapatkan maklumbalas
berkenaan dengan kompetensi pengetahuan guru dalam pengajaran amali Reka Bentuk
dan Teknologi di Sekolah Rendah. Keseluruhan item ini telah dibahagikan kepada
beberapa bahagian seperti objektif pengajaran, isi kandungan mata pelajaran dana
penilaian kendiri bagi guru yang mengajar Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah
Rendah Daerah Pontian.

C) Bahagian C
Bahagian ini mengandungi 23 item yang digunakan untuk mendapatkan maklumbalas
berkenaan dengan kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran amali Reka Bentuk dan
Teknologi di Sekolah Rendah. Item – item ini telah dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti kaedah penyampaian guru dalam pengajaran dan pembelajaran,
penggunaan alat bahan bantu mengajar ketika di dalam bengkel dan penglihatan guru
ketika kerja amali yang dijalankan oleh pelajar.

D) Bahagian D
Bahagian ini mengandungi 20 item yang dibina untuk mendapatkan maklumbalas
berkenaan dengan kompetensi sikap profesional guru dalam pengajaran amali Reka
Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah. Dalam bahagian ini , item telah dibahagikan
kepada penampilan guru ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan , sikap
tanggungjawab guru sebagai pendidik dan minat guru dalam subjek ini.

3.4.2 Kesahan

Kesahan borang soal selidik yang dibangunkan oleh pengkaji dengan merujuk kepada beberapa
orang profesional yang memepunyai kepakaran dalam bidang kajian ini. Kesahan ini juga telah
dipastikan sebelum diedarkan kepada responden. Kesahan soal selidik diukur dan dinilai atas
beberapa aspek seperti kandungan dan isi soal selidik atas tujuan untuk mencapai objektif kajian
yang ditetapkan oleh pengkaji. Ini memastikan bahawa tiada kekaburan atau borang soal selidik
ini terkeluar daripada objektif persoalan. Oleh itu, maklumbalas rujukan kesahan ini adalah
penting dan dilakukan dalam kajian ini.

3.4.3 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan menjelaskan setakat mana instrument yang digunakan dalam kajian ini dalam
bentuk soal selidik ini dapat menilai permasalahan yang ingin dikaji (Idris, 2010).

Kebolehpercayaan item – item dalam soal selidik boleh diuji dengan kaedah Alpha Cronbach
yang diperolehi melalui Statistical Package For Socil Science (SPSS) Version 25.0 akan
digunakan di dalam kajian ini bagi mencari nilai koefisyen yang merupakan nilai pekali
kebolehpercayaan. Interprestasi nilai alpha croncbach digunakan dalam kajian ini untuk
menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan kajian rintis ini. Sekirannya nilai Interprestasi
yag berada di antara 0.70 hingga menghampiri 1.0, ia memastikan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan yang sangat baik, tinggi serta berkesan. Seterusnya, julat yang bermula dari
0.00 hingga 0.50 menggambarkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah dan ditak
boleh diterima. Manakala julat di antara 0.60 hingga 0.70 boleh dikatakan sebagai tahap
kesahaan dan kebolehpercayaan boleh diterima dan digunakan dalam kajian ini. Yusof (2004)
menggunakan jadual ini sebagai panduan dalam meganalisis kajian rintis.

Jadual 3.4 : Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Yusof, 2004)

Skor Alpha Cronbach Tahap kebolehpercayaan


Menghampiri 1.0 Sangat Baik
0.6 hingga 0.7 Boleh diterima
Menghampiri 0.0 Rendah

3.5 Prosedur Kajian

Soal selidik telah diedarkan keapda seramai 132 orang responden yang mengajar mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah melalui Guru Panitia mata pelajaran tersebut di
sekolah – sekolah yang telah ditetapkan. Responden diberikan masa selama seminggu sebelum
pengkaji datang ke sekolah yang terlibat untuk mengumpulakan borang soal selidik dan
seterusnya memproses dan menganalisis data dengan menggunakkan perisian Statistical
Package for Social Science ( SPSS) melalui pendekatan Ujian Deskriptif. Walaubagaimanapun ,
pengkaji dari masa ke semasa berhubung dengan Guru Panitia tersebut untuk mendapatkan
maklum balas soal selidik yang telah diedarkan . pengkaji membahagikan kerangka operasi
kajian ini kepada dua fasa iaitu Fasa 1 yang melibatkan proposal kajian , Fasa 2 yang
merangkumi kajian sebenar.

3.5.1 Fasa 1 : Proposal Kajian

Antara proses yang dijalankan dalam fasa ini adalah seperti berikut :

a) Kenal pasti masalah dan isu kajian


Langkah pertama dalam fasa ini ialah mengenalpasti masalah yang timbul dan isu kajian.
Pengkaji mendapati wujud masalah dari aspek kompetensi guru Sekolah Rendah dalam
pengajaran amali Reka Bentuk dan Teknologi.

b) Pengumpulan maklumat untuk sorotan kajian


Pengkaji telah mengumpulkan maklumat melalui analisis dokumen dan temubual awal
dengan beberapa orang guru mata pelajaran berkenaan dan pegawai di Pejabat Pelajaran
Daerah Pontian bagi mendapatkan informasi yang berguna mengenai kompetensi guru
dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kajian lepas.

c) Penentuan metodologi
Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kesesuaian responden yang bakal dikaji
dan pengkaji telah memilih kajian berbentuk tinjauan deskriptif dan soal selidik sebagai
instrument kajian.

d) Pembinaan draf instrument kajian


Selepas metodologi kajian ditentukan , pengkaji membina draf instrument kajian iaitu
soal selidik berdasarkan jadual penentuan konstruk kompetensi guru dalam pengajaran
amali.

3.5.2 Fasa II : Kajian Sebenar

Dalam fasa ini, pengkaji menjalankan proses – proses seperti dinyatakan iatu : -

a) Pembinaan instrument kajian


Pengkaji membina soal selidik yang lengkap berpandukan draf yang telah dibincangkan
di fasa 1.

b) Kesahan soal selidik


Bagi memastikan item dalam soal selidik yang dibina mengukur apa yang sepatutnya
diukur berdasarkan objektif kajian , pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada tiga
orang pakar untuk tujuan ini.

c) Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang guru Reka Bentuk dan Teknologi dengan
meggunakan borang soal selidik yang sama akan diberikan kepada responden sebenar .

d) Pengujian Instrumen
Instrumen kajian dianalisis dengan menggunakan pekali kebolehpercayaan Alpha
Crobach yang boleh diterima kebolehpercayaan ialah 0.71 – 0.99 , di mana ianya berada
pada tahap yang terbaik ( 0.71 – 0.99, dimana ianya berada pada tahap yang terbaik (71%
- 99%) kebolehpercayaan item oleh sampel ( Bond & Fox, 2007) . Sekiranya item tidak
diterima , pengkaji melakukan penguguran atau penambahbaikan item.

e) Pengedar borang soal selidik


Setelah semua item soal selidik berada pada tahap kebolehpercayaan yang diterima ,
borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat. Pengkaji mengedarkan
borang soal selidik kepada guru yang terlibat melalui Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.
f) Pengumpulan Data
Pengumpulan data dibuat selepas pengkaji memberi tempoh selama seminggu kepada
responden untuk menjawab soalan soal selidik tersebut. Data daripada borang soal selidik
yang telaah dikembalikan oleh responden kemudian dikumpulkan untuk proses
seterusnya.

g) Penganalisaan Data
Dalam proses ini, pengkaji menganalisis data menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) dengan pendekatan ujian Deskriptif.

h) Penulisan Laporan Akhir


Dalam proses ini, pengkaji membuat kesimpulan dan perbincangan berdasarkan data
yang diperolehi. Laporan lengkap kajian kemudiannya disediakan oleh pengkaji
mengikut format penulisan yang telah digariskan oleh pihak universiti.

i) Penilaian Akhir Kajian


Laporan akhir kajian dibentangkan oleh pengkaji di hadapan panel penilai untuk dinilai
dan disahkan. Pengkaji akan membuat penambahbaikan sekiranya ada mengikut
pandanagan dan perbincangan yang telah diberikan oleh panel penilai sebelum proses
seterusnya.

j) Penjilidn dan Penghantaran Laporan Kajian


Proses terakhir dalam kajian ini adalah penjilidan dan seterusnya penghantaran laporan
kajian ke pihak universiti.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis dalam sesbuah kajian dijalankan untuk memastikan kefahaman responden
terhadap kehendak soalan, kesahan dan kebolehpercayaan serta kejelasan item-item yang
terkandung dalam soal selidik yang diberikan kepada responden pada awal peringkat
penyelidikan. Konsep kebolehpercayaan alat pengukur ialah ketekalan sesuatu alat pengukuran
dalam mengukur pembolehubah. Yahaya et al (2006) mengatakan bahawa proses prapengujian
merupakan sesuatu proses yang termasuk pengedaran soal selidik kepada kelompok responden
yang dipilih. Jika tahap kebolehpercayaanmemepunyai tahap yang tinggi apabila alat pengukuran
bagi sesuatu pembolehubah adalah tekal. Manakala, jika pembolehubah yang sama menunjukkan
nilai yang berubah-ubah, maknanya pembolehubah adalah tidak tekal dan adalah rendah (Idris,
2010).

Kajian rintis bagi kajian ini telah dijalankan kepada 30 orang responden yang terdiri
daripada guru-guru yang mendidik subjek Reka bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah
Daerah Pontian, Johor yang dipilih secara rawak daripada populasi sebenar manakala mereka
tidak terlibat dalam kajian sebenar. Responden yang terlibat dalam kajian rintis adalah guru –
guru Reka Bentuk Dan Teknologi dari Sembilan buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar
Pontian, Sekolah Kebangsaan Pontian Besar, Sekolah Kebangsaan Andek Mori, Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 1, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2,
Sekolah Kebangsaan Sri Benut, Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Sekolah Kebangsaan Parit
Sulaiman, dan Sekolah Kebangsaan Rambah. Kesahan dan kebolehpercayaan yang dianalisis
atas 30 orang responden adalah cukup dalam kajiannya (Abdul Ghafar, 2003). Kajian rintis juga
dijalankan untuk mengenal sampel, menguji kaedah terbaik instrumen serta kesesuaian kaedah
analisis. Respondenyang etrlibat dalam kajian rintis ini telah diberikan set soal selidik yang sama
dengan set soal selidik sebenar untuk memastikan tahap kebolehpercayaan dan kesahan soal
selidik yang digunakan.

Analisis data untuk kajian rintis ini telah di lakukan pada soal selidik yang dibina sendiri
bertujuan untuk mencari nilai Alpha Cronbach (α) . Hasil daripada kajian yang dijalankan
memberi keputusan nilai Alpha Cronbach sebanyak 0.880. Seperti merujuk kepada Jadual 3.6,
tahap kebolehpercayaan item adalah sangat baik dengan konsistensi yang tinggi . Pencarian
Alpha Cronbach ini telah dimudahkan lagi dengan menggunakan perisian Statistical Package
For Social Science SPSS Version 25.0.
3.7 Analisis Data Kajian Sebenar

Jadual menunjukkan kaedah analisis data yang telah digunakan bagi setiap persoalan
kajian. Huraian dilakukan satu persatu mengikut kaedah analisis statistik yang berdasarkan
keputusan deskriptif yang dikira menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) Version 25.0. Dalam kajian ini, data diperolehi daripada borang soal selidik dan ia
merupakan data kuantitatif. Kaedah penganalisaan data yang digunakan dalam kajian ini adalah
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 25.0. Pendekatan
yang digunakan dan kaedah yang dipilih adalah berdasarkan kepada objektif dan persoalan
kajian. Tujuan manganalisis data dijalankan adalah untuk meringkaskan data kepada tahap atau
peringkat yang boleh ditafsir. Penganalisaan data melibatkan aktiviti seperti mengatur , memilih ,
menggabung dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan.

You might also like