You are on page 1of 2

Kuih Bakul Limau Mandarin

(Mohd. Helmi Ahmad)


Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang
hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan
terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina itu dipersalahkan atas segala musibah yang
menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar,
akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-
galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina,
kepulangan Lim Meng disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai
sebuah keluarga semula.

Tema
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin menjadi tema kepada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin karya Mohd. Helmi
Ahmad. Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik
yang melanda mereka.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan kepercayaan pada perkara khurafat

Contoh : Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagannya.

ii. Persoalan keegoan seorang bapa

Contoh : Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah
punca segala kesedihannya.

iii. Persoalan keberanian menyuarakan pendapat

Contoh : Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan
Lim Foong.

iv. Persoalan keinsafan seorang bapa

Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

You might also like