You are on page 1of 3

Kertas Kerja

Sudut Panitia Sejarah

1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Sejarah telah diperakukan sebagai amat penting dalam memupuk
semangat kewarganegaraan, melahirkan perasaan cinta kepada tanah air, memahami
tamadun bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri serta berupaya memainkan peranan
merangka wawasan masa depan Negara.

Projek sudut Panitia Sejarah di laluan tangga sekolah merupakan suatu langkah
penting dan bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan
bermaklumat terutamanya bagi mata pelajaran Sejarah.

Projek Sudut Panitia Sejarah ini bertujuan untuk memaparkan pelbagai bahan
yang berkaitan dengan sejarah negara atau dunia seperti maklumat zaman prasejarah,
informasi tentang pra dan pasca kemerdekaan negara Malaysia. Ianya juga berasaskan
kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada
apa yang berlaku di dalam ruang kelas tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang
ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah
murid.

2.0 MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang


intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk
menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada
semua.

3.0 MISI
Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang cemerlang
anak ademik dan sahsiah murid.
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :
1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid.
2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada Sejarah.
3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid.
4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran.
5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas.

5.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Kuantiti Anggaran Jumlah Kos


Seunit
1 Clear Folder 10 unit RM 1.00 RM 10
2 Pin 4 box RM3.00 RM 12
3 Kertas warna 3 rim RM26.00 RM 78
4 Gam 10 unit RM1.10 RM 11
5 Gunting 5 unit RM2.00 RM 10
6 Hiasan RM 120
7
8
9
JUMLAH RM 241

6.0 PERUNTUKAN

Peruntukan adalah daripada PCG Sejarah 2018.


KERTAS KERJA
SUDUT PANITIA SEJARAH

You might also like