You are on page 1of 2

TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA


SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
EDUCATIONAL OPERATIONAL SECTOR
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ministry Of Education Malaysia Tel: +603-88849302
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Faks: +603-88886680
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Laman Web: www.moe.gov.my
62604 PUTRAJAYA
MALAYSIA
Ruj. Kami : KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 6 ( 25 )
Tarikh : 24 Disember 2014

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk/Tuan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BILANGAN 21 TAHUN 2014

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang


berusaha memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan mengambilkira
pengintegrasian data kepada satu data tunggal bagi murid, guru dan sekolah.
Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan KPM.

3. Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah


(SPS) akan dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan
boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps. Sistem-sistem lain yang sedia ada
akan ditamatkan dari semasa ke semasa setelah pengintegrasian selesai. Bersama-sama
ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah untuk rujukan
dan tindakan selanjutnya.
.
4. YBhg. Datuk/Tuan adalah dimohon untuk mengambil tindakan memaklumkan
kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan sekolah-sekolah
di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

DATO’ HAJI SUFA’AT BIN TUMIN


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

“1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”


Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
s.k.

1. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan

2. YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh


Menteri Pendidikan II

3. YB. Datuk Mary Yap Kain Ching


Timbalan Menteri Pendidikan I

4. YB. P. Kamalanathan P. Panchanathan


Timbalan Menteri Pendidikan II

5. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Penasihat Undang-Undang


Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like