You are on page 1of 5

Tugasan 1

PENGENALAN

Pengawetan tumbuhan kering

Spesimen yang diawet secara kering tidak direndam di dalam bahan


pengawet. Bahan awet kering boleh digunakan dalam membantu guru mengajar
bahagian-bahagian tumbuhan. Spesimen akan dikeringkan mengikut turutan
langkah yang betul. Jika langkah-langkah pengawetan seperti cara penyimpanan
dan penjagaan diabaikan maka spesimen cepat rosak. Spesimen tumbuhan kering
boleh bertahan lama dengan menggunakan kaedah pengeringan tetapi warna
asalnya tidak dapat dikekalkan.

Tumbuhan-tumbuhan yang dikeringkan dikelaskan secara sistematik


dipanggil herbarium. Pengawetan ini dilakukan dengan memberi tekanan pada
tumbuhan dan mengeringkannya dengan udara. Setelah selasai pengeringan,
spesimen dismpan di tempat yang kering, gelap, bebas daripada kehadiran perosak
dan berhawa dingin (Ellyza & Rosmawati, 2015).
PENGAWETAN POKOK SIANTAN SECARA KERING

OBJEKTIF :

Mengekalkan ketahanan dan memanjangkan tempoh masa spesimen untuk rosak


dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.

BAHAN-BAHAN:

Tumbuhan (spesimen), Kertas surat khabar, Tali, Alkohol dan Kertas tebal (mounting
board)

ALAT/RADAS:

Papan lapis dan Apit G

PROSUDER/LANGKAH :

Prosedur Gambar
1. Pengumpulan
 Spesimen tumbuhan (pokok siantan)
dikumpul dari kawasan sekeliling
rumah Muhaimin. Keratan spesimen
berada dalam keadaan yang tidak
dimakan ulat dan tidak layu.
 Spesimen mempunyai semua
bahagian tumbuhan terdiri daripada
ranting, daun, bunga, batang, akar,
Gambar 1: Pengumpulan spesimen
tunas, dan putik.
 Bahagian akar spesimen dibasuh tumbuhan di sekitar rumah Muhaimin.

terlebih dahulu dengan air paip untuk


membersihkan tanah dan kotoran.
 Kemudian, bahagian yang tidak
diperlukan dibuang dan spesimen
disapu dengan alkohol.
2. Penekanan
 Spesimen disusun mendatar di
antara kertas akhbar lama.
 Bahagian daun dan bunga terbuka
supaya mudah dilihat.
 Daun disusun secara selang seli
secara tertiarap dan terlentang.
 Letakkan papan lapis di bahagian
atas dan bawah susunan spesimen-
Gambar2: Proses menyusun spesimen di
spesimen itu.
 susunan papan lapis diapit dengan atas surat khabar.
apit G atau tindih dengan pemberat
untuk menambah tekanan.

Gambar3: Spesimen diapit dengan papan


lapis.

3. Pengeringan
 Pemberat dan alat tekanan
digunakan membantu menekan dan
mengeluarkan cecair di dalam
spesimen untuk menjadi kering.
 Surat khabar yang digunakan untuk
mengalas spesimen turut ditukar
selang seminggu.

Gambar4: Spesimen diapit dengan apit G


untk menambahkan tekanan.

4. Pemanjangan (mounting)
 Setelah spesimen kering, spesimen
diletakkan di atas “mounting board”
hitam berukuran 42 x 29.5 cm.
 Spesimen dilekatkan di atas
mounting board dengan menjahit
benang pada batang dan dahan
tumbuhan.

Gambar 5: Proses menjahit spesimen di


atas mounting board.

Gambar 6: Hasil spesimen yang telah


dijahit pada bahan dan dahan.

5. Pelabelan
 Spesimen pokok siantan dilabelkan.
 Segala maklumat dijadualkan dan
dilabelkan di sebelah kanan bawah
spesimen.

Gambar 7: Pelabelan di setiap bahagian


tumbuhan
6. Penyimpanan
 Spesimen yang telah siap dilabel
dibalut kemas dengan plastik lutsinar
agar bertujuan untuk menjaga
spesimen daripada rosak dan tahan
lama.

Spesimen yang telah siap dibalut dengan


plastik lutsinar.

Langkah berjaga-jaga:

1. Buang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan supaya kelihatan kemas.


2. Pastikan daun spesimen tidak bertindih antara satu sama lain.
3. Sentiasa tukar surat khabar dua minggu sekali.
4. Berhati hati ketika menjahit spesimen pada mounting board agar spesimen
yang dikeringkan tidak rosak.

Rujukan

Ellyza Karim & Rosmawati Shaharuddin (2015). Pengurusan Makmal Sains Dan
Sumber (Sains Pendidikan Rendah). Selangor:Sasbadi

You might also like