Asas Pengecaman Pokok Dan Daun HJ Abdul Rajak B Ali PDF

You might also like

You are on page 1of 220

PENGECAMAN POKOK DAN

DAUN

PENCERAMAH:

Haji Abdul Rajak bin Ali, PPN


PENGENALAN POKOK
Definisi Pokok

Pokok adalah tumbuhan berkayu yang


mempunyai struktur, saiz dan rupabentuk,
terdiri daripada 3 komponen utama:
i. Silara:
Terdiri daripada dahan, ranting dan daun
termasuk bunga serta buah.

ii. Batang:
Terdiri daripada empulur atau teras kayu, isi
kayu (heartwaood), gubal kayu (sapwood),
kambium, kulit dalam (floem) dan kulit luar.
iii. Akar : SILARA
Terdiri daripada
banir, akar
tunjang, akar
cabang dan akar
rerambut.

BATANG

AKAR
MORFOLOGI POKOK

Merangkumi ciri-ciri pokok yang dapat


dilihat dengan jelas bagi membezakan
antara jenis pokok tersebut meliputi:

i. Bentuk am pokok seperti bentuk silara,


dahan, rupa bentuk batang, kulit
termasuk kulit luar, kulit ari dan kulit
dalam.
ii. Banir.
iii. Daun termasuk:
- jenis daun,
- saiz,
- ketebalan,
- susunan atau aturan daun,
- rupa bentuk mata daun,
- pangkal daun,
- hujung daun,
- tepi daun,
- urat daun,
- tangkai daun,
- tekstur daun,
- tekstur permukaan daun, serta ciri-ciri istimewa
lain pada daun yang boleh dijadikan panduan
untuk pengecaman.
SILARA
Silara adalah bahagian berdaun terdiri daripada
dahan ranting, daun bunga dan buah iaitu
merupakan bahagian paling atas bagi pokok
berkayu.

Terdapat beberapa bentuk asas silara yang


dapat membantu pengecaman pokok secara
kasar di lapangan seperti berikut:-
i. Bentuk Kun
Silara yang panjang
dan tirus serta tajam di
bahagian atas serta
kembang di
bawahnya.

Contoh seperti silara


pokok conifer (Pine)
dan pokok Penaga
lilin.
ii. Bentuk Bulat
Silara yang
terbentuk dengan
sempurna bulat dan
seimbang. Pokok
Meranti bumbung
adalah termasuk
dalam silara
berbentuk bulat.
iii. Bentuk Bertingkat
Silara yang
bertingkat-tingkat dan
jelas kelihatan seperti
pada pokok
Ketapang dan Pulai
batang hitam.
iv. Bentuk Selinder

Silara yang
berbentuk bulat serta
menegak ke atas.
v. Bentuk Menyebar

Silara yang
rendang serta
seragam.
vi. Bentuk Bujur telur

Silara yang hampir


sama seperti bentuk
bulat tetapi agak
lonjong ke atas.
vii. Bentuk Silara Terbuka
Silara yang bentuknya
hampir sama dengan
bentuk menyebar tetapi
bilangan dahannya lebih
sedikit dan tidak begitu
seragam bentuknya.

Kebiasaannya ia akan
membentuk kelompok
daun yang berkumpul di
hujung dahan.
viii. Bentuk Berjuntai
Silara yang kelihatan
hampir sama dengan
silara berbentuk
terbuka dan juga bulat,
tetapi dahan –
dahannya melentur
kebawah atau berjuntai
kebawah.
Contoh: Meranti rambai
daun.
DAUN
Definisi Daun

Daun didefinisikan sebagai sebarang


susur batang yang keluar seperti tunas
yang tidak bergantung kepada susur lain,
tersusun dalam corak tertentu dan
kebiasaannya mengeluarkan tunas ketiak
(axillary bud)
DAUN
Daun pada kebiasaannya bersimetri dua
sisi serta akan mencapai saiz maksimum
yang tetap dan tidak akan mengeluarkan
susur yang lain kecuali, kadang-kadang
mengeluarkan kudup (bud).
Secara kasar daun dapat dibahagikan
kepada 4 bahagian utama:

Petiol (gagang atau tangkai daun)


Helai daun/mata daun (leaf blade)
Stipul pada pangkal daun
Mata tunas ketiak
Bahagian Utama Daun
Ciri-ciri penting lain yang perlu diketahui
dalam pengenalan pokok terutama di
kawasan tropika adalah:

Jenis daun.
Bentuk mata daun.
Aturan dan susunan daun.
Urat daun.
Pelekatan daun/tangkai.
Permukaan daun.
JENIS DAUN
Daun secara amnya terbahagi kepada
dua jenis utama:

Daun ringkas
Daun majmuk
Daun Ringkas
 Daun ringkas adalah
merujuk kepada
strukturnya yang
ringkas yang terdiri
daripada:
 Tangkai daun (petiol)
 Mata daun (lamina)
yang terdapat urat
daun
Daun Majmuk
Merupakan jenis daun yang lebih
kompleks strukturnya kerana ia
mempunyai pelepah daun (sheath),
tangkai daun (petiol), rakis, anak tangkai
daun (petiole) serta anak daun (leaflet).
Bentuk-bentuk Daun Majmuk
i. Daun trifoliat –
mempunyai satu
petiol dan tiga
anak daun.
Bentuk-bentuk Daun Majmuk
ii. Daun palmat –
mempunyai satu
petiol dan empat
atau lebih anak
daun serta
tersusun dihujung
petiol seakan-
akan bentuk jari.
BENTUK DAUN
Merujuk kepada rupa bentuk mata daun
itu sendiri. Ia merupakan ciri penting
dalam pengecaman bagi menentukan
spesies pokok. Bentuk daun juga
merangkumi bentuk tepi daun serta
hujung daun itu sendiri.
Bentuk-bentuk Mata Daun
i. Eliptik – lebar
ditengah-tengah
helaian daun dan
tidak begitu
panjang.
Bentuk-bentuk Mata Daun
ii. Obovat – helai
daun yang lebar
dibahagian hujung
daun, tepi
daunnya seakan-
akan berbentuk
telur yang
songsang
(terbalik).
Bentuk-bentuk Mata Daun
iii. Ovat – helai daun
lebar berhampiran
pangkal daun.
Juga dikenali
sebagai daun
berbentuk telur.
Bentuk-bentuk Mata Daun
vi. Lancelot – helai
daun panjang
dan tirus.
Bentuk-bentuk Mata Daun
v. Bentuk jantung –
helai daun
bentuk hati iaitu
lekuk pada
pangkal daun.
Bentuk-bentuk Mata Daun

vi. Bulat - helai daun


berbentuk bulat.
Bentuk-bentuk Mata Daun
vii. Cuping palmat –
helai daun
mempunyai tiga
atau lebih cuping
seakan-akan jari
tangan.
Bentuk-bentuk Mata Daun
viii. Peltat – petiol
bersambung di
bawah helai
daun pada satu
jarak dari
pangkalnya.
Bentuk-bentuk Mata Daun
ix. Cuping pinat –
helai daun
mempunyai
beberapa
cuping seakan-
akan anak daun
pinat.
Bentuk-bentuk Mata Daun
x. Tak simetrik –
kedua-dua
bahagian helai daun
antara tulang
belakang daun tidak
sama bentuk.
(Kebiasaan dijumpai
pada anak daun)
Bentuk-bentuk Mata Daun
xi.Filod – petiol
berbentuk lepir
atau pipeh
seakan-akan
anak daun.
Contoh: Sungkai,
Payung kiara.
Filod
Bentuk Tepi Daun
Selain daripada bentuk daun itu sendiri,
bentuk tepi daun juga memainkan perana
penting dalam menentukan spesies pokok
dimana beberapa bentuk tepi daun yang
biasa dijumpai adalah seperti berikut:
KRENAT
Bergigi bulat tumpul
dan cetek.
Contoh:
Bunga raya, Setawar
CILIAT
Berbulu di tepi
daun.

Contoh: Hampas
tebu.
KRENULAT
Bergigi halus.

Contoh: Meransi.
DENTAT
Gigi tajam, lebar
bersudut tepat
dengantepi daun.
LASINAT
Bercuping seragam.

Contoh: Sukun,
Pisang kera.
LOBE
Bercuping tidak
seragam.

Contoh: Keledang,
Terap.
BERKELIM
Bergulung di tepi daun
sama ada ke atas atau
ke bawah.

Contoh: Meranti
rambai daun.
SERRAT
Bergigi tajam, tepi
lurus menghala ke
puncak (hujung) daun

Contoh: Gegatal.
LICIN
Tiada pecahan tepi.

Contoh: Meranti
melantai dll.
PANGKAL DAUN

ATTENUAT(Runcing)

Meruncing panjang
hingga ke pangkal
tangkai.
AURICULAT (Tetelinga)
Bentuk telinga.

Contoh: Terentang.
KORDAT
Bentuk jantung.

Contoh: Kembang
semangkok.
KUNEAT
Bentuk baji – tirus.

Contoh: Keruing
kipas.
SELISEH / Oblique
Pangkal senget
sebelah.

Contoh: Keledang
babi, Meranti
rambai daun.
Hujung Daun
Bentuk lazim yang biasa dijumpai pada
hujung daun adalah sama seperti bentuk
yang terdapat pada pangkal daun.
Hujung Daun
i. Berlekuk
(Emarginate) –
seperti
Terentang daun
besar
Hujung Daun

ii. Bulat (round)


Hujung Daun

iii. Tumpul (Obtuse)


Hujung Daun

iv. Tirus (Acute)


Hujung Daun
v. Dempak
seperti Jelutong.
Hujung Daun
vi. Runcing
(Acuminate)
seperti Kapur.
ATURAN DAN SUSUNAN
DAUN
 Susunan dan aturan daun adalah
merujuk kepada letak daun pada ranting
pokok.
 Terdapat beberapa susunan yang biasa
dijumpai seperti berikut:
Jenis aturan dan susunan daun.
i. Bersilang – daun
terbit dalam satu
barisan dikedua-
dua belah ranting
dan selalunya
teratur seakan
bersudut tepat
dengan ranting.
Jenis aturan dan susunan daun.
ii. Bersetentang –
susunan daun
teratur secara
berpasangan
dikedua belah
ranting seakan
berpasangan. (dua
daun pada satu
buku (node) ).
Jenis aturan dan susunan daun.
iii. Berpilin –
kebiasaan
terdapat pada
daun tunggal yang
terbit disekeliling
ranting.
Jenis aturan dan susunan daun.
iv. Sepusar atau
bergelang – daun
teratur dalam
kumpulan tiga
atau lebih helai
daun dalam satu
bulatan disetiap
buku daun (node).
URAT DAUN
Urat daun adalah bahagian yang
bersambung dengan tangkai daun pada
bahagian yang membentuk tulang belakang
kepada daun.

Biasanya urat daun terbahagi kepada tiga:


a. Urat Utama
b. Urat Kedua
c. Urat Ketiga
URAT DAUN
Urat Utama
Urat kasar yang
terdapat ditengah-
tengah daun bermula
dari tangkai daun
hingga ke hujung
daun dan membentuk
tulang belakang.
Urat Kedua
Urat yang terbit di kiri kanan urat utama
dan merupakan cabang-cabang urat
utama.

Terbahagi kepada beberapa jenis seperti


selari, pinat, palmat, dryobalanoid,
bergeluk, dekat tepi dan bercabang tiga.
i. Urat Kedua Selari
Urat daun selari
rapat dari urat utama
hingga ke tepi daun.
Contoh: Bintangor.
ii. Urat Kedua Pinat
Urat kedua dalam
susunan seperti bulu
ayam, di kiri kanan
urat utama.
iii. Urat Kedua Palmat
Urat kedua terbit
dipangkal daun
dalam dua
pasangan, menjadi
lima urat termasuk
urat utama.
Contoh: Sesenduk
iv.Urat Kedua Dryobalanoid
Urat kedua
kelihatan selari
dengan urat daun
yang terdapat di
antara urat kedua.
Anak urat tidak
sampai ke tepi
daun.

Contoh: Kapur.
Dryobalanoid Subdryobalanoid
v. Urat Kedua Bergeluk
Urat kedua
berhubungan dan
membentuk geluk
yang berdekatan di
tepi daun.

Contoh: Mersawa.
vi. Urat Kedua Dekat Tepi
(Intramarginal)
Urat kedua
dihubungkan oleh urat
sisi dari pangkal daun
hingga ke hujung
daun.

Contoh: Kelat.
vii.Urat Kedua Bercabang Tiga
Sepasang urat
kedua yang terbit
pada pangkal urat
utama.

Contoh: Medang teja


& Mempoyan.
viii. Urat kedua “With Short
Intermidiate Veins”
Terdapat urat pendek
diantara urat kedua
yang sampai ke tepi
daun.
ix. Urat kedua Pangkal Bertiga
(Trinerved Base)
URAT KETIGA DAUN
Terdapat tiga (3) jenis urat ketiga iaitu:
i. Bentuk tangga
ii. Bentuk jaring
iii. Gabungan bentuk tangga dan bentuk
jaring.
Bentuk Tangga

Urat ketiga tersusun


seperti anak tangga
diantara urat kedua.
Contoh: Meranti.
Bentuk Jaring
Urat ketiga
membentuk seperti
mata jaring / pukat.

Contoh: Resak.
Gabungan Bentuk Tangga dan
Bentuk Jaring
Campuran urat
ketiga bentuk
tangga dan bentuk
jaring

Contoh: Chengal
TANGKAI DAUN
Terdapat beberapa bentuk tangkai daun
yang biasa dijumpai:
i. Bulat
ii. Bersiku – Mengkulang siku keluang
iii. Panjang
iv. Pendek
v. Bengkak (seperti pacat)- Dipterokarpa
vi. Berparit/lekuk – Simpoh
vii. Berbuku - (sama ada dipangkal atau
hujung kedua-duanya)
PERMUKAAN DAUN
(TEKSTUR)
Ciri-ciri yang biasa terdapat pada kedua-
dua permukaan atas dan bawah daun
adalah:
PERMUKAAN DAUN
(TEKSTUR)- samb
i. Bersisik
ii. Berbulu kasar
iii. Berbulu halus
iv. Berbaldu
v. Berbintik-bintik
vi. Licin
PERMUKAAN DAUN
(TEKSTUR)-samb
vii. Seperti kulit
viii. Berkilat
ix. Berkepuh/berdebu putih
x. Kesat
xi. Berkelenjar.
RANTING
Rantingadalah bahagian di mana
sebahagian besar daun terbit darinya.

Pada sesetengah pokok ciri bentuk


ranting yang khas dapat menbantu
dalam pengecaman:
i. Ranting bersegi empat
ii. Ranting leper/pipeh
iii. Ranting berlentisel/berbintil
DAUN PENGASUH (STIPUL)

 Daun pengasuh terbit di sisi pangkal


daun atau tangkai daun pada ranting.

 Terdapat 2 jenis daun pengasuh:


i. Mudah gugur
ii. Kekal lama
DAHAN

Bagi memudahkan pengecaman pokok


di lapangan, hanya dua jenis dahan
sahaja perlu diberi perhatian.
DAHAN
i. Monopodial

Merupakan
pembentukan dahan
yang kecil mengelilingi
batang utama pokok
tanpa kelihatan
cabang atau dahan-
dahan utama lain
seperti Penarahan
dan Kandis.
DAHAN (samb)
ii. Simpodial
Dahan terbentuk
sempurna dan jelas
kelihatan dahan
utama di mana batang
pokok berpecah
membentuk bebepara
dahan yang besar
seperti Chengal,
Meranti ranbai daun
dll.
BATANG POKOK
Selain daun, batang pokok merupakan
bahagian penting dalam pengecaman
spesies.
BATANG POKOK(samb)
Ciri-ciri penting dalam pencirian batang pokok
adalah seperti berikut:

i. Saiz dan bentuk batang


ii. Warna batang
iii. Rupa batang/kulit
iv. Gubal
v. Kehadiran lelehan/damar; dan
vi. Pembentukan banir/jangkang/akar gantung.
BATANG POKOK(samb)
Saiz dan Bentuk Batang
Mengetahui secara kasar ciri-ciri saiz batang
pokok adalah penting sama ada jenis
berbatang besar, sederhana besar atau kecil,
seterusnya untuk membezakan pokok pada
peringkat jaras atau matang.
Saiz dan Bentuk Batang(samb)
i) Bentuk dian (silinder)

Batang lurus, bulat dan


sedikit kuncup di atas.
Sekiranya terdapat banir,
bahagian atas banir akan
menunjukkan sifat seperti
di atas.
Contoh: Jelutong (Dyera
costulata) dan Sepetir
(Sindora spp.).
Saiz dan Bentuk Batang(samb)
ii. Batang serai
(tirus/tapering)

Diameter atau ukur lilit


batang pokok
berkurangan dengan
nyata dari bawah ke
atas.
Contoh: pokok Pain
(Pinus spp.).
Saiz dan Bentuk Batang(samb)
iii. Batang belimbing
(Fluted)

Batang pokok yang


bersegi atau jelas
terdapat permatang
dan lurah yang
memanjang pada
batang pokok.
Contoh: Perah
(Elateriospermum
tapos).
Saiz dan Bentuk Batang(samb)
iv. Batang meraga
(Latticed)

Batang pokok seperti


dibaluti oleh pepanjat
yang membentuk
seperti jaring raga pada
keseluruhan batang.
Contoh: Meraga
(Metadina trichotoma).
Warna Batang

Agak sukar untuk menerangkan warna


sebenar batang pokok semasa di
lapangan, oleh kerana kemungkinan
batang pokok itu dipengaruhi oleh lumut
atau karat, tambahan lagi kawasan
berkenaan mempunyai kelembapan
yang tinggi dan lantai hutan menerima
cahaya matahari yang mencukupi.
Warna Batang (samb)

Walau bagaimanapun, sesetengah


spesies dapat dikenalpasti dengan ciri
seperti:
a) Kehijauan
b) Kemerahan
c) Kehitaman
d) Keputihan atau berkepoh
Warna Batang (samb)

Contoh:

 Coklat kemerah-merahan - Simpoh daun


merah (Dillenia eximia)
 Kemerah merahan – Antoi (Cyahtocalyx spp.)
 Kehitaman - Kayu arang (Diospyros spp.)
 Kelabu pucat atau keputih-putihan - Kenanga
hutan (Canaga odorata).
Rupa Batang

Rupa batang biasanya dirujuk kepada


permukaan kulit luar batang. Semasa di
lapangan , rupa batang hendaklah diteliti
dengan baik sama ada:
i. Ianya secara amnya kasar atau licin.
ii. Jika kasar, adakah merekah, berawan,
berpermatang, kulit buaya, berpermatang
jaring, berbalong atau bersisik ataupun
gabungan beberapa rupa kulit?
Rupa Batang (samb)
iii. Jika licin, adakah beretak, merekah
sampan, berbopeng besar atau berbopeng
sahaja, berbalung-balung atau berbalung
panjang atau bergelang lekuk atau
bergelang sahaja atau berpuru?

iv. Jika bersisik, adakah seperti kertas atau


batang mungkin beretak, berduri limau atau
pun berduri kekabu?
Rupa Batang (samb)
Terdapat beberapa jenis rupa batang
antaranya adalah:

i. Licin (smooth)
Batang kelihatan licin pada pandangan mata
tetapi jika diteliti lebih dekat mungkin berpuru
kecil atau berkepuh atau merekah sekata.
Contoh: Simpuh (Dillenia spp.), Minyak
berok (Xanthophyllum spp.), Tualang
(Koompassia excelsa) dan Pulai (Alstonia
angustiloba).
Rupa Batang (samb)

Batang Licin
Rupa Batang (samb)

ii. Bergelang-gelang (hooped)

Permatang yang melingkari batang pokok


sama ada bersambung atau terputus-putus.
Contoh: Sepetir (Sindora spp.), Meranti
melantai (Shorea macroptera), dan
kebanyakan Resak (Vatica spp.).
Rupa Batang (samb)

Batang
Bergelang-
gelang
Rupa Batang (samb)

iii. Merekah (fissured)

Kulit yang pecah-pecah memanjang yang


membentuk lurah-lurah atau rekahan.
Terdapat beberapa jenis merekah antaranya
merekah sampan, merekah dalam, merekah
tohor, merekah bulat, merekah tajam dan
sebagainya.
Merekah Sampan
 Lekukan pada
permukaan kulit
berbentuk seakan
sampan.
 Kadang kala di
kenali sebagai
`Permatang jaring’
 Contoh: seperti
Meranti tembaga,
Medang kemangi
Merekah Dalam
 Rekahan mungkin
berbentuk merekah
sampan tetapi agak
sempit dan rapat
dengan rekahan
atau lekukkan yang
dalam.
 Contoh: Merawan
batu.
Merekah cetek
 Bentuk rekahan
adalah sama tetapi
lekukkannya cetek.
 Contoh: Bintangor
Merekah lebar
 Rekahan pada
batang agak jauh
antara satu rekahan
dengan rekahan
lain.
 Permatang lebar.
 Selalunya terdapat
pada pokok jaras.
Rupa Batang (samb)

iv)Berbopeng kecil
(pork marked)

Batang yang diliputi


lekuk-lekuk bulat
yang kecil (1 cm
diameter.).
Contoh: Damar
minyak (Agathis
borneensis).
Rupa Batang (samb)
v. Berbopeng besar Berbopeng besar
(dippled)
Batang pokok dilitupi
oleh lekukan-lekukan
bulat yang melebihi 1
cm diameter. Bopeng
disebabkan oleh parut-
parut sisik yang telah
gugur atau tanggal.
Contoh: Merbau (Intsia
palembanica), dan
Kasai (Pometia spp.).
Rupa Batang (samb)
vi. Beretak-retak
(cracked)

Batang pokok yang


menunjukkan kesan
pecahan yang baru
bermula untuk
merekah atau retak-
retak kecil. Retakan
mungkin bersambung
tetapi tidak melebihi 1
cm lebar.
Rupa Batang (samb)
Dua (2) jenis beretak iaitu:

a. Beretak persegi.
Contoh: Kulim (Scorodocarpus
borneensis), dan bakau kurap
(Rhizophora mucronata).

b. Beretak memanjang batang.


Contoh: Jelutong (Dyera costulata) dan
Kempas (Koompassia malaccensis).
Rupa Batang (samb)
vii. Bersisik (scaly)
Batang pokok dengan pecahan kulit mati
berbentuk sisik yang tersusun secara
tidak seragam dengan panjang sisik tidak
melebihi 7 cm dan boleh ditanggalkan
dari batang.
Contoh: Meranti nemesu (Shorea
pauciflora), beberpa spesies Keruing
(Dipterocarpus spp.), Balau (Shorea
spp.).
Rupa Batang (samb)

Bersisik
Rupa Batang (samb)

viii. Kulit Buaya


Kasar, dengan
rekahan yang tidak
seragam seperti kulit
buaya iaitu bersisik
tebal.
Contoh: Kungkur
(Albizia splendens).
Rupa Batang (samb)
ix) Berbalong-balong (flaky)

Batang dengan kepingan kulit mati yang


besar dan tidak seragam seperti batang
bersisik tetapi saiznya lebih besar dan
panjangnya melebihi 7 cm dan mudah
ditanggalkan dari batang pokok.

Contoh: Balau kumus (Shorea laevis),


Keruing (Dipterocarpus spp.), Pelawan
(Tristaniopsis spp.) dan Rengas (Gluta
spp.).
Rupa Batang (samb)
x. Seperti kertas
(papery)

Batang pokok dengan


sisik atau kepingan
kulit nipis dan boleh
disiat seperti kertas.
Contoh: Gelam
(Melaleuca cajaputi),
Phyllanthus emblica
(Pokok melaka), dan
sebahagian kelat
(Syzygium spp.).
Rupa Batang (samb)
xi. Berpuru/Berbintil
(lenticellate)
Terdapat bintik-bintik
atau puru-puru timbul
pada batang dengan
pelbagai bentuk dan
saiz.
Contoh: Ara bertih paya
(Parartocarpus
venenosus), Keranji
(Dialium spp), dan
Keruing (Dipterocarpus
spp.).
Rupa Batang (samb)

xii. Berduri (prickly)


Duri-duri kasar serta
keras dan berkayu
terbit pada batang di
mana pangkal duri
lebih besar. Kadang-
kadang termasuk duri
limau. Kebiasaannya
terdapat pada pokok
muda.
Contoh: Kekabu hutan
(Bombax valentonii).
Rupa Batang (samb)

xiii. Berparut timbul (cankered)

Batang pokok yang terdapat ketumbuhan


kecil atau sederhana besar yang berkayu
timbul seakan-akan bekas buku dahan
pada keliling batang pokok. Contoh:
Melembu (Pterocymbium javanicum).
Rupa Batang (samb)

Berparut timbul
Rupa Batang (samb)

xiv. Berbalung-balung
panjang (scrolled)

Lapisan kulit luar yang


mati mengelupas dalam
bentuk bergulung-
gulung.
Rupa Batang (samb)

Kadang kala rupa batang atau kulit


merupakan gabungan dua (2) atau
lebih ciri-ciri tersebut seperti batang
licin berbopeng (Kasai), dan licin
bergelang (Sepetir).
Rupa Batang/Kulit Luar
KULIT POKOK

Lapisan kulit pokok dipecahkan kepada


dua (2) kategori ia itu:

a) Kulit luar
b) Kulit dalam
Kayu
gubal

Kayu
Kulit luar
teras

Isi kulit
Kambium
vaskular

Bahagian Batang Pokok


KULIT POKOK

Kulit luar (Kulit ari)

Merupakan lapisan kering di luar batang


ia itu lapisan periderma yang telah mati.
Ketebalannya berbeza dan biasanya
nipis jika batang pokok licin dan tebal
jika batang kasar dan bersisik.
KULIT POKOK ( samb)
Nipis – jika tebal kulit kurang dari 2.5 mm
Tebal – jika tebal kulit lebih dari 6 mm

Terdapat jenis pokok mempunyai ciri kulit luar


yang jelas di lapangan dan boleh digunakan
untuk pengecaman:

Warna gelap - Kayu arang.


Kehitaman & rapuh – Penarahan,
Penarahan arang.
KULIT POKOK ( samb)
Kulit tengah (middle bark)

Lapisan di bawah kulit luar atau kulit ari yang


mana pada setengah spesies amat jelas
warnanya seperti:

Kuning – Mata ulat, Kungkur


Merah – Meranti melantai.
Hijau - Merbau
KULIT POKOK ( samb)

Kulit dalam (isi kulit)

Kulit dalam (isi kulit) merupakan lapisan-


lapisan floem yang masih hidup serta
berbeza ketebalannya, tekstur serta warna
mengikut spesies. Kedudukannya adalah di
antara kulit mati dengan kambium vaskular.

Nipis – jika tebal kulit kurang dari 2.5 mm


Tebal – jika tebal kulit lebih dari 6 mm
Kulit dalam (isi kulit)-samb

Kulit dalam mempunyai berbagai ciri dan


tekstur atau jalinan yang boleh digunakan
dalam pengecaman seperti:
Kulit dalam (isi kulit)-samb

i. Berlapis (laminated)

Kulit dalam berlapis


dalam bentuk gelung
yang rapat dan apabila
ditakik lapisan-lapisan
kelihatan.
Contoh: Mersawa
(Anisoptera spp.) dan
Meranti paang (Shorea
bracteolata).
Kulit dalam (isi kulit)-samb

ii. Bersabut (fibrous)


Kulit dalam mengandungi uratan atau
bersabut tebal dan kadangkala
mempamerkan corak seperti jalinan kelambu.

Contoh: Kembang semangkok (Scaphium


spp.), Meranti melantai (Shorea macroptera),
dan Mempisang (Annonaceae). Urat boleh
dikupas panjang, contoh, Karas (Aquilaria
malaccensis).
Kulit dalam (isi kulit)-samb

Kulit bersabut
(Fibre)
Kulit dalam (isi kulit)-samb

iii. Berpasir (sandy/gritty)

Kulit dalam rasa berpasir apabila


diramas.

Contoh: Sesendok (Endospermun


deodenum), dan Minyak berok
(Xanthophyllum spp.).
Kulit dalam (isi kulit)-samb

iv. Bertompok-tompok
(mottled)

Kulit dalam
mempunyai jalinan
warna bertompok-
tompok merah muda,
kuning dan putih.

Contoh: Pauh kijang


(Irvingia malayana)
dan Kasah (Pterygota
horsfieldii).
Kulit dalam (isi kulit)-samb

v. Lembut (soft)
Kulit dalam senang dipotong dan lembut.
Contoh: Mempisang (Annonaceae).

vi. Keras (hard )


Kulit dalam keras untuk dipotong.
Contoh: Pagar anak (Ixonanthes
icosandra)
TAKIKAN

Takikan pada batang dilakukan untuk melihat isi


kulit dan gubal serta lelehan yang keluar.

Takikan juga boleh memberi gambaran


mengenai kekerasan gubal yang dapat
membantu dalam pengecaman spesies pokok
terutamanya dalam Kumpulan Damar.
TAKIKAN

Contoh dalam genus Shorea kumpulan Balau


dapat dibezakan dengan kumpulan Meranti
yang mempunyai kayu gubal yang keras.

Ada setengah pokok mengeluarkan bunyi


apabila batang ditakik seperti pada Simpoh
(Dillenia spp.).

Terdapat juga pokok mengeluarkan bau apabila


batang ditakik yang boleh dijadikan panduan
dalam pengecaman pokok.
TAKIKAN (samb)
BAU TAKIKAN FAMILI GENUS JENIS
Damar (resin) Burseraceae Semua Kedondong
Manis Lauraceae Semua Medang
berempah
Kacang Leguminosae Semua
Berempah Magnoliaceae Semua
Bawang putih Meliaceae Toona Surian bawang
Bawang putih Olacaceae Scorodocarpus Kulim

Wangi Meliaceae Toona Surian Wangi


Pepijat Rosaceae Prunus Pepijat
GUBAL
Gubal adalah bahagian berkayu (isi kayu)
antara kambium vaskular dengan kayu teras.

Terdapat beberapa ciri kayu gubal yang


boleh digunakan dalam pengecaman spesies
termasuk:
i. tekstur
ii. warna dan
iii. ciri khas seperti isi tikam kulit dan kulit
tikam isi.
LELEHAN/DAMAR
Cairan atau lelehan yang keluar dari tisu hidup
(isi kulit atau kayu gubal) apabila takikan
batang dibuat sangat berguna dalam
pengecaman spesies.

Ada juga pokok yang mengeluarkan cairan


atau lelehan secara semulajadi dan dapat
dilihat pada pokok tersebut.
LELEHAN/DAMAR(samb)

Lelehan yang keluar mempunyai ciri-ciri


berikut:

i. Jernih (clear)
Lelehan yang keluar bersifat lutsinar dan
mengalir dengan lancar.

Contoh: Penarahan (Myristicaceae) dan


sebahagian Bintangor (Calophyllum spp.).
LELEHAN/DAMAR (samb)
ii. Keruh (opaque)
Lelehan yang keluar tidak jernih atau tidak
lutsinar.

Contoh: Terap nasi (Artocarpus elasticus),


Pelong licin (Pentaspadon officinalis), dan
sebahagian pokok Rengas
(Anarcadiaceae).
LELEHAN/DAMAR (samb)
iii. Cair (watery)
Lelehan yang keluar tidak pekat
seperti air.

Contoh: Pokok Ipoh (Antiaris


toxicaria) dan sebahagian dari
Rengas.
LELEHAN/DAMAR (samb)

iv. Berdamar (resinous)


Lelehan yang keluar melekit, jernih dan
tidak berwarna atau kuning pucat
hingga coklat hitam atau hitam.

Terdapat pada pokok Kaum Damar


(Dipterocarpaceae) dan Kedondong
(Burseraceae).
LELEHAN/DAMAR (samb)

v. Getah (latex)

Cairan bersusu yang biasanya tidak


jernih dan berwarna keputihan.

Contoh: Terap nasi (Artocarpus


elasticus), dan warna kekuningan,
seperti Bintangor (Calophyllum spp.).
LELEHAN/DAMAR (samb)

vi. Berkerim (creamy)

Getah yang keluar pekat tetapi tidak


melekat atau melekit.

Contoh: Pulai (Alstonia spp.), dan


sebahagian dari Nyatoh (Sapotaceae).
LELEHAN/DAMAR (samb)

vii. Melekat/melekit (sticky)


Getah yang keluar seperti gam.

Contoh: Pokok getah (Havea


brasilliensis).
LELEHAN/DAMAR (samb)
Famili yang menghasilkan lelehan
Ciri lelehan Famili Genus
Getah warna putih, Apocynaceae Semua
Cair dan cepat mengalir Euphorbiaceae Sebahagian
Moraceae Semua
Sapotaceae Semua
Sarcospermataceae Semua
Meliaceae Amoora & Aglaia
Anarcadiaceae Parishia
Getah warna putih,
terbit secara titisan Olacaceae Ochanostachys
LELEHAN/DAMAR (samb)
Ciri lelehan Famili Genus
Lelehan warna keroh Anarcadiaceae Bouea
sedikit Pentaspadon
Lelehan warna Anarcardiaceae Gluta
kehitaman dan boleh Melanochyla
menyebabkan alahan Menorrhoea
Semecarpus
Resin, melekit, Burseraseae Hampir semua
jernih atau putih Dipterocarpaceae Semua (gubal)
Guttiferae Sbhg. genus
Araucariacea Agathis
(putih bersusu)
Lelehan kuning Guttiferae Kebanyakan Garcinia
dan melekit Kebanyakan Calophyllum
Thespesia populnea
(buah saja)
LELEHAN/DAMAR (samb)

Ciri lelehan Famili Genus


Lelehan merah dan Leguminosae Dialium (Keranji)
Berair Millettia (seb.)
(Tulang daing)
Pterocarpus (Sena)
Myristicaceae Semua genus
(Penarahan)
Euphorbeaceae Macaranga (sbhg.)
(Mahang)
Lelehan merah, Theaceae Gordonia (samak pulut)
melekit dan sedikit
Lelehan coklat, Hypericaceae Cratoxylon
nipis dan melekit (Geronggang)
Lelehan dan Isi Kulit
LELEHAN/DAMAR (samb)

Merah Putih

Kuning
Corak lelehan
AKAR/BANIR
Terbentuk di pangkal pokok dan
merupakan struktur yang penting
dalam pengecaman spesies pokok.
Terdapat empat (4) struktur asas
pada pangkal pokok iaitu:
AKAR/BANIR

A) Pangkal bulat

Pokok yang tidak


mempunyai banir
atau akar jangkang.
Contoh: Jelutong
(Dyera costulata)
dan Sepetir
(Sindora spp.).
AKAR/BANIR (samb)
B) Banir

Bahagian pangkal pokok yang mengembang


seperti kepingan. Terdapat beberapa jenis
banir mengikut bentuknya iaitu:

i. Banir kembang (symmetrical buttress)


Banir yang bersudut lebih kurang 45°dari
batang pokok dan paras tanah.
AKAR/BANIR (samb)

Banir kembang
AKAR/BANIR (samb)
ii. Banir bercabang
(branched buttress)

Banir yang bercabang


atau membahagi
kepada beberapa
cabang banir yang Banir
kecil (banir sekunder). bercabang
AKAR/BANIR (samb)

iii. Banir nipis/papan


(plank buttress)
Banir yang runcing
dan nipis, biasanya
besar. Contoh:
Keranji (Dialium
spp.). Kadangkala
dipanggil banir
menjalar.
AKAR/BANIR (samb)

iv. Banir menjalar


(spreading buttress)
Seperti banir nipis.

v. Banir tebal (rounded


buttress)
Banir yang tebal dan
membulat di bahagian
tepi seperti batang Banir menjalar
yang membengkak,
biasanya tidak begitu
besar.
AKAR/BANIR (samb)

vi. Banir kemudi (elbow


buttress)
Banir yang tinggi dan
kuncup, lebih kurang
selari dengan batang
pokok dan berlekuk
tajam serta kembang
pada paras tanah.
AKAR/BANIR (samb)
vii) Banir kuncup
(steep buttress)
Banir yang tinggi dan
kuncup serta lebih
kurang selari dengan
batang pokok seperti
banir kemudi tetapi
tidak berlekuk atau
mengembang pada
paras tanah.
AKAR/BANIR (samb)
C. Akar Gantung atau Jangkang

Akar yang tumbuh dari atas pangkal batang


pokok dan tidak melekat atau bersambung
terus menerus pada batang. Akar ini sama
ada sampai ke tanah atau tergantung.

Terdapat beberapa jenis jangkang atau akar


gantung berdasarkan kepada bentuknya:
AKAR/BANIR (samb)
i. Akar luar biasa (adventitious roots)

Semua jenis akar yang terbit dari batang


pokok pada paras satu kaki dari paras tanah
termasuk jangkang gantung dan akar
berjangkang.

ii. Akar gantung (aerial roots)

Akar yang terbit dari batang pokok di atas


permukaan tanah tetapi tidak sampai ke tanah
dan ini biasanya berkembang menjadi akar
jangkang.
AKAR/BANIR (samb)
iii. Akar jangkang (stilt
roots)

Akar yang terbit di


atas permukaan
tanah hingga
sampai ke tanah,
kebiasaannya
berbentuk bulat.
AKAR/BANIR (samb)

iv. Banir berjangkang (flying buttress)

Seperti akar jangkang tetapi


bentuknya tidak bulat, kebiasaannya
pipih atau leper dan sebahagiannya
bersambungan dengan batang pokok
sama seperti banir nipis yang
berlubang antara batang.
AKAR/BANIR (samb)

Banir berjangkang
Akar Jangkang dan Banir
AKAR/BANIR (samb)
D. Akar angin (aerating roots)

Akar yang terbit atau timbul di permukaan


tanah dari akar utama dan tiada kaitan
dengan batang pokok. Akar jenis ini
biasanya terdapat di Hutan Paya Laut yang
digunakan sebagai akar pernafasan.

Terdapat dua (2) jenis akar ini iaitu:


AKAR/BANIR (samb)

i. Akar tunjang lipat


(knee roots)

Bahagian akar yang


terbit di permukaan
tanah dalam bentuk
melengkung atau
berlipat.
AKAR/BANIR (samb)
ii. Akar pernafasan (pneumatophores)

Cabang akar yang terbit lurus ke


permukaan tanah dan selalu dikenali
sebagai akar udara atau akar pernafasan.
Terdapat bintik-bintik lentisel pada
permukaan akar yang berfungsi untuk
pertukaran gas. Bentuk akar ini mungkin
panjang dan halus dan pendek serta
gemok.
AKAR/BANIR (samb)

Akar pernafasan

Akar tunjang lipat


PANDUAN ASAS
MENGENAL POKOK
Cara-cara mengenal sifat-sifat pokok
berdasarkan faktor-faktor berikut:-
1. Jenis Daun
2. Bentuk Batang
3. Warna Batang
4. Rupa Batang
5. Takikan
6. Bentuk Bunga & Buah
7. Bentuk Banir
Jenis Daun
 Jenis daun adalah faktor yang penting di
dalam pengenalan pokok di mana daun
terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

1. Daun Ringkas – mempunyai satu daun


tunggal.

2. Daun Majmuk – mempunyai lebih anak


daun atau berpelepah.
Rupa Batang
 Rupa batang penting di dalam
pengenalan pokok yang mana terdapat
berbagai rupa batang mengikut jenis/
spesies antaranya:-

1. Batang Dian - Jelutong


2. Batang Serai – Meranti
3. Batang Berbelimbing – Pulai
4. Batang Meraga - Meraga
Rupa Batang (Kulit)
 Terdapat berbagai-bagai rupa batang
(kulit)
1. Merekah sampan – Bintangor
2. Berbopeng – Damar minyak, Kasai
3. Licin dengan merekah sedikit – Berangan
4. Beretak bersegi – Bakau kurap, Kulim
5. Beretak bersegi halus – Jelutong, Kempas
6. Bersisik serta merekah sedikit – Meranti
nemesu
7. Bersisik – Meranti rambai daun
8. Berbalung-balung/bersisik besar – Kapur,
Keladan, Rengas
9. Berpuru timbul/lantisel kasar – Melembu
10. Berparut timbul – Melembu
11. Kulit buaya – Kungkur, Mata ulat
12. Licin & bergelang – Mempisang, Resak
13. Merekah berpematang – Meranti
tembaga
14. Berduri – Kekabu hutan, Telusuk ayam
15. Licin & beretak halus – Simpoh
16. Merekah dalam – Merawan batu, Seraya,
Meranti bukit
17. Berkertas – Kelat paya
Bentuk Banir
1. Banir Kuncup
2. Banir Kembang serta Nipis
3. Berjangkang
4. Banir Bercabang
5. Banir Menjalar
6. Banir Kemudi
Pokok Tidak Berbanir
1. Annonaceae 11. Jemerlang
2. Guttiferae 12. NY taban merah
3. Geronggang 13. Kemuning hutan
4. Kenanga Hutan 14. Karas
5. Keruing kertas 15. Tembusu hutan
6. Keruing chogan 16. Ru
7. Ramin melawis 17. Berangan
8. Petaling 18. Damar Minyak
9. Kungkur 19. Ekor kuda
10. Sepetir 20. Podo kebal musang
Pokok Yang Mengeluarkan
Getah/Cairan atau Damar
 Getah Putih
1. Apocynaceae – Pulai, Jelutong
2. Euphorbiaceae – Perah
3. Moraceae – Terap, Keledang
4. Sapotaceae – Nyatoh, Bitis
5. Sarcospermataceae
6. Meliaceae – Bekak (buah & ranting)
7. Burseraceae – Kedondong
8. Guttiferae – Kandis, Bintangor
9. Anacardiaceae – Sepul, Machang
10. Olacaceae – Petaling: bintik (buah & daun)
 Getah Keruh (muddy)
 Anacardiaceae – Kundang, Pelong

 Getah Hitam Cair


 Anacardiaceae – Gluta, Melanochyla,
Melanorrhoea, Semecarpus

 Cairan Seperti Damar Putih


 Burseraceae – Kedondong
 Guttiferae – Kandis
 Araucariaceae – Damar minyak
 Cairan Warna Kuning
 Guttiferae – Kandis, Bintangor
 Thespesia popunea

 Cairan Warna Merah Berair


 Leguminosae – Keranji, Tulang daing
 Myristicaceae – Penarahan
 Euphorbiaceae – Macaranga (Kubin)

 Cairan Merah-Sticky, Scanty


 Theaceae – Gordonia (Samak pulut)
 Cairan Warna Coklat
 Hyperiacaceae – Cratoxylum
(Geronggang)

 Berdamar
 Burseraceae – Kayu & kulit
 Dipterocarpaceae – Meranti, Keruing
Ciri-ciri Takikan Bau/Cairan/Isi Kulit
 Bau

1. Burseraceae – Kedondong (resin), Mangga


2. Dipterocarpaceae – Resin
3. Lauraceae – Manis, Masam
4. Leguminosae – Kacang
5. Magnoliaceae – Pedas
6. Cornaceae – Tebu
7. Rosacaceae – Almonds
8. Meliaceae – Langsat
9. Olacaceae – Bawang putih
10. Anacardiaceae – Mangga (Mangifera)
11. Meliaceae – Bawang/manis
 Kulit Luar Hitam
1. Diospyros – Kayu arang
2. Myristicaceae – Sebahagian Knema, Myristica

 Kulit Boleh Siat


1. Malvaceae - Kangsar
2. Thymelacaceae – Karas
3. Annonaceae – Mempisang

 Bunyi Berdesir
1. Dilleniaceae – Simpoh
2. Ochanostachys amentacea -Petaling-
 Warna Kulit Tengah
1. Kuning – Kokona, laphopetakum
(Celastraceae), Pithecellobium splendens
(Leguminosae), Tritira penangesis
(Sapindaceae)
2. Merah – Shorea (Dipterocarpaceae)
3. Hijau – Intsia palembanica (Leguminosae)
Bentuk Silara/Dahan Pokok
 Bentuk pagoda

1. Apocynaceae – Pulai
2. Combretaceae – Terminalia
3. Euphorbiaceae – Endospermum
4. Malvaceae – Ceiba, Samalia
Rupa Batang (Kulit)
 Kulit Berbopeng
1. Burseraceae – Kedondong
2. Leguminosae – Merbau
3. Meliaceae – Bekak (sebahagian)
4. Sapindaceae – Kasai
5. Euphorbiaceae – Baccaurea, Mallotus
oleucordemis, M. muticus
6. Anacardiaceae – Swintonia-Merpauh
7. Olacaceae - Petaling
 Batang Bergelang
1. Moraceae – Keledang (sebahagian)
2. Meliaceae – Carapa, Bekak
3. Hypericaceae – Cratoxylum-GR
4. Myrtaceae – Tristania

 Kulit Berlantisel
1. Dipterocarpaceae – Dipterocarpus
2. Burseraceae – Kedondong
3. Rubiaceae – Ardina
4. Moraceae – Terap, Keledang
Daun
 Daun & ranting Bertingkat
1. Annonaceae – Mempisang
2. Ebenaceae – Kayu arang
3. Myristicaceae – Penarahan
4. Leguminosae – Cassia/Bebusuk
5. Bombacaceae – Durio/Durian)
6. Moraceae – Ficus/Ara
7. Tiliaceae – Muntingia
8. Meliaceae - Sentang
 Daun Pinat, Trifoliat, Berpilin & Bertingkat
1. Araliaceae – Sebahagian
2. Anacardiaceae – Rengas
3. Burseraceae – Sebahagian
4. Capparidaceae
5. Connaraceae
6. Juglaudaceae
7. Leguminosae – Sebahagian
8. Meliaceae – Sebahagian
9. Oxalidaceae
10. Rutaceae – Limau
11. Sapindaceae – kecuali Paranephelium, Lepisanthes
12. Simaroubaceae
13. Staphyleaceae
14. Moraceae
 Daun Pinat, Trifoliat & Bertentang
1. Bignoniaceae – selalu dwi atau lebih -
(Cempaka)
2. Cunoniaceae – anak daun bergigi
3. Rutaceae – sebahagian
4. Staphyleaceae
5. Verbenaceae – Leban (sebahagian)
6. Euphorbiaceae - Mahang
 Daun Ringkas & Setentang

1. Myrifloraceae – kebanyakan
2. Apocyceae – Pulai
3. Celastraceae
4. Cornaceae
5. Gnetaceae - Belinjau
6. Guttiferae - Bintangor
7. Hypericaceae - Geronggang
8. Longaniaceae
9. Monimiaceae
10. Nyctaginaceae
11. Olacaceae
12. Rhizophoraceae – Bakau
13. Rubiaceae
14. Sarcospermataceae - Legume
15. Verbenaceae - Leban (sebahagian)
16. Araucariaceae – Agathis
17. Lauraceae – Cinamomum (3 urat)
 Daun Sepusar
1. Casuarinaceae – Ru
2. Apocynaceae – Pulai
3. Lauraceae – Actinodapne/Medang
4. Ericaceae – Rhododendron

 Daun Berjari/Palmat
1. Steculiaceae – Mengkulang jari
2. Pepauh
3. Sentul – Trifoliate
4. Bombacaceae – Kekabu
5. Leban
 Daun Tua/Mati-warna kuning, merah, pink &
oren
1. Euphorbiaceae
2. Acer
3. Theaceae (Adinandra)
4. Elaeocarpaceae – Elaeocarpus
5. Hamamelidaceae
6. Rubiaceae – Grenia, Jakria
7. Lythraceae – lagerstroemia
8. Theaceae – Ploarium
9. Rosaceae – Pyrus
10. Meliaceae – Sandoricum
11. Combretaceae – Terminalia
12. Polygalaceae – Xanthopyllum
 Urat Kedua Sampai ke Tepi Daun
1. Dipterocarpaceae – Hopea, Dryobalanops
2. Sapotaceae – Nyatoh
3. Apocynaceae – Pulai
4. Guttiferae – Bintangor
5. Myrtaceae - Kelat
Buah
 Berbuah Pada Batang
1. Annonaceae
2. Flacourtiaceae
3. Leguminosae
4. Meliaceae
5. Moraceae
6. Euphorbiaceae
7. Oxalindaceae – Averrhoe bilimbi

 Buah Pod
1. Apocynaceae
2. Bigniniaceae
3. Leguminosae
Panduan Mengenal Anak Pokok
(Anak benih pokok-pokok kayu boleh niaga
yang penting)
 Terdapat Cairan/Getah Putih/Kelabu atau Kuning
1. Bintangor (Calophyllum spp.), daun berkembar &
mempunyai urat yang selari ke tepi daun.
2. Pulai (Alstonia spp.) Awalnya mempunyai daun
berkembar & bertukar kepada bergelang (spiral) ,
kotilidon kecil.
3. Jelutong (Dyera costulata). Awalnya mempunyai daun
berkembar & bertukar kepada berpusar (spiral),
kotilidon besar.
4. Nyatoh (Sapotaceae spp.), daunnya bertingkat atau
berpusar (spiral), kebiasaannya hanya daun pertama
sahaja yang berkembar. Daun pengasuh kecil, kadang
kala tiada & tidak meninggalkan parut.
5. Terap/Keledang (Artocarpus spp.), daun berpusar,
bercuping, dengan daun pengasuh yang besar
berbentuk seperti cawan yang menutup kudup &
meninggalkan parut pada ranting.
 Daun Berjari (Palmat)
1. Mengkulang jari – daun awal adalah
daun tunggal, anak daunnya lebar &
besar.
2. Kekabu hutan – daun yang keluar
adalah daun majmuk
 Daun Berpelepah Tanpa Anak Daun
Di Hujung
1. Kasai (Pometia spp.), anak daun bergigi
kasar atau berlekuk, daun yang keluar
awal adalah daun majmuk.
2. Petai (Parkia spp.), berdaun kecil & dari
jenis daun majmuk.
3. Merbau (Intsia palembanica), anak daun
besar seperti sepasang kasut dari jenis
daun majmuk, kotilidon besar.
4. Sepetir (Sindora spp.), anak daun besar
& tidak sama di pangkal daun
(asymmetrical), daun majmuk.
 Daun Majmuk Dengan Terdapatnya
Anak Daun Di Hujung
1. Pelong (Pentaspadon spp.)
 Anak daun bergigi kasar atau berlekuk
2. Kempas (Koompassia malaccensis)
 Tepi anak daun licin, kecil hampir berkembar
(sedikit bertingkat, pucuk berbulu karat)
3. Tualang (Koompassia excelsa)
 Sama seperti kempas tetapi daun pucuknya
berbulu putih
4. Keranji (Dialium spp.)
 Tepi anak daun licin, saiznya sedang besar &
bertingkat, daun yang keluar awal adalah daun
tunggal
5. Kedondong (Burseraceae spp.)
 Anak daun bergerigi halus atau licin, berkembar,
anak daun sisi senget. Daun awal adalah daun
tunggal atau daun majmuk
 Daun Tunggal
1. Durian (Durio spp.)
 Batang tunjang (hypocotyls) lebih besar daripada
batang sangga (epicotyl). Daun berbentuk sudip,
tepi selari & terdpat sisik bersinar pada batang,
tangkai & permukaan daun.
2. Dedali (Strombosia javanica)
 Batang tunjang lebih besar dari batang sangga,
daun berbentuk bujur telur
3. Ramin (Gonystylus spp.)
 Permukaan daun bertitik halus, urat daun rapat
4. Sesendok (Endospermum)
 Daun berbentuk bujur & berbulu lembut dengan
terdapatnya sepasang domitia di pangkal tangkai
daun
5. Melunak (Pentace spp.)
 Daun mempunyai 3 urat di pangkal & berkepuh di
belakang daun, tepi licin atau bergerigi di
bahagian pangkal dan hujung daun
6. Kembang semangkok (Scapium spp.)
 Daun berbentuk bujur telur, panjang runcing ke
hujung, tangkai panjang
7. Mengkulang (Heritiera spp.)
 Ranting, tangkai & urat utama berbulu karat,
terdapat sepasang daun pengasuh
8. Simpoh (Dillenia spp.)
 Tepi daun bergerigi
9. Terentang (Camprosermum spp.)
 Daun berbentuk obovat & I bahagian pangkal
terdapat anak daun berbentuk telinga
10. Jelawai (Terminalia spp.)
 Kotilidon lebih besar dan panjang, daun berbentuk
obovat, pucuk bercabang
11. Podo (Podocarpus spp.)
 Daun berbentuk ovat, liat mempunyai urat selari ke
tepi daun
12. Damar minyak (Agathis borneensis)
 Daun berbentuk ovat, urat kedua selari hingga ke
tepi daun, mata tunas bulat
Panduan Mengenal Anak Kaum Damar
(Panduan-panduan ini boleh digunakan untuk pokok-pokok
yang bersaiz 30 cm, tinggi atau pokok yang mempunyai 5
atau lebih helaian daun)
1. Kapor
 Urat kedua selari & rapat hingga ke tepi daun. Daun
bentuk ovat, hujung daun acuminate, berbau kapur
barus.
2. Keladan
 Urat kedua selari & rapat hingga ke tepi daun,
berbentuk oblong & berbau kapur barus.
3. Mersawa
 Petiol berwarna putih, urat kedua melengkung tak
sampai ke tepi daun (looping), urat ketiga berjaring.
Mersawa kuning (belakang daun berbulu. Mersawa
durian (urat kedua tidak begitu nyata/jelas). Mersawa
gajah (urat belakang jelas)
4. Merawan
 Terdapat 3 jenis urat iaitu:-
i. Urat Pinat – urat biasa seperti bulu ayam
ii. Urat Subdryobalanob – urat selari hingga ke
tepi daun & terdapat urat pendek di antara
urat kedua
iii. Urat Dyobalanob – urat selari hingga ke tepi
daun seperti kapur

5. Keruing
 Daun besar dengan urat yang berlainan, daun
pengasuh yang berbeza, tepi berawan & berbulu

6. Keruing kipas
 Daun berbulu di bahagian belakang
7. Keruing mempelas
 Daun, tangkai & ranting berbulu panjang di
bahagian hadapan & belakang daun

8. Keruing bulu
 Daun berbulu pendek

9. Keruing kerut
 Tangkai berbulu tebal

10. Keruing latek


 Tangkai berbulu tebal, daun pengasuh
mempunyai bulu berkelompok

11. Keruing gombang


 Tangkai berbulu pendek, daun pengasuh berbulu
jarang
12. Keruing belimbing
 Tangkai licin, daun besar

13. Keruing gombang merah


 Tangkai licin atau berbulu sedikit, daun berbentuk
sudu

14. Keruing merah


 Tangkai pendek & berbulu sedikit

15. Chengal
 Urat berjaring & anak daun biasanya warna ungu

16. Resak
 Daun pengasuh lebar, urat berjaring
17. Meranti rambai daun
 Urat bertangga, pangkal daun tidak sama, daun
pengasuh biasanya warna hijau, terdapat domitia
di sepanjang urat utama di bahagian belakang

18. Meranti tembaga


 Terdapat domitia di sepanjang urat utama di
bahagian belakang, daun pengasuh hanya di
bahagian hujung sahaja

19. Meranti sarang punai


 Daun pengasuh biasanya berwarna merah

20. Meranti kepong


 Tiada domitia, daun berbulu & daun pengasuh
warna merah & kekal, berbulu atau kesat
21. Meranti jerit
 Daun berbulu, daun pengasuh warna hijau & lebat

22. Meranti bukit


 Daun licin, urat utama tajam & daun nipis

23. Meranti langgong


 Daun licin, daun pengasuh banyak di sepanjang
ranting, warna hijau seperti sabit

24. Meranti paya


 Urat kedua bertangga, berbulu lembut

25. Meranti pipit


 Daun berbulu, daun pengasuh banyak di
sepanjang ranting
26. Meranti sengkawang merah
 Ranting bersegi, daun oblong

27. Gerutu
 Belakang daun berkepuh, tangkai peltat, pucuk
warna ungu

28. Damar hitam


 Daun hijau tua di bahagian atas & hijau muda di
bahagian bawah, pucuk warna ungu

29. Damar hitam katup


 Daun oblong, bulat di pangkal

30. Damar hitam bulu


 Pangkal daun tirus, belakang daun kasar/kesat
31. Damar hitam siput jantan
 Daun nipis & licin, terdapat sepasang domitia di
pangkal petiol

32. Damar hitam pipit


 Daun tebal & licin, agak senget

33. Balau merbatu jantan


 Urat kedua bertangga, bulat di pangkal, berbulu di
belakang daun

34. Balau laut merah/Damar laut


 Daun licin, urat kedua bertangga, tangkai panjang
& bersiku

35. Balau kumus


 Urat kedua tidak jelas, bulat di pangkal, tepi daun
berombak
36. Balau pasir
 Pangkal daun asimetrik, belakang daun berkepuh

37. Balau merah


 Urat kedua tenggelam di hujung daun, tepi daun
berombak, hujung daun akuminat

38. Balau laut


 Urat kedua timbul, berkepuh

39. Balau membatu


 Daun nipis berkilat

40. Balau kumus hitam


 Urat kedua tidak jelas, berkilat, warna hijau tua,
sedikit berkepuh
41. Meranti paang
 Daun oblong, terdapat dometia di pangkal urat
kedua

42. Balau bukit


 Tangkai berkedut, ranting berbulu, warna
keemasan pada ranting & petiol

43. Meranti melantai


 Daun oblong, daun tebal, terdapat bintik-bintik
merah di permukaan daun

44. Meranti seraya


 Daun nipis, pucuk warna ungu/kemerahan

45. Meranti nemesu


 Ranting & petiol berbulu, daun nipis & berkilat di
bahagian atas
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like