You are on page 1of 16

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

STepMPM versi 6.0

MANUAL PERISIAN

SISTEM TUNTUTAN ELAUN PENJAWAT PEPERIKSAAN MPM

Versi 6.0
MANUAL PENGGUNA

1.0 PENGENALAN

Perisian Sistem Tuntutan Elaun Penjawat Peperiksaan (STepMPM) Versi 3.0 ini merupakan
versi baru bagi menggantikan STepMPM Versi 2.0 yang telah dibuat penambahbaikan dan
digunakan oleh penjawat MPM dalam proses membuat tuntutan elaun peperiksaan mulai
September tahun 2009. Data akan dihimpunkan dan diproses bagi mempercepatkan bayaran
kepada pengawas peperiksaan STPM, MUET, PTK, MEdSI dan MUnSyl secara kredit terus
ke akaun bank penerima.
Perisian STepMPM mula dibina oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor dengan kerjasama MPM pada tahun 2006.

2.0 KEPERLUAN MINIMUM PERISIAN STepMPM

2.1 Sistem Pengoperasian Windows XP yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:


*2.1.1 Display screen resolution 1024 x 768 pixels
*2.1.2 Regional Setting English (United States)
*2.1.3 Time format hh:mm:ss:tt
*2.1.4 Date format dd/mm/yyyy

* Akan diformatkan oleh sistem secara automatik

2.2 Jika sistem pengoperasian komputer anda menggunakan selain daripada


perisian Microsoft Access 2000 (contoh: Microsoft Access 2003), langkah berikut
perlu dilakukan:

2.2.1 Klik butang “Start” dan klik


2.2.2 Klik Microsoft Office
2.2.3 Klik Microsoft Access
2.2.4 Klik “Tools”
2.2.5 Klik “Macro”
2.2.6 Klik “Security” pilih “Low”, kemudian klik butang “Ok”
2.2.7 Klik “File” pada menu bar, pilih “New”, klik “Blank database”, dan skrin “File
New Database” akan terpapar
2.2.8 Klik butang “Create”, skrin “Database (Access 2000 file format) akan terpapar
2.2.9 Klik “Tools”, pilih “Options” dan skrin “Options” akan terpapar
2.2.10 Pilih butang “Edit/Find”, “uncheck (buang tanda) √” pada ketiga-tiga petak
pada ruangan “Confirm”
2.2.11 Klik butang “Apply”, klik butang “Ok”
2.2.12 Tamat dan keluar dari Perisian Microsoft Access

2
3.0 PEMASANGAN STepMPM Versi 6.0

PERINGATAN

Anda dikehendaki supaya keluar daripada semua program Windows sebelum memulakan
proses pemasangan perisian

Sekiranya anda perlu menyimpan data yang telah dimasukkan ke dalam perisian STepMPM
Versi 5.0, anda perlu mengeksport data anda terlebih dahulu ke dalam C dengan
menggunakan butang supaya data lama anda dapat disimpan.

3.1 Anda dikehendaki muat turun perisian ini dengan URL di bawah sebelum memulakan
proses pemasangan perisian

webmpm.mpm.edu.my/perisian

Gambar rajah 1

3.2 Double click ikon dan skrin seperti Gambar rajah 2 akan terpapar.

Gambar rajah 2

3
3.3 Klik butang untuk meneruskan proses pemasangan. Skrin seperti
Gambar rajah 3 akan terpapar.

Gambar rajah 3

3.4 Klik butang untuk meneruskan proses pemasangan. Skrin seperti Gambar
rajah 4 akan terpapar.

Gambar rajah 4

3.5 Klik butang untuk meneruskan proses pemasangan. Skrin seperti Gambar
rajah 5 akan terpapar.

Gambar rajah 5

4
3.6 Klik butang untuk menamatkan proses pemasangan. Pemasangan perisian
telah berjaya dilakukan.

(Nota: Sistem pendaftaran telah dipasang di direktori C:\STepMPM dan ikon perisian
akan terpapar di DESKTOP.)

4.0 PENERANGAN TENTANG MENU UTAMA STepMPM Versi 6.0

(a) Butang untuk membuat


carian melalui kad
pengenalan atau nama

(b) Butang untuk memaparkan


maklumat diri yang diperlukan
(c) Butang untuk memaparkan
maklumat perjalanan yang
diperlukan

(d) Butang untuk memadam


semua rekod dalam perisian

(e) Butang untuk memadam


maklumat peribadi dan
perjalanan individu

(f) Butang untuk mengimport


maklumat peribadi

(g) Butang untuk mengisi


maklumat peribadi secara
manual

(h) Butang untuk mengimport


atau mengeksport data ke
disket

(i) Butang untuk mencetak


borang dan laporan tuntutan
yang telah dilengkapkan

(j) Butang untuk mengecilkan


saiz fail
(k) Butang untuk keluar dari Gambar rajah 6
aplikasi

5
5.0 PENGGUNAAN PERISIAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI(JPN)

Langkah Sebelum Peperiksaan

5.1 Double click ikon di Desktop. Skrin seperti Gambar rajah 7 akan terpapar.

Gambar rajah 7

5.2 Klik butang untuk mengecilkan saiz fail.

5.3 Untuk mengeksport data STepMPM Versi 2.0 yang telah disimpan di dalam C (jika
perlu) , klik butang dan import data daripada C dengan mengklik
butang .

5.4 Klik butang untuk menggabungkan data pengawas. Skrin seperti


Gambar rajah 8 akan terpapar. Sila rujuk penerangan pada Gambar rajah 8 untuk
tindakan seterusnya.
(a) Klik butang untuk
mengimport data
STPM dari SLaP
atau
(b) Klik butang untuk
mengimport data PTK
dari SLaP
atau
(c) Klik butang untuk
mengimport data
MUET dari SLaP
atau
(d) Klik butang untuk mengimport
maklumat peribadi dari sistem
STePMPM melalui
disket atau
(e) Klik butang untuk mengimport
maklumat peribadi
mengikut jenis peperiksaan
dari Text File (bagi yang tidak
menggunakan SLaP) Gambar rajah 8
(Format text file yang
perlu disediakan adalah
seperti pada Lampiran 1)
6
5.5 Klik butang untuk mengagih data pengawas mengikut pusat. Skrin
seperti Gambar rajah 9 akan terpapar.

Gambar rajah 9

5.6 Klik pada combo box yang bertanda merah untuk memilih
nombor pusat yang dikehendaki.

5.7 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk


mengeksport data pengawas bagi pusat yang berkenaan.

5.8 Ulangi langkah 5.5 dan 5.6 untuk mengeksport data setiap pusat bagi negeri yang
berkenaan.
5.9 Klik pada combo box yang bertanda merah untuk
memilih Penyelia Kawasan yang dikehendaki.

5.10 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk


mengeksport data Penyelia Kawasan seperti yang dipilih pada tindakan 5.8.

5.11 Ulangi langkah 5.8 dan 5.9 untuk mengeksport data individu setiap Penyelia Kawasan
bagi negeri yang berkenaan.

5.12 Klik butang untuk keluar dari sistem.

Langkah Selepas Peperiksaan

5.12 Sila rujuk Halaman 16.

5.13 Bagi proses penggabungan data yang diterima daripada semua Penyelia Kawasan, sila
ikuti langkah 7.11 hingga 7.15.

6.0 PENGGUNAAN PERISIAN OLEH PENYELIA KAWASAN

Bagi proses penggabungan data tuntutan Ketua Pengawas dan Pengawas di bawah seliaan
Penyelia Kawasan, sila ikuti langkah 7.11 hingga 7.15.

7
7.0 PENGGUNAAN PERISIAN OLEH KETUA PENGAWAS

Langkah Sebelum Peperiksaan

7.1 Double click ikon di Desktop. Skrin seperti Gambar rajah 10 akan terpapar.

Gambar rajah 10

7.2 Klik butang untuk mengecilkan saiz fail.

7.3 Klik butang untuk menggabungkan data pengawas daripada disket.


Skrin seperti Gambar rajah 8 akan terpapar. Sila rujuk penerangan pada Gambar
rajah 8 untuk tindakan seterusnya.

7.4 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk


memasukkan data Pengawas yang diterima dari JPN ke dalam sistem.

7.5 Klik butang untuk mengagih data Timbalan Ketua Pengawas/


Pengawas/Pengemas Bilik di bawah jagaan Ketua Pengawas yang berkenaan. Skrin
seperti Gambar rajah 11 akan terpapar.

Gambar rajah 11

8
7.6 Klik pada combo box yang bertanda merah untuk
memilih Timbalan Ketua Pengawas/Pengawas/Pengemas Bilik yang dikehendaki.

7.7 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk


mengeksport data Timbalan Ketua Pengawas/Pengawas/Pengemas Bilik seperti yang
dipilih pada tindakan 7.6.

7.8 Ulangi langkah 7.6 dan 7.7 untuk mengeksport data setiap Timbalan Ketua Pengawas/
Pengawas/Pengemas Bilik bagi pusat yang berkenaan termasuk data Ketua Pengawas
sendiri.

7.9 Klik butang untuk keluar dari sistem.

7.10 Edarkan disket yang telah diisi data kepada Timbalan Ketua
Pengawas/Pengawas/Pengemas Bilik yang berkenaan.

Langkah Selepas Peperiksaan

7.11 Kumpulkan semua disket semua Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas, dan
Pengemas Bilik termasuk disket Ketua Pengawas sendiri yang telah dilengkapkan.

7.12 Klik butang untuk membersihkan maklumat asas yang sedia ada
dalam sistem.

7.13 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk


menggabungkan data Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas, dan Pengemas Bilik
yang telah lengkap diisi maklumat tuntutan. Skrin seperti Gambar rajah 12 akan
terpapar. Sila rujuk penerangan pada Gambar rajah 12 untuk tindakan seterusnya.

(a) Klik butang untuk menyalin


data Pengawas yang telah
dilengkapkan ke
dalam STepMPM dari disket
ATAU
(b) Klik butang untuk menyalin
data Pengawas yang telah
dilengkapkan ke
dalam STepMPM dari
folder C:\StepMPM
Gambar rajah 12
7.14 Ulangi langkah 7.13 untuk menggabungkan semula data Timbalan Ketua Pengawas,
Pengawas, dan Pengemas Bilik bagi pusat yang berkenaan termasuk data Ketua
Pengawas sendiri.

7.15 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk


mengeksport maklumat tuntutan yang telah disatukan dari pusat yang berkenaan. Skrin
seperti Gambar rajah 13 akan terpapar.

9
Sila rujuk penerangan pada Gambar rajah 13 untuk tindakan seterusnya. Labelkan
disket yang berkenaan seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 2.

(a) Klik butang untuk


mengeksport data Pengawas
yang telah dilengkapkan ke
disket
ATAU
(b) Klik butang untuk
mengeksport data Pengawas
yang telah dilengkapkan ke
folder C:\StepMPM

Gambar rajah 13

7.16 Klik butang untuk keluar dari sistem.

7.17 Untuk proses kerja seterusnya, sila rujuk Halaman 14.

8.0 PENGGUNAAN PERISIAN OLEH PENYELIA KAWASAN, KETUA PENGAWAS,


TIMBALAN KETUA PENGAWAS, PENGAWAS, DAN PENGEMAS BILIK

8.1 Double click ikon di Desktop. Skrin seperti Gambar rajah 14 akan terpapar.

Gambar rajah 14

8.2 Klik butang untuk mengecilkan saiz fail.

8.3 Klik butang untuk menggabungkan data pengawas. Skrin seperti


Gambar rajah 8 akan terpapar. Sila rujuk penerangan pada Gambar rajah 8 untuk
tindakan seterusnya.
10
8.4 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang untuk
memasukkan data yang diterima dari JPN atau Ketua Pengawas ke dalam sistem.

8.5 Klik pada combo box yang bertanda merah atau


untuk mendapatkan maklumat individu yang
diperlukan seperti yang ditunjukkan dalam Gambar Rajah 15.

Gambar rajah 15

8.6 Lengkapkan maklumat pada ruang yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar rajah 16.

Seksyen B Seksyen A Seksyen C Seksyen D

Gambar rajah 16

8.6.1 Seksyen A: Lengkapkan semua maklumat. Bagi pegawai yang belum/tidak


mempunyai nombor Cukai Pendapatan atau tidak mempunyai
Kod Sekolah, isikan ‘TIADA’ pada ruang yang berkenaan.

11
8.6.2 Seksyen B: Klik pada combo box yang bertanda
merah
untuk memilih jenis jawatan
yang dipertanggungjawabkan dan isikan lain-lain butiran tuntutan
yang dibuat dan sertakan resit/perakuan bagi perbelanjaan yang
dilakukan.

8.6.3 Seksyen C: Lengkapkan maklumat tentang jenis kenderaan yang digunakan


termasuk jarak perjalanan sehala semasa menjalankan tugas.
Pada ruang Kuasa Enjin c.c. kenderaan, masukkan c.c. kereta
seperti contoh berikut:

8.6.4 Seksyen D: Klik pada combo box yang bertanda merah


untuk memilih nama Bank
Pembayar yang dikehendaki. Masukkan nombor akaun bank dan
alamat bank. Pastikan nombor akaun yang dimasukkan adalah
betul. (Sila sertakan salinan muka depan buku akaun ATAU
penyata bank bagi pemegang akaun semasa bersama dengan
borang tuntutan. PASTIKAN AKAUN BANK YANG DIPILIH
MASIH AKTIF)
Bagi pemegang akaun Mayban, pastikan anda memasukkan
nombor kad pengenalan lama dalam .

8.7 Klik dan skrin seperti Gambar rajah 17 akan terpapar.

Seksyen A Seksyen B Seksyen C Seksyen D

Gambar Rajah 17

12
8.7.1. Seksyen A:

(a) Klik butang untuk memilih bulan tuntutan yang dikehendaki atau
untuk membuat tuntutan bagi bulan yang lain. Butang ini MESTI diklik setiap
kali tuntutan bagi bulan yang baru hendak dibuat

(b) Klik pada combo box yang bertanda merah


untuk memilih bulan tuntutan dibuat.
(c) Ulangi langkah (a) dan (b) untuk mengisi butir-butir tuntutan bulan
berikutnya.
(d) Butang adalah untuk menyemak bulan
tuntutan yang telah dibuat.

8.7.2. Seksyen B:

Lengkapkan maklumat yang dikehendaki pada ruang yang berkenaan dan sertakan
resit bagi perbelanjaan yang dilakukan.

8.7.3. Seksyen C:
(a) Lengkapkan maklumat yang dikehendaki pada ruang yang berkenaan dan
sertakan resit/perakuan bagi perbelanjaan yang dilakukan.

(b) Jika pegawai menggunakan bas, keretapi, kapal terbang, bot atau teksi
airport, isi di ruang dengan menyertakan resit
dan jumlahkan amaun tuntutan terlebih dahulu sebelum diisi pada
ruang yang berkenaan. Butir perjalanan bagi tuntutan jenis ini perlu juga
dilengkapkan pada Seksyen D dengan meletakkan “0” pada ruang Jarak.

8.7.4. Seksyen D:

(a) Klik pada combo box yang bertanda merah pada


Kalendar untuk memilih bulan tuntutan yang dikehendaki.

(b) Klik tarikh tuntutan dibuat pada Kalendar dan tekan


butang dan tarikh yang dikehendaki akan terpapar.

(c) Lengkapkan waktu mula, waktu sampai, jarak, butir perjalanan dan jenis
tugas rasmi yang dijalankan. Jika pegawai menggunakan teksi, klik jenis
kenderaan yang digunakan. (contoh: teksi bandar atau teksi luar bandar)

(d) Klik butang untuk menambah butir-butir tuntutan pada


hari yang sama/hari yang lain dalam bulan yang berkenaan.

(NOTA: Untuk memasukkan tuntutan lain pada hari yang sama, klik pada
mana-mana tarikh di kalendar, kemudian klik semula pada tarikh
yang dikehendaki).

(e) Ulangi langkah (a) hingga (d) untuk melengkapkan butir-butir tuntutan pada
bulan yang berkenaan.

(f) Klik butang untuk mengemaskini data.

(NOTA: Butang adalah untuk membatalkan tuntutan yang


tidak dikehendaki)
13
8.8 Ulangi langkah 8.7.1 hingga 8.7.4 untuk mengisi butir-butir tuntutan bagi bulan berikutnya.

8.9 Klik butang untuk mencetak Penyata Tuntutan Perjalanan


(MPM/AM.1/81 Pin. 2006). Pastikan borang dicetak depan belakang.

8.10 Klik butang untuk mencetak borang Tuntutan Bagi Bayaran dan
Perbelanjaan (MPM/AM.5).

8.11 Borang yang telah dicetak hendaklah ditandatangani pada setiap helaian oleh pegawai
yang membuat tuntutan.

8.12 Masukkan disket pada pemacu A dan klik butang dan skrin seperti
Gambar rajah 12 akan terpapar. Klik butang untuk mengeksport
maklumat tuntutan pegawai.

8.13 Klik butang untuk keluar dari sistem.

8.14 Serahkan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) bersama disket
kepada Ketua Pengawas/Penyelia Kawasan/PPD/JPN.

9.0 PENGHANTARAN BAHAN

9.1 Tanggungjawab Timbalan Ketua Pengawas/Pengawas/Pengemas Bilik

9.1.1 Semak maklumat dalam disket dan borang tuntutan dan pastikan disket
mengandungi maklumat yang betul.

9.1.2 Pastikan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) telah
ditandatangani pada setiap helaian.

9.1.3 Label disket seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 2.

9.1.4 Serahkan disket dan borang tuntutan yang telah ditandatangani kepada
Ketua Pengawas.

9.2 Tanggungjawab Ketua Pengawas

9.2.1 Kumpulkan disket dan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan
MPM/AM.5) yang telah dilengkapkan daripada semua Timbalan Ketua
Pengawas, Pengawas, dan Pengemas Bilik di bawah jagaan termasuk disket
Ketua Pengawas sendiri.

9.2.2 Gabungkan maklumat dalam semua disket yang diterima daripada Timbalan
Ketua Pengawas, Pengawas, dan Pengemas Bilik di bawah jagaan termasuk
maklumat Ketua Pengawas sendiri. Ikuti Langkah 7.11 hingga 7.14.

9.2.3 Semak tuntutan yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Pengawas,


Pengawas, dan Pengemas Bilik dan buat pindaan pada borang tuntutan dan
juga maklumat dalam sistem jika ada.

9.2.4 Turunkan parap pada borang tuntutan bagi setiap pindaan yang dibuat.

9.2.5 Sahkan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) bagi
setiap Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas, dan Pengemas Bilik di bawah
jagaan.

14
9.2.6 Eksport data yang telah digabungkan dengan mengikuti langkah 7.15.

9.2.7 Pastikan disket yang hendak dihantar mengandungi data yang dikehendaki.

9.2.8 Label disket seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 3.

9.2.9 Serahkan disket dan borang tuntutan yang telah disemak kepada Penyelia
Kawasan.

9.3 Tanggungjawab Penyelia Kawasan

9.3.1 Kumpulkan disket dan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan
MPM/AM.5) yang telah dilengkapkan daripada semua Ketua Pengawas
di bawah jagaan termasuk disket Penyelia Kawasan sendiri.

9.3.2 Gabungkan maklumat dalam semua disket yang diterima daripada Ketua
Pengawas di bawah jagaan termasuk maklumat Penyelia Kawasan sendiri.
Ikuti Langkah 7.11 hingga 7.14.

9.3.3 Semak semua tuntutan yang dikemukakan oleh Ketua Pengawas di bawah
jagaannya, dan buat pindaan pada borang tuntutan dan juga maklumat
dalam sistem jika ada.

9.3.4 Turunkan parap pada borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan
MPM/AM.5) bagi setiap pindaan yang dibuat.

9.3.5 Sahkan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) bagi
setiap Ketua Pengawas di bawah jagaan.
9.3.6 Eksport data yang telah digabungkan dengan mengikuti langkah 7.15.

9.3.7 Pastikan disket yang hendak dihantar mengandungi data yang dikehendaki.

9.3.8 Labelkan disket seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 4.

9.3.9 Serahkan disket dan borang tuntutan kepada penjawat yang berikut:

(i) STPM/MUET - Ketua Unit/Bahagian Penilaian dan Peperiksaan Jabatan


Pelajaran Negeri

(ii) PTK - Pegawai Pelajaran Daerah

9.4 Tanggungjawab Pegawai Pelajaran Daerah (PTK SAHAJA)


9.4.1 Kumpulkan disket dan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan
MPM/AM.5) yang telah dilengkapkan daripada semua Penyelia Kawasan di
daerah jagaan.
9.4.2 Gabungkan maklumat dalam semua disket yang diterima daripada Penyelia
Kawasan di daerah jagaan. Ikuti Langkah 7.11 hingga 7.14.

9.4.3 Semak semua tuntutan yang dikemukakan oleh Penyelia Kawasan dan buat
pindaan pada borang tuntutan dan juga maklumat dalam sistem jika ada.
9.4.4 Turunkan parap pada borang tuntutan bagi setiap pindaan yang dibuat.

9.4.5 Sahkan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) bagi
setiap Penyelia Kawasan di daerah jagaan.
9.4.6 Eksport data yang telah digabungkan dengan mengikuti langkah 7.15.

9.4.7 Pastikan disket yang hendak dihantar mengandungi data yang dikehendaki.
15
9.4.8 Labelkan disket seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 5.

9.4.9 Serahkan disket dan borang tuntutan kepada Ketua Bahagian/Unit Penilaian
dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.

9.5 Tanggungjawab Ketua Bahagian/Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan


Pelajaran Negeri
9.5.1 Kumpulkan disket dan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan
MPM/AM.5) yang telah dilengkapkan daripada semua Penyelia Kawasan dan
Pegawai Pelajaran Daerah.

9.5.2 Gabungkan maklumat dalam semua disket yang diterima daripada Penyelia
Kawasan di negeri yang berkenaan. Ikuti Langkah 7.11 hingga 7.14.

9.5.3 Semak semua tuntutan yang dikemukakan dan buat pindaan pada borang
tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) dan juga maklumat pada
sistem jika ada.*
9.5.4 Turunkan parap pada borang tuntutan bagi setiap pindaan yang dibuat.*

9.5.5 Sahkan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan MPM/AM.5) bagi
setiap Penyelia Kawasan di negeri yang berkenaan.*
(Nota: Bagi peperiksaan PTK, tindakan yang bertanda * tidak perlu
dilakukan)
9.5.6 Eksport data yang telah digabungkan dengan mengikuti langkah 7.15.

9.5.7 Pastikan disket yang hendak dihantar mengandungi data yang dikehendaki.

9.5.8 Labelkan disket seperti yang ditunjukkan pada Lampiran 6.

9.5.9 Serahkan disket dan borang tuntutan (MPM/AM.1/81 Pin. 2006 dan
MPM/AM.5) ke Majlis Peperiksaan Malaysia.

16

You might also like