You are on page 1of 15

BAB 4

TEORI PENGELUARAN
SPP 1023 PRINSIP EKONOMI
PN. SYAHIRA BINTI MD DESA
4.1 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
 Pengeluaran adalah segala aktiviti-aktiviti ekonomi yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak manusia. Dengan kata lain, pengeluaran boleh
diertikan sebagai semua aktiviti untuk menggunakan atau menggabungkan
faktor-faktor pengeluaran oleh firma bagi mencipta atau menawarkan
barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
manusia
 Faktor – faktor pengeluaran adalah input – input yang digunakan dalam
proses pengeluaran . Diantara faktor-faktor pengeluaran yang terlibat
dalam proses pengeluaran ialah tanah, buruh, modal dan pengusaha.
 Faktor – faktor pengeluaran boleh dibahagikan kepada
 Faktor tetap
Faktor yang kuantitinya tidak boleh berubah apabila hendak
menambahkan tingkat keluaran . Contoh faktor pengeluaran tetap
adalah kilang , jentera dan berbagai alat fizikal lain
 Faktor berubah
Faktor berubah adalah faktor yang kuantitinya dapat diubah
secara langsung dengan perubahan di dalam tingkat keluaran .
Contohnya seperti buruh , bahan mentah dan bahan api .

2
4.1 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
 TEORI PENGELUARAN DENGAN SATU FAKTOR BERUBAH
 Fungsi pengeluaran menunjukkan satu hubungan antara jumlah
input dan jumlah output. Fungsi ini menunjukkan jumlah maksimum
keluaran yang boleh dikeluarkan dengan suatu kuantiti input yang
diberi pada suatu tingkat teknologi yang tertentu
 Berdasarkan simbol , fungsi pengeluaran boleh ditulis seperti
berikut :-
Q = f (T,B,M,U)
Dimana Q ialah jumlah keluaran , T ialah tanah , B ialah buruh , M
ialah modal dan U ialah usahawan
 Formula tersebut bererti bahawa jumlah input tanah , buruh , modal
dan usahawan yang digunakan dan pada suatu tingkat teknologi
yang tertentu

3
4.1 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
 TEORI PENGELUARAN DENGAN DUA FAKTOR BERUBAH
 Andaikan hanya terdapat dua faktor pengeluaran iaitu modal dan
buruh .
 Kedua – dua faktor ini kuantitinya boleh berubah dan dapat saling
ganti mengganti antara satu sama lain .
 Apabila wujud dua atau lebih faktor berubah , maka pengeluar
akan berusaha untuk meminimumkan kos pengeluaran bagi suatu
tingkat keluaran tertentu atau hendak memaksimumkan keluaran
dengan suatu jumlah kos tertentu

4
4.2 KONSEP PENGELUARAN
• Firma
• Industri
• Jangka masa
• Input tetap
• Input berubah
• Matlamat pengeluar
• Fungsi pengeluaran

5
4.2 KONSEP PENGELUARAN
• Firma
 Firma boleh didefinisikan sebagai satu unit ekonomi yang
menggunakan faktor – faktor pengeluaran yang terhad untuk
menghasilkan berbagai jenis barang – barang dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan masyarakat yang tidak terbatas. Firma
tersebut meliputi berbagai jenis organisasi perniagaan sama ada
milik perseorangan, perkongsian, syarikat, koperasi mahupun badan
kerajaan
• Industri
 Industri didefinisikan sebagai sejumlah firma yang mengeluarkan
barang – barang atau perkhidmatan yang sama dalam pasaran.
Contohnya dalam industri pakaian, semua firma dalam industri itu
menjalankan kegiatan mengeluarkan pakaian dalam pelbagai
bentuk, jenis, rupa dan sebagainya

6
4.2 KONSEP PENGELUARAN
• Jangka masa
 Jangka masa boleh dibezakan kepada jangka masa pasaran
(semasa), jangka masa pendek dan jangka masa panjang .
 Jangka masa pasaran atau semasa adalah jangka masa yang
sangat pendek sehingga sesuatu firma tidak dapat menambahkan
keluarannya .
 Jangka masa pendek diertikan sebagai jangka masa di mana satu
atau beberapa faktor pengeluaran adalah tetap . Oleh sebab itu ,
tingkat keluaran hanya boleh diubah oleh sesetengah faktor
pengeluaran yang berubah . Jangka masa pendek adalah tidak
tetap dan jangka masa panjang tersebut berubah-ubah mengikut
sifat – sifat firma itu sendiri . Firma berlainan mempunyai jangka
masa pendek yang berlainan .
 Jangka masa panjang pula diertikan sebagai suatu jangka masa di
mana semua faktor pengeluaran boleh berubah . Jangka masa
panjang juga berlainan untuk firma yang berlainan
• Input tetap
 Adalah input yang kuantitinya tetap, iaitu tidak berkadar dengan output.
7
Ia hanya wujud dalam jangka masa pendek
4.2 KONSEP PENGELUARAN
• Input berubah
 Adalah input yang kuantitinya berubah secara langsung dengan output.
Ia wujud di dalam jangka masa panjang dan pendek
• Matlamat pengeluar
 Matlamat pengeluar adalah meminimumkan kos kos pengeluaran dan
memaksimumkan keuntungan
• Fungsi pengeluaran
 Menunjukkan hubungan antara jumlah input (faktor pengeluaran) dengan
jumlah output

8
4.2 KONSEP PENGELUARAN
• Fungsi Pengeluaran
 Menunjukkan hubungan antara jumlah input (faktor pengeluaran) dengan
jumlah output pada suatu tingkat teknologi tertentu
 Pengeluar dapat mengenalpasti kombinasi faktor pengeluaran yang
paling cekap untuk menghasilkan satu tingkat keluaran tertentu
 Fungsi pengeluaran : Qx = f (T, B, M, P)
Qx sebagai jumlah keluaran barang X
T sebagai tanah
B sebagai buruh
M sebagai modal
P sebagai pengusaha
dan T, B, M, P adalah input berubah
 Dalam jangka masa pendek, fungsi pengeluaran adalah dengan andaian
tanah adalah faktor tetap

9
4.3 JUMLAH KELUARAN, KELUARAN PURATA
DAN KELUARAN MARGINAL
• Jumlah keluaran ditakrifkan sebagai keluaran yang diperoleh pada tingkat
input berubah tertentu
• Keluaran purata ditakrifkan sebagai keluaran yang dihasilkan oleh setiap
unit input berubah
• Keluaran marginal / sut ditakrifkan sebagai keluaran yang diperolehi
kerana tambahan penggunaan satu lagi unit input berubah
• Hubungan antara keluaranJUMLAH
dan input berubah boleh dilihat berdasarkan
BURUH KELUARAN KELUARAN
jadual di bawahMESIN
(ORANG) KELUARAN PURATA MARGINAL
1 10 3 3 3
2 10 8 4 5
3 10 15 5 7

10
4.3 JUMLAH KELUARAN, KELUARAN PURATA
DAN KELUARAN MARGINAL
Berdasarkan jadual tersebut, apabila 3 orang buruh digunakan, pengiraannya
adalah seperti berikut :

a) Keluaran Jumlah Keluaran 15


= = = 5 unit
Purata Jumlah Input Berubah 3

b) Keluaran Perubahan Jumlah Keluaran 15 - 8


= = = 7 unit
Marginal Perubahan Jumlah Input Berubah 3- 2

c) Jumlah
= Keluaran Purata X Jumlah Input Berubah = 5X 3 = 15 unit
Keluaran

11
4.4 HUKUM PULANGAN MARGINAL
BERKURANGAN
• HUKUM PULANGAN MARGINAL BERTAMBAH
 Berlaku apabila penggunaan satu input berubah ditambah kepada satu
input tetap menyebabkan jumlah keluaran meningkat dengan kadar
yang tinggi. Rajah 1.1 menunjukkan bahawa hukum ini berlaku di antara
unit buruh bersamaan sifar hingga unit kedua @ dari titik asalan hingga
keluaran marginal maksimum
• HUKUM PULANGAN MARGINAL BERKURANGAN
 Berlaku apabila penggunaan satu input berubah ditambah kepada satu
input tetap akan menyebabkan jumlah keluaran bertambah dengan
kadar yang rendah. Rajah 1.1 menunjukkan hukum ini berlaku bermula
dengan penggunaan unit buruh ketiga hingga unit kelima @ selepas
keluaran marginal maksimum sehingga keluaran marginal sifar
• HUKUM PULANGAN MARGINAL NEGATIF
 Berlaku apabila penggunaan satu input berubah ditambah kepada satu
input akan menyebabkan jumlah keluaran menurun. Rajah 1.1
menunjukkan hukum ini berlaku selepas penggunaan unit buruh ketujuh
sehingga selepas keluaran marginal sifar
12
4.4 HUKUM PULANGAN MARGINAL
BERKURANGAN
(MP , AP)

Rajah 1.1
Kws. 1 Kws. 2 Kws. 3 Hukum pulangan berkurangan
Kws. 1 : hukum pulangan marginal
bertambah
Kws. 2 : hukum pulangan marginal
berkurangan
Kws. 3 : hukum pulangan marginal
negatif
APB

0 3 7 (kuantiti buruh)

13
4.4 HUKUM PULANGAN MARGINAL
BERKURANGAN
 TAHAP-TAHAP PENGELUARAN
 Tahap 1 bermula dari titik asalan sehingga keluk keluaran purata mencapai
maksimum, iaitu sehingga penggunaan unit buruh ketiga. Dalam tahap ini
jumlah keluaran bertambah dengan kadar bertambah dan kemudian
dengan kadar yang berkurangan manakala keluaran marginal meningkat
pada mulanya sehingga mencapai maksimum, kemudian menurun dan
memotong keluk keluaran purata pada titik maksimum keluaran purata
 Tahap 2 bermula selepas keluk keluaran purata mencapai maksimum
sehingga keluk keluaran marginal memotong paksi mendatar iaitu
selepas penggunaan unit buruh ketiga sehingga ketujuh. Dalam tahap
ini, jumlah keluaran masih bertamnbah tetapi dengan kadar yang
semakin berkurangan. Keluaran marginal menurun tetapi masih bernilai
positif sehingga mencapai nilai sifar pada penggunaan unit buruh
ketujuh.
 Tahap 3 bermula selepas jumlah keluaran maksimum dan keluaran
marginal sifar iaitu selepas penggunaan unit buruh ketujuh. Dalam
tahap ini, keluk jumlah keluaran dan keluk keluaran marginal bernilai
positif
14
4.4 HUKUM PULANGAN MARGINAL
BERKURANGAN
 TAHAP-TAHAP PENGELUARAN

TP , MP, AP

TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3

TP

APB

0 3 7 MPB kuantiti buruh

TAHAP – TAHAP PENGELUARAN

15

You might also like