You are on page 1of 18

KONSEP FIRMA

Firma merupakan salah satu unit ekonomi.


Dalam ilmu ekonomi, firma terdiri daripada
pelbagai saiz dan bentuk. Antaranya ialah
milikan tunggal, perkongsian, atau syarikat
berhad.
MAKSUD FIRMA
Firma ialah suatu unit organisasi yang merancang
bagaimana sumber ekonomi yang terhad
digunakan untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.

Peranan firma ialah:
a) meminta input pengeluaran seperti buruh,
modal, tanah, dan usahawan daripada isi
rumah;
b) menawarkan barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan kepada isi rumah.
Firmal kecil mempunyai modal yang kecil,
menggunakan bilangan buruh yang sedikit
serta pasaran yang terhad.
Manakala firma besar mempunyai modal
besar, bilangan buruh yang banyak, serta
mempunyai pasaran yang luas.
OBJEKTIF FIRMA
Memaksimumkan Keuntungan.
Objektif utama firma adalah untuk memaksimumkan
keuntungan.
Untung ialah perbezaan antara jumlah hasil dan jumlah kos.
Firma menggunakan keuntungan untuk membiayai kos
pengeluaran.
Tabingan firma dapat digunakan untuk membuat pelaburan
dan seterusnya mengembangkan saiz loji pengeluaran.
Memaksimumkan Jualan.
Tujuan firma memaksimumkan jualan ialah untuk
meningkatkan bahagian pasaran firma itu di pasaran
tertentu.
Firma yang ingin memaksimumkan jualan akan
menawarkan kuantiti sesuatu barang pada tingkat yang
maksimum.
Firma akan melakukan persaingan bukan harga seperti
pengiklanan, promosi, galakan jualan, dan perkhidmatan
selepas jualan.
PENGELUARAN
Firma akan menggabungkan sumber
ekonomi untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan. Dalam pengeluaran, sumber
ekonomi yang digunakan oleh firma ini
dikenal sebai input pengeluaran.
KONSEP PENGELUARAN
Pengeluaran merupakan satu kegiatan menggabungkan
input-input pengeluaran dalam usaha untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Pengeluaran juga boleh didefinisikan sebagai proses
penukaran input pengeluaran kepada output.
Tujuan pengeluaran ialah untuk memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.

KONSEP INPUT
Input pengeluaran merupakan sumber ekonomi yang
digunakan oleh firma dalam proses pengeluaran untuk
menghasilkan output.

Dalam proses pengeluaran jangka pendek, input
pengeluaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
a) input tetap
b) input berubah
CIRI-CIRI
Input Tetap
Input tetap merupakan input yang tidak berubah
apabila jumlah keluaran atau output berubah.
Input tetap hanya wujud dalam jangka pendek.
Input tetap perlu digunakan walaupun tiada output
dikeluarkan.
Contoh: kilang, bangunan, peralatan, dan mesin.
Input Berubah
Input berubah merupakan input yang berubah secara
langsung dengan jumlah keluaran atau output.
Input berubah wujud dalam jangka pendek dan
jangka panjang.
Input berubah tidak digunakan apabila tiada output
dikeluarkan.
Contoh: bahan mentah, buruh, dan bahan api.
KONSEP JANGKA MASA
Jangka masa pengeluaran merujuk kepada keupayaan
firma mampu mengubah kuantit input dalam proses
pengeluaran.

Jangka masa pengeluaran dibahagikan kepada dua jenis
iaitu:
a) jangka masa pendek
b) jangka masa panjang

Jangka masa pendek merujuk kepada jangka masa
pengeluaran apabila wujud input tetap dan input
berubah.

Kuantiti output boleh bertambah dengan
menambahkan bilangan input berubah..

Jangka masa panjang merujuk kepada jangka
masa pengeluaran apabila semua input adalah
input berubah.
FUNGSI PENGELUARAN
Fungsi pengeluaran menunjukkan hubungan
antara input pengeluaran dengan output.
Fungsi pengeluaran terdiri daripada fungsi
pengeluaran jangka pendek dan fungsi
pengeluaran jangka panjang.
FUNGSI PENGELUARAN JANGKA
PENDEK
Fungsi pengeluaran jangka pendek menunjukan tingkat
output maksimum yang dapat dikeluarkan dengan
kombinasi input tetap dan input berubah yang tertentu
serta pada suatu tingkat teknologi tertentu.

Jumlah output maksimum yang dapat dikeluarkan oleh
firma dikenal sebagai keupayaan pengeluaran optimum.
Fungsi pengeluaran jangka pendek firma adalah seperti
yang berikut.

Qx = f (K, LB)

Q = Jumlah output
F = fungsi kepada
K = faktor tetap, iaitu modal
LB = faktor beubah, iaitu buruh
Jadual di bawah ini menunjukan jumlah maksimum yang dihasilkan barang X melalui
gabungan input teptap (mesin) dan input berubah (buruh).

Jadual Pengeluaran Barang X


Apabila tiada buruh digunakan, tiada keluaran yang dihasilkan.
Apabila bilangan buruh ditambah kepada seorang, sebanyak 35 unit dihasilkan.
Apabila bilangan buruh ditambah lagi, maka semakin banyak keluaran dihasilkan.
Untuk melihat hubungan yang lebih lanjut,
dua konsep penting yang perlu difahami iaitu
keluaran purata dan keluaran sut.

You might also like