You are on page 1of 2

2. Bincangkan tentang definisi tamadun menurut sarjana islam ?

Perkataan tamadun secara umumnya banyak dikaitkan dengan konsep


kemajuan, kebudayaan,sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan dan
peradapan yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa.Pengertian tamadun juga
boleh dilihat melalui aspek bahasa dan istilah, terutamanya dari sudut bahasa
Arab, epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, beberapa
istilah telah digunakan oleh sarjana islam untuk menerangkan maksud
tamadun.Antaranya ialah madaniah, tamadun, dan hadarah.Sebenarnya,
perkataan tamadun berasal dari perkataan maddana yang merujuk kepada
perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi
pekerti.Dari perkataan maddana ini, terbitlah perkataan madani yang berkaitan
dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
Beberapa ahli sarjana islam turut mengemukakan definisi mengenai
tamadun.Antaranya ialah Ibn Khaldun, atau nama sebenarnya Abdurrahman Abu
Zaid Waliuddin Bin Khaldun yang terkenal dalam bidang sejarah dan
sosiologi.Beliau menjelaskan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia
yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke
arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-
nilai seni.Ini termasuklah keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian,
peralatan rumah tangga dan sebagainya.Beliau juga telah menggunakan istilah
”umran” dalam karyanya ”Muqaddimah” .Istilah ”umran” ini digunakan dalam kajian
tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami
dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.Selain
itu, istilah ”hadarah” yang berlawanan dengan istilah ”badi” atau ”badiah” turut
digunakan. ”Hadarah” memberi maksud suatu daerah, kota, bandar, kampung atau
tanah yang diusahakan.
Selain Ibn Khaldun, sarjana islam Syed Muhammad Naquib Al –Attas
pula memberi takrif bahawa tamadun adalah keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakat.Menurut sarjana islam Muhammad Rasyid
Redha pula, agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi
(spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya, semua tamadun di
dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.Peningkatan atau
kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan
agama atau sebaliknya.
Selain daripada definisi di atas, sarjana islam Sayyid Qutb, turut
mengemukakan pandangannya mengenai tamadun.Beliau menjelaskan bahawa
tamadun islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan
yang berteraskan syariat Allah s.w.t serta bercirikan nilai-nilai moral islam.
Sarjana islam seterusnya iaitu Siti Hawa pula mengatakan bahawa
tamadun secara umumnya terbahagi kepada Tamadun Islam dan Tamadun
Jahiliyah. Tamadun islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas
kebudayaan itu.Manakala Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang
dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek
kerohanian dan moral.Menurut ’Umar ’ Audah Al-Khatib pula, maksud tamadun
ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang
menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh
kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah.Bagi Muhammad
Al- Bahiy pula, tamadun memberi maksud keseluruhan penghasilan atau
produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk
falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.
Kesimpulannya, definisi tamadun menurut sarjana islam lebih meluas
skopnya berbanding pandangan sarjana barat.Ini adalah kerana sarjana islam
mengutarakan pendapat mereka berlandaskan agama islam iaitu melibatkan aspek
kerohanian dan kebendaan dalam menterjemahkan maksud tamadun. Sedangkan
sarjana barat menilai tamadun hanya semata-mata berlandaskan kepada
pemikiran dan akal dalam menentukan corak ragam kehidupan seharian.

You might also like