You are on page 1of 43

PENGURUSAN TATATERTIB DALAM

PERKHIDMATAN AWAM

CAWANGAN DASAR DAN PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN


BAHAGIAN PERKHIDMATAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN -
PERATURAN

3A. (1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi


peruntukan-peruntukan Peraturan-
Peraturan ini.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan


Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang
pegawai boleh menyebabkan pegawai
dikenakan tindakan tatatertib di bawah
Peraturan-Peraturan ini.
TATAKELAKUAN SECARA UMUM
“4.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada
setiap masa memberikan taat setianya
kepada Yang di - Pertuan Agong, negara
dan Kerajaan.”

• Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara


dan mempertahankan kedaulatan dan maruah
negara, hormat dan patuh kepada undang - undang
serta berusaha untuk berbakti kepada negara.

• Pegawai hendaklah mengamalkan sikap berkecuali


dalam menjalankan tugas.

• Pegawai hendaklah memberi taat setia kepada


Kerajaan yang memerintah.
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(1)

• Bersubahat dengan musuh negara.


• Membocorkan rahsia Kerajaan.
• Memburuk - burukkan serta memperkecil -
kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
• Menganggotai pertubuhan yang
mengancam keselamatan negara (anasir -
anasir subversif).
“4.(2) SESEORANG PEGAWAI TIDAK BOLEH –
(A) MEMBELAKANGKAN TUGAS AWAMNYA DEMI
KEPENTINGAN PERIBADINYA;

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(a)

Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri /


anak / saudara-mara dalam waktu pejabat/tugas rasmi.

Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara -


mara / rakan- rakan dalam menimbangkan sesuatu
permohonan .
“4.(2)Seseorang pegawai tidak boleh -
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang
mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas awamnya;”

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(b)

Menguruskan tender / sebutharga sedangkan


pegawai tidak mengetahui ada di antara mereka
yang mengemukakan tender / sebutharga terdiri
daripada saudara-maranya.

Mempunyai hubungan dengan pihak yang ada


hubungan rasmi dengan tugas.
“4.(2) SESEORANG PEGAWAI TIDAK BOLEH -
(C) BERKELAKUAN DENGAN APA-APA
CARA YANG MUNGKIN MENYEBABKAN
SYAK YANG MUNASABAH BAHAWA -

(i) dia telah membiarkan kepentingan


peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya sehingga menjejaskan
kebergunaannya sebagai seorang
pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan
awamnya bagi faedahnya sendiri;”
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(c)

• Menggunakan dan memandu kenderaan jabatan untuk


kegunaan sendiri seperti pergi ke pejabat dan balik
dari pejabat, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain.

Mendapat kemudahan pembayaran ansuran bagi


pembelian tanah daripada pemaju yang ada hubungan
rasmi dengan tugas pegawai.

Membeli kenderaan milik syarikat yang mempunyai


hubungan dengan tugas rasminya.
Menyalahgunakan hak istimewa sebagai seorang
diplomat seperti terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

Menggunakan kakitangan jabatan / alat / barang -


barang jabatan untuk hal-hal persendiriannya seperti
membersihkan tanah, kawasan rumah,
mengangkat perabot rumah dan lain-lain.

Bercuti bersama – sama dengan pihak yang ada


hubungan dengan tugas rasminya.
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(d) Berkelakuan dengan cara yang boleh
memburukkan / mencemar nama baik
perkhidmatan awam”

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(d)

Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Berjudi di pejabat / waktu bertugas.
Disabitkan kesalahan jenayah / mahkamah syariah.
Kesusahan berat kerana hutang.
Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi.
Melakukan gangguan seksual.
Menjalinkan hubungan sulit dengan isteri / suami orang.
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(e) kurang cekap atau kurang
berusaha;
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(e)

• Gagal menguruskan penyata bank dan buku


tunai dengan teratur dan bersistematik.
• Gagal memantau kerja pegawai bawahan.
• Membuat pembayaran sebelum kerja / projek /
bekalan belum selesai / diterima.
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(f)

• Menggunakan wang tabung amanah untuk


kegunaan sendiri.

• Membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja


yang diarahkan telah siap atau belum dengan
niat mendapat imbuhan.

• Mengemukakan tuntutan perjalanan palsu.


“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(g) tidak bertanggungjawab;
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(g)

• Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa


kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah.
• Tidak mengetik kad perakam waktu.
• Mengetik kad perakam waktu pegawai lain.
• Mengambil cuti sewaktu perkhidmatannya
sangat diperlukan.
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk
pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung
dengan atau terhadap perkhidmatan awam,
sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri
atau tuntutan mana-mana pegawai lain”;

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(h)

• Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa


baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat
untuk menaikkan pangkatnya.
• Meminta ahli politik untuk menyokong
permohonannya mendapatkan tanah Kerajaan atau
rumah atau sesuatu jawatan.
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(i) ingkar perintah; dan
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(i)

Tidak melaporkan penerimaan hadiah


kepada Ketua Jabatan.

Membawa keluar fail terperingkat Jabatan


tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan
(Perenggan 67, Arahan Keselamatan).

Keluar negara tanpa kelulusan KSU,


Kementerian.
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(j) cuai dalam melaksanakan
tugasnya.”
CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(j)

• Menghilangkan harta Kerajaan dalam simpanan


pegawai.

• Pegawai Perubatan / Doktor tersilap memberi ubat


kepada pesakit.

• Tertinggal alat - alat pembedahan dalam anggota


yang dibedah.
MY INTEGRITI
&
TAHUKAH ANDA
 Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun
1981

SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM


WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-
PEJABAT KERAJAAN

 PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2


TAHUN 2007

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA


BERPERINGKAT DI SEMUA AGENSI
PENJELASAN HUKUMAN TATATERTIB

HUKUMAN PENJELASAN

AMARAN SATU BENTUK PERINGATAN


DENDA MAKSIMUM 7 HARI EMOLUMEN
TIADA HAD, SESUAI DENGAN KESALAHAN
LUCUT HAK EMOLUMEN
TIDAK HADIR BERTUGAS
TANGGUH PERGERAKAN
BAGI TEMPOH 3, 6, 9 ATAU 12 BULAN
GAJI
MINIMUM 1 PERGERAKAN GAJI SELAMA 12
TURUN GAJI BULAN, MAKSIMUM 3 PERGERAKAN GAJI
SELAMA 36 BULAN
TIDAK TERHAD. TERTAKLUK KEPADA SKIM
TURUN PANGKAT PERKHIDMATAN YANG SAMA DAN KUMPULAN
YANG SAMA
BUANG KERJA DIKELUARKAN DARI PERKHIDMATAN AWAM

G40
DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI
YANG DIKENAKAN HUKUMAN TATATERTIB
(PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3/2009)

TEMPOH TIDAK LAYAK


HUKUMAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK
KENAIKAN PANGKAT

AMARAN 12 bulan

DENDA 18 bulan

LUCUT HAK EMOLUMEN 24 bulan

TANGGUH PERGERAKAN GAJI 30 bulan

TURUN GAJI 36 bulan

TURUN PANGKAT 48 bulan

G41
STATISTIK TINDAKAN TATATERTIB

Tahun
Bil. Hukuman
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

1 Buang Kerja 628 563 582 499 1,152 1,264 1,060 656

2 Turun Pangkat 16 36 14 13 22 22 35 30

3 Turun Gaji 75 81 167 134 237 253 192 132

4 Tangguh Pergerakan Gaji 148 131 178 199 490 510 433 335

5 Lucut Hak Emolumen 148 282 398 484 755 973 786 382

6 Denda 227 250 362 400 699 720 833 407

7 Amaran 743 914 1,318 1,290 2,166 2,247 2,645 1,554

Jumlah 1,985 2,257 3,019 3,019 5,521 5,989 5,984 3,496


Sektor Kepimpinan Gunasama, BK

You might also like