You are on page 1of 38

GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU


KM 13, LEBUHRAYA LAHAD DATU-SANDAKAN
PETI SURAT 60173, 91111 LAHAD DATU,
TEL : 089-884957 /8 FAX : 089-881165

KERTAS PENERANGAN
OLEH:
CIK NORHAYATI BINTI MANJADI
PN. NOR AZIAH BINTI MOHAMED

Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah

NAMA PROGRAM BIOTEKNOLOGI

TAHAP DUA (2)

NO DAN TAJUK SUBJEK PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN


401
LAPORAN MAKMAL

1.0 MENYEDIAKAN LAPORAN ANALISIS


NO.DAN PERNYATAAN PELANGGAN
TUGASAN 2.0 MENYEDIAKAN LAPORAN KAJIAN SEMULA
PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
3.0 MENYEDIAKAN LAPORAN INVENTORI
4.0 MEMASTIKAN KEBERSIHAN TEMPAT KERJA
5.0 PEMBUANGAN SISA BAHAN BUANGAN
MAKMAL

OBJEKTIF MODUL MENYEDIAKAN LAPORAN ANALISIS


PELANGGAN, LAPORAN KAJIAN SEMULA
PENGURUSAN PENYELENGGARAAN, LAPORAN
INVENTORI DAN MEMASTIKAN KEBERSIHAN
TEMPAT KERJA SERTA PEMBUANGAN SISA
BAHAN BUANGAN MAKMAL

1
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

TAJUK : PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN


MAKMAL

TUJUAN : Menambahkan kemahiran dan kefahaman pelatih di dalam asas


serta amalan penyelenggaraan dan penyusunan laporan makmal

KETERANGAN MODUL

Modul ini mengenal pasti kecekapan yang diperlukan untuk menyediakan laporan
analisis pelanggan, menyediakan laporan kajian pengurusan penyelenggaraan dan
menyediakan laporan kajian pengurusan inventori menggunakan rekod inventori,
prosedur operasi standard, alat tulis, perisian komputer dan fail makmal supaya
rekod inventori diperiksa dan disusun, laporan inventori didokumenkan dankajian
pengurusan inventori syor yang dikemukakan selaras dengan prosedur laporan
makmal.

Modul ini juga memerlukan pelajar untuk melaksanakan kerja pembersihan di tempat
kerja mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) merangkumi alatan pembersihan,
alatan pensterilan dan ruang penyimpanan alatan disediakan supaya kebersihan di
tempat kerja terjamin, aspek keselamatan diamalkan dan radas makmal sentiasa
bersih dan disimpan di ruang penyimpanan. Oleh itu, kebersihan ruang kerja
mengikut kepada prosedur penyelenggaraan makmal yang betul.

Modul ini turut mengetengahkan kaedah pelupusan sisa bahan makmal mengikut
SOP dimana kelengkapan seperti bekas pelupusan sisa bahan makmal dan label
bagi sisa pelupusan makmal iaitu sisa kimia, sisa tajam dan sisa-sisa makmal yang
seumpamanya disediakan, mengikut prosedur penyelenggaraan makmal yang betul.

2
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

PENDAHULUAN
Laporan adalah bentuk penyataan yang logikal dan tersusun.
Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-
subtajuk. Sebab-sebab laporan ditulis;
i. Mengenalpasti masalah
ii. Memberikan maklumat dan fakta
iii. Mencadangkan penyelesaian
iv. Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
v. Membuat kesimpulan
vi. Menilai sesuatu penyelidikan dan aktiviti
vii. Membuat rekod sesuatu peristiwa
viii. Menganalisis aktiviti perniagaan
ix. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
x. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.

Laporan perlu dipersembahkan dalam bahasa yang ringkas dan


mudah dan elakkan daripada menggunakan istilah teknikal.

1.0 LAPORAN ANALISIS PELANGGAN


1.1 mengenalpasti jenis laporan ujian analisis
Perkhidmatan analisis makmal bertujuan untuk menyokong pelaksanaan program-
program pembangunan jabatan-jabatan tertentu. Perkhidmatan ini juga diberikan
kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan. Pihak swasta dan individu boleh
memohon untuk mendapatkan perkhidmatan dengan caj yang berpatutan
Bagi Jabatan Pertanian Malaysia, perkhidmatan yang disediakan adalah
menganalisis sampel tanah, daun, air dan baja
1.1.1 Khidmat yang disediakan termasuk:
a) Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri
tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah
b) Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrient dalam tanaman,
status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan
c) Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani
dan pengguna lain
d) Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan
parameter hakisan pemuliharaan tanah
Borang permohonan ujian analisis makmal (Rujuk lampiran 1)

3
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

1.1.2 Prosedur permohonan


a) Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis
b) Borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal
yang berkenaan
c) Tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari
bergantung kepada jenis sampel dan jenis serta jumlah penentuan yang
diperlukan. Oleh yang demikian, pemohon perlu seawal mungkin supaya
perkhidmatan yang dipohon dapat diperolehi dengan cepat.
1.1.3 Syarat permohonan
a) Permohonan boleh dibuat kepada pegawai Jabatan Pertanian, agensi
kerajaan, pihak swasta dan individu. Caj yang berpatutan dikenakan
b) Borang permohonan yang lengkap diisi samada asal atau salinan (diisi dalam
2 salinan)
c) Kuantiti minima sampel yang diperlukan
Sampel tanah 1 kg
Sampel air 1 liter
Sampel daun (segar) 1 kg
Sampel baja pepejal 1 kg
Sampel baja cecair 1 liter

1.1.4 Bayaran Permohonan


a. bayaran dalam bentuk wang pos/bank draf dibayar atas nama Ketua pengarah
pertanian jabatan pertanian

1.1.5 Borang permohonan


a. borang boleh didapati percuma secara muat turun melalui laman web Jabatan
Pertanian atau perlu hadir ke makmal yang berkenaan

1.1.6 Kelulusan
a. Permohonan akan diluluskan oleh Ketua Seksyen Khidmat Analisa dan semua
Ketua Unit Negeri
b. Tiada tempoh laku. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang
telah ditetapkan.

4
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

1.1.7 Caj Analisis


Baja

Bil. Element Harga (RM)

1. N
2. P
3. K RM 20 / element / sampel
4. Ca bagi 3 sampel pertama
5. Mg
6. Fe RM 10 / element / sampel
7. As bagi sampel berikutnya
8. Cd
9. Pb
10. Hg
11. Al

12. Zn RM 10 / element / sampel


13. Cu bagi 3 sampel pertama
14. Mn
15. B RM 5 / element / sampel
16. C bagi sampel berikutnya
17. Kelembapan

18. pH RM 3 / element / sampel


19. Konduktiviti bagi 3 sampel pertama

RM 1 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

Daun

Bil. Element Harga (RM)

1. N RM 10 / element / sampel

2. P
3. K
4. Ca RM 5 / element / sampel
5. Mg bagi 3 sampel pertama
6. Fe
7. Mn RM 3 / element / sampel
8. Cu bagi sampel berikutnya
9. Zn
10. B

11. As RM 20 / element / sampel


12. Pb bagi 3 sampel pertama
13. Cd

5
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

14. Hg RM 10 / element / sampel


bagi sampel berikutnya

RM 25 / sampel
bagi 3 sampel pertama
Analisis lengkap
15.
(N, P, K, Ca, Mg, B) RM 20 / sampel
bagi sampel berikutnya

Tanah Kimia

Bil. Element Harga (RM)

1. C
2. N
3. S
RM 10 / element / sampel
4. Si
5. Fe
6. Al

7. Zn RM 10 / element / sampel
8. Cu bagi 3 sampel pertama
9. Mn
10. B RM 5 / element / sampel
11. Kelembapan bagi sampel berikutnya
12. K RM 5 / element / sampel
13. P bagi 3 sampel pertama
14. Ca
15. Mg RM 3 / element / sampel
16. Na bagi sampel berikutnya

17. As RM 20 / sampel
18. Pb bagi 3 sampel pertama
19. Cd
20. Hg RM 10 / sampel
bagi sampel berikutnya

21. CEC RM 15 / element / sampel


bagi 3 sampel pertama

RM 10 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

22. pH RM 3 / element / sampel


23. Konduktiviti bagi 3 sampel pertama

RM 1 / element / sampel

6
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

bagi sampel berikutnya

24. Analisis lengkap RM 75 / element / sampel


(N, P, K, Ca, Mg, C, Fe, Al, CEC, pH, bagi 3 sampel pertama
Konduktiviti)
RM 50 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

Tanah Fizik

Bil. Element Harga (RM)

1. Mekanikal Analisis RM 15 / element / sampel


2. pF moisture bagi 3 sampel pertama

RM 10 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

3. Bulk Density RM 10 / element / sampel


4. Hydraulic Conductivity bagi 3 sampel pertama

RM 5 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

Air

Bil. Element Harga (RM)

1. N
2. P
3. K
4. Ca RM 5 / element / sampel
5. Mg bagi 3 sampel pertama
6. Fe
7. Al RM 3 / element / sampel
8. Mn bagi sampel berikutnya
9. Cu
10. Zn
11. B

12. As RM 20 / element / sampel


13. Pb bagi 3 sampel pertama
14. Cd
15. Hg RM 10 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

16. pH RM 3 / element / sampel

7
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

17. Konduktiviti bagi 3 sampel pertama

RM 1 / element / sampel
bagi sampel berikutnya

18. Total Solid RM 5 / sampel

1.1.8 Pegawai Penghubung


a. Seksyen Khidmat Analisis
b. Pegawai Pertanian

1.2 Kaedah Menganalisis data


Analisis data akan dilakukan setelah selesai pengumpulan data daripada ujian
makmal yang dijalankan. data-data primer yang dapat dikumpulkan akan diproses
dan seterusnya dianalisis. Pendek kata, analisis data dilakukan selepas
pengumpulan data. Tujuan menjalankan analisis data adalah untuk menjelaskan
data-data yang dikumpul kepada bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami
oleh pelanggan. Analisis data menggunakan program excel untuk mengumpulkan
data yang didapatkan.
Kaedah-kaedah statistik akan digunakan untuk menggambarkan keputusan yang
diperolehi. Analisis data dapat memberi gambaran yang lebih jelas akan ujian
kerana ianya akan menunjukkan pembentangan yang menarik yang mana
keputusan daripada ujian makmal akan disusun dalam bentuk pengiraan, jadual dan
rajah.

Data yang dianalisis akan dikalibrasi dan ditukar kepada maklumat yang boleh
difahami oleh pegawai pertanian dan petani. Sebagai contoh, mungkin tanah dari
kebun A perlukan baja kapor sebanyak 20kg/ha, Baja N tambahan 36 kg/ha,Baja
Mikro Boron, Mn dan Fe mengikut kadar yang dinyatakan melalui keputusan
makmal. Oleh itu, petani perlu mendapatkan baja-baja yang mempunyai formulasi
seperti yang disyorkan dari analisis tanah untuk memastikan keadaan tanah akan
menjadi subur dan meningkatkan hasil.

Borang keputusan ujian analisis makmal (Lampiran 2)

8
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

2.0 LAPORAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN

2.1 kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal

Setiap makmal perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya


ialah :
 Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam makmal.
 Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal.
 Mengelak pembaziran. (Supaya tidak berlaku kerosakkan)
 Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran.
 Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.//

Penyelenggaraan alatan/bahan mestilah melibatkan aspek-aspek berikut:


 Keselamatan penyimpanan
- (Tinggi , tersusun , ada lampu, Jauh dari sumber api)
 Penyelarasan susunatur dgn buku stok
- (Barang yg dlm makmal mesti selaras dgn realiti dan yg ditulis)
 Penjagaan dan pemulihan
-(Dijaga sebelum rosak , Dipulih apa yg telah rosak)
 Tanda/label tempat simpanan
 Radas dan bahan mencukupi
 Rekod pelupusan alat/bahan

Dokumen-dokumen penting di dalam makmal haruslah:


 Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci.
 Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains.
 Jangan dibawa keluar dari makmal.

Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota
pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah
dan Kad-kad stok. (Perlu ada apabila sesuatu benda tu dibeli)

9
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

 Kad-kad Stok
 Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang
disimpan di dalam stor.
 Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk
memudahkan pemeriksaan stok.
 Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai
habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama).

Contoh kad stok:


(a) Item-item tahan lama.

(Nama
sekolah)
Item: 500ml
Kelalang,volumetrik
Lokasi : K8
Tarik Stok Tarik Kuant Har Juml Tarik Dipinja Ba Tanda
h Mas h iti ga ah h m, ki tangan
uk Dibeli Stok Rosak,
dll.

2013 5 5 1 pecah 4
25/3

2 RM 6 6
26/4 12

(b) Bahan pakai habis.

(Nama sekolah)
STOK Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur) STOK
MAKSIMUM MINIMUM
2 kg Lokasi : K3 0.5kg
Tarik Stok Tarik Kuan Har Pembe Juml Diguna Tand
h Masu h titi ga kal ah kan Bak a
k Diter Stok i tanga
ma n
2013 1.5kg 1.5
19/3 kg
26/4 0.5kg RM R&R 2.0kg 0.5kg
30

10
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Penyenggaraan Makmal
i. Sediakan kemudahan asas untuk tujuan penyenggaraan peralatan makmal.
ii. Lakukan dan pantau kerja penyenggaraan harian peralatan makmal oleh
Juruteknik di bawah seliaan seperti berikut:-
a) Peralatan yang rosak ditandakan dengan warna MERAH.
b) Peralatan yang hampir rosak ditandakan dengan warna JINGGA
(OREN).
c) Peralatan yang baik ditandakan dengan warna HIJAU.
iii. Pastikan kebersihan makmal.
iv. Pastikan keselamatan makmal.
v. Sediakan dan mantau jadual dan rekod penyelenggaraan/ujian alat-alat
makmal di bawah pengawasan.
vi. Menyemak rekod senarai inventori(Kurang daripada RM2000)/harta
modal(Lebih daripada RM2000) makmal yang dibuat oleh Juruteknik di bawah
seliaan.
vii. Selaraskan tugas pelupusan peralatan dan perabot makmal di bawah seliaan.
viii. Menyelaras kerja penyenggaraan peralatan yang rosak atau penghantaran
pembaikan di luar

2.2 contoh prosedur penyelenggaraan ruang pembelajaran(untuk membuat


kerja)
1. Sediakan senarai inventori/harta tetap dalam buku (Kew PA3 (Lampiran 3)
2. Periksa semua alat bantu pengajaran dan pastikan diselenggarakan mengikut
jadual secara berkala
3. Sediakan Jadual Penyelenggaraan Peralatan
4. Kenalpasti peralatan yang tidak berfungsi dengan baik.
5. Labelkan dengan tag berwarna yang bersesuaian.
i. Merah – Rosak
ii. Hijau – Boleh digunakan
iii. Oren – Untuk Pelupusan
6. Terima aduan kerosakan
7. Rekodkan dalam Daftar Aduan Kerosakan . Ambil tindakan berikut:-
i. Baiki alat yang mengalami kerosakan kecil.
ii. Kenalpasti punca kerosakan:-
11
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

a) salah penggunaan
b) ketidakfungsian alat
c) punca kuasa
iii. Rekodkan kerosakan setiap peralatan dalam Daftar Aduan Kerosakan
iv. Lakukan baikpulih sendiri untuk kerosakan kecil
v. Rekodkan tindakan dalam Daftar Aduan Kerosakan

8. Jika memerlukan pembaikan oleh pembekal luar rujuk prosedur yang


ditetapkan.
9. Memeriksa bahawa kerja penyelenggaraan telah dibuat dengan sempurna
dan memastikan peralatan berfungsi dengan baik.
10. Kemaskini butir penyelenggaraan dalam Rekod Butir-butir Penyelenggaraan
Harta
11. Memeriksa bahawa kerja penyelenggaraan telah dibuat dengan sempurna
dan memastikan peralatan berfungsi dengan baik.
12. Kemaskini butir penyelenggaraan dalam Rekod Butir-butir Penyelenggaraan
Harta Modal
13. Jika tidak boleh dibaiki, hantar untuk pelupusan
14. Kemaskini rekod kerja penyelenggaraan berkala(Berjadual)
15. Pantau kerja-kerja penyelenggaraan(Memeriksa dan membaikpulih perlatan
dan radas secara sistematik dan berterusan) dan pastikan dilaksanakan
mengikut jadual.
16. Bagi peralatan yang tidak ekonomi untuk diselenggara, senaraikan untuk
pelupusan

2.3 laporan pengurusan penyelenggaraan


1. Semak rekod penyelenggaraan yang ada di makmal yang merangkumi:
 Jadual Penyelenggaraan Peralatan
 Rekod Penyelenggaraan Peralatan
 Borang Aduan Kerosakan Peralatan
2. Membuat laporan penyelenggaraan dengan merujuk kepada semua rekod
penyelenggaraan di atas mengikut format yang telah ditetapkan.

12
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

.
Borang pengesahan penyelenggaraan (Lampiran 3)

3.0 LAPORAN INVENTORI

Stok dan inventori

3.1 Pengenalan
Stok dan Inventori adalah satu proses bagi mengemaskinikan pengurusan harta-
modal, inventori dan bekalan pejabat melalui penggunaan beberapa jenis borang.

 Daftar Harta Modal (Kew PA 2)


 Daftar Inventori (Kew PA 3)
 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew PA 6)

Kepentingan merekod

1. Merekod lokasi harta modal, inventori dan bekalan pejabat akan


memudahkan pihak pengurusan untuk mengawas dan mengesan pergerakan
sesuatu bahan.
2. rekodkan butir-butir asas mengenai harta modal, Inventori dan bekalan
pejabat akan memudahkan mana-mana pihak mengawasi penggunaan.
3. Mewujudkan sistem maklumat yang kemaskini dan berkesan bagi
meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan.

Daftar inventori ( kew pa 3 )


 Inventori ialah barang tak luak yang bernilai kurang dari RM1000 setiap satu
pada masa perolehan. Walau bagaimanapun, barang-barang seperti
perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah
termasuk di dalam kategori inventori tanpa mengira kos.
 Daftar inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan
inventori. Daftar ini adalah di dalam bentuk kad untuk memudahkan

13
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

penyusunan dan juga semasa membuat rujukan. Kad-kad ini disusun


mengikut jenis inventori dan abjad.
 Butir-butir yang perlu direkodkan di dalam bahagian ini adalah seperti berikut:
a) Kategori
Kategori inventori misalnya;-
i) Peralatan dan kelengkapan pejabat
ii) Perabot, permaidani, langsir dll.

b) Jenis
Jenis inventori di dalam kategori “Peralatan dan Kelengkapan Pejabat”
misalnya:-
i) Alat pengira
ii) Kipas angin dll

Jenis inventori di dalam kategori “Perabot, Permaidani dan Langsir


Misalnya:-
i) Kerusi
ii) Meja
iii) Langsir dll.

c) Bil
Bilangan mengikut urutan biasa.

d) Butiran
Perihal inventori yang diperolehi misalnya:-
i) kerusi eksekutif
ii) meja kerani
iii) rak bertutup dll

e) Kuantiti
Jumlah unit inventori yang diperolehi.

f) No. Pesanan Kerajaan


Nombor rujukan Pesanan Kerajaan.
14
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

g) Tarikh dibeli
Tarikh inventori tersebut dibeli mengikut Pesanan Kerajaan

h) Kos Seunit
Kos termasuk pengangkutan dan insuran (jika ada) bagi setiap unit
inventori.

i) No. Siri Pendaftaran


No. siri pendaftaran seperti siri rekod pejabat.

j) Lokasi
Penempatan inventori tersebut.

k) Pelupusan
No. rujukan fail atau pelupusan itu diluluskan oleh Perbendaharaan
atau Pegawai-pegawai di mana berkenaan.

l) Catatan
Apa-apa perkara yang berkaitan.

m) Tandatangan
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi
mengesahkan butir-butir yang dicatatkan itu.

3.1.1 Pemeriksaan stok

Pemeriksaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengesan dan


mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan,
berkurangan, rosak, usang, luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan susulan
dapat diambil

Pemeriksaan dibahagikan kepada tiga (3) jenis iaitu:-


15
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

(a) Pengiraan Stok


(b) Pemeriksaan Stok
(c) Verifikasi Stor

3.1.2 Pengiraan Stok

Pengiraan stok hendaklah dilaksanakan di Stor Pusat, Stor Utama danStor Unit
secara terus menerus sepanjang tahun.
Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:
a) Pegawai Stor hendaklah melaksanakan pengiraan stok apabilaberlaku
transaksi penerimaan dan pengeluaran bagi memastikanbaki stok fizikal
sentiasa bertepatan dengan rekod;
b) Setelah pengiraan dilakukan, satu garisan merah hendaklah dibuatpada akhir
transaksi di Kad Petak dan hendaklah ditandatanganiserta ditarikhkan oleh
Pegawai Stor

3.1.3 Pemeriksaan Stok

Pemeriksaan Stok hendaklah dilaksanakan di Stor Pusat dan Stor Utama.Ketua


Jabatan hendaklah melantik pegawai-pegawai yang tidak terlibat dengan stor yang
diperiksa.
Pemeriksaan yang dijalankan hendaklahmematuhi perkara-perkara berikut:
(a) Pemeriksaan dilaksanakan sekali (1) setahun ke atas semua stoksecara
100% mulai 1 Oktober tahun semasa
(b) Semasa pemeriksaan dilaksanakan tiada sebarang transaksidibenarkan
kecuali dengan kebenaran Pegawai Pemeriksa
(c) Setelah pemeriksaan dilakukan, satu garisan merah hendaklah dibuat pada
akhir transaksi di Kad Kawalan Stok dan hendaklah ditandatangani serta
ditarikhkan oleh Pegawai Pemeriksa
(d) Stok yang diperiksa hendaklah disenaraikan dalam LaporanPemeriksaan/
Verifikasi Stor

16
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

3.2 Pelupusan barang-barang awam

Konsep pelupusan
Diguna untuk melupuskan harta kerajaan yang secara fizikalnya masih ada dalam
simpanan tetapi harta tersebut tidak boleh digunakan / tidak diperlukan lagi. Tujuan
dibuat pelupusan ialah untuk mengeluarkan rekodnya daripada daftar.
Konsep hapuskira
Di gunakan ke atas harta Kerajaan yang secara fizikalnya telah tidak ada lagi dalam
simpanan kerana harta tersebut telah hilang. Tujuan diadakan hapuskira adalah
sama seperti tujuan di dalam pelupusan di atas. (istilah hapuskira juga digunakan
untuk menghapuskira wang yang hilang, hutang yang tidak boleh dipungut,bayaran
berlebihan, bil hospital yang tidak dibayar dll.)

Pelupusan barang-barang
Pelupusan perlu apabila:
- Barang-barang usang, rosak dan tidak boleh digunakan.
- Pecah / rosak dan tidak ekonomi jika dibaiki.
- Lebihan
- Perubahan teknologi dan tidak sesuai digunakan.

Mengapa perlunya pelupusan


- Menjimatkan ruang stor
- Mendapatkan pulangan balik
- Pengurusan stok / inventori yang sempurna.

Tindakan pelupusan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa dan


Jabatan adalah dilarang mengumpul barang-barang dan menunggu bilangan yang
banyak sebelum tindakan pelupusan dilakukan. Jika barang yang hendak
dilupuskan disimpan di dalam stor-stor, lama kelamaan stor akan menghadapi
masalah kekurangan ruang stor, kesesakan stor dan kemungkinan barang-barang
berkenaan mudah dicuri atau hilang. Di samping itu nilai barang-barang yang
hendak dilupuskan semakin menurun dan secara tidak langsung apabila dijual nanti
kerajaan mengalami kerugian hasil.

17
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Tatacara pelupusan
Penyelenggara stor hendaklah mengenalpasti barang-barang yang hendak
dilupuskan dan menyenaraikan barang-barang tersebut. Pelupusan segera perlulah
dibuat bagi mengelakkan penggunaan ruang dan susutnilai yang mungkin akan
mengakibatkan kerugian. Pada masa ini terdapat dua cara bagaimana pelupusan
barang-barang kerajaan boleh dilaksanakan. Dua cara tersebut ialah:-

Melalui lembaga pemeriksa


i) Lembaga Pemeriksa hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal bagi
memeriksa barang-barang usang yang nilai pembeliannya lebih dari
RM10,000 tiap-tiap satu. Lembaga itu hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya dua orang pegawai kanan yang tidak terlibat
secara langsung ke atas pengurusan barang-barang tersebut tetapi
berkebolehan untuk menilai dan mentafsir kebergunaan barang-barang
yang diperiksa.

ii) Keahlian seorang pegawai profesional di dalam Lembaga tersebut


tidak perlu sekiranya perakuan TEB (Tak Ekonomi Dibaiki) telah
ditandatangani oleh seorang pegawai profesional dalam bidangnya
masing-masing, yang tidak secara langsung bertanggungjawab ke atas
pengendalian dan pengurusan barang-barang kerajaan. Jika sesuatu
loji atau kelengkapan tersebut diselenggarakan oleh sebuah firma atau
agen pembekal, Lembaga boleh menimbang laporan firma atau agen
tersebut.
iii) Lembaga Pemeriksa perlu juga dilantik bagi barang-barang yang
belum dikeluarkan tetapi tidak boleh digunakan, cacat, usang atau
melebihi keperluan apabila dibuat pengiraan, verifikasi atau
penyemakan rekod stok

iv) Empat salinan laporan lembaga di dalam Kew. PA17 hendaklah


disediakan yang mengandungi butir-butir barang, keadaan barang dan
cara pelupusan yang disyorkan.

18
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

v) Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Pegawai Pengawal dan


seterusnya ke Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk kelulusan.

Tanpa lembaga pemeriksa


I) Barang-barang yang nilai perolehan asal kurang dari RM10,000 tiap-
tiap satu atau RM100,000 keseluruhannya.

ii) Barang-barang tersebut tidak boleh diguna dengan ekonomi lagi dan
hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahaja.
iii) Tidak bernilai untuk dijual.
iv) Tidak boleh dijual disebabkan dasar Kerajaan atau keselamatan
negara.
v) Menghantar empat salinan laporan dalam borang Kew. PA 17 kepada
bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan
Pendidikan Negeri.

Cara-cara pelupusan
i. Jualan lelong
ii. Tender / Sebutharga
iii. Tukarbeli
iv. Pindahan
v. Lain-lain cara pelupusan yang sesuai seperti ditanam dan dibakar.
vi. SIJIL PELUPUSAN
Sijil pelupusan seperti di lampiran X dalam TPS beserta dengan Sijil
Pengawal yang menyaksikan pemusnahan hendaklah dikem ukakan kepada
Bahagian Kewangan. Kementerian Pendidikan / Ketua Setiausaha
Perbendaharaan dalam masa tiga bulan dari kelulusan pelupusan diberi.
Jika pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut ianya
hendaklah dilaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Kad Stok / Lejar, fail sejarah inventori atau daftar loji hendaklah dicatatkan bagi
pelupusan yang telah diluluskan mengikut mana yang berkenaan.

Pelupusan bahan bercetak ( surat pek. kew. bil.11/94)


19
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Pekeliling yang berkuatkuasa sekarang adalah seperti berikut:-


- Surat Pek.Kew. Bil. 6/1987
- Surat Pek.Kew. Bil. 2/1989
- Surat Pek.Kew. Bil. 11/1994
- Seksyen 11, Arkib Negara Bil. 44/ 1996
- Arahan Perbendaharaan 150 dan 299

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6/1987 dan Bil. 2 /1989 merupakan peraturan-
peraturan khusus untuk pelupusan Buku Teks (SPBT) dan Pekeliling Kewangan
Bil.11/1994 menetapkan peraturan pelupusan bahan-bahan bercetak/ kertas
terpakai secara menyeluruh.

Arahan Perbendaharaan 150 menetapkan semua kelas buku / rekod perakaunan


dan rekod kewangan hendaklah disimpan dengan cermat sekurang-kurangnya
selama tempoh yang ditetapkan dalam lampiran M. Sebelum buku / rekod
kewangan dimusnahkan kelulusan mestilah diperolehi terlebih dahulu aripada
Akauntan Negara.

Arahan Perbendaharaan 299 menetapkan peraturan untuk pemusnahkan resit dan


borang-borang kewangan yang belum digunakan atau usang.

Pelupusan melalui kontrak pusat perbendaharaan

 Kerajaan juga ada mengikat kontrak pusat untuk melupuskan barang-barang


terpakai seperti dan besi bateri, tayar srap, misalnya kenderaan, peti besi,
katil, peti sejuk. Tujuan diadakan kontrak pusat berkenaan ialah:-
 Untuk mempercepatkan urusan pelupusan , sekolah perlu menggunakan
cara biasa seperti tender / lelong / sebutharga bagi barang-barang terpakai
ini.
 Sebagai satu strategi untuk memberi peluang kepada usahawan Bumiputra
dapat bergiat dalam bidang-bidang tertentu seperti pencelupan tayar dan besi
scrap.

20
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

PROSES KERJA PELUPUSAN PERINGKAT SEKOLAH


BIL PROSES KERJA TINDAKAN
1. Mengenalpasti barang-barang yang hendak Pembantu Tadbir/
dilupuskan. Penyelaras Stok/
Pegawai terlibat
2. Memastikan jenis pelupusan yang akan -sda-
dipohon:
- kategori barang tidak boleh diguna
-kategori barang tidak diperlukan
-kategori barang tidak ekonomik untuk dibaiki.
3. Lantikan Lembaga Pemeriksa di peringkat Pengetua / Guru Besar
sekolah.
- 2 orang pegawal kanan
- bebas atau pegawai yang tidak terlibat secara
langsung dengan barang yang akan lupus.
- mempunyai kebolehan / kepakaran jika
berkaitan dengan teknikal / mesin.
4 Memeriksa barang-barang yang hendak di Lembaga pemeriksa
lupus dan memberikan syor.
5 Penyediaan borang pelupusan dalam 6 salinan Pembantu Tadbir /
bertaip dan dihantar ke JPN bagi proses Penyelaras Stok
kelulusan.
6 Penerimaan kelulusan pelupusan dari JPN / Pengetua / Guru Besar/
KPM Pembantu Tadbir /
Penyelaras Stok

7 Mengeluarkan / menolak dari stok barang Pembantu Tadbir /

21
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

yang telah dilupuskan. Penyelaras Stok

PROSES KERJA HAPUS KIRA PERINGKAT SEKOLAH


BIL PROSES KERJA TINDAKAN
1. Memastikan untuk hapuskira. Pengetua / Guru Besar/
- kehilangan / kecurian ke atas barang / Pembantu Tadbir
wang awam.
- hasil / kutipan yang tidak dapat dikutip.
2. Penyeliaan dokumen-dokumen bagi
permohonan hapuskira:
- Laporan Polis (bagi kes kehilangan /
kecurian).
- Makluman kepada JPN.
- Laporan akhir hasil siasatan Polis.
Semua dokumen adalah dikemukakan
melalui JPN.

22
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

3.3 Pemeriksaan dan verifikasi stok

MAKSUD
Memeriksa, mengira dan menyemak stok serta rekod secara fizikal dalam sesebuah
stor mengikut pengelasan barang-barang dan had-had masa yang ditetapkan.

PENGELASAN BARANG-BARANG DAN LAT VERIFIKASI


I) Tidak menarik - Dua tahun sekali.
Ii) Menarik - Setahun sekali
iii) Sangat menarik - Dua kali setahun

TUJUAN VERIFIKASI
I) Menentukan jumlah barang-barang stok fizikal adalah sama dengan baki
Kad Kawalan Stok serta Kad Petak.
ii) Mengenalpasti kekurangan dan kelebihan.
iii) Mengenalpasti stok-stok yang tidak boleh guna, rosak, usang,tidak atau
lambat bergerak dll.
iv) mengesyorkan tindakan-tindakan atas stok yang tidak boleh guna, rosak,
usang, tidak atau lambat bergerak dll.
v) Samada semua aktiviti pengurusan stor dijalankan dengan teratur seperti
yang ditetapkan oleh Arahan perbendaharaan, perkeliling Perbendaharaan
dan Tatacara Pengurusan Stor (TPS).

Perlantikan pemverifikasi stor


I) Perlantikan dibuat oleh Pegawai pengawal yang
ii) Perlantikan hendaklah atas nama jawatan.
iii) Terdiri daripada pegawai-pegawai yang sesuai yang bukan
bekerja dalam organisasi stor yang diverifikasi.

Tugas-tugas pemverifikasi stok


I) Melawat dan memeriksa secara mengejut
ii) Mengira stok fizikal dan merekodnya.
iii) membandingkan dengan kad Kawalan Stok atau Kad petak
serta tandatangan kad dengan baki dan tarikh.
23
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

iv) Menyediakan laporan pemeriksaan.


(Laporan verifikasi stok – Kew PA 11)
v) Laporan lengkap mengenai:-
- Keadaan Stor
- Cara menyimpan dan penjagaan barang-barang
- Kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti
- Syor-syor untuk memperbaikinya

Borang inventori (Lampiran 4)

4.0 KEBERSIHAN DI TEMPAT KERJA


4.1 Keselamatan biologi
4.1.1 Pendahuluan
Keselamatan Biologi merujuk kepada tindakan pencegahan, pengawalan dan
pembendungan yang perlu dilakukan terhadap bahan biologi( benda hidup,
kulat,bakteria,virus,tumbuhan yg dibuat kajian) bagi menghalang pencemaran dari
bahan terinfeksi(berjangkit). – untuk menggelakkan berjangkit.
Tahap Keselamatan Biologi merujuk kepada pembendungan bahan biologi untuk
mengasingkan agen biologi bahaya.
Pengkelasan pembendungan bahan biologi terdiri daripada Tahap Keselamatan
Biologi 1 : Tidak berbahaya dan tidak berjangkit
Biologi 2 : Berbahaya dan Tidak berjangkit
Biologi 3 : Berbahaya dan berjangkit (Skala kecil)
Biologi 4 : Berbahaya dan berjangkit (Skala besar)
Penyelidikan bahan biologi di Universiti merangkumi pelbagai
organisma(haiwan,tumbuhan) dan mikroorganisma(bakteria,virus). Pengguna perlu
memahami terlebih dahulu Tahap Keselamatan Biologi yang sesuai bagi mengawal
keselamatan dan kesihatan kepada persekitaran dan pengguna. Pematuhan
terhadap peraturan, prosedur dan amalan yang selamat dalam makmal biologi
merupakan tanggungjawab bersama untuk melindungi diri dan orang lain daripada
dijangkiti atau terdedah kepada biohazard.

4.1.2 Peraturan Keselamatan Biologi


i. Mematuhi Peraturan Keselamatan Umum.

24
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

ii. Pastikan tanda amaran biohazard yang diletakkan di pintu menerangkan jenis
mikroorganisma yang digunakan.
iii. Teknik aseptik(steril) perlu digunakan setiap kali mengendalikan kerja yang
berkaitan dengan bahan biologi.
iv. Pastikan penggunaan picagari hanya untuk kerja-kerja penyuntikan dan
pengambilan cecair daripada haiwan makmal.
v. Radas yang mengandungi mikroorganisma atau bahan kimia retak atau pecah,
perlu dilaporkan kepada penyelia atau kakitangan makmal dengan segera.

4.1.3 Pengkelasan Mikroorganisma


Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan bahaya jangkitan mengikut Kumpulan
Risiko seperti berikut:
i) Kumpulan Risiko 1
Mikroorganisma dalam kumpulan ini berisiko rendah terhadap individu dan komuniti.
Ia tidak akan menyebabkan penyakit kepada manusia.
ii) Kumpulan Risiko 2
Mikroorganisma yang berisiko sederhana terhadap individu dan komuniti. Secara
umumnya patogen bahaya kepada manusia dan haiwan. Walaubagaimanapun,
risiko dapat dikawal jika dikendalikan dengan betul. Rawatan yang berkesan dengan
prosedur pencegahan tersedia dan risiko penyebaran jangkitan terhad
mengurangkan jangkitan yang serius.
iii) Kumpulan Risiko 3
Mikroorganisma berisiko tinggi terhadap individu atau rendah terhadap komuniti.
Pada amnya patogen bahaya kepada manusia dan haiwan tetapi tidak merebak dari
individu yang mengalami jangkitan kepada yang lain. Rawatan yang berkesan
dengan prosedur pencegahan yang betul mengurangkan jangkitan yang serius.
iv) Kumpulan Risiko 4
Mikroorganisma berisiko tinggi terhadap individu dan komuniti. Patogen yang
bahaya kepada manusia atau haiwan dan dapat dipindahkan daripada satu individu
kepada yang lain secara langsung atau tidak langsung.

4.1.4 Pengkelasan dan Penggunaan Makmal


Makmal dikelaskan mengikut kerja-kerja yang dijalankan berkaitan kumpulan risiko
mikroorganisma seperti berikut :
i) Makmal Asas

25
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Makmal yang melakukan kerja berkaitan dengan mikroorganisma Kumpulan Risiko


1. Contohnya, makmal pengajaran biologi.
ii) Makmal Diagnostik
Makmal pengajaran/penyelidikan dan kesihatan awam yang melakukan kerja
diagnostik berkaitan dengan mikroorganisma Kumpulan Risiko 2.
iii) Makmal Tertutup
Makmal penyelidikan khas yang mempunyai penghadang antara bilik. Melakukan
kerja diagnostik khas berkaitan dengan mikroorganisma Kumpulan Risiko 3.
iv) Makmal tertutup maksimum
Makmal penyelidikan pathogen berbahaya yang mempunyai penghadang dan tidak
berhubung antara bilik. Menjalankan kerja berkaitan dengan mikroorganisma
kumpulan Risiko 4. Lambang Biohazard antarabangsa hendaklah diletakkan pada
pintu makmal yang menjalankan kerja dengan mikroorganisma dalam kumpulan
risiko 2, 3 dan 4. Apabila bekerja di dalam kategori makmal tertutup dan makmal
tertutup maksimum, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
- Pakaian makmal hendaklah dari jenis wrap-around, coverall, head
covering (yang tidak berbutang hadapan). Penutup kasut atau kasut khas
hendaklah dipakai. Pakaian makmal tidak dibenarkan dipakai luar makmal
dan hendaklah disteril sebelum dicuci
- Alat pernafasan hendaklah dipakai di dalam bilik yang mengandungi
haiwan terjangkit

4.1.5 Peralatan Keselamatan Biologi


Alat keselamatan biologi seperti Kabinet Keselamatan Biologi (Tahap II), Autoklaf
dan Kabinet Laminar Flow diperlukan untuk makmal penyelidikan dan pengajaran
yang melibatkan penggunaan bahan biologi.Kemudahan prasarana makmal, alat
keselamatan biologi dan alat pelindungan peribadi diperlukan bagi mengurangkan
risiko pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan pengguna
makmal.Protokol yang betul merupakan tindakan pencegahan khusus kepada agen
yang berpotensi menghasilkan kesan bahaya kepada pengguna makmal. Kabinet
Keselamatan Biologi Tahap II, Autoklaf dan Kabinet Laminar Flow merupakan alat
keselamatan biologi bagi memenuhi keperluan penyelidikan semasa dengan
kelengkapan prasarana dan alat.

4.1.5.1 Kabinet Keselamatan Biologi


Kabinet Keselamatan Biologi merupakan alat yang berfungsi menyediakan ruang
kerja dengan sistem pengudaraan terkawal. Aerosol yang terhasil dari bahan kajian
disedut ke sistem pembuangan dan ditapis oleh penapis High Efficiency Particulate
Air (HEPA) sebelum beredar ke ruang kerja dan persekitaran. Kabinet keselamatan
biologi perlu diuji dan diperakui serta perlu dikendalikan sesuai dengan cadangan
pengeluar.

26
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

4.1.5.2 Autoklaf
Fungsi alat autoklaf adalah penting dalam operasi pensterilan bahan-bahan kajian
dan sisa bahan penyelidikan yang perlu bebas dari kontaminasi mikrob. Autoklaf
yang diperolehi perlu memenuhi ciri keselamatan dan mematuhi penguatkuasaan.
Autoklaf merupakan pengandung tekanan tak berapi yang berpotensi mendatang
bahaya kerana kerosakannya boleh menyebabkan letupan.Rekabentuk, pemilikan
dan penggunaan autoklaf adalah tertakluk dibawah undang-undang berikut:
a. Factories and Machinery (Steam Boilers And Unfired Pressure Vessel)
Regulations, 1970.
b. Factories and Machinery (Notification Of Fitness And Inspections) Regulations,
1970.
c. Factories and Machinery (Certificates Of Competency-Examinations)1970.

4.1.5.3 Kabinet Laminar Flow


Kabinet laminar flow merupakan ruang kerja yang direkabentuk untuk menghalang
kontaminasi pada bahan kajian. Udara akan melalui penapis High Efficiency
Particulate Air (HEPA) dan dikeluarkan secara perlahan dengan arah pengaliran
secara lurus. Proses pensterilan dilakukan dengan menggunakan Lampu Germicidal
Ultra Violet (UV-C) yang dilakukan sebelum memulakan proses penyediaan media.

4.1.5.4 Pensterilan
Pensterilan bahan-bahan kajian dilakukan untuk memastikan bebas mikrob dan
mengelak dari kontaminasi merupakan langkah pertama sebelum meneruskan kerja-
kerja makmal.Manakala, diperingkat akhir pensterilan diperlukan lagi bagi
memastikan bahan dan peralatan yang digunakan tidak mengkontaminasi
persekitaran.

4.2 Keselamatan kimia


4.2.1 Pendahuluan
Bahan kimia amat berguna kepada manusia, walaupun ada diantaranya berbahaya
kepada kehidupan. Bagi menjamin keselamatan pengguna dan persekitaran,
pengetahuan dan pemahaman mengenai cara pengendalian dan sifat bahan kimia
adalah perlu bagi mengatasi hazard kimia. Cara pengendalian dengan selamat dan
betul terhadap bahan kimia yang digunakan dapat mengatasi bahaya pendedahan
terhadap bahan kimia tersebut. Pengendalian di sini bermaksud, penghantaran,
penyimpanan, penggunaan di dalam makmal dan pembuangan sisa bahan kimia.

27
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) perlu dirujuk sebelum memulakan kerja
yang melibatkan bahan kimia. Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu
sebelum menggunakan sesuatu bahan kimia.

4.2.2 Peraturan Keselamatan Kimia


i. Mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal.
ii. Alat pelindung mata keselamatan perlu dipakai semasa bekerja dengan bahan
kimia.
iii. Elakkan sentuhan secara langsung dengan sebarang bahan kimia.
iv. Berhati-hati semasa membawa dan mengendali bahan kimia di dalam makmal.
v. Larutan bahan kimia tidak boleh dipipet menggunakan mulut.
vi. Kendalikan semua bahan kimia meruap dan beracun di dalam kebuk wasap.
vii. Botol atau bekas bahan kimia tidak boleh ditinggalkan di dalam kebuk wasap
selepas digunakan.
viii. Apabila melakukan sebarang pencairan, sentiasa masukkan larutan yang pekat
ke dalam larutan yang cair bukan sebaliknya dan mesti dilakukan di dalam kebuk
wasap.
xi. Labelkan semua larutan dan bahan kimia yang disediakan.
x. Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja, tentukan kuantiti yang
diperlukan dari botol stok.
ix. Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asal.
iix. Segala lebihan bahan kimia mestilah dibuang ke dalam botol sisa mengikut
pengkelasan sisa terjadual.

4.2.3 Pengendalian dan penyimpanan bahan kimia


Pengendalian dan penyimpanan bahan kimia dengan sempurna amat perlu dalam
lankah untuk menjaga keselamatan semua pengguna. Berikut adalah langkah-
langkah atau saranan kepada semua yang terlibat dengan penggunaan bahan kimia
ini iaitu:
1. Rekod semua pengambilan bahan kimia
2. Senarai bahan kimia perlulah dikemaskini secara berkala
3. Bahan kimia yang kurang perlu haruslah disimpan dalam stor atau dilupuskan jika
perlu
4. Bahan kimia yang disimpan di dalam makmal haruslah dilebalkan dengan jelas

28
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

5. Penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dijauhkan dari suhu
yang panas atau tinggi
6. Penyimpanan bahan kimia hruslah diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan
mudah dialihkan
8. Penggunaan peti sejuk biasa untuk menyimpan bahan kimia yang mudah terbakar
haruslah dielakkan
9. Elakkan pemanasan secara terus,ketukan aau geseran kepada mana-mana
bahan kimia
10. Bahan kimia haruslah tidak dihidu dan penggunaan harus dalam kuantiti yang
kecil atau bersesuaian dengan kerja yang akan dijalankan. 11. Sentiasalah memakai
PPE apabila mengendalikan bahan kimia
12. Penggunaan kabuk wasap haruslah dilakukan jika melibatkan penggunaan
bahan kimia yang boleh menghasilkan wap,debu atau asap yang boleh mengancam
nyawa seseorang dan mencemarkan udara makmal.

5.0 RISALAH DATA KESELAMATAN KIMIA (MSDS)


• Risalah yang dikeluarkanoleh pengeluar atau pengimpot
• Memberi maklumat pengguna.

MAKLUMAT (PENERANGAN) DALAM MSDS


• Pengenalpastianbahan (nama produk -biasa,saintifik)
• Penerangan sifat fizikal dan kimia – takat didih, takat lebur
• Identifikasisifat berbahaya– mudah terbakar, meletup, pengoksidaan
• Maklumat mengenai Bahaya terhadap Kesihatan – merengsa, mengakis, toksik
• Tindakan sewaktu kecemasan

MSDS - KEPENTINGAN x
• Pengesahan penerimaan bahan yang betul
• Sedar akan bahaya jika cadangan cara pengendalian tidak dipatuhi
• Mengenal tanda-tanda jika terlebih pendedahan
• Pengendalian bahan berbahaya dengan betul dan selamat

5.2.1 BAHAN KIMIA

29
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam
makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar,
mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai
gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan
selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.Jika pipet digunakan
untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan
untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.Mesti berhati-hati serta
cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut:
5.2.1.1 Pepejal Mudah Terbakar
Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam
minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan
dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa
selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair.
(Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).
Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat,
peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang
mudah teroksida.
Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan
bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing.

5.2.1.2 Cecair Mudah Terbakar


Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester”
hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai
tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini
haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan
sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. Cecair
tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah
terbakar daripada sebarang sumber nyalaan.
Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat
masing-masing.
Jadual 2: Bahan kimia (cecair) mudah terbakar

Bahan Takat kilat/C (Sambaran)


Propana -104
Dietil eter -45
Dimetil eter -41
Karbon disulfide -30
Aseton -18
Spirit petroleum -17
Methanol 10
Etanol 10

5.2.1.3 Bahan Kimia Mengkakis

30
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid
nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat,
hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan
argentum nitrat. Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut.
Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan
memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan. Sekiranya
sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah
segera dibilas dengan air yang berlebihan. Selalunya , jika amali melibatkan bahan
kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.

5.2.2 Bahan Kimia Beracun


Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan
pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun. Seseorang yang menggunakan
bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan
keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh. Jika mata
untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak.
Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.

(A) Langkah Keselamatan


Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh
itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian.
(i) ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit.
(ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh
menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah
digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena.
(iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga
membahaya bila bersentuhan dengan kulit.
(iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat
beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang
rendah.
(v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan boleh
menyerap ke dalam kulit.
(vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam
kulit.
(vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia
bukanlah racun yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap
sahaja.
(viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi
jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.
(ix) SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.

31
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

(B) Peraturan Penyimpanan


Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
(i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu
hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa. Bagi-bahan kimia yang beracun dan
berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.

(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan
dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak
menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.
(iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam
tempat khas yang kalis api.
(iv) Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di
dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan.
(iv) Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada
500cm3
. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan
mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara yang
betul.
5.2.3 Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia
Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan
kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik.
(i) Bahan pepejal kering : Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa
buangan yang sesuai.
(ii) Larutan (Asid) : Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan. Pepejal
Natrium Hidrogen Karbonat atau larutannya boleh digunakan untuk meneutralkan
saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air.
Peringatan : Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan
untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram dengan air
yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta
percikan asid itu.
i) larutan Alkali : Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan
terus ke dalam longkang.
Peringatan: Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin. Tabur pasir ke
atas tumpahan tersebut dan bersihkan.
i) Bahan berminyak
Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan
tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering.

32
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan
cepat. Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.
Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:
(a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke
dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Dan
b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas
(i).
iii) Merkuri:
Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal .
Jika merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran
udara yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan
serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang
banyak.
* Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamatan semasa membersihkan
sebarang tumpahan.

6.0 PEMBUANGAN BAHAN SISA BUANGAN MAKMAL

6.1 Garis panduan pelupusan sisa (biologi)


6.1.1 Pengenalan
Sisa biologi merangkumi bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan
kemudaratan atau hazard biologi. Bahan biologi ini termasuklah bahan kumuhan,
tisu, bangkai dan patogen. Setiap mikroorganisma di dalam makmal mesti dianggap
berpotensi menjadi patogen dan dengan demikian mesti diperlakukan seperti bahan
biologi. Prosedur pelupusan sisa biologi tidak hanya terhad kepada bahan biologi
tetapi merangkumi bahan pembawanya seperti besi keluli, bekas plastik dan kaca.
Oleh itu tindakan pelupusan sisa biologi haruslah mengambilkira jenis pembawanya.
6.1.2 Pengendalian Sisa
i. Jenis sisa biologi
a. Sisa mengandungi bahan berjangkit. Contohnya sisa perubatan, spesimen
perubatan, patologi dan makmal penyelidikan. Selain itu termasuk juga piring kultur,
peralatan yang digunakan untuk memindah, inokulasi dan mencampurkan kultur
serta buangan vaksin hidup/yang dilemahkan

33
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

b. Sisa patologi yang terhasil daripada aktiviti surgeri, autopsi, aktiviti pengajaran
dan penyelidikan seperti darah, produk darah, tisu , organ dan cecair badan
c. Benda tajam yang telah tercemar dengan sisa biologi. Contohnya jarum dan
picagari, skapel, pisau, kaca pecah dan slaid kaca
d. Lain-lain sisa makmal yang tercemar dengan sisa biologi seperti bekas spesimen,
sarung tangan pakai buang dan bahan yang digunakan untuk membersihkan
tumpahan

6.1.2 Pengasingan Sisa


Sisa biologi berjangkit hendaklah dipisahkan mengikut kategori berikut:
a. Bahan tercemar untuk autoklaf dan dikitar semula.
b. Bahan tercemar untuk dilupus.
c. Bahan tajam
Pengasingan dan pengumpulan sisa biologi juga dibuat dengan mengambil kira
jenis sisa. Jenis sisa terbahagi kepada:

i. Sisa Biologi Tunggal


Sisa jenis ini tidak mengandungi masalah lain (seperti bahan radioaktif atau bahan
kimia) kecuali masalah biologi sahaja. Sisa begini hendaklah diasing dan dibungkus
di dalam beg plastik autoklaf. Sisa benda tajam seperti kaca dan jarum yang
tercemar dengan sisa biologi hendaklah dimasukkan ke dalam bekas benda tajam
sebelum dibakar menggunakan insinerator atau dinyahaktifkan.

ii. Sisa Biologi Bercampur dengan Bahan Radioaktif


Sisa jenis ini mesti diasingkan daripada sisa biologi tunggal kerana sisa ini juga
menimbulkan bahaya sinaran. Sisa biologi yang mengandungi radionuklid dengan
setengah hayat pendek (beberapa minit – hari) hendaklah disimpan di dalam
keadaan yang tidak meningkatkan bahaya biologinya (misalnya pembekuan) di
tempat yang mempunyai perisai sinaran yang mencukupi. Penyimpanan ini
hendaklah dilakukan di dalam makmal masing-masing sehingga keradioaktifannya
mencapai aras latar belakang. Sisa yang mengandungi radionuklid berhayat panjang
(lebih daripada 100 hari) hendaklah disimpan di tempat dan keadaan yang sama
seperti radionuklid berhayat pendek sebelum dilupuskan oleh Agensi Nuklear
Malaysia (ANM).

iii. Sisa Biologi Bercampur Sisa Kimia


Sekiranya sisa biologi tersebut boleh diasingkan daripada sisa kimia, ianya perlu
dilupuskan secara berasingan. sisa biologi dilupuskan melalui kaedah pelupusan
sisa biologi dan sisa kimia dilupuskan melalui kaedah pelupusan sisa kimia.

34
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

Sekiranya sisa biologi tersebut tidak boleh dipisahkan dengan bahan kimia tersebut,
sisa tersebut perlu dilupuskan melalui kaedah pelupusan sisa kimia.

6.1.3 Pembungkusan
Bekas pembungkus sisa biologi berjangkit yang sesuai perlu digunakan untuk
melindungi pekerja, pesakit dan orang ramai daripada kecederaan atau jangkitan
penyakit akibat bersentuhan dengan sisa. Jenis pembungkus:

i. Beg plastik.
Beg plastik hanya boleh digunakan sebagai bekas utama untuk sisa kering dan
tidak tajam. Beg plastik mesti tahan koyak dan kalis bocor, dapat menahan sisa
semasa kendalian, pengangkutan dan perawatan.
ii. Bekas logam, plastik keras, kotak kertas gentian (fibreboard) dan kaca.
Umumnya bekas logam, plastik keras, kotak kertas gentian (fibreboard) dan kaca
sesuai untuk sisa biologi berjangkit. Bekas kaca hanya sesuai jika dapat dilindungi
daripada pecah. Bekas untuk menyimpan sisa tajam mesti mempunyai dinding yang
tidak boleh tembus. Bekas diisi tiga per empat penuh. Bahan tajam hendaklah
dimasukkan langsung ke dalam bekas tanpa memisahkan jarum dari picagari atau
mengenakan penutup jarum. Sisa biologi jenis cecair hendaklah diletakkan di dalam
bekas yang kalis bocor. Untuk mengelakkan tumpahan, kuantiti sisa hendaklah
dihadkan dan diletakkan di dalam bekas sekunder yang kalis bocor. Bahan penyerap
boleh digunakan di sekeliling bekas primer.
6.1.4 Pelabelan
Bekas yang mengandungi sisa biologi berjangkit perlu berlabel menggunakan kod
warna, simbol atau ungkapan.
a. Warna merah, oren atau merah-oren adalah warna untuk sisa biologi berjangkit
atau biologi.
b. Simbol biologi antarabangsa digunakan untuk pengenalan bekas sisa biologi
berjangkit.
c. Ungkapan yang digunakan adalah: sisa biologi berjangkit (infectious waste), sisa
biologi (biology waste), sisa tercemar (contaminated waste).

6.1.5 Penyimpanan Sisa


Sisa berjangkit perlu dimusnahkan secepat mungkin. Jika perlu disimpan elakkan
sebarang pendedahan dan peningkatan jumlah organisma.Bilik penyimpanan mesti
selamat dan berlabel biologi. Hanya pekerja berkelayakan dibenarkan
menyelenggara sisa berjangkit. Sisa yang disimpan hendaklah dibungkus dengan
betul. Label pada bekas hendaklah jelas menyatakan jenis sisa, tarikh dihasilkan

35
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

dan rawatan yang diperlukan. Pergerakan keluar masuk sisa dari tempat
penyimpanan perlu direkod.

6.1.6 Pelupusan sisa


Bagi mengenalpasti kaedah yang paling selamat dan sesuai untuk melupuskan sisa
biologi, ianya perlu dirujuk kepada Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS). Di
antara kaedah yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
i. Pembakaran menggunakan insinerator
Kaedah ini dilakukan untuk melupuskan sisa biologi tunggal yang sudah tidak
mempunyai kaedah lain untuk dinyahjangkitkan.
ii. Autoklaf
Kaedah autoklaf digunakan ke atas sisa biologi dan bekas untuk menyahaktifkan
sebarang patogen. Sisa yang diautoklaf boleh dibungkus dalam beg plastik khas.
Proses autoklaf hendaklah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Sisa yang
telah diautoklaf dengan sempurna boleh dibuang sebagai sampah biasa setelah
tanda Biologi ditanggalkan.
iii. Tindakan kimia
Tindakan kimia menggunakan penyahjangkit adalah salah satu cara untuk
membasmi patogen. Kaedah ini boleh digunakan jika proses menyahjangkit perlu
dilakukan dengan segera. Jika penyahjangkit digunakan untuk membasmi patogen,
perhatian harus diberikan untuk memastikan agar penyahjangkit sentiasa berkesan.
Penggunaan penyahjangkit yang sama berulangkali boleh mengakibatkan
penyahjangkit itu cair dan mengurangkan kemampuannya menyahaktifkan patogen.
Penyediaan larutan penyahjangkit mesti dilakukan mengikut prosedur pembekal.
Perhatian harus diberi untuk memastikan bahawa sisa tersebut terendam
sepenuhnya di dalam larutan disinfektan. Setiap permukaan rendaman mesti
dibasahi penyahjangkit dalam sela masa yang ditetapkan terutamanya untuk botol
dan bekas berongga. Ketiga-tiga kaedah pelupusan ini dikhaskan untuk sisa biologi
tunggal sahaja.
6.1.7 Pengurusan Sisa
Pelupusan sisa dijalankan setiap dua minggu dan bergantung kepada penghasilan
sisa oleh setiap fakulti/institut/pusat yang terlibat. Semua sisa yang perlu dilupuskan
menggunakan kaedah insinerator perlu diautoklaf terlebih dahulu sebelum
dimasukkan di dalam plastik dan diikat kemas. Kumpulkan sisa tersebut dalam tong
sisa biologi. Semua sisa biologi akan dikumpulkan dan dilupuskan oleh kontraktor
yang telah dilantik. Pelupusan akan dijalankan oleh kontraktor yang telah dilantik.
Pegawai yang bertanggungjawab di setiap PTJ yang terlibat perlu menandatangani
nota konsignmen setiap kali pelupusan dijalankan.

6.2 pengurusan sisa kimia


Bahan kimia yang boleh dianggap sisa:

36
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

• Sisa amali
• Kimia tertumpah
• Bahan kimia lama
Sisa kimia terdiri daripada:
• Bahan kimia beracun/radioaktif
• Sisa pelarut organik/berhalogen dan tak berhalogen
• Sisa bahan kimia pepejal
Jenis sisa kimia makmal
• Sisa kimia
• Sisa biologi
• Sisa radioaktif
• Sisa pecahan kaca/tajam
Konsep 3 R untuk pengurusan bahan kimia :
1. Reduce(Pengurangan)
- Pengurangan penggunaan bahan kimia boleh dilakukan dengan merancang kerja
yang akan
dilakukan sebelum melaksanakannya.
- Menggunakan kuantiti dengan kuantiti yang berpatutan dan minimum, cukup untuk
kerja yang dilakukan tanpa lebih.
2. Reuse (Penggunaan balik)
- Menggunakan bahan kimia yang boleh digunakan semula.
Terdapat beberapa bahan kimia yang boleh digunakan semula lebih dari sekali
penggunaan.
3. Recycle (Kitar semula)
- Untuk mengurangkan kos pelupusan bahan kimia, konsep kitar semula boleh
dilakukan dengan menghantar kepada syarikat-syarikat yang menjalankan
perkhidmatan tersebut.
Beberapa langkah pengurusan sisa kimia sebelum pelupusan dilakukan:
I. Buang sisa pada bekas yang sesuai
II. Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan
bersesuaian

37
GBP 401 PENYELENGGARAAN DAN PENYUSUNAN LAPORAN MAKMAL

III. Pelarut organic haruslah diasingkan kepada dua iaitu berhalogen dan tidak
berhalogen
IV. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yag sudah ditetapkan oleh pihak yang
bertanggungjawab
untuk pelupusan-Pelupusan sisa kimia haruslah menepati piawaian pelupusan oleh
peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di
kemudian hari.

Borang audit makmal (lampiran 5)

38

You might also like