You are on page 1of 2

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN,


ARAS 3 & 6, MENARA PRISMA,
NO. 26, JALAN PERSIARAN PERDANA,
PRESINT 3,
PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TEL: 600-8000 8000
62675 PUTRAJAYA FAKS: 603-8885 0748

BORANG CADANGAN ‘HEALTH SYSTEM RESEARCH’


Nama Pelatih: NO. K/P :
NAJIB BIN ZULKIFLI 980620-04-5397
Tajuk Penyelidikan: Kajian Tahap Pengetahuan Tentang Kanser Payudara Dalam
Kalangan Penduduk Di Negeri Johor .
Huraian Ringkas : Kenyataan Masalah dan Tujuan

Kanser payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada


tindakan sel yang bermula di payudara. Kanser payudara terjadi apabila sel normal
payudara bertukar struktur dan merebak, menjangkiti tisu dan bahagian lain yang
berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah dan salur limfa (Bahagian
Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Mengikut statistik
Kementerian Kesihatan Malaysia, kes barah payudara adalah 18.1% berbanding kanser
usus iaitu 12.3%, kanser paru-paru sebanyak 10.2%, nasofarinks sebanyak 5.2% dan
servik iaitu 4.6% (Utusan Malaysia, 2011). Selain itu, kajian Kementerian Kesihatan
Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah
ditahap paling kritikal dan sukar untuk dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.
Pada tahun 2008, sebanyak 3,209 kes baharu kanser payudara telah dilaporkan di mana
kanser payudara dikesan pada tahap satu (20.4%), tahap dua (38.8%), tahap tiga
(21.8%) dan tahap empat (19%) (Utusan Borneo, 2017). Pengetahuan dan kefahaman
tentang Kanser Payudara penting untuk masyarakat supaya dapat mengurangkan jumlah
kes yang dilaporkan. Justeru, kajian ini penting dalam menilai tahap pengetahuan Kanser
Payudara dalam kalangan masyarakat di negeri Johor.
Skop Kajian
Kajian ini dijalankan tertumpu kepada masyarakat di wad okcologi dan klinik onkologi,
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Objektif Kajian:-
Objektif Am: Tujuan kajian dibuat untuk menilai tahap pengetahuan tentang kanser
payudara dalam kalangan masyarakat di negeri Johor.
Objektif Spesifik:
1. Menilai tahap pengetahuan pesakit wanita tentang tanda dan gejala kanser payudara.
2. Menilai tahap pengetahuan wanita berkaitan pemeriksaan awal payudara untuk
mengesan kanser payudara.
3. Mencadangkan kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan
pemeriksaan awal payudara untuk mengesan kanser payudara.
Huraian Ringkas:“Design dan Metodologi Kajian”
Reka Bentuk Kajian(Design) :
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui cara deskriptif dan kuantitatif
secara cross- sectional. Kajian dijalankan di wad onkologi dan klinik onkologi Hospital
Sultan Ismail, seramai 50 orang responden akan dipilih secara rawak untuk menjawab
borang soal selidik yang diedarkan.
Jadual Perlaksanaan : Seperti Yang Dilampirkan ( Carta Gannt )
Disokong Oleh Pengajar Yang Menyelia: Tarikh Penerimaan:

Kelulusan Oleh Ketua Program Diploma Ulasan:Lulus/Tidak Diluluskan.


Pembantu Perubatan

Tandatangan Penyelia: Tandatangan Pelatih:

You might also like