You are on page 1of 23

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI


Tajuk 6
SUAIAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan


Jasmani Suaian dalam aspek infrastruktur dan tenaga pengajar, perkembangan
murid, peralatan dan kemudahan, persekitaran budaya dan tempat. Modul ini juga
dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menghuraikan kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap pertumbuhan


perkembangan fizikal, kognitif dan afektif.
2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk
memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kriteria Pemilihan
Aktiviti Pendidikan
Jasmani Suaian

Infrastruktur Dan Perkembangan Peralatan Dan Persekitaran


Tenaga Pengajar Murid Kemudahan Budaya Dan Tempat

43
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KANDUNGAN

6.0 Pengenalan

Pendidikan jasmani suaian merupakan kurikulum pendidikan jasmani untuk murid murid
kurang upaya. Walaupun secara zahirnya, aktiviti-aktiviti yang dilakukan mereka kelihatan
serupa dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid yang normal, sebenarnya
terdapat banyak perbezaan daripada segi kriteria pemilihan aktiviti fizikal untuk murid-murid
kurang upaya. Memandangkan terdapat pelbagai jenis kekurangan atau masalah bagi murid
keperluan khas, maka setiap aktiviti yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan setiap
kekurangan dan kecacatan yang dimiliki oleh mereka.

Terdapat murid-murid keperluan khas yang mengalami kecacatan atau kekurangan


daripada segi fizikal (anggota badan), mental, deria seperti penglihatan, pendengaran,
pertuturan dan sebagainya. Pendidikan jasmani suaian merupakan satu ruang atau wadah untuk
golongan ini mempelajari atau mengalami sendiri aktiviti-aktiviti fizikal. Maka setiap aktiviti yang
dipilih perlulah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Setiap aktiviti perlulah
dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Terdapat empat kriteria
pemilihan untuk pendidikan jasmani suaian iaitu :-

1. Infrastruktur dan tenaga pengajar


2. Perkembangan murid
3. Peralatan dan kemudahan
4. Persekitaran budaya dan tempat

44
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

6.1 Infrastruktur dan Tenaga Pengajar

6.1.1 Infrastruktur

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003), infrastruktur ialah struktur asas
sesuatu sistem atau kemudahan serta perkhidmatan asas. Manakala, Associated
General of America(ACGA) pada tahun 1982 mengklafikasikan infrastruktur sebagai
suatu bentuk sistem kemudahan awam yang menyediakan pembinaan perkhidmatan
keperluan asas yang penting untuk manusia memeruskan hidup. Maka, dalam
penyampaian ilmu dan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani suaian, infrastruktur memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
objektif yang dikehendaki.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal yang terkandung dalam kurikulum


pendidikan jasmani suaian. Setiap aktiviti memerlukan infrastruktur yang
bersesuaian agar aktiviti boleh dilakukan dengan keadaan baik yang paling
maksimum. Terdapat aktiviti yang memerlukan murid-murid melakukannya di padang,
gelanggang, kolam renang, tasik, gimnasium, bilik aerobik, kelas dan sebagainya.
Kesemua tempat yang dinyatakan itu merupakan infrastruktur yang perlu disediakan
dan diwujudkan dalam penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani suaian.

Rajah: Infrastruktur yang disediakan

45
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Aktiviti-aktiviti yang dirancang mungkin melibatkan kemahiran dan juga


permainan. Antara kategori kemahiran dan permainan dalam aktiviti fizikal untuk
pendidikan jasmani suaian ialah :-

i. Permainan padang dan trek – larian, lontaran, lompatan


ii. Permainan melibatkan bola – bola keranjang, bola tampar, hoki, bola sepak,
bola jaring dan lain-lain.
iii. Gimnastik – memusing, gulingan, melompat, memanjat, bergayut
iv. Permainan menguji kekuatan – menolak, menarik, keseimbangan, rintangan
v. Permainan melibatkan kerjasama – aktiviti yang melibatkan perlakuan secara
beramai-ramai atau berkumpulan
vi. Permainan orientasi dan persepsi ruang – aktiviti yang berkaitan dengan arah
(dalam, luar, belakang, depan, kanan, kiri) dan aktiviti yang menggunakan
ruang sebagai medium untuk mekakukan aktiviti fizikal
vii. Permainan melibatkan imaginasi – pembinaan blok, penyusunan objek pelbagai
bentuk dan saiz
viii. Akuatik – kemahiran-kemahiran dalam renang
ix. Pergerakan asas – menggunakan skaf, riben, belon, gelung, tali, cermin dan
lain-lain.

Aktiviti Infrastruktur
Larian larian, lontaran, lompatan Padang, trek
Bola keranjang Gelanggang bola keranjang
Bola tampar Gelanggang bola tampar
Hoki Gelanggang hoki
Bola sepak Padang
Bola jaring Gelanggang bola jaring
Gimnastik Gimnasium
Renang Kolam renang
Pergerakan asas Bilik pergerakan asas
Aerobik Bilik aerobik

46
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Rajah: Permainan bola keranjang Rajah: Aktiviti renang

6.1.2 Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar merupakan orang atau individu yang bertanggungjawab dalam


menyampaikan ilmu dan maklumat apa yang ingin diajar kepada murid-murid kurang
upaya bagi subjek pendidikan jasmani suaian. Dalam erti kata lain, tenaga pengajar
pendidikan jasmani suaian ialah guru yang berperanan untuk membimbing murid-murid
tersebut dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang dan cuba mencapai objektif yang
telah ditetapkan dan cuba membantu mereka melakukan aktiviti fizikal pada tahap yang
paling maksimum. Tenaga pengajar merupakan tunjang kepada kejayaan pencapaian
seseorang murid itu kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan murid-murid dapat melakukan setiap aktiviti dengan baik.

Menurut Carlise dan Philip (1984), guru pendidikan jasmani suaian perlu
mempamerkan tingkah laku yang baik dan mempunyai kemahiran yang sangat baik untuk
menjadi seorang tenaga pengajar yang efektif. Setiap perlakuan guru akan mempengaruhi
tingkah laku murid yang diajar. Perlakuan tersebut boleh dilihat dan dinilai secara lisan
dan bukan lisan. Murid akan melihat setiap perlakuan guru dan cuba memberi respon
berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka.

Menurut Suomi, J., Collier, D., & Brown, L. (2003), seorang guru pendidikan
jasmani ialah seorang yang berperanan sangat penting dalam mempengaruhi kehidupan
sosial muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pendidikan jasmani.
Seorang tenaga pengajar yang baik turut memiliki tingkah laku yang baik. Antara tingkah
laku atau ciri-ciri seorang tenaga pengajar pendidikan jasmani suaian yang baik ialah :

47
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Ciri-ciri Penerangan
Mempunyai suara yang Guru harus mempelbagaikan ton, kekuatan dan nada
jelas suara agar murid-murid tidak mudah teralih
perhatian.Guru boleh bercakap perlahan dan
kemudiannya kuat untuk menarik minat murid
mendengar isi pengajaran dan arahan yang diberi
Mempunyai eye contact Lirikan mata memainkan peranan dengan cara guru
boleh melihat murid secara menatap dari mata ke mata,
bercakap tanpa melihat, bercakap dengan melihat ke
atas dan ke bawah atau mempelbagaikan aksi mata
dengan mengecilkan atau membesarkan mata ketika
bercakap
Menggunakan bahasa Seorang guru pendidikan jasmani suaian banyak
badan (body language) melakukan demonstrasi dan melibatkan pergerakan
badan. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan aksi
pergerakan tubuh badan ketika melakukan penerangan
agar setiap isi pengajaran tidak disampaikan secara
membosankan
Menunjukkan mimik muka Guru perlu menunjukkan mimik muka yang menyeronokkan
yang bersesuaian agar murid-murid turut berasa seronok untuk mempelajari isi
pengajaran dan melakukan aktiviti fizikal yang dirancang.
Murid-murid akan melakukan aktiviti bersungguh-sungguh
dengan tunjuk ajar yang diberi oleh guru
Memberi maklum balas Seorang guru PJ suaian haruslah peka terhadap
atau respon muridnya. Guru haruslah memberi respon dan maklum
balas terhadap setiap usaha yang dilakukan mereka
agar keyakinan diri mereka dapat ditingkatkan. Maklum
balas terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Diskriptif (general)
Contoh : Bagus!, Kamu boleh buat!, Sikit saja lagi!.
b) Presriktif (spesifik)
Contoh : Ikut lajak!, Pindahkan berat badan!, Pusing
ke arah kanan!, Guna kekura kaki untuk menendang!
Memberi galakan dan Guru harus bijak dalam menambat hati murid agar

48
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

motivasi mereka berasa diri mereka dihargai. Guru perlu memberi


galakan yang positif agar agar murid-murid yang lemah
tidak berasa rendah diri dan murid-murid yang mahir
berasa usaha mereka diberi perhatian dan
penghargaan. Contoh: Jangan mengaku kalah!, Usaha
lagi!, Kamu pasti boleh lakukannya! Bagus! Baik! Kamu
ada peningkatan!
Penyabar Guru PJ suaian harus mempunyai kesabaran yang tinggi
kerana murid-murid kurang upaya mempunyai pelbagai
jenis kerenah yang di luar dugaan. Setiap kerenah
haruslah ditangani dengan bijak dan cuba sedaya upaya
untuk menarik minat mereka melakukan aktiviti.
Guru juga perlu bersabar dalam memberi penerangan
kepada murid bagi setiap permainan dan aktiviti yang
dilakukan dengan mengulang setiap peraturan berulang
kali setiap hari agar mereka lebih memahami dan
mengingati setiap peraturan yang dinyatakan.
Peka Guru PJ suaian juga harus peka terhadap masalah yang
dihadapi oleh murid supaya guru sentiasa bersedia
dengan sebarang kemungkinan. Mereka yang
bekeperluan khas ini mempunyai pelbagai jenis masalah
maka guru perlu mengambil tahu setiap kecacatan dan
kekurangan mereka. Contoh : guru harus memerhatikan
murid yang mempunyai masalah sawan semasa
melakukan aktiviti.
Guru juga perlu peka terhadap kelebihan atau
kekurangan kemahiran motor murid serta prestasi murid
agar setiap kekurangan dapat diperbaiki dari semasa ke
semasa.

Kreatif Guru PJ suaian perlu bersikap kreatif dengan


mempelbagaikan jenis permainan agar murid tidak
berasa bosan. Walaupun kemahiran yang diajar adalah
sama, tetapi guru boleh melakukannya dengan memberi

49
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

murid merasai dan melakukan kemahiran dalam bentuk


permainan yang berlainan.
Guru juga boleh mempelbagaikan jenis peralatan atau
mengubah suai peralatan mengikut kesesuaian masalah
yang dihadapi oleh murid (tetapi aspek keselamatan
harus diutamakan). Contoh 1: Guru ingin mengajar
kemahiran membaling. Guru boleh mempelbagaikan
jenis objek iaitu menggunakan belon, bola kecil, bola
besar, bola bewarna-warni (pelbagai jenis warna), bola
ringan dan sebagainya. Contoh 2: Guru boleh
mengubah suai kayu atau bet sofbol dengan
menggantikannya dengan gulungan surat khabar lama,
dahan pokok, bet kecil dan lain-lain.
Guru juga perlu bijak dalam mengubah peraturan agar
murid-murid tidak berasa tertekan untuk terus mencapai
tahap yang tinggi. Guru boleh mengubah peraturan
mengikut kebolehan murid
Guru juga boleh mempelbagaikan gaya pengajaran agar
murid-murid sentiasa berasa seronok dan tertarik untuk
mempelajari setiap kemahiran yang diajar dengan lebih
mendalam
Membuat rekod / penilaian Guru PJ suaian perlu membuat pemerhatian terhadap
perkembangan murid-murid agar setiap peningkatan dan
perkembanagn murid dapat dilihat dan dianalisis dari
semasa ke semasa. Murid yang lemah perlu dibantu dan
murid yang bagus perlulah diberikan penambahan
kepada kemahiran.

50
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Rajah: Tenaga pengajar Pendidikan Jasmani Suaian

Seorang guru pendidikan jasmani suaian yang bagus dan efektif mempunyai 3
kebolehan iaitu pengetahuan, kelakuan dan persembahan kemahiran. Berikut ialah langkah-
langkah dan peringkat pengajaran bagi seorang tenaga pengajar atau guru pendidikan jasmani
suaian:

10.Kolaborasi

9.Teknologi

8.Refleksi

7.Penilaian murid

6.Perancangan dan arahan

5.Komunikasi

4.Pengurusan dan motivasi

3.Pelbagai jenis murid

2.Pembangunan dan pembinaan

1.Tahap kandungan maklumat dan pengetahuan

51
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Rajah : Peringkat Pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Guru akan mengaplikasikan pengetahuan, sikap dan kemahiran mereka dalam setiap
peringkat pengajaran mereka. Menggunakan pengetahuan mereka dalam memastikan sebelum,
semasa dan selepas aktiviti berjalan dengan lancar. Berikut merupakan cara bagi seoarang guru
untuk menguruskan aktiviti pendidikan jasmani suaian

1. Aktiviti
dilakukan
secara litar
atau
permainan

6.Lakukan 2.Selitkan
penilaian unsur cerita
terhadap untuk murid
murid berimaginasi

Cara-cara
untuk
Mengurus
Aktiviti PJ
Suaian
5.Tingkatkan
3. Gunakan
aras
bahasa yang
kesukaran
mudah untuk
secara
difahami
progresif

4.Berikan
penerangan
yang mudah
tetapi jelas

Rajah : Cara-cara Menguruskan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

52
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Rajah: Tenaga pengajar Pendidikan Jasmani Suaian

6.1.2.1 Pedagogi Mengajar Pendidikan Jasmani Suaian

Terdapat 5 pendekatan pengajaran atau pedagogi pendidikan jasmani


suaian iaitu :

i. mengurangkan masa aktiviti – tempoh masa sesi pengajaran


bergantung kepada rangsangan
ii. memaklumkan keputusan – untuk mendapatkan maklum balas dan
penghargaan kepada daya usaha dan kejayaan mereka/ yang lemah
diberikan motivasi
iii. membiasakan murid-murid dengan senaman – biasakan mereka
dengan aktiviti memanaskan badan dan gerak kendur
iv. melibatkan pergerakan yang aktif – merangsang murid untuk
menyelesaikan masalah
v. memasukkan kemahiran verbal dan persembahan grafik – sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik

6.2 Perkembangan Murid

Perkembangan murid ialah perkara terpenting dalam memastikan pemilihan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran atau permainan. Tujuan utama seorang guru
merancang aktiviti adalah untuk memastikan murid berusaha untuk menggunakan anggota
badannya secara maksimum agar otot-otot dapat dikembangkan dan diaktifkan secara betul.

Maka, setiap aktiviti yang dipilih akan melihat perkembangan murid daripada aspek

53
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Semua aspek yang dinyatakan perlu diambil kira
agar aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang untuk mereka. Tidak semua murid mempunyai
tahap perkembangan yang sama dan seimbang. Tambahan pula, kekurangan dan kecacatan
mereka berlainan antara satu sama lain. Guru perlu meneliti setiap murid dan mengambil tahu
setiap perkembangan murid-murid berdasarkan semua aspek yang dinyatakan. Tetapi, sebagai
guru pendidikan jasmani, guru perlu tahu fokus utama aktiviti fizikal dilakukan adalah untuk
memperkembangkan aspek fizikal mereka semaksimumnya. Tetapi dalam masa yang sama,
aspek-aspek lain tidak dilupakan.

Semua aspek yang dinyatakan perlu wujud agar murid kurang upaya juga dapat menjadi
insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan matlamat dan falsafah yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

6.2.1 Jasmani

Memandangkan murid-murid keperluan khas mempunyai pelbagai


kekurangan dan masalah, guru perlu mengubah rancangan pengajaran bagi aktiviti
fizikal kepada yang lebih mudah. Guru juga perlu sentiasa memerhatikan murid-murid
ketika mereka melakukan aktiviti. Guru perlu memastikan murid-murid melibatkan diri,
bekerjasama antara rakan sebaya dan mewujudkan suasana yang positif. Bagi
memastikan kemahiran dan perkembangan fizikal mereka dapat ditingkatkan, guru-
guru boleh :

 Mengubah suai permainan kepada aras yang lebih rendah tetapi masih boleh
memberi cabaran kepada seisi kelas. Contoh: gunakan belon sewaktu
melakukan aktiviti menggelecek atau menendang kepada murid yang
mempunyai masalah lembam atau masa tindak balas yang sangat lemah.
 Mengubah suai peraturan tetapi masih mengekalkan konsep aktiviti yang sama.
Contoh: ubahkan posisi biasa dalam permainan bola tampar seperti memberi
arahan kepada murid untuk duduk ketika bermain maka semua murid boleh
terlibat
 Memberi kesenangan dan memudahkan murid-murid yang tidak mampu
melakukan pergerakan yang banyak dengan mengecilkan saiz kawasan

54
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

bermain dan juga mengecilkan saiz kumpulan yang terlibat.


 Sekiranya murid mengalami kecacatan atau masalah pada bahagian kaki,
pastikan dia menggunakan lebih lengan dan tangannya. Contoh : benarkan
murid tersebut melakuakan ‘tendangan ke dalam’ bagi futsal dengan
menggunakan tangan.
 Tentukan posisi murid mengikut kebolehan mereka. Contoh: murid yang
bergantung pada kerusi roda bertindak sebagai pitcher dalam sofbal, penjaga
gol bagi bola sepak dan foul shooter dalam bola keranjang.

Kesemua perkara di atas merupakan sebahagian daripada aktiviti yang boleh


meransang perkembangan fizikal murid-murid. Pendidikan jasmani suaian
bertindak sebgai medium untuk mereka memaksimumkan penggunaan anggota
fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang betul.

6.2.2 Emosi

Guru perlu memainkan peranan dalam membina perkembangan emosi


yang selamat bagi murid-murid. Pembinaan natural-gender murid-murid perlu
dibina daripada aspek :-

 Keyakinan diri
Aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian tahap murid yang terlibat. Secara
tidak langsung, aktiviti-aktiviti tersebut mampu membina keyakinan diri murid-murid
untuk bertindak seperti individu yang normal. Mereka juga boleh melakukan aktiviti-
aktiviti fizikal seperti berenang, bermain bola sepak, bermain bola tampar, berkayak
dan sebagainya tetapi mengikut cara yang sewajarnya.

Murid-murid juga dapat mengasah potensi dan kebolehan yang terdapat


dalam diri mereka dan disalurkan dengan cara yang betul. Mereka juga dapat
melaksanakan aktiviti atau rutin harian mereka dengan menggunakan segala
kekurangan mereka sebagai suatu kelebihan. Contohnya : murid yang kudung
mampu menggunakan kaki untuk menulis

55
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

 Motivasi
Apabila mereka sudah mempunyai tahap keyakinan yang baik, mereka juga
sudah mampu memotivasikan diri sendiri. Mereka akan melakukan setiap
perkara dengan besungguh-sungguh. Bukan setakat memotivasikan diri
sendiri, malah mereka boleh juga memotivasikan rakan-rakan yang lain.

Rajah: Murid berusaha melakukan aktiviti

 Daya usaha
Sekiranya mereka sudah boleh memotivasikan diri sendiri, mereka pasti akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu perkara atau
kemahiran yang diajar kepada mereka. Mereka akan berlatih untuk
memahirkan diri dan memantapkan kemahiran yang dipelajari agar mereka
dapat menggunakan segala kemahiran tersebut dengan cara yang betul

6.2.3 Rohani

Setiap apa yang diajar kepada mereka, perlu diselit unsur-unsur atau nilai-nilai
murni agar segala perkara positif dapat diterapkan ke dalam diri mereka. Guru boleh
menerapkan nilai kesyukuran kepada mereka walaupun mereka dilahirkan dan
ditakdirkan untuk mempunyai kecacatan dan kekurangan, mereka harus bersyukur
kerana masih mampu hidup dna menjalani kehidupan seharian dengan baik. Mereka
juga perlu diterapkan dengan nilai menghargai, menghormati, membantu orang lain
dan lain-lain.

6.2.4 Intelek

56
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Selain daripada aspek fizikal atau jasmani, aspek kognitif turut dititik beratkan
dalam perkembangan murid-murid ketika melakukan aktiviti dalam pendidikan
jasmani suaian. Hal ini kerana sebelum melakukan apa-apa perkara, mereka akan
menggunakan otak untuk berfikir seterusnya melakukan tindakan. Maka, penjanaan
intelek dan minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Oleh sebab
itu, murid melakukan aktiviti fizikal untuk mengoptimumkan kecergasan dan secara
tidak langsung menjana minda yang cerdas. Murid-murid mampu berfikir secara kritis
dan menjana kemahiran berfikir mereka. Secara tidak langsung, mereka juga mampu
menganalisis setiap perkara yang diajar ketika aktiviti fizikal dilakukan. Contohnya:
kenapa saya tidak dapat melakukan kemahiran memukul dalam hoki tepat mengenai
sasaran? Murid akan menganalisis dan mengesan kelemahan sendiri.

6.2.5 Sosial

Menurut Block dan Conatser (1999), interaksi sosial antara murid agak
mencabar kerana mereka kurang berkomunikasi dengan rakan sebaya. Guru perlu
memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pergaulan sosial
mereka dapat ditingkatkan dengan melibatkan aktiviti secara berkumpulan agar
mereka lebih bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Mereka akan mengenali sifat
tanggungjawab terhadap orang lain pada ketika ini. Mereka akan melakukan aktiviti
secara berpasangan atau berkumpulan. Pada masa itu, kerjasama juga dapat
dipupuk dalam diri mereka dan menghormati orang lain.

Rajah: Pelajar bersosial bersama rakan-rakan


6.3 Peralatan dan Kemudahan

Setiap aktiviti fizikal yang dirancang pasti ada menggunakan peralatan dan kemudahan
tertentu sebagai alatan yang membantu kepada pencapaian objektif pembelajaran. Peralatan

57
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan aktiviti fizikal setiap murid dapat
dilakukan secara maksimum. Semua permainan mempunyai peralatannya yang tersendiri.
Tetapi, oleh sebab murid-murid yang mempelajari pendidikan jasmani suaian ialah murid-murid
kurang upaya, peralatannya juga ada yang telah diubah suai mengikut tahap kelemahan dan
kekurangan individu.

Jenis kecacatan/kekurangan Peralatan yang Digunakan


Buta Bola yang mempunyai loceng
Buta Velkro
Kecacatan fizikal (kaki) Tiang gol pintu yang lebih luas
(penyerang)
Kecacatan fizikal (pakai kerusi Tiang gol yang lebih rendah
roda) (penjaga gol)
Autisme Bola yang bewarna – warni (menarik perhatian)
Pekak Semua peralatan(tetapi diselitkan dengan isyarat
tangan dan mimik muka)

Jadual : Jenis Kecacatan dan Peralatan yang Sesuai Digunakan Mengikut Kecacatan

Peraturan / Sempadan / Tempoh / Masa Tindakan


Isyarat Kawasan Padang
Demonstrasi Kurangkan jarak Pelbagaikan kelajuan Ubah suai corak
pergerakan lokomotor
Menerangkan Gunakan Perlahankan Ubah suai cara
peraturan sempadan dan perjalanan aktiviti memegang bola/kayu/
berulang kali tanda yang apa-apa sahaja
mudah dilihat
Tidak Gunakan tanda Panjangkan masa Mengurangkan
mementingkan yang bentuknya (ikut kesesuaian) perlakuan dan tindakan
tempoh masa mudah dilihat dan
dikenal pasti
Menggunakan Sesuaikan diri Pendekkan masa Menggunakan bahagian-
bib atau riben dengan kawasan (ikut kesesuaian) bahagian anggota badan
(warna bermain yang berlainan
mengikut
pembahagian

58
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

kumpulan)

Murid yang Kecilkan saiz Sediakan waktu rehat Mempelbagaikan


sangat kurang kawasan secara berkala kemahiran untuk semua
upaya berada anggota badan
berhampiran
guru

Jadual : Peraturan, Kawasan, Masa dan Tindakan untuk Aktiviti

Bola Keranjang Golf

 Gunakan pelbagai jenis bola (saiz,  Gunakan club dengan kepala besar
berat, tekstur, warna)
 Gunakan club yang pendek / ringan
Benarkan menggelecek menggunakan
kedua-dua tangan  Gunakan bola bewarna-warni dan besar

 Abaikan arahan 3 saat  Praktis tanpa bola

 Gunakan tiang gol yang rendah dan  Gunakan tee untuk setiap pukulan
gol yang besar
 Pendekkan jarak pukulan/ sasaran
 Perlahankan kelajuan permainan

 Jika murid menggunakan kerusi roda,


benarkan dia memegang bola atau
meletakkan bola di peha ketika dia
hendak memusingkan kerusi

 Gunakan bola yang bergetar dan


letakkan radio di bawah gol untuk
murid yang cacat penglihatan

Bola Sepak Sofbol

 Berjalan sebagai pengganti berlari  Gunakan bola dan sarung tangan valkro
Gunakan bet yang besar / kecil
 Wujudkan sempadan atau tanda yang

59
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

mudah dilihat  Gunakan batting tee

 Kurangkan keluasan kawasan bermain  Kurangkan jarak base

 Permainan 6 sebelah  Pendekkan jarak untuk pitching


Jika murid menggunakan kerusi roda, Shorten the pitching distance
benarkan dia memegang bola atau
 Jika murid menggunakan kerusi roda,
meletakkan bola di peha ketika dia
benarkan dia memukul bola off ramp, off
hendak memusingkan kerusi
lap, or from tee
 Sasaran yang disediakan mesti Sediakan rakan untuk membantu
berbunyi bising sebagai tanda atau
 Murid yang benar-benar kurang upaya
menyenangkan murid yang cacat
bermain posisi biasa.
penglihatan

Bola Tampar Tenis

 Gunakan bola yang besar, ringan,  Gunakan bola yang besar dan ringan
lembut dan berwarna cerah
 Gunakan raket yang pendek dan ringan
 Benarkan murid menangkap bola
 Gunakan raket yang kepalanya luas
pengganti menyangga atas
 Bola dipukul perlahan
 Benarkan murid melambung dan

 mengumpan sendiri bola  Rendahkan jaring atau tidak


menggunakan jaring
 Rendahkan jaring
 Benarkan servis pendek
 Kurangkan saiz dan keluasan
gelanggang  Berdiri berhampiran net ketika servis

 Berdiri dekat dengan net ketika servis  Tidak perlu berada di petak servis untuk
melakukan servis
 Biarkan bola melantun dahulu
 Meminta bantuan rakan untuk memberi
arahan.

60
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Rajah: Murid dibenarkan melakukan servis pendek

6.4 Persekitaran Budaya dan Tempat

6.4.1 Persekitaran Budaya

Persekitaran budaya merujuk kepada suasana sesuatu gaya hidup, adat dan
tamadun sesebuah kawasan. Budaya juga sering dikaitkan dengan corak atau rutin
kehidupan seharian, adat resam sesuatu agama dan bangsa. Setiap budaya
diamalkan berbeza mengikut agama masing-masing. Memandangkan Malaysia terdiri
daripada pelbagai jenis bangsa dan kaum, maka pelbagai budaya wujud di negara
kita. Jadi, dalam sesebuah kelas kanak-kanak keperluan khas yang mempelajari
pendidikan jasmani suaian terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah Melayu, Cina,
India, orang Asli, Kadazan, Iban dan lain-lain.

Guru atau tenaga pengajar perlu mengambil berat aspek ini sebelum memilih
sebarang aktiviti. Guru perlu memastikan aktiviti yang dipih tidak akan menyentuh
sensitiviti mana-mana kaum bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan
dan pergaduhan.

61
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Guru perlu sentiasa memerhatikan pergaulan dan tingkah laku murid supaya
tidak berlakunya sebarang pergaduhan atau tindakan untuk mencederakan. Sekiranya
berlaku pergaduhan. kemungkinan besar mereka akan berperang mulut atau berlawan
kata-kata. Tanpa sedar, mereka akan bercakap perkara-perkara yang melibatkan
budaya dan sensitiviti perkauman yang boleh menyebabkan berlakunya pelbagai
implikasi negatif.

Menurut Bond dan Castagnera (2003), murid-murid kurang upaya ini perlu
diterapkan perasaan tanggungjawab sebagai komuniti dalam sesebuah kelas dan
integrasi antara rakan-rakan supaya mereka mempelajari menghargai kelebihan dan
nilai persahabatan supaya mereka lebih menghormati antara satu sama lain. Murid
perlu selesa dengan kehidupan seharian di sekolah kerana kadang kala rutin di
sekolah memberi lebih kesan berbanding pengaruh kehidupan di rumah. Dengan itu,
pendidikan yang sempurna mampu menentukan corak kehidupan mereka selepas
alam persekolahan.

Murid kurang upaya lebih memerlukan perhatian dan pendidikan daripada


tenaga pengajar agar mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih baik sepanjang
kehidupan mereka. Suasana bilik darjah, suasana pengajaran dan pendekatan yang
digunakan guru ketika mengajar membantu dalam membina sahsiah yang baik murid.

Aktiviti fizikal mampu merapatkan hubungan murid-murid yang terdiri daripada


pelbagai kaum ini. Mereka akan menghormati budaya masing-masing tetapi guru
harus peka dan mengambil berat setiap perlakuan murid. Sebagai rasa bangga
dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, guru boleh mengajar murid permainan
tradisional mengikut kaum di Malaysia. Contohnya, permainan konda- kondi yang
dimainkan oleh masyarakat India. Guru boleh memberi penerangan tentang sejarah
dan asal usul permainan tersebut dan menerangkan peraturannya kepada murid
sebelum bermain. Galah panjang yang sering dimainkan oleh masyrakat Melayu juga
boleh dimasukkan dalam aktiviti untuk pendidikan jasmani suaian. Seni Tari dan
mempertahankan diri kaum Cina iaitu Tai Chi boleh dijadikan sebagai aktiviti
memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti fizikal.

6.4.2 Persekitaran Tempat

62
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Persekitaran tempat merujuk kepada kawasan sekitar atau suasana sesuatu


tempat. Tempat atau kawasan sesebuah sekolah didirikan ialah sama ada di kawasan
bandar atau luar bandar. Mentaliti dan cara masyrakat bandar dan luar bandar adalah
berbeza. Maka, seorang guru pendidikan jasmani suaian haruslah mengambil tahu
terlebih dahulu cara masyarakat setempat sebelum memilih aktiviti.

Bagi masyarakat luar bandar, mereka mungkin mempunyai kekurangan


daripada segi kemudahan dan infrasruktur. Contohnya, mereka tidak didedahkan
dengan kebiasaan berenang di kolam renang. Bagi mereka, aktiviti renang dilakukan di
sungai ataupun laut. Guru memainkan peranan untuk menerangkan kepada murid-
murid ini tentang perbezaan ruang untuk melakukan aktiviti tersebut. Walau
bagaimanapun kedua-duanya sangat mementingkan aspek keselamatan.

Masyarakat luar bandar juga mungkin tidak tahu bagaimana keadaan


gelanggang tenis yang sebenar. Maka, guru perlu mengambil inisiatif dengan
mewujudkan gelanggang tenis menggunakan segala kelengkapan dan kemudahan
yang disediakan. Walaupun tidak sempurna, guru sekurang-kurangnya telah berusaha
untuk memberi gambaran yang jelas kepada murid-murid sebelum mengajar mereka
dengan lebih lanjut.

Lain pula halnya dengan masyarakat bandar, mereka mungkin kurang arif
daripada segi permainan-permainan tradisonal. Contohnya permainan galah panjang.
Masyarakat bandar tidak berapa dititikberatkan tentang nilai dan budaya kita. Maka,
guru perlulah memberi penerangan yang jelas tentang permainan tersebut beserta
peraturan dan undang-undang permainan.

Kesimpulannya, sama ada bandar atau luar bandar masing-masing


mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka, guru memainkan
peranan yang sangat penting sebelum memilih aktiviti yang bersesuaian untuk
dijadikan slot kepada pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid dan guru
perlulah bersedia terlebih dahulu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
akan wujud ketika mengajar.

63
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH

Kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal atau kecacatan mental memerlukan


pemerhatian yang lebih semasa melakukan aktiviti fizikal. Sebagai seorang guru
Pendidikan Jasmani Suaian, apakah aspek yang perlu difikirkan untuk merancang
aktiviti fizikal bagi murid kurang upaya

LAMAN WEB

http://ipdaburn.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-jasmani.html
http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/pendidikan-jasmani-suaian-kanak-kanak.html
http://www.aea11.k12.ia.us/ape/
http://www.aea11.k12.ia.us/ape/activities1.html
http://www.aea11.k12.ia.us/ape/equip.html
http://www.answers.com/topic/adapted-physical-education
http://www.babyboomercaretaker.com/assistive-technology/adaptive-
equipment/Adaptive-Physical-Education-Equipment-And-Downs-Syndrome.html
http://www.irvingisd.net/pe/peweb/adapted.htm
http://www.pecentral.org/adapted/adaptedactivities.html
http://www.peelregion.ca/health/baew/physical-activity-school/positive-learning-
environ/index.htm
http://www.scribd.com/doc/18365106/hbpe1103

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

64
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San
Francisco, CA: Harper and Row Publishers.
Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All
Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An
Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.

65

You might also like