You are on page 1of 3

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)


275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan
teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk
membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan
kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan
maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang
telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based


mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana
selama 10-15minit atau sehingga masak.
Sumber resepi: shell@myresepi

UPDATE!!!

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk
keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung
gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak
guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau
lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan
licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan
merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam
ketika mengukus.
5. selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan
jadi keras jika terdedah lama pada udara.

Cara-cara nak lukis apam polkadot versi ladybird ialah;

1. Sila ambil piping bag yang berisi adunan apam berwarna hitam dan lukis garis melintang
seperti dalam gambar di bawah;
**Pada yang bertanya mana nak dapat warna hitam? Boleh beli pewarna hitam yang jenis water-
based. Famili cik tom memang suka guna pewarna “Star Brand”.
**incase kalau tak jumpa pewarna hitam boleh combine warna biru+merah=hitam..atau combine
biru+merah+kuning+oren=hitam..kuantiti tue pandai2 mix sendiri ye. nampak warna hitam tue
kira jadilah. huhu…

2. Warnakan hitam memenuhi ruang kat bahagian atas untuk kepala ladybird. Kemudian lukis
pulak garis menegak dari kepala ke bawah.

3. Kemudian, amik piping bag warna asal (yang tak dicampur dengan pewarna) dan dotkan 2 di
kepala ladybird sebagai mata ladybird.  Pastu dotkan warna hitam pulak kat tengah2 warna putih
untuk anak mata ladybird. Gambar cam kat bawah ni;

4. Last buatlah dot2 dibelakang badan ladybird. Cik tom rasa comel 3
dot belah kanan dan 3 dot belah kiri menggunakan piping bag adunan warna hitam.

Selamat mencuba ye kawan-kawan. (^_^)

You might also like