You are on page 1of 48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


NEGERI SEMBILAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JUN 2011

PENYELIDIKAN TINDAKAN

NAMA :
NO. ANGKA GILIRAN :
NO. KAD PENGENALAN :
KUMPULAN /UNIT : ( PENDIDIKAN KHAS )
NAMA KURSUS : KAEDAH KAJIAN TINDAKAN
PENSYARAH :
TARIKH SERAHAN :
KAEDAH PERMAINAN JENDLA GERGASI MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENGIRA NOMBOR 1 HINGGA 5 DALAM KALANGAN MURID

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Disediakan oleh:

xxxxxxxxx

(xxxxxxxxxxx)

PPG xxxx Pendidikan Khas

Ambilan xxxx

Pensyarah :

xxxxxxxxxxx
Penghargaan

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan kurnianNya saya dapat menyiapkan

satu kertas cadangan kajian tindakan dalam pendidikan khas. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu

xxxxxxxxx kerana tidak jemu membimbing dan bantuan yang diberikan kepada

saya dalam membuat kertas cadangan kajian tindakan. Beliau juga banyak memberi

nasihat,bimbingan dan sokongan kepada saya. Saya juga ingin merakamkan ribuan

terima kasih juga kepada rakan-rakan serta warga sekolah kerana sudi memberi

ruang dan kerja sama kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Sekian terima kasih.


SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat


PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 3

1.3 Refleksi Sorotan Literatur 6

2.0 FOKUS KAJIAN 9

2.1 Tinjauan Masalah 10

2.2 Analisis Masalah 12

2.2.1 Ujian Pra 12

2.2.2 Pemerhatian 14

2.2.3 Analisis Dokumen 17

2.3 Pemilihan Fokus Kajian 17

2.4 Istilah Kajian 21

2.4.1 Slow Leaner 21

2.4.2 Kemahiran Mengira 23

2.4.3 Nombor 24

2.4.4 Kaedah Bermain 25

2.4.5 Permainan Jendela Gergasi 29


3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 30
3.1 Objektif Kajian 30
3.2 Soalan Kajian 31
4.0 KUMPULAN SASARAN 31

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 33


5.1 Perancangan Tindakan 34
5.1.1 Perancangan 34
5.1.2 Tindakan 35 ;
5.1.3 Pemerhatian 35
5.1.4 Refleksi 36
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 36

5.2.1 Ujian Awal 37

5.2.2 Ujian Akhir 37

5.2.3 Pemerhatian 38

5.2.4 Analisis Dokumen 38

5.2.5 Rancangan Pendidikan Individu 39

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 39

5.3.1 Ujian Pra dan Pasca 40

5.3.2 Pemerhatian 40

5.3.3 Analisis Dokumen 41

5.3.4 Rancangan Pendidikan Individu 41

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 42

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian 42

5.4.2 Kos Kajian 43

6.0 43
SENARAI RUJUKAN
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Friend (2005) menyatakan bahawa Pendidikan Khas adalah pengajaran yang

direka khusu bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

Pengajaran ini mungkin di kelolakan dalam bilik dajah, di rumah, di hospital atau

institusi lain.

Individuals who differ frm society or communitity standard of normalcy.

These differences may be due to significant physical, sensory,

cognitive or behavioral characteristics . Many of these children may

require educational programs custimized to their unique needs.

(Gargiulo,2003)

Pada permulaan , program Pendidikan Khas tidak begitu mendapat perhatian,

sama ada di Malaysia mahupun di Britain dan Amerika. Namun begitu, program ini

berkembang dengan baik dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Di Malaysia,

pembangunan dan perkembangan Pendidikan Khas bermula apabila Akta

Pendidikan 1996 diwartakan.

Garguilo (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada

sembilan kategori iaitu terencat akal, kurang upaya dalam pembelajaran, kecelaruan

emosi atau tingkah laku, pintar cerdas dan berbakat, masalah bahasa dan
pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecelaruan, spektrum

autisma, kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)

menyatakan definisi masalah pembelajaran iaitu murid bermasalah pembelajaran

adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang

dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.

Kategori kanak-kanak bermasalah dibawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran

Malaysia adalah sindrom down, autisme ringan, hiperaktif, terencat akal minima,

kurang upaya dalam pembelajaran dan kurang upaya dalam pemebelajaran khusus.

Kesimpulannya, Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu program yang

dirancang secara khas untuk membantu kanak-kanak istimewa untuk menjalani

kehidupan senormal yang mungkin yang membolehkan hidup berdikari seperti

individu lain.

Masalah pembelajaran pula merupakan salah satu ketidakupayaan yang

diletakkan dibawah program Pendidikan Khas. Kebanyakan murid yang mengalami

masalah pembelajaran lemah dalam menguasai kemahiran 3M dan lewat

perkembangannya dalam aspek kognitif. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan

yang penting dalam memenuhi hak murid-murid ini, iaitu menerima pendidikan dan

perhatian yang sewajarnya.


Salah satu masalah yang sering membelenggu murid-murid masalah

pembelajaran adalah masalah dalam pengiraan nombor dalam matematik.Sekiranya

murid gagal menguasai kemahiran ini, prestasi murid dalam merosot dan

menimbulkan masalah sosial seperti memncilkan diri, malu dan sebagainya.

Mengira bermaksud menghitung, mencongak (Kamus Dewan Edisi Keempat

1996). Konsep nombor merupakan salah satu konsep Matematik yang perlu

dipelajari dan dikuasai oleh semua murid di sekolah. Ini adalah kerana Matematik

merupakan sebahagian daripada kehidupan. Matematik juga merupakan asas

kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Dengan mempelajari nombor dan

menguasai Matematik, murid boleh menentukan masa atau jarak, nilai sesuatu

barang.

Murid bermasalah pembelajaran sering juga menghadapi kesukaran untuk

belajar dalam matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia

yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara

umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah

matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak

menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan

bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan

pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.


Walaupun murid bermasalah pembelajaran juga mempunyai masalah

diskalkulia, mereka sepatutnya diberi peluang dan dibantu dengan kaedah yang

bersesuaian. Oleh yang demikian kaedah bermain merupakan salah satu cara yang

boleh membantu murid bermasalah pembelajaran dalam masalah diskalkulia.

Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah

keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga bertindak sebagai satu

alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan.

Jean Piaget (1952) dalam Rosazizi & Nani, (2004) menyatakan bahawa

aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman Matematik yang

lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran

berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa,

bahasa dan kefahaman.

Selain itu, permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan

seseorang murid serta minat untuk menjelajahi dan mencipta idea. Menurut Musa

Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan merupakan satu cara

melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk

menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan

memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari

sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Permainan merupakan

penentu yang penting bagi perkembangan kognitif, kestabilan emosi di samping


dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang

murid. (Caplan dan Caplan, 1973).

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran masa Lalu

Dalam tempoh 2 tahun saya mengajar matematik kepada murid-murid

bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Hulu

Langat, saya mendapati bahawa beberapa orang murid-murid ini lemah dalam

kemahiran mengira terutamanya semasa mengira nombor mengikut turutan.

Mereka boleh mengira nombor diantara 1 hingga 10 tetapi tidak dalam turutan yang

sepatutnya. Boleh dikatakan mereka hanya mengira secara rambang. Untuk

mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid tersebut, saya membuat ujian lisan

terhadap 10 orang murid yang mungkin menghadapi masalah mengira. Setelah ujian

lisan dijalankan, saya mendapati 2 murid tidak dapat mengira nombor 1hingga 10

dalam turutan.

Kesemua murid boleh mengira nombor 1 hingga 10 kecuali 2 orang murid

yang tidak boleh mengira nombor 1 hingga 10 dalam turutan yang betul. Murid A

hanya mengira 1,2,5, 4, 10 manakala murid B mengira pula seperti berikut iaitu 1,

3, 4, 8. Saya menguji secara lisan beberapa kali kepada murid A dan B tetapi

hasilnya sama iaitu pengiraan nombor tanpa turutan. Secara amnya terdapat

beberapa murid dalam kelas yang diuji yang tidak mengenal nombor dan hanya

mengenal nombor 1 sahaja tetapi mereka boleh mengira nombor 1 hingga 10

mengikut turutan dengan betul, cuma mereka tidak mengenal simbol - simbol
nombor selain nombor 1. Dalam kumpulan tersebut terdapat 2 murid yang

sememangnya ada masalah mengira mengikut turutan.

Ujian Lisan Mengira nombor 1 - 10

BIL MURID MENGUASAI TIDAK MENGUASAI

1 A X
2 B X
3 C X
4 D X
5 E X
6 F X
7 G X
8 H X
9 I X
10 J X

Oleh yang demikian, untuk memperbaiki amalan pengajaran saya , saya

menggunakan kaedah bermain. Saya jalankan kajian ini juga untuk meningkatkan

penguasaan murid masalah pembelajaran dalam kemahiran asas mengira . Ini lebih

berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian

daripada dunia kanak-kanak. Kaedah permainan yang ingin saya gunakan ialah

Permainan Jendela Gergasi. Kaedah ini menggunakan teknik permainan yang

melibatkan aktiviti-aktiviti berlainan yang disusun secara berperingkat di mana setiap

aktiviti menggunakan jenis permainan yang berbeza dan bahan bantu mengajar

(BBM) yang berbeza bagi menarik minat murid.


1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Matematik merupakan disiplin ilmu yang sentiasa mengalami anjakan

paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya

bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan

pembelajaran matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang

terkini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dirancang dan dikendalikan

dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang memberi makna serta

mencabar bagi murid-murid. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid

yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.

Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan

menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid

yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca,

menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah

pada akhir tahun 2012. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah

pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,

masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang

khusus telah dibina. Maksud di sini ialah kerajaan telah membuka langkah positif

untuk membantu murid penguasaan


Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan

mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas

mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu,

program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira

iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara

berkesan dan penuh tanggungjawab.

Menurut (Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia

diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan

menguasai /memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi

masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman

intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan

prosedur-prosedur. melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.

Bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan

menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak, Moyles (2005. Melalui

aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti

permainan yang dilakukan. Oleh itu, kanak-kanak mendapat pengalaman

pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

lebih baik. Kaedah bermain dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan

aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial,

emosi dan fizikal. Wardle (2008), bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan

domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi .
Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak

Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu

tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras dengan Teori

Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik

dan simbolik. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 2001), Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil belajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pendekatan

bermain sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk

meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus,

kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang

dan tertekan. KPM menekankan supaya pendekatan ini mempunyai ciri-ciri seperti

aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaraan,

permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri, dan

peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras dengan itu, maka

pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran ini

adalah pendekatan permainan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Mengira adalah salah satu komponen utama dalam kemahiran 3M.

Kegagalan menguasai kemahiran mengira akan menyebabkan murid ketinggalan

dalam pembelajaran dan masalah ini akan berlanjutan jika tidak dibendung atau di

atasi. Oleh itu , kemahiran mengira sememangnya amat penting kepada setiap
murid. Secara keseluruhan, murid-murid bermasalah pembelajaran ada mempunyai

masalah dalam kemahiran mengira iaitu masalah diskalkulia walaupun bukan

semua. Di sebabkan itu, guru harus membuat sesuatu supaya permasalahan yang

timbul dan yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pembelajaran ini dapat

diatasi.

Kajian ini memberi fokus kepada masalah mengira nombor 1 hingga 5

mengikut turutan dalam kalangan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Murid ini dilihat amat lemah dalam

penguasaan salah satu kemahiran 3M , iaitu mengira. Ini menyebabkan murid

menunjukkan rasa kurang minat terhadap pembelajaran dalam kelas.

Disebabkan itu, bagi menarik minat murid untuk belajar mengira, saya

menggunakan kaedah bermain dalam pengajaran dan pembelajaran supaya tahap

penguasaan murid dalam mengira nombor mengikut turutan meningkat. Saya

menggunakan permainan Jendela Gergasi kerana kaedah ini menggunakan teknik

permainan yang melibatkan aktiviti-aktiviti berlainan yang disusun secara

berperingkat di mana setiap aktiviti menggunakan jenis permainan yang berbeza

dan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbeza bagi menarik minat murid.

2.1 Tinjauan Masalah

Berdasarkan tinjauan awal, saya mendapati tahap penguasaan 2 murid dalam

kemahiran asas mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan adalah amat lemah
sekali. Apabila murid disuruh mengira, murid perlu di suruh berkali-kali, kemudian

baru mengira dan mengira dengan nada yang amat perlahan. Apabila disuruh

mengira sekali lagi, murid enggan membuka mulut untuk mengira. Ini mungkin murid

tidak mahir dalam mengira dan membosankan bagi dirinya.

Untuk mendapatkan maklumat tentang permasalahan murid tersebut, saya

telah menyediakan satu senarai semak untuk pemerhatian terhadap tingkah laku

dan sikap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik

dijalankan. Pemerhatian ini adalah untuk mengenal pasti punca masalah dalam

kemahiran mengira murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid yang mempunyai

masalah dengan nombor ketika dalam kelas matematik sedang di jalankan akan

menunjukkan tingkah laku - tingkah laku ke arah negatif seperti sering keluar masuk

kelas dan tidak boleh duduk diam walaupun sekejap. Ini berlaku kerana murid tidak

faham dengan pengajaran yang diajar dan mungkin murid berasa bosan. Ini

disebabkan kerana murid bermasalah pembelajaran mempunyai daya ingatan

jangka pendek sahaja. Mereka hanya dapat menguasai kemahiran yang dipelajari

pada hari tersebut tetapi gagal mengingati pelajaran yang sebelumnya.

Kesinambungan masalah yang dihadapi oleh murid - murid ini, saya cuba

membantu mereka meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran mengira

nombor 1 hingga 5 mengikut turutan yang betul. Kaedah yang saya pilih bagi

penyelesaian masalah murid ialah kaedah bermain. Kaedah bermain merupakan

salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk
dijalankan kerana dapat mengembangkan daya kreativiti, memupuk minat murid

terhadap Matematik serta dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa

menyelesaikan masalah Matematik.

Kaedah permainan Jendela Gergasi merupakan kaedah pilihan saya. Saya

ingin menggunakan kaedah ini kerana terdapat kelebihan seperti murid seronok

belajar, murid belajar tanpa menyedari mereka belajar dan tiada tekanan. Murid tidak

akan rasa tertekan untuk belajar , gembira dan secara tidak lansung, murid akan

cuba mempelajari pengajaran yang disampaikan oleh guru.

2.2 Analisis Masalah

Dalam kajian ini, saya telah melakukan analisis tinjauan masalah ke atas

seorang murid yang dikaji melalui ujian awal, pemerhatian dan analisis dokumen.

Berikut adalah hasil analisis yang telah dilakukan:

2.2.1 Ujian Awal

Ujian awal telah saya jalankan ke atas seorang orang murid yang dipilih.

Murid tersebut dikehendaki mengira nombor 1 hingga 10 mengikut turutan. Senarai

semak bagi ujian lisan tersebut telah disediakan. Hasil ujian lisan yang dijalankan,

saya dapati kedua-dua murid tidak dapat mengira nombor 1 hingga 10 mengikut

turutan.
Rujuk jadual 1.

Jadual 1: Senarai Semak Ujian Awal

Nombor Murid A

1 /

2 /

3 x

4 x

5 x

6 /

7 x

8 x

9 x

10 x

Jadual 1 menunjukkan senarai semak ujian pra.

Murid A hanya dapat mengira 2 daripada 10 nombor. Manakala murid B,

dapat membaca tiga daripada 10 nombor yang ada dalam jadual.


Rajah 1 : Keputusan Markah Ujian Pra

Rajah 1 menunjukkan keputusan markah ujian pra murid A dalam bentuk graf

bar. Daripada jadual tersebut, dapat dilihat bahawa murid A hanya mendapat 3/10

markah.Kesimpulannya apabila melihat markah ini, menunjukkan murid ini

mempunyai masalah mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan.

2.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian juga telah dibuat ke atas murid yang dipilih. Pemerhatian ini

untuk mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku dan sikap murid semasa

pembelajaran berlaku di dalam kelas.


Jadual 2 : Pemerhatian Murid A

Semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Tingkah Laku Murid Ya Tidak

1) Murid meminta izin untuk ke tandas x

2) Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar x

3) Murid tidak memberikan perhatian semasa


guru sedang mengajar. x

4) Murid bermain-main dan mengganggu rakan


semasa guru sedang mengajar x

5) Murid membuat kerja sendiri seperti melukis semasa


guru sedang mengajar x

6) Murid menunjukkan mimik muka, reaksi dan respon menandakan


bosan dan tidak berpuashati. x

7) Dapat menyiapkan latihan yang diberi x

8) Berasa cemas dan takut x

9) Duduk dalam keadaan diam x

10) Sentiasa berubah kedudukan tempat duduk x

Hasil analisis pemerhatian ke atas murid A, menunjukkan murid tidak

bersedia untuk belajar dan tidak memberikan perhatian serta tidak menunjukkan

minat untuk belajar. Murid ini tidak berasa takut dan cemas semasa guru

bertanyakan soalan. Murid juga tidak dapat menyiapkan latihan dan suka bermain

serta menganggu rakan sekelasnya yang sedang membuat kerja, sedangkan murid

A belum lagi menyiapkan kerja sendiri.


Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian ke atas murid ,

saya mendapati bahawa murid ini mempunyai masalah dalam penguasaan

kemahiran mengira nombor secara teratur. Ini berlaku apabila murid ini tidak

menunjukkan minat serta tidak memberi perhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Matematik berlansung di dalam kelas.

2.2.3 Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang saya lakukan adalah berdasarkan buku kerja dan

lembaran kerja matematik yang pernah dibuat oleh murid. Tahap kemahiran murid

dalam Matematik boleh juga dikesan melalui kaedah analisis hasil kerja murid.

Kelemahan murid dapat dikesan dan dianalisis melalui pemerhatian hasilkerja

murid.Walaupun latihan matematik tidak banyak dibuat namun masih ada latihan

yang sudah dibuat dalam buku kerja matematik. Saya dapati latihan yang dibuat ada

yang siap dan banyak yang tidak siap dalam buku kerja tersebut. Murid memang

tidak tahu sangat tentang nombor dan apabila melihat latihan mereka dalam buku,

banyak latihan menyambung titik dan mewarna nombor. Tahap kemahiran murid

dalam Matematik boleh juga dikesan melalui kaedah analisis hasilkerja murid.

Kelemahan murid dapat dikesan dan dianalisis melalui pemerhatian hasil kerja

murid.

2.3 Tinjauan Literatur


Tinjauan literatur meninjau tentang dapatan dari pelbagai sumber penulisan.

Antara perkara yang dihuraikan ialah konsep asas dan teori - teori yang berkaitan.

Pengkaji juga turut menyorot beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji

lain tentang penggunaan kaedah bermain dalam membantu murid Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran mengira nombor 1 hingga 5.

2.3.1 Pendidikan Khas

Friend (2005) menyatakan bahawa Pendidikan Khas adalah pengajaran yang

direka khusu bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

Pengajaran ini mungkin di kelolakan dalam bilik dajah, di rumah, di hospital atau

institusi lain.

2.3.2 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)

menyatakan definisi masalah pembelajaran iaitu murid bermasalah pembelajaran

adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang

dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.

Kategori kanak-kanak bermasalah dibawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran

Malaysia adalah sindrom down, autisme ringan, hiperaktif, terencat akal minima,

kurang upaya dalam pembelajaran dan kurang upaya dalam pemebelajaran khusus

2.3.3 Kemahiran Mengira


Menurut Reisman dan Kauffman (1980) pula, faktor kognitif, psikomotor,

sosial dan emosi yang lemah di kalangan murid Lembam menyebabkan mereka

sukar untuk memahami konsep Matematik dan sukar menerima arahan.

Tiga kemahiran asas dan utama yang perlu dikuasai oleh setiap murid di

peringkat awal persekolahan ialah membaca, menulis dan mengira. Kegagalan

untuk menguasai salah satu atau kesemua kemahiran asas tersebut bermakna

seseorang murid itu tidak mungkin dapat mengikuti pelajaran seterusnya dengan

bermakna. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di seluruh negara

secara serentak pada tahun 1983. Ia menitikberatkan penguasaan kemahiran asas

3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1981).

Kemahiran mengira merupakan salah satu daripada empat kemahiran yang

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Matlamat pendidikan

matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman

murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1995).

2.3.4 Kajian-Kajian Lepas

Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan

merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu

teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.

Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya

mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Jean Piaget (1952) dalam Rosazizi & Nani, (2004) menyatakan bahawa

aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman Matematik yang

lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran

berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa,

bahasa dan kefahaman.

Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan

merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu

teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.

Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya

mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

Permainan merupakan penentu yang penting bagi perkembangan kognitif,

kestabilan emosi di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi

dan ketangkasan seseorang murid. (Caplan dan Caplan, 1973).

2.4 Pemilihan Fokus Kajian

Terdapat beberapa aspek dalam pemilihan fokus kajian. Aspek ini melibatkan

kajian dan pelaksanaan kajian iaitu, kepentingan, kebolehtadbiran, kebolehgunaan,

kolaborasi ,kawalan, dan kerelevanan kepada sekolah.


Aspek pertama adalah kepentingan kajian. Kajian ini bertujuan untuk

meningkatkan kemahiran mengira nombor 1 hingga 5 dalam kalangan murid

bermasalah pembelajaran. Kemahiran mengira juga adalah salah satu kemahiran

3M dan perlu dikuasai oleh semua murid termasuk murid-murid berkeperluan khas.

Melalui permainan Jendela gergasi ini, responden dapat mempelajari kemahiran

mengira nombor secara turutan dengan kaedah bermain. Kaedah bermain ini dapat

meningkatkan daya tumpuan serta mewujudkan suasana pembelajaran didalam

kelas yang seronok . Kaedah bermain sememangnya bersesuaian digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

Melalui bermain juga, murid boleh mengingat dengan mudah apa yang telah

dipelajari tanpa murid itu sedari.

Aspek kedua ialah kebolehtadbiran dalam kajian . Saya menjalankan kajian

yang dirancang di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung.

Aktiviti - aktivit yang dirancang menujukkan peningkatan sedikit dalam penguasaan

kemahiran mengira setelah melaksanakan sendiri oleh saya semasa proses

pengajaran dan pembelajaran Matematik mengikut perancangan yang telah saya

disediakan. Walaupun sedikit namun ada peningkatan. Permainan Jendela gergasi

boleh dibuat sendiri samaada bahan baru yang mudah dan murah diperolehi di kedai

atau menggunakan bahan - bahan terpakai. Permainan Jendela juga boleh

digunakan untuk responden semasa aktiviti didalam kelas. Menarik minat murid

untuk bermain permainan Jendela Gergasi.

. Aspek ketiga ialah kebolehgunaan. Kaedah permainan ini amat sesuai

digunakan pada semua peringkat umur kanak-kanak. Pendekatan belajar sambil

bermain adalah satu kaedah yang sangat baik diaplikasikan dalam menjalani proses

pembelajaran. Ini terbukti kerana bermain merupakan satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang amat berkesan, terutamanya kepada kanak-kanak lebih - lebih

lagi kepada murid PPKI . Menggunakan teknik bermain dalam pengajaran akan

mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada kanak-kanak dalam sesuatu

pembelajaran yang hendak disampaikan ketika di dalam kelas. Penggunaan

kaedah permainan Jendela Gergasi merupakan permainan baru, namun boleh

digunakan juga untuk mata pelajaran lain kerana ianya fleksibel. Jendela Gergasi

menggunakan jenis permainan berbeza dan bahan bantu mengajar (BBM) yang

berbeza dan mampu menarik minat murid. Permainan ini amat mudah diguanakan

oleh guru dan murid kerana kita boleh meletakkan dan menggunakan BBM yang

sesuai mengikut tahap kemampuan murid.

Aspek keempat ialah kolaborasi. Bagi merialisasikan dan kajian ini, saya

telah menjalankan kolaborasi dan kerjasama dengan rakan-rakan guru disekolah

yang terlibat mengajar kedua-dua responden. Saya berbincang terlebih dahulu

bersama rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat tentang responden yang

hendak kita kaji dan mengetahui sejauhmana tahap penguasaan responden dalam

kemahiran mengira. Segala maklumat yang diperolehi daripada guru - guru dan

sekolah responden banyak membantu saya dalam melaksanakan kajian ini supaya

kajian yang saya jalankan bersesuaian dan bertepatan dengan apa yang saya buat

bagi meningkatkan kemahiran mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan

responden.

Aspek yang kelima ialah adalah kawalan. Saya perlu menetapkan BBM yang

berada dalam Permainan Jendela Gergasi bersesuaian dengan pembelajaran murid

pada masa itu. Dalam kajian ini saya perlu merancang dengan betul dan bertepatan

dengan apa yang dirancang. Saya telah meletakkan peraturan penggunaan pada

permainan Jendela Gergasi. Oleh yang demikian, murid tidak sewenang -


wenangnya membuka Jendela Gergasi tersebut kerana terdapat peraturan yang

perlu dipatuhi jika ingin membuka jendela gergasi tersebut. Dalam permainan

Jendela Gergasi, pemenang ditentukan oleh guru, kerana terdapat pelbagai BBM

dalam jendela gergasi dan kawalan terletak pada guru. BBM yang diletakkan dalam

Jendela Gergasi merupakan BBM sedia ada dalam kelas PPKI. Saya menjalankan

aktiviti intervensi ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik di

dalam kelas.

Aspek yang keenam merupakan kerelevenan kajian kepada sekolah. Kajian

yang telah saya jalankan dapat membantu meningkatkan kemahiran mengira

nombor 1 hingga 5 mengikut turutan. Kajian yang saya jalankan ini juga dapat

menaikkan minat murid untuk belajar kerana suasana pembelajaran yang amat

sesuai dan menarik. Permainan Jendela Gergasi ini juga boleh diaplikasikan oleh

guru-guru yang lain dalam pengajaran mereka dalam mata pelajaran yang lain

kerana amat fleksibel. Guru-guru boleh mengubahsuai permainan ini mengikut mata

pelajaran yang diajar serta kemahiran yang ingin disampaikan.

2.5 Istilah Kajian Kajian

Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu

dijelaskan definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian

yang dijalankan.

2.5.1 Slow Leaner


Slow Learner bermaksud kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran

di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, murid terlalu lambat untuk mencapai satu-satu

objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya

rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Murid mempunyai

masalah neurological hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa,

pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti

pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal

di sekolah.

Menurut Meese (2001), keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap

sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan.

Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau

memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu,

kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat

kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang

berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran

dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses

dalam penyelesaian matematik.

2.5.2 Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran pula merupakan salah satu ketidakupayaan yang

diletakkan dibawah program Pendidikan Khas. Kebanyakan murid yang mengalami

masalah pembelajaran lemah dalam menguasai kemahiran 3M dan lewat

perkembangannya dalam aspek kognitif.


2.5.3 Nombor

Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik.

Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan

konsep dari mudahke kompleks. Membilang adalah satu proses yang rumit dan

memerlukan ketelitian yang mana murid - murid memberikan nama bagi sesuatu

nilai nombor.

Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka

dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan.

Empat prinsip ini adalah;

1- Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu

objek dengan satu nama nombor,

2-Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,

2, 3,... dan seterusnya,

3- Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang

dibilang, dan

4- Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-

mana kedudukan.

2.5.4 Kaedah Bermain

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang

hendak disampaikan.

Menurut Mak Soon Sang (2003), main merupakan satu teknik mengajar yang

memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-


pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-

kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar

melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,

menggembirakan dan bermakna. Permainan merupakan saluran yang boleh

mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana

permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi

asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Bermain bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan

semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu

dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak

memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling

berharga buat perkembangan kanak-kanak.

Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi

perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial

dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan

ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang

keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan

berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik

darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan

sebagainya. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk

mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.


2.5.5 Permainan Jendela Gergasi

Kaedah ini menggunakan teknik permainan yang melibatkan aktiviti-aktiviti

berlainan yang disusun secara berperingkat di mana setiap aktiviti menggunakan

jenis permainan yang berbeza dan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbeza bagi

menarik minat murid. permainan Jendela Gergasi sebagai kaedah pengajaran untuk

meningkatkan penguasaan murid bermasalah pembelajaran dalam mengira

mengikut urutan nombor 1 hingga 5. Permainan Jendela gergasi boleh dibuat

sendiri sama ada bahan baru yang mudah dan murah diperolehi di kedai atau

menggunakan bahan - bahan terpakai. Jika bahan - bahan perlu dibeli dikedai,

bahan tersebut agak murah dan senang diperolehi.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat Jendela Gergasi ini ialah dua

meter kayu halus sebesar ibu jari dan boleh dibeli di kedai peralatan dengan harga

RM 2.00, papan kertas keras, dan kain untuk dibuat langsir bagi jendela juga

berharga RM2.00 semeter. Alat - alat lain yang diperlukan untuk membuat jendela ini

boleh diperolehi di sekolah tanpa apa-apa bayaran. Kita menggunakan alat sedia

ada di sekolah seperti kertas warna, gergaji, paku, gam, penukul , gunting, pembaris

dan sebagainya. Jendela yang telah saya buat menggunakan peralatan sekolah.

Jendela Gergasi, alat permainan ini perlu dibuat kukuh dan stabil.

Melalui permainan Jendela gergasi ini, responden dapat mempelajari

kemahiran mengira nombor secara turutan dengan kaedah bermain. Kaedah

bermain ini dapat meningkatkan daya tumpuan serta mewujudkan suasana

pembelajaran didalam kelas yang seronok . Kaedah bermain sememangnya

bersesuaian digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid-


murid bermasalah pembelajaran. Melalui bermain juga, murid boleh mengingat

dengan mudah apa yang telah dipelajari tanpa murid itu sedari.

Permainan Jendela Gergasi ini menggunakan aktiviti yang telah saya rancang

dalam aktiviti-aktiviti di dalam kelas. Penggunaan kaedah permainan Jendela

Gergasi merupakan permainan baru, namun boleh digunakan juga untuk mata

pelajaran lain kerana ianya fleksibel. Jendela Gergasi menggunakan jenis

permainan berbeza dan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbeza dan mampu

menarik minat murid. Permainan ini amat mudah diguanakan oleh guru dan murid

kerana kita boleh meletakkan dan menggunakan BBM yang sesuai mengikut tahap

kemampuan murid.

Dalam Permainan Jendela Gergasi ini mengunakan peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh guru. Oleh yang demikian, murid tidak sewenang - wenangnya

membuka Jendela Gergasi tersebut kerana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi

jika ingin membuka jendela gergasi tersebut. Dalam permainan Jendela Gergasi,

pemenang ditentukan oleh guru. Selain itu BBM yang perlu diletakkan dalam jendela

gergasi adalah BBM yang diperolehi di sekolah. Ini bermaksud guru tidak perlu

mengeluarkan kos yang tinggi dalam pembinaan dan tiada kos dalam penyediaan

BBM yang perlu diletakkan dalam Jendela Gergasi ini. Pelbagai BBM ada di sekolah

dan boleh digunakan dalam permainan ini dan BBM ini bertukar ganti dengan BBM

yang lebih sesuai pada masa pengajaran akan datang. BBM yang diletakkan dalam

Jendela Gergasi merupakan BBM sedia ada dalam kelas PPKI. Kemudian Jendela

Gergasi ini juga boleh diaplikasikan oleh guru-guru yang lain dalam pengajaran

mereka dalam mata pelajaran yang lain kerana amat fleksibel. Guru-guru boleh

mengubahsuai permainan ini mengikut mata pelajaran yang diajar serta kemahiran

yang ingin disampaikan.


3.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kemahiran

mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan dalam kalangan murid bermasalah

pembelajaran melalui kaedah permainan.


i) Permainan Jendela Gergasi dapat meningkatkan kemahiran
mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan dalam kalangan
murid bermasalah pembelajaran melalui kaedah permainan.

ii) Mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan Jendela Gergasi


dalam meningkatkan kemahiran mengira dalam kalangan murid
bermasalah pembelajaran.

3.2 Soalan Kajian

Terdapat beberapa soalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini iaitu;

i) Bagaimanakah permainan Jendela Gergasi dapat meningkatkan


kemahiran mengira dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran?

ii) Sejauh manakah permainan Jendela Gergasi dapat meningkatkan


kemahiran mengira dalam kalangan murid masalah pembelajaran?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Saya telah menjalankan kajian ini di sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar

dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Saya telah memilih murid bermasalah

pembelajaran yang menghadapi masalah dalam kemahiran mengira nombor 1

hingga 5 mengikut turutan. Kumpulan sasaran kajian melibatkan murid masalah

pembelajaran iaitu slow leaner. Murid tersebut adalah lelaki .


Responden yang saya pilih mempunyai masalah Slow Learner berpandukan

analisis dokumen yang saya lakukan. Responden A memang bermula di aliran

perdana terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas PPKI . Ini berlaku kerana murid ini

lambat di diagnose dan ibubapa lambat mengetahui tentang permasalahan murid ini

kerana kurang berpengetahuan tentang pendidikan khas.

Jadual 3 : Maklumat Responden

Bil Perkara Responden A

1 Jantina Lelaki

2 Umur 11

3 Nama Kelas 1 Harmoni

4 Ciri - ciri lain - Takut dan cemas

- suka bercakap

- Slow Leaner

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Perancangan dan pelaksanaan tindakan yang telah saya jalankan adalah

berdasarkan empat peringkat dalam model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) iaitu

merancang, bertindak ,memerhati dan mereflek . Saya memilih untuk menggunakan

model Kajian Tindakan Lewin (1946) kerana model ini sesuai dengan kajian

tindakan yang memerlukan proses tindakan dan refleksi dalam satu kitaran.

1. Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-


langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah

iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran

ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula,

bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian

tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam

Rajah1.

Rajah 2 : Model Kurt Lewin (1946)

5.1.1 Perancangan

Saya telah menggunakan kaedah permainan Jendela Gergasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk mengajar murid mengira nombor 1

hingga 5 mengikut turutan. Pemilihan kaedah sememangnya digunakan bagi

membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengira nombor

mengikut turutan terutama bagi kumpulan sasaran.

Saya telah memberi penerangan satu demi satu kepada responden tentang

cara bermain dan peraturannya untuk menggunakan Jendela Gergasi. Permainan

ini boleh dimainkan serentak sehingga empat murid dan ini membolehkan
responden bermain bersama rakan sekelas secara serentak. Oleh kerana Jendela

Gergasi menggunakan pelbagai BBM, maka untuk pengajaran mengira, saya telah

memilih BBM yang sesuai untuk pengajaran matematik. Contoh, saya mengambil

salah satu BBM dan BBM tersebut merupakan VCD mengira nombor 1 hingga 10

dalam Bahasa Malaysia, dan itu yang akan digunakan bersama BBM lain yang

bersesuaian.

Saya telah menjalankan aktiviti ini dalam tempoh 3 minggu terhadap kedua-

dua responden. Saya juga telah meminta guru-guru responden membantu saya

menjalankan pemerhatian terhadap kedua-dua responden semasa mereka bermain

bagi mengenal pasti kelemahan mereka semasa mengira nombor.

Hasil pemerhatian ini telah saya gunakan dalam membuat penambahbaikan

di samping melihat keberkesanan kaedah yang dijalankan.

Jadual 4 : Perlaksanaan intervensi dalam tempoh tiga minggu.

Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3

Merancang dengan Pengkaji melaksanakan Pengkaji sekali lagi


menyediakan borang intervensi menggunakan melaksanakan intervensi
senarai semak, ujian, kaedah yang dipilih ke atas dengan ada penambahbaikan
dan kaedah yang responden. bahan dan kaedah.
dijalankan.
Pengkaji memilih kaedah
permainan

Mengumpul sample Pengkaji menilai semula Melihat keberkesanan Jendela


masalah mengira murid perancangan. Gergasi terhadap murid
A, melalui senarai bermasalah pembelajaran
semak . Menambahbaik kaedah dalam kemahiran mengira
yang digunakan. nombor 1 hingga 5.
Melaksanakan ujian
awal.

Membuat rakaman Membuat pemerhatian Membuat ujian akhir


sebelum intervensi keatas responden melalui
bantuan rakan guru yang Mengumpul hasil dapatan dan
lain. membuat laporan

5.1.2 Tindakan

Setelah merancang aktiviti yang sesuai yang akan digunakan bagi

meningkatkan kemahiran mengira nombor satu hingga lima kumpulan sasaran,

saya telah menggunakan permainan jendela gergasi dalam pengajaran dan

pembelajaran saya. Mula-mula saya menerangkan tentang permainan Jendela

Gergasi dan peraturannya . Jika BBM vcd lagu nombor yang dipilih berdasarkan

balingan dadu bernombor satu hingga empat dan dadu tersebut ada dua ruang

kosong. Jika balingan tersebut menunjukkan ruangan kosong maka responden

terpaksa menunggu peluang lain atau giliran lain. Tujuan permainan ini adalah

untuk menggalakkan murid berasa seronok belajar di dalam kelas. Apabila seronok,

murid akan cuba belajar , apa yang cuba di sampaikan oleh guru.

5.1.3 Pemerhatian

Pemerhatian ini telah dijalankan semasa fasa tindakan berjalan. Pada

peringkat ini, saya telah meminta dua orang guru responden membantu membuat

pemerhatian terhadap kedua-dua responden di sepanjang tempoh proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pemerhatian ini adalah untuk merekod

tingkah laku dan kefahaman responden semasa kajian dijalankan. Satu senarai

semak telah disediakan dalam tujuan pemerhatian ini .


5.1.4 Refleksi

Setelah aktiviti permainan dijalankan, saya telah membuat penambahbaikan

terhadap hasil daripada pemerhatian yang dijalankan serta tahap pencapaian

responden. Hasil daripada penambahbaikan, aktiviti permainan ini telah

dilaksanakan dalam kitaran kedua.

5.2 Cara Mengumpul Data

Pengumpulan data yang sahih dan tepat amat penting dalam membuat kajian

tindakan. Bagi mengumpul data dalam kajian ini, saya telah menggunakan data

kuantitatif dan data kualitatif. Dalam kajian ini, data-data ini dikumpulkan melalui

instrumen ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian dan analisis dokumen.

5.2.1 Ujian Awal

Ujian awal telah dijalankan kepada responden pada awal kajian ini dan

dilaksanakan bagi mengesan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengira

serta mendapatkan data bagi membuat perbandingan sebelum dan selepas aktiviti

intervensi dijalankan. Ujian awal ini dijalankan pada responden sebelum intervensi

dilaksanakan pada minggu pertama . Ujian awal menggunakan senarai semak yang

telah dibina pada awal minggu pertama. Ujian yang telah dijalankan itu merupakan

ujian lisan bertujuan untuk menguji dan mengesan sama ada murid A boleh mengira

nombor 1 hingga 5 dengan teratur. Ujian awal adalah sama seperti ujian akhir yang

akan dijalankan selepas aktiviti intervensi dilaksanakan. Soalan ujian pra di

lampirkan.
5.2.2 Ujian Akhir

Ujian akhir adalah untuk menguji tahap penguasaan kemahiran mengira

kumpulan sasaran selepas menjalankan program intervensi. Melalui ujian akhir ini,

responden dikehendaki mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan dalam ujian

yang sama yang sama sebelum program intervensi ini dijalankan. Ini bertujuan untuk

mengesan tahap pencapaian kumpulan sasaran sama ada meningkat atau tidak.

Soalan ujian pasca di lampirkan. Ujian akhir ini telah dijalankan pada minggu ketiga

program intervensi ini dilaksanakan. Responden telah menjalani ujian akhir pada

akhir proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Markah ujian akhir ini telah

digunakan untuk membuat analisis perbandingan untuk melihat peningkatan

kumpulan sasaran dalam kemahiran mengira nombor 1 hingga 5 mengikut turutan

selepas intervensi dijalankan.

5.2.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan

untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan

alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal

selidik dan temuduga. Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengamati tingkah

laku murid berdasarkan aspek-aspek yang terlebih dahulu dikenalpasti . Semasa

menjalankan kaedah pemerhatian ini saya telah menyediakan satu borang

pemerhatian berbentuk senarai semak yang telah direkod oleh guru responden bagi

merekod tingkah laku responden semasa aktiviti dijalankan.

Untuk menjalankan aktiviti pemerhatian ini, saya telah meminta kerjasama

dari dua guru responden untuk membantu saya membuat pemerhatian ke atas
responden yang dipilih. Hasil pemerhatian ini telah dikumpul, untuk dibuat analisis

dan perbandingan tingkah laku serta kefahaman murid terhadap kemahiran

mengira.

Pemerhatian akan dinilai melalui senarai semak yang telah dibina.

Pemerhatian ini akan dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan. Responden akan diperhati selama tiga minggu iaitu dalam tempoh aktiviti

intervensi dijalankan. Hasil pemerhatian akan dianalisis untuk melihat keberkesanan

aktiviti intervensi yang dijalankan terhadap responden. Analisis data bagi

pemerhatian akan dibuat menggunakan data kualitatif berdasarkan borang senarai

semak pemerhatian responden.

5.2.4 Analisis Dokumen

Penggunaan analisis dokumen merupakan salah satu cara pengumpulan data

dalam pendekatan kualitatif. Saya telah melihat buku kerja responden dan juga

lembaran kerja yang diberikan semasa aktiviti intervensi dijalankan. Hasil daripada

kaedah ini , saya telah membuat perbandingan dan pengesahan terhadap tahap

penguasaan kemahiran mengira responden di dalam bilik darjah.

Saya telah menganalisis buku kerja responden dalam tempoh tiga minggu

aktiviti intervensi dijalankan untuk melihat peningkatan dan kefahaman dalam aktiviti

intervensi yang dijalankan. Analisis data bagi lembaran kerja ini telah diberikan

dalam bentuk markah yang dikumpul selama tiga minggu semasa aktiviti intervensi
dijalankan. Ini bagi memudahkan membuat perbandingan pada setiap lembaran

kerja responden pada setiap minggu.

5.3 Cara Menganalisis Data

Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan

mempersembahkan data serta prosedur statistik. Tujuan analisis data adalah untuk

mempersembahkan data kepada bentuk yang lebih bermakna.

5.3.1 Ujian Awal dan Akhir

Saya telah membuat perbandingan di antara ujian lisan yang dijalankan

sebelum dan selepas aktiviti intervensi dijalankan bagi mendapatkan data tahap

pencapaian responden dalam kemahiran mengira nombor mengikut turutan. Bagi

ujian pra dan pasca ini, saya telah menetapkan skala gred pemarkahan dan hasil

ujian tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk graf untuk memudahkan membuat

banding beza tahap pencapaian responden.

5.3.2 Senarai Semak

Senarai semak yang pengkaji gunakan adalah untuk mengesan kelemahan

murid A dalam mengira nombor 1 hingga 5. Senarai semak yang digunakan adalah

senarai semak pengiraan nombor skala 1 hingga 10, dimana murid perlu menyebut

dan mengira nombor satu persatu secara teratur. Senarai semak tersebut ditanda

oleh pengkaji. Contoh senarai semak yang telah digunakan adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN MENGIRA NOMBOR

Nama :
Kelas :

Nombor Murid A

10

Jadual 5 : Senarai semak ujian awal

KEMAHIRAN MENGIRA NOMBOR

Nama :

Kelas :

Nombor Murid A

8
9

10

Jadual 6: Senarai semak ujian akhir

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Kajian yang dijalankan adalah tentang mengira nombor 1 hingga 5 mengikut


turutan. Kajian ini melibatkan seorang responden dan dijalankan di sebuah sekolah
sekitar Bangi.

Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan Jadual Perlaksanaan Intervensi

yang dimulakan dengan ujian awal, kaedah permainan Jendela Gergasi dan ujian

akhir bagi menjawab persoalan kajian yang berikut.


1) Bagaimanakah permainan Jendela Gergasi dapat meningkatkan
kemahiran mengira dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran?

2) Sejauh manakah permainan Jendela Gergasi dapat meningkatkan


kemahiran mengira dalam kalangan murid masalah pembelajaran?

6.1 Ujian Awal

Sebagai ujian awal, pengkaji telah menggunakan lembaran kerja dan


menggunakan senarai semak sebagai ujian awal. Selain daripada itu pengkaji
menggunakan rakaman video untuk merakam murid A mengira nombor. Hasil
daripada senarai semak dan rakaman video jelas menunjukkan murid A boleh
mengira dari nombor 1 hingga 3 tetapi menghadapi kesukaran untuk mengira
nombor 4 dan 5. Murid A berhenti mengira selepas nombor 3 dan terdiam sambil
menutup mata kerana tidak tahu nombor selepas 3. Bahan bantu mengajar yang
digunakan diperolehi daripada simpanan BBM di sekolah. Berdasarkan ujian
mengira yang telah dijalankan, murid A gagal mengira nombor 4 dan 5. Murid A
hanya mengira dari nombor 1 hingga 3 sahaja, dan selepas nombor tiga murid A
hanya menunjuk bisu tanpa berkata apa-apa. Kemudian murid A tanya kepada
pengkaji nombor apa selepas 3.

Justeru itu pengkaji membuat keputusan menjalankan ujian lisan bagi ujian
nombor 1 hingga 5. Pengkaji menjalankan ujian mengira 1 hingga 5 menggunakan
lembaran kerja berwarna hijau dan kad nombor berwarna pada x Mac 201x.
Semasa responden mengira nombor tersebut, pengkaji telah menanda kefahaman
murid a tentang nombor pada borang senarai semak. Berikut nombor yang telah
diuji :

Rajah 3 : Ujian mengira nombor 1 hingga 5

Keputusan senarai semak hasil daripada ujian mengira adalah seperti berikut :

Nombor Murid A

1 /

2 /

3 /

4 x

5 x

6 x

7 x

8 x

9 x

10 x
Jadual 7 : Keputusan senarai semak ujian awa (mengira 1-5)

Tahap penguasaan murid A dilihat dalam aspek mengira dengan betul mengikut
turutan. Murid A tidak mempuyai masalah mengira nombor dalam turutan yang
betul iaitu nombor 1,2 dan 3, tetapi teragak-agak semasa tunjuk nombor 4 dan 5.
Semasa di nombor 4, murid A mendiamkan diri dan menunggu jawapan untuk
nombor seterusnya daripada rakan sekelas.

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi , pengkaji telah menjalankan aktiviti


yang menggunakan kaedah permainan nombor. Dalam membantu murid A
mengenal dua nombor seterusnya, kaedah bermain Jendela Gergasi diterapkan
dalam pengajaran.

6.2 (a) Bagaimanakah permainan Jendela Gergasi dapat meningkatkan


kemahiran mengira dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran?

Permainan Jendela gergasi adalah satu permainan yang menggunakan


pelbagai bahan bantu mengajar dan peraturannya boleh diubah bergantung kepada
kesesuaian guru. Terdapat pelbagai BBM dalam jendela gergasi . Pengkaji
menjalankan permainan ini sebanyak dua kali iaitu pada x dan x Mac 20xx. Setiap
satu sesi berjalan selama 30 minit. Pada kali pertama sesi, pengkaji memfokuskan
kepada daya tarikan minat murid A semasa di dalam kelas. Pengkaji memberi
kebebasan kepada murid A untuk lebih bermain dengan jendela gergasi supaya
murid A lebih berminat untuk berada didalam kelas daripada asyik keluar kelas dan
merayau ditempat lain.

You might also like