You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA

Jalan Raja Muda Abdul Aziz,


50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26938080 Fax: 03-26914452

Guru Besar,
SK Jalan Raja Muda,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur. 29 OGOS 2018
Kepada:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
No. 28-32, Jalan 1/76D,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Mat Razid B. Rohani)
Penyelaras Bahagian Titiwangsa
Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,

PERMOHONAN BANTUAN KHEMAH BERSAIZ 20X20 UNTUK PROGRAM KEM BESTARI SOLAT,
KECEMERLANGAN JAWI DAN KEM LITERASI IQRA’ PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, SK Jalan Raja Muda , Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
akan mengadakan Program Kem Bestari Solat, Kecemerlangan jawi, dan Kem Literasi Iqra’ peringkat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12-14 September 2018 (Rabu-Jumaat) dan


18- 20 September 2018 (Selasa- Khamis)
Tempat : Perkarangan Dewan Sekolah

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon bantuan khemah bersaiz 20 x 20
sebanyak 4 khemah berserta meja,kerusi dan kipas daripada pihak tuan untuk kegunaan pada program
tersebut.

4. Diharapkan permohonan pihak kami akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

___________________________________
(KHAIRUL ANUAR BIN MOHD NOOR)
Guru Besar,
SK Jalan Raja Muda,
Kuala Lumpur.

You might also like