You are on page 1of 2

NAMA HEMANANTHINI A/P KRISHNAN

UNIT Q : BM (S J K T) Semester 7
TAJUK SOALAN TUTORIAL 5
SUBJEK EDU 3073 BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

5 ) Huraikan persamaan dan perbezaan kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

Kaunseling merupakan suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya


dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan
bakat yang ada pada diri sendiri dengan sepenuhnya.

Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang


sama tetapi cara penggendalian yang berbeza. Dalam kaunseling individu , proses
terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling
kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.

Tambahan pula, suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah
terbentuk dalam kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan
seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra
dan kepercayaan sukar dibentuk kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.

Seterusnya, dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor,


tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan
juga daripada kaunselor.

Lebih-lebih lagi, dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada


kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien
sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih mudah terbina.

Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor


dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi
kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini membuatkan peserta lebih mudah
merasa terancam dan kurang selamat kerana mereka terpaksa berkongsi dengan ramai
orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.
Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran
perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien
dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan
memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja
dalam perhubungan kaunseling individu.

Dalam konteks kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari


kemahiran-kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati,
meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling
kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu mereka
bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan memahami tingkah
laku individu-individu lain.

Secara keseluruhannya, dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya


diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan
boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi
dan menerima pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi
kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah.
Pendek kata, dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua
kelompok kepada ahli.

You might also like