You are on page 1of 3

ISNIN 11 MAC 2019

KARANGAN BAHAGIAN B ( ULASAN )


1. Jumlah perkataan 50-80 / 90
2. Buat 3 perenggan
P1- Pendahuluan + Isi 1
P2- Isi 2 + Isi 3
P3- Isi 4 + Penutup / Kesimpulan
3. Bentuk soalan :
1. Bahan grafik / gambar
2. Petikan
4.Gunakan PW ( penanda wacana )
Ayah Saya di Shah Alam
Ayah - Antaranya
Saya - Selain itu
Di Shah – Di samping itu
Alam - Akhir sekali
5.Perkara yang tidak perlu ditulis
- Gambar / gambar rajah di sebelah menunjukkan…..
- Petikan menunjukkan……
6.Setiap isi perlu ada TESUR + TESIR
Jawapan Latihan 1
Sukaneka merupakan aktiviti yang sering dilakukan di
peringkat sekolah dan juga di kawasan kemasyarakatan .
Terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh dalam aktiviti
sukaneka. Antaranya ialah dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara penduduk melalui aktiviti permainan
seperti lari dalam guni.
Selain itu , aktiviti sukaneka dapat meningkatkan
kerjasama antara penduduk melalui aktiviti gotong-royong
dan penyertaan bagi acara yang dipertandingkan. Di samping
itu, kita dapat mewujudkan semangat kesukanan dengan
bertanding bersungguh-sungguh untuk memenangi
pertandingan.
Akhir sekali, aktiviti ini dapat mewujudkan sifat pemurah
dalam kalangan masyarakat melalui sumbangan yang
diberikan sama ada dalam bentuk barangan atau wang
tunai.Kesimpulannya, aktiviti sukaneka banyak memberi
manfaat kepada kita semua demi perpaduan kaum dan
keharmonian kehidupan sesebuah masyarakat.
Jawapan latihan 2 ( Ulasan )
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di
Malaysia seperti buah tembikai, mangga,rambutan,betik dan
lain-lain. Terdapat beberapa faedah yang diperoleh daripada
buah-buahan tempatan. Antaranya boleh dijadikan sebagai
pembuka selera atau pencuci mulut atau dijadikan jus yang
sungguh enak rasanya.
Selain itu , produk buah-buahan tempatan boleh
dijadikan sumber pendapatan kepada petani , contohnya
pengusaha ladang tembikai memperoleh pendapatan
sebanyak RM 100,000 semusim. Di samping itu, kita boleh
membeli buah-buahan tempatan dengan harga yang murah
dan dapat menjimatkan wang kita.
Akhir sekali, buah-buahan tempatan banyak
mengandungi khasiat dan vitamin C yang sangat baik untuk
tubuh badan kita. Kesimpulannya ,buah-buahan tempatan
banyak kebaikan dan lebih segar berbanding buah-buahan
yang diimport dari luar negara.

You might also like