You are on page 1of 5

1. Rajah di bawah menunjukkan sepuluh kad yang berlabel di dalam dua kotak.

Kotak P Kotak Q
Diagram
Rajah

Sekeping kad dipilih secara rawak daripada setiap kotak itu.


Dengan menyenaraikan kesudahan, cari kebarangkalian bahawa
(a) kedua-dua kad dilabel dengan nombor,

(b) sekeping kad dilabel dengan nombor dan kad yang satu lagi dilabel dengan huruf.
[5 markah]
2. Rajah di bawah menunjukkan tiga kad nombor di dalam kotak P dan dua kad huruf di
dalam kotak Q.

Rajah

Satu kad dipilih secara rawak daripada kotak P dan kemudian satu kad pula dipilih secara
rawak daripada kotak Q.
Dengan menyenaraikan sampel bagi semua kesudahan peristiwa yang mungkin, cari
kebarangkalian

(a) satu kad nombor genap dan kad berlabel Y dipilih,

(b) satu kad nombor gandaan 3 atau kad berlabel R dipilih.

[5 markah]
3. Rajah di bawah menunjukkan lima kad yang berlabel dengan huruf.

Rajah

Kesemua kad ini dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Suatu kod dua huruf hendak
dibentuk menggunakan mana-mana dua daripada kad ini. Dua kad dipilih secara
rawak, satu persatu, tanpa dikembalikan.

(a) Senaraikan ruang sampel.

(b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa dan cari kebarangkalian bahawa


(i) kod itu bermula dengan huruf M,
(ii) kod itu terdiri daripada dua vokal atau dua konsonan.
[6 markah]
4.. Jadual menunjukkan nama peserta daripada Persatuan Sains dan Persatuan Matematik
yang menghadiri satu program perkhemahan.

Jadual

Dua peserta dikehendaki memberi ucapan di akhir program itu.


(a) Seorang peserta dipilih secara rawak daripada Persatuan Matematik dan kemudian
seorang peserta lagi dipilih secara rawak juga daripada Persatuan Matematik.
(i) Senaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dalam ruang sampel ini.
(ii) Seterusnya, cari kebarangkalian bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan
dipilih.
(b) Seorang peserta dipilih secara rawak daripada kumpulan lelaki dan kemudian seorang
peserta lagi dipilih secara rawak daripada kumpulan perempuan.
(i) Senaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dalam ruang sampel ini.
(ii) Seterusnya, cari kebarangkalian bahawa kedua-dua peserta yang dipilih adalah
daripada Persatuan Sains.
[6 markah]
5. Rajah di bawah menunjukkan tiga kad berlabel di Kotak P dan lima kad berlabel di
Kotak Q.

Kotak P Kotak Q
Rajah

Dua kad dipilih secara rawak, satu kad dari Kotak P dan satu kad lagi dari Kotak Q.
(a) Senaraikan ruang sampel.

(b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin dan cari kebarangkalian
bagi peristiwa tersebut bahawa kad-kad yang dipilih itu
(i) berlabel dengan huruf yang sama,

(ii) berlabel dengan T atau berlabel dengan huruf vokal.


[6 markah]

You might also like