You are on page 1of 16

LAPORAN AMALI 2

TAJUK : Awan dan Cuaca

TUJUAN : Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca

PENGENALAN/TEORI:

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan


seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.awan terjadi apabila cahaya
matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang telah panas
tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara mengandungi wap air. Apabila
wap air ini mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin
panas udara, semakin banyak wap air terkandung di dalam uadara kerana air
lebih cepat menyejat. Udara yang panas dan sarat dengan air ini akan naik
tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah., wap air itu
akan mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang tidak terhingga
banyaknya yang dipanggil awan Apabila Apabila awan telah terbentuk, titik-titik
air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi
semakin berat. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke
bawah dan turunlah hujan.

Gambar 1: pembentukan awan

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 1
Jenis-jenis awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan
iaitu kumpulan awan tinggi, kumpulan awan pertegahan dan kumpulan awan
rendah. Kumpulan Awan Tinggi adalah awan yang berada pada ketianggian
yang melebihi 6,000m. Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan Awan tinggi ini
termasuklah Awan Sirus, Awan Sirostratus dan awan Sirokumulus. Kumpulan
awan yang kedua adalah kumpulan awan pertengahan. Kumpulan awan
pertengahan berada pada ketinggian 2,00 hingga 5,000 meter. Terdapat tiga
jenis awan pertengahan iaitu Altrostratus, Altrokumulus dan Nimbostratus.
Kumpulan awan yang ketiga adalah kumpulan Awan Rendah. Kumpulan
awan rendah berada pada ketinggian kurang daripada 2,000 meter. Antara jenis
awan rendah ialah awan stratus, kolumbus dan komulunimbus.

Contoh-contoh awan :

nitrostratus
stratus

komulunimbus Altrostratus

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 2
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak
dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan ini, seperti awan kumulus dan
kumulonimbus dimana lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan
oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu
mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan
sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah
mengikut keadaan cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa
berubah setiap hari . Bentuk dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk
meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya.

Oleh itu amali ini telah dilaksanakan untuk melihat keadaan cuaca
dengan pembentukan awan dalam satu tempoh masa empat belas hari iaitu
bermula pada 18 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013. Lokasi yang telah saya pilih
adalah di kampong Parit Jawa Bagan serai arah Timur sekitar jam 3:00 hingga
4:00 petang.

RADAS:

1. Sebuah Kamera Nikon DSLR 3100 untuk mengambil gambar


2. Sebuah termometer
3. Jadual pemerhatian

PROSEDUR:

1. Maklumat berkenaan awan dicari daripada buku dan internet.


2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan tersebut
diperhatikan dalam jangka masa dua minggu. Pemerhatian dilakukan dalam
sekitar tempoh masaselama sejam setiap hari pada lokasi yang dikaji.
3. Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera
4. Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada berlaku
hujan atau pun tidak dalam tempoh masa kajian
5. Data yang diperolehi dianalisa dan ditafsir
6. Laporan ditulis dengan beserta gambar yang diambil, jadual dan graf.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 3
Jadual 1: JADUAL PEMERHATIAN TERHADAP AWAN MENGIKUT HARI

HARI/
TARIKH GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Nimbostratus
Suhu : 29⁰C
HARI PERTAMA Cuaca : cerah
18.07.2013 Kelembapan : 50%
3:00 petang Keadaan awan: berkepul-kepul seperti lembaran –
Lembaran denan lapisan yang tebal, warna
kelabu dan gelap.

Jenis : Awan Rendah


Nama : Stratus
Suhu : Cuaca : cerah
HARI KE 2 Kelembapan : 50%
19.07.2013 Keadaan awan: membentuk lapisan awan seragam
3:40 petang yang rendah dan menyerupai kabut, tetapi tidak jejak ke
permukaan bumi

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 4
HARI/TARIKH/MASA GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Altrostratus
Suhu : 31⁰C
HARI KE 3 Cuaca : cerah
20.07.2013 Kelembapan : 40%
3:45 petang Keadaan awan: Awan ini kecil-kecil tetapi banyak,
biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau
bergulung-gulung melingkar seperti makaroni,
berwarna putih atau kelabu.
Jenis : Awan rendah
Nama : kumulunimbus
HARI KE 4 Suhu : 25⁰C
21.07.2013 Cuaca : hujan
Kelembapan : 80%
Keadaan awan: awan yang sungguh tebal dengan
perkembangan tegak yang amat jelas di mana
kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun
menara.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 5
HARI/TARIKH/MASA GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
Jenis : Awan Pertengahan
Nama : Altostratus
Suhu : 27⁰C
Cuaca : mendung
HARI KE 5
Kelembapan : 60%
22.07.2013 Keadaan awan: awan kelihatan lebih padat dan berwarna
lebih gelap atau kelabu, Nampak seperti air dan melitupi
hampir seleluruhan langit.awan ini akan menghasilkan hujan
apabila ia menjadi cukup.

Jenis : Awan Tinggi


Nama : Sirus
Suhu : 31⁰C
HARI KE 6 Cuaca : cerah

23.07.2013 Kelembapan : 40%


Keadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, tampak
seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai pita yang
melengkung, berwarna putih, tidak menimbulkan hujan.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 6
HARI/TARIKH GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
Jenis : Awan Tinggi
Nama : Sirustratus
Suhu :28C⁰
HARI KE 7 Cuaca : mendung
24.7.2013 Kelembapan : 60%
3:45 petang Keadaan awan: Tampak seperti kelambu putih halus, luas
menutupi langit sehingga tampak cerah, mempunyai
struktur serat dan kadang terlihat seperti anyaman yang
tidak teratur
Jenis : Awan Tinggi
Nama : sirus
HARI KE 8 Suhu :30C⁰
Cuaca : panas
25. 7.2013 Kelembapan : tinggi
3:30 petang Keadaan awan: kurang berawan.langit cerah,awan pada
kedudukan yang rendah Awan ini halus, struktur berserat,
tidak menimbulkan hujan

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 7
HARI/TARIKH/MASA GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
Jenis : Awan rendah
Nama : Kumulus
Suhu :28C⁰
HARI KE 9 Cuaca : mendung
26.7.2013 Kelembapan : 60%
3:45 Keadaan awan: Letaknya rendah, terpisah-pisah, bagian
dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk
kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul.
awan ini biasanya menghasilkan hujan.

Jenis : awan Pertengahan


Nama : Nimbostratus
HARI KE10 Suhu :28C⁰
27.7.2013 Cuaca : mendung
3:30 Kelembapan : tinggi
Keadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak
menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal,
berwarna putih kegelapan,.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 8
HARI/TARIKH/MASA GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT

Jenis : Awan Pertengahan


Nama : Nimbostratus
HARI KE 11 suhu :30⁰C
28.7.2013 Cuaca : cerah
3:15 petang Kelembapan : 40%
Keadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak
menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal,
berwarna putih kegelapan.
Jenis : Awan rendah
Nama : stratus
HARI KE 12 Suhu :28C⁰

29.7.2013 Cuaca : cerah


Kelembapan : 40%
3:40 Petang
Keadaan awan: Stratus terletak di bahagian langit rendah,
tebal dan berwarna kelabu.awan
berkumpul di bahagian bawah seperti
berada di kaki langit

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 9
HARI/TARIKH/MASA GAMBAR AWAN MAKLUMAT/DATA

Jenis : Awan Pertengahan


Nama : Nimbostratus
Suhu : 30⁰C
HARI KE13 Cuaca : cerah
30.7.2013 Kelembapan : 28C⁰ tinggi
3:10 petang Keadaan awan: 50%
Berwarna putih dan berkedudukan rendah dari
permukaan bumi.

Jenis : Awan Pertengahan


Nama : Nimbostratus
HARI KE14 Suhu : 29C⁰
31.7.2013 Cuaca : mendung
3:30 petang Kelembapan : 50%
Keadaan awan: Nimbostratus berwarna putih dan
berkedudukan rendah dari permukaan bumi.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 10
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

Jadual2 : kekerapan kejadian jenis-jenis awan mengikut hari


JENIS AWAN NAMA
HARI TINGGI PERTENGAHAN RENDAH AWAN
PERTAMA √ Nimbostratus
KEDUA √ stratus
KETIGA √ altostratus
KEEMPAT √ komulunimbus
KELIMA √ altostratus
KEENAM √ sirus
KETUJUH √ Sirustratus
KE LAPAN √ sirus
KESEMBILAN √ Kumulus
KESEPULUH √ Nimbostratus
KESEBELAS √ Nimbostratus
KEDUABELAS √ stratus
KETIGABELAS √ Nimbostratus
KEEMPAT √
BELAS Nimbostratus

Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat


belas hari berturut-turut di dapati jenis awan pertengahan mempunyai kekerapan
yang lebih tinggi berlaku diikuti dengan awan rendah dan tinggi.Awan pertengahan
terjadi pada hari pertama kajian, ketiga, kelima, kesepuluh, ketiga belas, dan hari
keempat belas. Awan yang terjadi adalah awan Nimbostratus dan juga awan
altostratus. Awan Altrostratus merupakan awan yang seolah-oleh kepingan seragam
kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian.Kemunculan
awan altrostratus telah menunjukkan kejadian hujan akan berlaku. Pada sekitar
pukul 4:00 hujan pon telah turun dengan meluas dan berterusan selama hampir 3
Nimbostratus pula adalah awan tumpat yang yang rendah yang tidak mempunyai
apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan. Suhu
pada ketika ini adalah rendah dalam 25⁰C hingga 27⁰C. Kelembapan juga tinggi lebih
50%C.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 11
Awan rendah pula terbentuk pada hari kedua, keempat, Sembilan dan dua
belas. Awannynya adalah awan cumulus, kumulunimbus dan stratus. Awan
kumulus adalah merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. Awan ini
merupakan awan yang tebal dan tumpat. Mempunyai perkembangan tegak
keatas. Awan kumulus menunjukkan cuaca baik pada ketika kajian
dijalankan walaupun kadangkala awan kumulus yang tinggi akan berkembang
menjadi awan kumulonimbus iaitu awan yang menegak. Awan kumulunimbus
terbentuk asalnya daripada awan-awan kumulus dan disertai dengan ribut
petir yang teruk dengan ciri-ciri istimewanya. Awan kumulunimbus pula
adalah awan yang dikaitkan dengan terjadinya hujan lebat dan rebut petir.
Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat
Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan
kadangkala hujan batu. Berdasarkan kajian yang dilakukan, hujan telah turun
dengan lebat dikuti dengan petir yang sederhana. Cuaca adalah mendung
dengan kelembapan yang sangat tinggi.

Pembentukan awan tinggi paling rendah , yang berlaku pada hari keenam,
tujuh dan lapan. Awan yang terbentuk adalah awan sirus dan sirustratus. Awan Sirus
yang telah diperhatikan adalah kelihatan halus, dan berstruktur seperti serat dan
bentuknya. Awan ini juga seringtersusun seperti pita yang melengkung di langit,
sehingga seakan. Kelihatan seperti surtera. Awan sirus berbentuk seperti kapas
yang tipis dan lembut. .Cuaca cerah pada ketika ini. Ini menunjukkan bahawa
dengan adanya awan ini, hujan tidak mungkin berlaku dalam tempoh yang lama.
Awan ini tidak menimbulkan hujan. Apabila keadaannnnya tidak tersusun ia dapat
menunjukkan bahawa cuaca baik akan tiba. Sekiranya ia tersusun rapad bersama
awan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri
daripada hablur ais. Ia menunjukkan cuaca yang baik, serta meunjukkan cuaca yang
baik pada hari berikutnya.. Awan Sirostratus yang terbentuk pula keadaannya
seperti kelambu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga tampak
cerah, Berbeza dengan awan sirus yang memberi maklumat tidak berlaku hujan,
awan sirus pula biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.apabila awan tersebut
tipis dan berkeping-keping apabila memenuhi ruang langit.

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 12
LANGKAH BERJAGA-JAGA

1. Dalam pemerhatian awan, kesukaran untuk menentukan jenis awan adalah


masalah yang sukar dihadapi kerana bentuk awan adalah berbeza dan
maklumat mengenai awan adalah sangat sedikit.
2. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.
3. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang
4. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.
5. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih
tajam.

KESIMPULAN:

Awan sangat Setelah kajian dijalankan dilokasi tertentu selama empat


belas hari, ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setaipa hari.
Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau
pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Pada kajian
ini didapati jenis awan Rendah memberikan bacaan suhu yang paling rendah
berbanding penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan
untuk:menghasilkan hujan. Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan
kitaran hujan. Air hujan sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala
hidupan di muka bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi
dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan
untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi. Awan
membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan
cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan
membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub. Awan
diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam
kitaranhidrologi.Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang
berlaku. Contohnyaawan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan
pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari
katulistiwa ke kutub

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 13
LAMPIRAN:

Gambar : Lokasi kajian


BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 14
RUJUKAN

BUKU :

Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York:
The McGraw-Hill Companies, Inc

Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah,
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 15
Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti

JURNAL:

Journal Keadaan Cuaca dan pengaruh awan, Kajian palak, Mahruzaman Misrah ,
(2007) http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-
Principles.html.

Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal.

Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for
various weathering grade,

LAMAN SESAWANG

http://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-
faktor-cuaca-dan-iklim

http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Cuaca

http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html

http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126

http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan

http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html

http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 16

You might also like