You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL),

LADANG SIMPANG RENGGAM

KLUANG, JOHOR

KERTAS KERJA

MINGGU RBT TAHUN 2016

TEMPAT :

KANTIN

HARI/TARIKH :

24 JULAI 2016 - 28 JULAI 2016

(AHAD – KHAMIS)

ANJURAN :

GURU PELATIH KAMPUS TUN HUSSEIN ONN(IPTHO)

PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.0 PENGENALAN

Minggu Reka Bentuk Dan Teknologi diadakan bagi membuka ruang kepada murid Tahun
4 dan Tahun 5 untuk memahami dam menghayati mata pelajaran RBT. Bidang ini
biasanya dilabel sebagai bidang yang kurang penting di kalangan murid. Ini berpunca
daripada ketiadaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.
Justeru, bagi ’memanggil’ murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra Minggu RBT
diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan
menerima pembelajaran RBT dengan lebih baik daripada sebelumnya.

2.0 MATLAMAT

3.0 OBJEKTIF

i. Membuka minda murid bahawa Reka Bentuk Dan Teknologi adalah fenomena
yang berlaku di sekeliling mereka.
ii. Menyedarkan murid bahawa Reka Bentuk Dan Teknologi adalah pelajaran yang
menyeronokkan.
iii. Mencungkil bakat terpendam di kalangan murid.
iv. Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan
menghasilkan produk daripada pelbagai bahan.
v. Memupuk semangat muhibbah, bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan
murid.

4.0 Tarikh / MASA /TEMPAT

i. Tarikh : 24 Julai 2016 – 28 Julai 2016


ii. Masa : 1.00pm – 1.45pm
iii. Tempat : Kantin

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran A

6.0 KUMPULAN SASARAN

i. Murid Tahun 4 (3 orang)


ii. Murid Tahun 5 (5 orang)

7.0 JADUAL PELAKSANAAN


BIL TARIKH MASA AKTIVITI

1 24 Julai 2016 7.00 - 7.30 pagi Perasmian Minggu RBT

2 25 Julai 2016 1.00 – 1.45 petang Aktiviti kuiz secara individu

3 26 Julai 2016 1.00 – 1.45 petang Menghasilkan beg tangan

4 27 Julai 2016 1.00 – 1.45 petang Menghasilkan kraf dengan


bahan buangan

5 28 Julai 2016 7.00 – 7.30 pagi Penutupan Minggu RBT


BIL AKTIVITI PEMENANG CATATAN

1 Pertandingan Kuiz Pertama, Kedua, Ketiga Individu

2 Pertandingan Menghasilkan Beg Pertama, Kedua, Ketiga Individu


Tangan

3 Pertandingan Menghasilkan Kraf Pertama Kumpulan


dengan Bahan Buangan

8.0 SYARAT PERTANDINGAN

i. Aktiviti dibahagikan kepada dua kategori iaitu secara individu dan juga kumpulan.
ii. Semua murid Tahap II kecuali Tahun 6 diwajibkan mengambil bahagian dalam
Minggu RBT.
iii. Pertandingan dijalankan secara langsung.
iv. Keputusan hakim adalah muktamad.

9.0 PENGHAKIMAN

i. Kriteria penghakiman akan ditentukan oleh panel hakim yang akan dilantik.
ii. Keputusan hakim adalah muktamad.

10.0 HADIAH

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI UNIT HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)

1 Pertandingan Kuiz 3 5.00 15.00

2 Pertandingan Menghasilkan 3 5.00 15.00

Beg Tangan

3 Pertandingan Menghasilkan 1 15.00 15.00

Kraf dengan Bahan Buangan

JUMLAH KESELURUHAN 45.00

12.0 PENUTUP

Minggu RBT ini diharapkan dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah

dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua warga sekolah.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SIMPANG RENGGAM

NAMA TANDATANGAN

DISEDIAKAN OLEH;

PRAVEENDRAN A/L R BUALLUA ................................................

SETIAUSAHA,

MINGGU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


(RBT)
DISEMAK OLEH;

PUAN RENUGA A/P BALAKRISHNAN ...................................................

GPK KOKURIKULUM

SJK (T) LADANG SIMPANG RENGGAM

DISAHKAN OLEH;

PUAN PRAMMA A/P NARAYANASAMY ……………………………………..

GURU BESAR,

SJK(T) LADANG SIMPANG RENGGAM

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA MINGGU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SJK(T) LADANG SIMPANG RENGGAM 2016

PENGERUSI : PUAN PRAMMA A/P NARAYANASAMY

(GURU BESAR)
PENYELARAS : PUAN RENUGA A/P BALAKRISHNAN
(GPK KOKURIKULUM)
KETUA PROGRAM : SANGEETHA A/P MASALAMANI

(GURU PELATIH)
SETIAUSAHA : PRAVEENDRAN A/L R BUALLUA

(GURU PELATIH)
AJK HADIAH : CIK VIDHYA
AJK FOTOGRAFI : CIK SUBASHINI

You might also like